PART 2: Pengalaman seminar coaching

Part 2 : Pengalaman Seminar Coaching

Ok now kita back to Part 2

Kali ni aku nak habis kan terus i. Kalau nak cerita semua pengalaman aku .. Meninggal nak type panjang2 ..

So Part yang aku pergi seminar dato tu sebenarnya bukan yang first .

Sebelum tu aku ada pergi seminar Marketing . Facebook ads dan sebagainya .

Jadi sebelum aku pergi marketing tu , Aku memang ada baca few article dan tengok di youtube .. Macam mana nak guna facebook ads .

So harapnya kali ni bila pergi boleh lah belajar extra ..

Tapi sebelum tu proses dia sama jugak .. Seperti yang pernah aku cerita .

Kenapa nak kaya , Lepas tu cerita bab kesusahan dia , Bab kekayaan dia kemudian baru dia ajar Fb ads tu .. Tapi benda yang dia ajar tu aku dah tau dah from facebook .. Sebelum aku datang seminar ni lagi aku dah guna cara yang sama untuk facebook marketing

Harapnya dapat extra skill lah bila masuk seminar tu . Tapi malangnya aku hanya pergi seminar yang diajar benda yang aku dah tau .. Dan kebanyakkan orang dah tau .

So basically aku tak belajar apa pun seminar tu , Tapi kalau nak lebih kena sign up class yang beribu2 tu lah …

Then lepas dah terkena , Aku terjebak skali lagi dengan coach dari singapura .

Proses dia pun sama jugak .

Setiap kali pergi seminar tengok slide show gambar dia susah , Lepas tu gambar dia bila kaya ..
�penat jugak asik ngadap benda ni .

Dia dok ulang perkataan .

“ Dont worry i will teach you this method “

Aku pun dok tunggu , dia dok ulang perkataan tu , Sampai habis seminar

.. Last last Tak kasi tau pun method apa … 😅

Ada sorang participant , Dia doktor juga . Masa tu klinik dia ada masalah kewangan . Sebab tu dia join class ni

Tapi end up dia kena sign up class mahal . Harga yang di tawarkan tu beriban2 jugak
�Aku siap perati lagi , Punya lah doktor tu terdesak .. Takut klinik dia bankrap ke apa .. Dia siap kawtim lagi mintak diskaun dan bayar ansuran ..

Kesian aku tengok dokor perempuan tu ..
Tapi ending aku tak pasti lah sama ada coach tu terima ke tak bayaran ansuran tu ..

Aku macam biasa .. Bila benda yang sama terjadi .. Aku angkat kaki .. Itu lah antara seminar2 yang aku pernah pergi

Rata rata nya .. Tak ada siapa sebenarnya nak bantu kau .

Ramai yang nak duit kau …

Sejak dari hari tu , Aku belajar sendiri .. Tanya kawan2 .. Yang mana ada kepakaran
�buku tak payah cerita lah , Setahun aku habiskan 10-15 buku setahun . Belambak buku bisnes dekat rak sana tu

Dan paling penting , Yang menjadi Coach Sebenar dalam hidup kau ada lah pengalaman kau sendiri

Pengalaman tu lah sebenarnya Coach yang paling terbaik .
�tapi kene learn the lesson lah. Jangan lah repeat kesalahan yang sama .

Sejak dari tu , Aku tak pergi lagi mana mana seminar .. Sebab pada aku ..

dalam dunia bisnes ni..

No 1 size fits all ..

Yang tahu baik buruk perniagaan korang , Adalah korang sendiri …

Takde satu coach puj sebenarnya yang boleh paham bisnes kau dari A-Z 100% . Trust me they wont exist

Yang wujud nya bisnes tu dalam dunia ni adalah sebab kau yang mula kan dulu .

Aku orangnya belajar sains . Jadi bila aku nak belajar sesuatu .. Aku akan berpandukan pada fakta.. Aku lebih selesa dengan buku teks yang punyai hujah2 yang logik dan dikaji

Tak ada shortcut untuk berjaya
Tak pernah wujud !

Kau kena jugak lalui cabaran tu ..

Dan masalah orang kita ni ..

Rushing sangat nak jadi kaya

Kalau boleh esok terus nak kaya ..

Korang rushing nak jadi kaya ni sebab ap sebenarnya ? 😅

Kalau korang still nak jadi jutawan ..
Senang je .. Sebenarnya ..

Fikirkan dan Selesaikan masalah yang bernilai jutaan ringgit .

Baru lah kau boleh jadi jutawan .

Masalahnya ramai orang ni tak suka membaca , Tak suka belajar . Mengharapkan kelas berbayar ni utk dapat ilmu shortcut..

So itulah maksud aku masalah bernilai jutaan ringgit

Bila mana coach lain tau , Masalah budaya malas membaca dan belajar ni lah membuatkan ramai orang sanggup bayar ribuan ringgit .. Untuk dapat kan ilmu yanh short cut ni ..

Sebab tu coach kau dapat jadi jutawan . Sebab sebenarnya dia yang selesaikan masalah yang bernilai jutaan ringgit tu ..

So kalau nak jadi jutawan .. Pikir lah apa masalah bernilai jutaan ringgit .. Cari jalan penyelesaian macam mana nak settlekan masalah jutaan ringgit tu ..

Faham tak rakyat zimbabwe sekalian ?

Ada coach yang betul2 nak ajar . Ada yang nak ambil kesempatan .

Tapi kau sendiri lah pandai2 kena filter

Kalau kau rasa sangat membantu teruskan..

Kalau tak berbaloi angkat kaki , Jalan terus .. Move on …

Apa yang penting jangan berhenti belajar ..

Sebab pengalaman dan ilmu itu lah the best guidance untuk korang .

So … Memang la ada orang komen , Pergi seminar tu at least boleh dapat networking

Ye betul boleh kenal ramai orang …

Tapi sekarang ni ,
Duit kau habis beribu ribu masuk kelas tu ..

.. Bisnes kau pun tak start lagi ..

Siapa pulak nak networking dengan kau ? 😂

So akhirnya .. Aku cari mentor yang sedang berniaga juga . Segala persoalan aku akhirnya terjawab .. Tanpa keluarkan se sen pun dari poket aku .

Sampai sekarang .. Aku belajar dengan dia .

Dan setiap persoalan aku .. Dia tolong aku selesaikan ..

Ibaratnya, Bagaikan orang yang menjual herba tanpa kajian , Dikatanya konon boleh sembuh segala penyakit . Beri Harapan tinggi menggunung

Kesudahannya .. Pesakit yang kena bahana . Ubat herba tadi tak membantu pun . Tapi segala penyakit yang datang perlu dihadap pula ..

Sudahnya terduduk lah pesakit terlantar , Kalau tak atas katil ward mungkin kerusi dialisis

Sanggup kah kita nak pedajal mereka ?

Wallahualam … Semoga korang terus berjaya

One comment

  1. Hey, thank you for sharing.
    Let’s networking.. my name is Adilah from MANOTS THERAPY😀

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.