Kisah ni , Aku ceritakan semula , Kisah benar yang aku lalui masa tu masih lagi bergelar Houseman . Macam biasalah semua orang tau , Kerja doktor muda ni , Bukan lah seperti yang digambarkan dalam movie antarabangsa.
Kami adalah kasta yang paling rendah dalam hospital , so bukan sahaja kami bekerja hanya di satu hospital , Tapi kami juga perlu bertugas jika dihantar ke hospital lain jika ada kekurangan staf .
Hari tu , Adalah hari yang aku dihantar ke hospital lain , Lebih kurang 50km jauhnya . Aku ditugaskan untuk merawat pesakit di Jabatan pesakit luar .
Kisah ini adalah kisah yang akan aku ingat sampai bila bila .
Masuk seorang wanita india berumur linkungan 40an , Ke dalam bilik .
“ Hello Puan Dewi , Good morning .. Have a seat …” Aku menyapa ..
Entah kenapa setiap pesakit india dan cina aku mula berturur dalam bahasa inggeris … Mungkin sudah menjadi kebiasaan , Mereka ni boleh berbahasa inggeris berbanding orang melayu ..
“ Selamat pagi doktor … “ Balas Puan Dewi tersenyum , Namun wajahnya kusam dan tak bermaya
“ hmm … Puan ok ke ni ? Nampak macam muram je …” Balas aku semula memandangkan puan dewi memulakan perbualannya dalam Bahasa melayu …
Puan dewi hanya terdiam dan merenung ke lantai …
“ Hmm … Puan datang ni untuk follow up selepas pembedahan “ Tube ligating” Kan ? Puan ok ke ? Ada berdarah mana mana ke ?” Tanya aku
Untuk yang tak tahu , Tube ligating tu adalah proses Ikat Fallopian Tiub ( Kilang Telur ) Tujuan proses ini adalah untuk elakkan “ Pregnancy “ Untuk masa depan .
Jadi Apa yang pasti , Pesakit tidak boleh lagi melalui proses kehamilan selepas pembedahan dilakukan .
Puan dewi , menggelengkan kepalanya …. dan kemudian …
Perlahan air matanya mula berjujuran …
Puan dewi menangis teresak esak ..
“ Ehh kenapa ni Puan , U ada sakit mana mana ke ? “ Tanya aku lagi
“ Puan dewi gelengkan kepalanya
“ Saya sedih .. Saya rasa macam nak bunuh diri …”Balas Puan dewi
Aku yang duduk disitu , Rasa macam nak melompat keluar dari kerusi
Pertama kali , Ada orang confess nak bunuh diri depan aku …
Damn!
“ Ishhh , Puan ! Apa cakap macam ni … No No No ! Saya takkan benarkan awak buat benda macam tu ..” Balas Aku
Aku faham , Puan dewi dalam keadaan yang tegang , Depresi tekanan mental yang sangat mencabar , Namun aku masih tidak pasti apa sebabnya .
“ Puan , Cuba tenangkan fikiran , Puan kongsi dengan saya .. Kenapa puan rasa macam tu ?” Balas Aku
Makin kuat Puan dewi menangis ..
Aku yang duduk disitu , Rasa sayu…
“ Ya allah , Berat sangat ke ujian yang kau turun kan pada Puan Dewi ni ….” Bisik hati
“ Hmmm ….” Akhirnya Puan Dewi cuba bersuara ..
“ Tak guna lagi saya hidup dalam dunia ni ..” Balas Puan Dewi
“ Ishh ! Puan .. Tak baik la cakap macam ni , You kan ada anak , Ada suami … Kalau ikut kan rekod ni , Awak ada 3 orang anak kan ?” Tanya aku lagi
Puan Dewi , Menoleh tegak ke arah aku , menggelengkan kepalanya sambil menangis teresak esak …..
“ Mereka tak ada lagi ….” Balas Puan Dewi
“ Hah ? Tak ada lagi ? Apa maksud puan ?” Balas Aku
“ Mereka semua dah meninggal dalam kemalangan maut dua minggu lepas .. bersama suami saya … Hanya suami sahaja yang selamat dan masih hidup …” Balas Puan dewi
Mata aku terbeliak …
Aku tercengang tidak mampu berkata apa apa …
Walaupun masa tu aku bujang
Tapi aku boleh bayangkan , Betapa siksanya jiwa & mental Puan Dewi
“ Ya allah , memang benar lah kau turun kan ujian yang amat dasyat pada Puan Dewi … Kalau aku … Aku pun tak tahu jika aku cukup kuat untuk mengharunginya …” Bisik hati sambil melihat misi disebelah aku mula mengalirkan air matanya bercucuran …
“ Kalau tak keberatan , Saya nak tanya , Kenapa Puan memilih untuk ikat tiub kilang telur ?” Tanya aku
“ Hmmm , Sebab saya fikir , Saya dah ada 3 orang anak , Saya tak mahu lahirkan anak lagi … Cukup lah setakat 3 orang sahaja , Saya tak larat nak jaga jika ada anak lagi …,saya sendiri yang mahukan pembedahan ni ..” Balas Puan dewi
“ macam mana dengan suami ?”tanya aku
“ Suami masih hidup , tapi sebelah kakinya kudung … tersepit pintu kereta ..” Balas Puan dewi
“ Ya rabbi … Sekali lagi …. Bukan sahaja kehilangan anak anak , Malah suaminya pula hidup dalam keadaan kurang upaya ….” Bisik hati. …
Ya ! Aku amat memahami Puan Dewi ..
