AKU MULA PELIK SELEPAS TONTON VIDEO KEMATIAN GEORGE FLOYD
Banyak benda yang pelik dalam video ni . Kalau korang nak tau , Baca satu satu . Aku yakin korang pun akan turut pelik dengan kenyataan aku
Viral baru baru ni , Tentang kematian seorang warga african american yang telah mencetus pelbagai konspirasi dan teori . Selepas kematian beliau , Rusuhan dan kekecohan mula berlaku .
TAK kisah lah apa pun konspirasi disebalik cerita ini . Sebab kita pun bukan tahu kisah sebenarkan .
TAPI APA YANG MEMBUATKAN AKU PELIK ?
Aku pelik ! bila paramedik datang ke tempat kejadian , Tapi mereka tak lakukan tugas mereka .
Sebenarnya tujuan aku tonton video ni , Untuk aku refresh balik , Advanced Trauma Life Support , bagaimana kita nak handle patient yang trauma di tempat awam .
Tapi aku terkejut bila paramedik dan pasukan polis ni , Macam rushing semacam .
Aku akan cerita berpandukan Label Nombor pada gambar
1 – Menunjukkan seorang polis sedang meletakkan tekanan pada tengkuk mangsa dengan lututnya . Sudah pasti , Tekanan sebegini akan juga menyebabkan kecederaan pada Tengkuk dan tekanan yang tinggi pada dada . Dan seterusnya boleh menyebabkan Asphyxia , iaitu kesesakan nafas . Seperti yng kita tahu , Kalau otak tak dapat oksigen yang cukup , Dapat menyebabkan brain death dan sekaligus membawa maut di tempat kejadian
Disebabkan tekanan yang lama , So , fine .. Aku boleh terima lagi , Bila mangsa dan knocked out .. Tak sedarkan diri . justified la
2 – Handling patient ( Pengurusan pesakit )
Sekarang ni aku memang tak faham , Bila paramedik dah sampai , Kenapa polis masih handle mangsa. ?
Korang tak pelik ke ?
Sebelum ni banyak kali je aku naik ambulan ke tempat trauma , Bila kami sampai , . Polis akan jaga ruang supaya orang awam tak sesakkan keadaan . Mudah untuk team medic memulakan resus ( Prosedure keselamatan )
Korang perasan tak , Polis tu main angkat je mangsa , Untuk letak atas board . Paramedik buat bodoh tak arahkan apa apa .
Pelik ! Mana ada SOP RESUS PATIENT TRAUMA MACAM NI ?
SATU DUNIA GUNA SOP YANG SAMA dalam BLS ( Basic life support ) dan
ATLS Advanced Trauma Life Support
Tapi kenapa paramedik mereka macam rushing ? Tak ada siapa pun buat rusuhan masa tu …
3- Ini adalah C spine immobilisation . Bila mangsa tak sedarkan diri . No satu paling penting Breathing . dan antara perkara yang penting adalah memastikan keselamatan tengkuk .
sebab tu bila kita nak “ Move “ Mangsa . bukan suka suka angkat , Heret letak atas board. Ini lah prosedure manual spine immobilisation untuk pastikan alignment tulang tengkuk berada posisi yng betul supaya tidak ter compress.
Ini namanya spine protection . Basic kot ?!!
takkan paramedic dorang tak apply . Dalam SOP wajib pulak tu
4- 3 orang polis , Sorang paramedik jadik tukang tengok ? Tak pelik ke ? Siapa yang para medik ni sebenarnya .
Polis tak boleh handle pesakit , 100% adalah dibawah tanggungjawab paramedic On site !
5- rujuk gambar 5 , ini adalah cara untuk alih pesakit , Ingat senang ke nak Move pesakit yang unconcious ( Tak sedarkan diri )? Tapi korang refer balik dalam video tu ,
Main hentak jer
6- Neck immobilisation is important. Kalau korang jumpa pesakit tepi jalan , Jangan suka suka gerakkan tengkuk mangsa
7- Dari atas jalan sampai atas bed , Mana Ambu bag ? ( Bag Udara ) … Kau gila ke apa ? Mangsa tu dah confirm unconcious .. Tak guna Manual Ambu Bag ?
korang penah tengok kan , selalu orang picit2 bag udara tu ? Tujuannya untuk pastikan oksigen dapat di pam masuk ke dalam badan .
Pelik ! Aku memang pelik .
9 – Mana pergi “ Cervical collar / Neck Brace “?
Gila ke ? Tak pakai cervical collar untuk move pesakit yang unconcious ? Sumpah pelik
10 – Kalau korang nak tengok detail sikit macam mana protect tengkuk jika jumpa trauma patient
11- Part ni aku pelik .
Tak ada sorang paramedik pun yang buat assesment .
Gcs ( Glasgow coma scale ) Untuk tahu tahap kesedaran . Pulse ( Nadi ) ? Breathing assesment ?
Pelik kan ? Bila kita jumpa pesakit trauma yang tak sedarkan diri . No 1 kita nak tau ,
Mangsa ni masih hidup ke tak ?
Kalau masih hidup , Kau kena lah pasang oksigen bagai , Mausk drip tu semua
Kalau Mangsa dah mati , Terus buat CPR , Sekurang kurangnya ada lah usaha untuk recover from brain death
ada kau nampak paramedik dia check ?
Aku memang pelik , Macam tak boleh terima dek akal bila aku tengok video ni
Sampai sekarang pun aku pening . Apa fungsi ambulans dan paramedik dekat situ
Lepas pesakit masuk , Ambulan terus jalan
Woi ! Dalam ambulans yang tengah bergerak mana boleh resus !! Arghh pelik !!
Sepatutnya mangsa, awal awal dah CPR on site . Sepatutnya lah !
Tak tau lah kalau korang perasan atau tak
Tapi dari segi pemerhatian aku . Ini adalah tidak normal .
Belum pernah lagi dalam dunia perubatan aku tengok paramedik handle patient macam ni .
Kalau ikut kan pengalaman aku , Banyak kali dah CPR pesakit atas jalan .
Tapi bila tengok video ni ,
Polis ni semua Macam Rushing tak menentu
Paramedik pulak , Dah sampai on site , Tak incharge , Tak take over , Jadi Kayu
Cpr tak initiate , , Polis angkat mangsa , Ambulans terus jalan
Dalam prosedur untuk menyelamatkan mangsa , Tak ada rushing . setiap prosedur perlu tepat dan selamat .
Sampai sekarang aku tak boleh tido memikirkan …
Apa yang rushing sangat ? Aku pun tak tahu
SUMPAH PELIK !