
Aku balik ke kedah Acaranya nak melawat pak mertua yang admit ke hospital .
Pak mertua aku terjatuh depan rumah , Mungkin tersilap langkah .Tergelincir jatuh ke belakang . Masih sedar , Tapi tak mampu nak bangun .
Ambulan sampai , Bawa terus ke Hospital sultan Abdul Halim Sg Petani .

Pak mertua aku ni zaman muda dia dulu pernah accident , Jadi selepas kemalangan tu , Otot kaki agak lemah . Peregerakan mula terganggu dan perlahan .
Jadi , Sekarang ni umur dah menjangkau lebih 50an . Otot agak kurang kuat .
Sampai ja hospital , xray menunjukkan Neck of femur fracture . so dorang proceed la dengan pembedahan .
Screw fixation neck of femur .

Sekarang ni Post Operation Day 1 .
Apa yang aku cuba nak cerita dekat sini , Kalau umur lebih dari 50 an , Rajin2 lag berjalan dan exercise otot tu .

Apa punca kepatahan ?
Puncanya apa yang aku dapat simpulkan adalah disebabkan otot yang lemah
Sepatutnya Otot tu yang “ protect “ tulang tu . Tapi disebabkan otot yang lemah , Jadi bila jatuh , Segala berat dan momentum itu akan di transfer pada tulang . Sebab tu lah disebabkan bebanan yang kuat , Tulang tak mampu untuk tampung tekanan itu , Dan mula patah .
Jadi amat penting untuk kuatkan otot kita .
Berjalan sekurang kurangnya 15000 tapak sehari
Kurang kan berat badan berlebihan
Calcium ?
Aku tak rasa kerana kalsium , Kerana umur 50an serapan kalsium masih lagi ok .
Tapi boleh je nak amalkan amalan minum susu setiap pagi ..
Tak kisah la brand apa pun .
Yang penting apa yang aku nak sampaikan ni , Khusus kepada otot .
Sampai kan pesanan pada ayah mak , Makcik pakcik dan jiran yang berumur lebih 50 an
Kalau dah pencen , Jangan asik nak lepak makan minum je ..
Sebab tu orang kampung sihat dan kuat .
Setiap hari mereka amalkan kerja kebun yang rata ratanya menguatkan otot
Amalkan senaman otot.. Jangan ambil mudah
Kalau patah tangan takpa lagi , Kalau patah kaki siksa…