Ngeri bila ada kenderaan yang terbabas , Dipandu terhoyonh hayang lalu melanggar tiang lampu jalan .
Seorang pemandu motorsikal cuba memberhentikan sebuah kereta yang sedang memandu dalam keadaan merbahaya ini .

Kalau dilihat dari video asal , Kereta ni hampir melanggar semua yang ada di tengah dan tepi jalan . Sehinggalah kereta itu rosak dan berhenti sendiri .
Bila orang awam terus berlari kearah pemandu .. Pemandu tadi termenung bagaikan tidak menyedari apa apa yang berlaku kepadanya .
Kalau dilihat dari video , Memang jelas lelaki ini nampak disorientated, Walaupun Boleh respon terhadap panggilan verbal dari orang lain , Tetapi keadaan GCS( Glasgow coma scale ) Tahap kesedarannya lebih rendah dari normal .
Kalau orang normal pastinya cemas , Tetapi keadaan pemandu ini agak tenang dan terpinga pinga .
Walaupun boleh membalas pertanyaan , Tapi tidak mampu menjawab dengan betul . Pemandu itu nampak seolah olah tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak tahu dimana dia berada.
Boleh jadi Transient ischeamic attack / Mild stroke dan lain lain . Bila ditanya ada diabetis atau tidak , Pemandu tadi hanya mengangguk . Tapi dalam keadaan macam ni , Apa yang dikatakan oleh pemandu tidak boleh dijadikan fakta sejarah perubatan beliau .
Apa yang boleh , Dengan ujian klinikal , Ujian darah dan MRI Brain .
Sebenarnya , Adalah perlu untuk menjalani ujian kesihatan sebelum lesen memandu diperbaharui bila meningkat usia , Lebih lebih lagi jika ada Penyakit . Kerana , Jika berlaku sawan atau stroke sebegini semasa memandu , Mampu meragut ramai nyawa diatas jalan .
Kadang2 Kita berhati hati , Tapi malangnya terlibat dengan musibah dari orang lain pula .
Memang betul ajal maut ditangan tuhan . Tapi lebih baik jika ambil langkah pencegahan sepenuhnya .
Kalau diluar sana yang ada Diabetis , Tekanan Darah tinggi , Jantung Bermasalah , Sawan dan sebagainya , Sebaiknya pastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik .
Sebelum memandu
1- Pastikan periksa gula dan tekanan darah ,
2- Pastikan ubat ubatan telah dimakan mengikut preskripsi yang telah di sarankan oleh doktor .
3- Jika rasa badan tak sihat. Elakkan memandu
4- Pastikan dapat cukup rehat dan tidur .
Kerana apa , Kerana keselamatan orang lain juga adalah tanggung jawab kita .
Jika Mak Ayah dirumah , Yang masih memandu , Anak anak pastikan kesihatan dan keadaan mereka terkawal sebelum benarkan mereka memandu .
Malang memang tidak berbau , Tapi jika diambil langkah selamat , Insyallah ,
Prevention is better than cure …