Nina

MESEJ TERAKHIR
Nina

Nina merupakan seorang remaja yang terkenal di kolejnya Dahulu seawal umur 22 tahun .Kerana sifatnya yang selamba dan terbuka .

Nina juga sering bergaul dengat mat rempit . Setiap perlumbaan haram , Nina lah yang sering mengibarkan bendera sebelum mereka berlumba ..

Nina Tidak bertudung , bebas bersosial , dan mudah terpengaruh dengan perubahan arus zaman , semua Nina cuba .

Dari Rokok , Kelab Malam , Pesta buih , Dan tak ketinggalan minuman keras .

Nina seorang remaja yang aktif , Yang suka mencuba segalanya .

Namun , Disebalik kenakalannya …

Nina sangat menghormati ibu bapanya . Tak pernah Nina terik suara bila bercakap .

Nina selalu mendahulu kan orang lain . Nina tak pernah berdengki sesama sesiapa .Nina selalu memberi nasihat positif dan menaikkan semangat kawan kawan nya.

Nina pendengar yang baik .

Nina sangat pemurah , Semua kawan kawannya .. Yang bermasalah Nina tak pernah abaikan , Nina akan cuba sebaik mungkin tak kiralah dari segi wang , masa atau kudrat , Nina akan berikan segalanya .

Nina sangat penyayang , Nina selalu mengasingkan duit belanjanya untuk beri kucing jalanan makan Sehingga kucing itu pun kenal dan tahu bila Nina akan datang untuk beri makan padannya.

Begitu juga dengan Peminta sedekah di deretan kedai , Setiap hari selepas pulang dari kolej , Nina akan beri sedikit duit belanjanya …

juga golongan gelandangan miskin di tepian jalan .Seorang nenek tua yang sering duduk di bawah pokok di kawasan parkir .

Nina akan pastikan , Sebelum dia pulang , Dia akan belikan nasi bungkus , minuman , roti dan juga sedikit wang saku pada nenek itu.

Walaupun nenek tu nampaknya sudah nyanyuk , Tapi nenek tu amat mengenali Nina . Setiap hari nenek tadi akan tunggu kedatangan Nina .

Nina juga seorang yang rajin , Pengemas , Dan juga pembersih .

Namun diluar , Nina terkenal dengan sifat liarnya yang suka berhibur … Kawasan kejiranan semuanya dah tahu pernagai Nina .. Ada yang benci , mengutuk di belakang , Fitnah dan macam macam lagi .

Nina tahu semua itu , Tapi Nina biarkan .. Tak mahu peningkan kepala .

Namun disitu terdetik , Rasa bersalah , Nina sedar apa yang dia lakukan ini tak baik dan melanggar hukum agama , Namun nina masih teruskan juga ..

Entah kenapa , Pada suatu hari …
Mungkin atas kesedaran atau hidayah yang datang dari sang pencipta ..

Pada hari itu , Nina ambil air sembahyang dan solat buat kali pertama setelah lama dia meninggalkan kewajipan itu .

Nina , Mula membuka al quran dari telefon bimbit nya , Dia mula mentelaah , Cuba membaca …

Pada Hari itu , bagaikan satu hadiah dari sang pencipta , Nina berasa amat gembira … Kerana sedikit sebanyak menemui jalan lurus semula ..

Sehinggakan Nina mesej kawannya …ALIA …hanya untuk memberitahu betapa gembiranya dia dapat solat semula

Namun .. Pada Malam itu … Majlis Hari jadi antara salah seorang sahabatnya .. ERNI …

“ Nina … Jangan lupa malam ni hari jadi aku dekat Kelab tau … Semua sudah diuruskan . Kau datang enjoy je ok “ Mesej yang diterima dari Erni

Nina mula rasa bersalah …

“ Erni , ok aku datang , Tapi aku nak berhenti minum arak , Jadi aku datang untuk raikan hari jadi kau je ok ? Aku tak nak minum lah “ Kata Nina..

“ Alah kau dah kenapa ni Nina … Tak best la macam ni ..” kata Erni

“ Bukan apa , Sejak dua menjak ni aku rasa badan tak sedap lah “ Kata nina…

“ Ala… Macam macam lah kau ni … Ok lah malam ni LAST kau Minum untuk aku , lepas tu kau nak stop pun takpe .. Please.. Dah order banyak tau … Please… please nina…” Kata erni

Disebabkan hari jadi erni dan pujuk rayu nya … Dengan sifat yang suka mengalah .. Walapun berat hati nina …
Nina bersetuju ..

“ Okay , Ni yang terakhir .. Lepas tu jangan paksa atau ajak aku Minum lagi ya.. Janji tau !!” Balas nina ..

Nina pun bersiap dan menghadiri majlis hari jadi kawannya , itu di sebuah kelab ternama di KL .

Disebabkan majlis itu , Nina minum Minuman keras yang banyak , Sama seperti kawan yang lain … Berhibur , sambil menari dengan lagu yang rancak . Amat menghiburkan ..

