Kenapa Aku Tak Ulas Tentang Doktor Curang .
Bukan sebab dia doktor .
Bukan Sebab dia lelaki
Atau pun bukan sebab dia pakai baju batik.
Jauh sekali aku nak back up dia
Salah tetap salah .
Bini orang pula tu …
Kes curang ni boleh berlaku pada siapa siapa saja . Dan kes kes yang macam ni perlu diselesaikan diantara satu pihak dan pihak yang lain .
Kalau nak selesaikan dengan cara yang kasar . Biar lah antara mereka sekali pun .
Aku rasa lebih baik jika video itu tidak ditularkan …
Atas sebab apa ?
Dendam ? Untuk memalukan ? Untuk beritahu pada semua apa padahnya curang ?
Padahnya semua orang sudah tahu …
Atas sebab apa lagi video tu korang rasa perlu ditularkan …
Kesian Si Pemukul , yang perlu menghadiri dua Court . Court Sivil dan syariah .
Kalau yang kena pukul tu terima nasibnya untuk dipukul disebabkan kesalahan yang dibuat . Tak mengapa lagi
Tapi jika dia report , Pastinya si pemukul akan diheret ke muka pengadilan dan rata rata semua rakyat malaysia telah menonton video tersebut
Yelah nanti orang kata , Tak kena batang hidung sendiri tak apa lah .
Bukan begitu maksud aku…
Kalau kena pada aku pun mungkin aku akan lakukan seperti yang dia lakukan .
Tapi aku berharap tiada video viral yang akan ditularkan . Sebab aku akan settle kan isu itu sampai tamat .
Kesian pada si pemukul tu ..
Tak pasal pasal rosak karier dan jawatan yang dia ada selama ni
Begitu juga pada doktor tu ..
Lepas ni , Semua dah kenal dia ..
Masa depan mereka berdua akan hambar , Dan kisah mereka pula akan menjadi perbualan orang sampai bila bila .
Lain jika orang itu mengancam nyawa , Seperti pembunuh , perompak , Doktor palsu atau pun penyangak .
Wajiblah ditularkan kerana ianya mengancam NYAWA individu lain
Tak pasal pasal semua doktor laki dapat tempias .
Nasib baik sekarang ni aku dah jadi penulis ..
Dejei pulak tu .
Apa yang aku tulis ni pendapat peribadi sahaja , Tak ada yang benar atau pun yang salah .
Setiap orang bebas memberi pendapat masing masing .
Apa pendapat korang ? Adakah Ianya Patut ditularkan atau tidak ?
betul sangat tu doc.