Patutlah moral nya jatuh sehingga mahu membunuh diri …
“ Ya allah , Kenapa kau turunkan ujian sebegini berat ?” Bisik hati lagi
“ Macam mana boleh kemalangan ? Puan tak ada sekali masa tu ?” Tanya aku
Puan dewi menunduk , Masih lagi merintih dengan kesedihan ..
“ Kalau lah saya tahu ini semua akan jadi , Saya takkan mahukan Hari Itu …” Balas Puan Dewi
“ Hari apa ? “ Tanya aku
“ Sebulan lepas , Saya buat pembedahan ikat kilang telur ni kan … Selepas 2 minggu , Entah kenapa mungkin stress … Dengan karenah Anak Dirumah … Saya selalu bising pada suami .. Saya tak cukup rehat .. Saya stress.. Jadi .. Saya nak “ ME TIME “ Untuk diri saya , Saya tak boleh tahan lagi dengan Anak anak dirumah … so saya pun pergi ke langkawi bersama kawan untuk bercuti … “ Balas Puan Dewi
“ Masa saya disana tu lah , Suami saya dan anak anak kemalangan ….” Balas Puan Dewi
“ Dan kerana ME TIME , Itu lah , Saya tak sempat jumpa anak saya , Dan tuhan betul2 tarik anak saya dari saya …” Balas Puan Dewi
“ Kalau lah saya tak bercuti di langkawi , Mungkin perkara ini semua tak terjadi … Saya menyesal sebab selalu merungut dengan karenah anak anak yang nakal ni ..” Balas Puan Dewi
“ Saya rindu kan mereka doktor.. tolonglaaaahh !! Tolong saya doktor !!! “ jerit puan dewi sambil melutut , merayu pada kaki aku
Aku terus melompat bangun , Kemudian aku tunduk cuba mengusap bahu puan dewi
“ Puan jangan lah macam ni , Saya bukan tuhan … Puan kena terima juga takdir ni , Mereka dah pergi 2 minggu lepas … Relakan lah pemergian mereka puan ..” Pujuk aku perlahan
“ Saya faham puan punya perasaan , Kalau saya pun belum tentu saya kuat juga … Tapi apa lagi mampu kita buat jika itu takdirnya … Bangun lah ya , Jangan lah melutut sampai macam ni …” Balas Aku cuba memujuk Puan dewi yang dah mula hilang kawalan …
Misi disebelah memeluk puan dewi berkali kali …Sambil turut menangis ..
Aku refer case Puan Dewi kepada pakar psikiatri …
Seperti sedia maklum , Puan dewi sendiri tahu yang dia tak boleh lagi melahirkan zuriat selepas pembedahan .
Beratnya ujian tuhan Pada Puan Dewi ..
Sudah lah kehilangan 3 orang anaknya …
Suami pula hilang upaya
hanya tinggal Puan Dewi seorang sahaja yang perlu menyara diri dan suaminya …
Jika aku , Aku pun belum pasti jika aku sekuat Puan Dewi untuk mengharunginya
Puan Dewi dihantui oleh perasaan dan kemahuannya sendiri . Dikala dia mahukan “ ME TIME “ Untuk dirinya disebabkan bebanan tekanan perasaan yang perlu ditanggung menjaga 3 orang anaknya itu ,
, Tuhan menarik balik kesemua anaknya …
Tapi kita kena paham , Tak kira Me time atau tidak , Ketentuan tuhan itulah takdirnya .
Akurlah kita dengan kehendaknya kerana kita sebagai manusia yang lemah , Akan cuba cari kesilapan diri kita jika ada berlaku kecelakaan . Itulah punca depression yang sering dialami oleh pesakit .
Selepas kejadian itu , Aku tak jumpa lagi Puan Dewi
Aku berharap , Puan Dewi dapat jumpa ketenangan dalam dirinya …
Allahuakbar ….
Peliharalah aku dan keluargaku
Jauhilah dari segala kecelakaan dan bencana
kerana sesungguhnya hambamu ini …
Lemah dari apa pun jua Ujian Dari-mu ..
Janganlah pernah rasa terbeban dengan Anak anak walaupun sedetik ,
Hargailah mereka
Mereka boleh hilang dalam sekelip mata
Kerana mereka Hanyalah NYAWA sementara .
Adakah perancangan kita lebih baik dari Tuhan ?