Pakcik Yang Buat !!

“ Pakcik Saya Yang Buat !!”

Teringat dulu masa kerja dekat emergency . Jam 3 pagi aku dapat satu kes untuk di rawat .

Datang seorang budak perempuan 12 Tahun .. Mengadu sakit di bahagian Kemaluan .

Budak ni datang dengan ibu dia . Rupanya ibu tunggal . Bapa dia meninggal kemalangan 2 tahun lepas .

So masa tu , Aku bajet kes kes biasa je lah ..

Aku pun mula lah periksa adik tu ..

“ Adik sakit dekat mana ?” Tanya aku

Adik tu mula memegang kemaluan dia , Dengan raut wajah yang murung…

Aku terus panggil nurse untuk jadi peneman semasa aku rawat kes tu

Nurse pun datang , Buka seluar adik tu dan ditutupi dengan selimut

“ Cuba tunjuk lagi sekali dekat mana sakit ..” Tanya aku

Adik tadi tu mula meraba dan memasukkan jari ke dalam Kemaluan “ V “

Aku dah mula rasa tak sedap hati masa tu …

“ Macam mana boleh sakit ..” Tanya aku lagi perlahan memujuk adik tu

“ Pakcik yang buat !” Balas adik itu lalu menangis …

“ Oh no !! “ Balas Aku sambil berderau darah naik ke kepala

Aku mula menoleh ke arah ibu …

masa tu muka si ibu dah merah menyala , 
Mula Menangis..

So aku pun terus refer kes pada pakar paeds .

So dipendekkan cerita .. Tak lama lepas tu pakar kanak2 pun turun…

Setelah diperiksa …
memang ada kesan abrasion dalam kemaluan adik perempuan tu ..

Tapi yang buat aku paling terkejut ..

Tiba tiba ….

Si ibu merayu agar doktor pakar ubah diagnosis tadi …

_Atas alasan takut adik kandung si ibu tu masuk penjara … Dan jaga aib/ Air muka adiknya takut ahli keluarga lain juga tahu ..

rosak lah nama keluarga ..

Rupa rupa nya pakcik dia adik kandung si ibu sendiri … Sejak kemalangan suami , Si ibu menumpang di rumah adiknya …

Mendengar rayuan si ibu .. Aku terus panas hati dah keluar dari bilik rawatan ..

Sampai sekarang aku tak boleh brain bila mak dia sendiri minta kes tu diubah diagnosis …

Sudah lah adik tu dapat pakcik yang pedophil ..

Mak dia masih lagi nak back up ..

aku tak pasti macam mana doktor pakar selesaikan kes ni seterusnya ..

Sebab case ni aku dah refer pada pakar

Tapi kalau pakcik dia terlepas .

Bayangkan lah berapa banyak lagi anak anak kecil diluar sana bakal jadi mangsa …

Kesian adik yang tak berdosa tu …

Aku rasa bukan satu kes je macam ni , Mesti orang lain pun pernah tengok kes macam ni

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.