Namun , Malang buat Nina pada hari itu ,

Nina mabuk lebih dasyat dari biasa ..

Nina dihantar pulang oleh salah seorang lelaki , kawan yang baru dikenali Erni …

Disebabkan oleh keadaan Nina yang dalam keadaan mabuk tak sedarkan diri ..

Malangnya Nina telah dirogol oleh lelaki tersebut … di dalam kereta ..

Lelaki tadi telah meninggalkan Nina dihadapan rumahnya , Dan kemudian lari MENINGGALKAN NINA .. dalam keadaan mabuk …

Disebabkan oleh kepenatan , keperitan selepas dirogol , dan juga keadaan mabuk yang teramat sangat .. Nina tak mampu untuk berjalan masuk kerumahnya ..

Akhirnya Nina Jatuh dan pengsan dalam keadaan yang memalukan , Seluar dalamnya yang masih di pergelangan kaki .. Skirt nya yang terselak di paras peha , Baju yang bercamping , Butang baju yang terbuka yang menampakkan sedikit isi dada nya … Terdampar di hadapan rumah …

Sehinggalah Nina dijumpai oleh penduduk kejiranan tersebut semasa perjalanan mereka ke surau untuk solat subuh …

Nina dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut ..

Kisah tentang keadaan nina pengsan dihadapan rumah telah menular dengan hebatnya … Sehingga seluruh kawasan taman bercerita tentang Nina.

Setelah nina selesai rawatan di hospital . Nina pulang kerumahnya semula ..

Namun setiap hari .. Bukan lah seperti hari hari biasa..

Nina dipandang lebih serong …dan hina

Ada yang meletakkan gambar lucah di dalam peti suratnya , Ada yang conteng “ bohsia “ di pintu rumahnya …

Belum lagi hinaan dari jiran jiran sebelah ..

Nina jijik pada pandangan masyarakat luar.

nina di herdik , Sehingga kanak kanak sekolah yang terserampak dengan nina pun mula pandai mengejek dan melaungkan gelaran untuk nina kerana teladan dari masyarakat sekeliling

“ Bohsia … Bohsia … “ terik kanak kanak sambil bergelak ketawa

Disebabkan kecaman netizen dan masyarakat sekeliling Dalam kejiranan itu , Membuatkan semangatnya lemah ..

Kawan kawn nina yang lain mula menjauhkan diri , kerana takut dilabel sebagai bohsia …

Hanya Alia yang sering bersama nina untuk memberi semangat …

Pada suatu hari ..

Nina terima satu surat dipeti suratnya ..

Dalam surat itu ..

terkandung Gambar separuh bogelnya … ketika pengsan dihadapan rumah tempoh hari … dan tertulis dibelakang

“ aku pun mahu cuba”

Punah .. segala harapan dan semangat yang alia berikan …akhirnya musnah …

Musnah hanya disebabkan satu gambar dan nota ..

Musnah disebabkan sifat masyarakat sekeliling yang cepat menghukum …

Musnah disebabkan tajam nya kata kata dari lidah manusia

Musnah disebabkan kita semua .. Insan yang bergelar manusia …

Nina akhirnya dijumpai mati didalam rumahnya pada malam itu … Nina bunuh diri disebabkan hukuman masyarakat sekeliling kerana tak mampu menahan segala tomahan dan cemuhan yang datang bagaikan peluru capah … pada malam alya datang melawatnya …

Nina sudah pun pergi meninggalkan dunia yang di perintah oleh manusia ..

Dunia yang zalim dan menghukum

Kini genap seminggu Nina meninggalkan dunia nyata ..

Kucing tadi masih lagi menunggu makanan yang selalu dibawa oleh Nina ..

Peminta sedekah yang setiap hari menanti kedatangan Nina… Terpinga pinga…

Nenek tua gelandangan yang tercari cari Nasi bungkus , minuman dan rotinya …

Namun tiada siapa lagi yang dapat lakukan apa yang Nina telah buat ..

Dimana masyrakat yang mulia tadi ?

Di mana masyarakat yang sering menghukum , Tetapi sebenarnya syaitan di sebalik dalangnya ?

Alia membuka telefon bimbitnya , Alia masih lagi kesal dengan pemergian Nina ..

“ Nina , Tenanglah kamu disana, Semoga Allah terima taubat mu walaupun sedetik “

Alia buka mesej dari Nina .. Sambil berlinangan air mata …

“ Alia , Nikmat nya hari ini , Tak tahu kenapa … Tiba tiba aku ambil wuduk dan solat .. seronok sangat aku dapat lihat ayat al quran walaupun aku tak pandai baca … Aku tak penah rasa setenang ini Alia … Alia.. Esok ajar aku baca al quran ya !”

Alia senyum … “ Aku pasti akan ajar kau disana …”

Mesej yang terakhir dari Nina …

“ Setajam tajam pisau , Tajam lagi lidah manusia “ Imam Al Ghazali

KISAH BENAR dari Alia.

Dr Yazeed Hair Johari

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.