Nama Aku ISNIN

NAMA AKU ISNIN

Aku tahu , Ramai yang benci aku .. Penulis ini pun pernah benci aku seketika waktu dahulu…

Dengar Nama aku sahaja dah membuatkan pembaca dah mula tak suka ..

Tak apa , Aku sudah biasa .Aku boleh terima ..

Aku tidak dilahirkan sempurna
Aku dilahirkan didunia ini dengan tidak punyai apa apa.

Namun , Aku masih sama seperti yang lain .

Aku adalah HARI , Sama seperti Selasa , Rabu , Khamis , Jumaat , Sabtu Dan Ahad .

Aku adalah Hari yang ditetapkan oleh manusia sendiri sebagai permulaan kepada penghujung Hari minggu .

Aku Masih sama seperti hari hari yang lain .

Aku berikan segalanya sama seperti mereka .
Aku Masih memberi masa 24 Jam ,
Aku Masih lagi memberi cahaya Pagi .
Aku juga masih memberi Malam …untuk golongan manusia berehat .

Apa dosa aku ?
Apa kekurangan aku ?
Adakah hanya aku ini Hari yang ditetapkan sebagai Hari permulaan ?Besar sangat kah kezaliman aku ?

Apa yang membuatkan golongan manusia Sangat membenci aku ?

Aku sering Di Caci …
Aku sering Di hina …
Aku sering Di Cemuh ..

Ramai orang mengeluh tentang aku ..

“ Esok Isnin , Aku benci Isnin .. Aku harap hari ni hari Jumaat .. Benci nya !!!”

“ Aku tak ada mood lah , Cepatnya habis hari ahad , Stress betul esok pagi Dah Isnin , Kena bangun awal “

“ Tak sabarnya Hari Jumaat !!!”

“ Kalau boleh , Biar ISNIN mati , Tak ada lagi dalam dunia , Bukan ada siapa kisah pun !”

Dan kerana keluhan ini … Aku rasa amat rendah diri dengan Jumaat … Dan hari yang lain …

Seolah olah Jumaat adalah hari yang paling bermakna , Jumaat lah yang dinanti nantikan …

Kemudian Sabtu dan Ahad juga turut mendabik dada … Memandang aku sebelah mata ,

Macam lah aku ni jahat sangat ,

Apa besar sangatkah dosa aku ditakdirkan dan dilahirkan sebegini rupa ?

Aku bukan penjenayah ,
Aku bukan penyamun
Aku bukan pembunuh …

Tapi mereka masih gelarkan aku itu semua ..

Aku pembunuh keseronokan
Aku penyamun masa
Aku penjenayah kegembiraan

Sejak aku wujud dalam dunia ini … Rata rata , Hidup aku tak disukai , Jika boleh .. Aku mahu tinggalkan dunia ini .

Tak sanggup lagi aku dihina dicaci ..

Betapa siksanya , Aku yang telah ditetapkan untuk lahir sebagai Isnin ..

Aku cemburu , Aku iri hati .. Dan Dalam masa yang sama .. Aku juga ada menyimpan perasaan dan hasrat untuk menjadi seperti Jumaat . Lahir salam keadaan yang sedia mewah , Cukup segalanya , Sempurna dan menjadi Rebutan .

Cukuplah sekali , jika aku dapat menjadi seperti Jumaat .

Aku teringin untuk rasa dihargai , Rasa dihormati … Seperti Jumaat

Segalanya tentang Jumaat ,
Adalah Sempurna ..

Penghulu segala Hari ..

Bayangkan .. Betapa istimewanya Jumaat .. kerana ..

Bukan sahaja kegembiraan ..

Kematian Pada Hari Jumaat juga turut diagung agungkan …

Betapa Hebat dan Sempurnanya sifat Jumaat .

Namun aku harus sedar , Aku harus terima hakikat .. Yang aku telah dilahirkan sebegini rupa ..

Apa kuasa yang aku ada untuk mengubah segala ciptaannya ..?

Aku Merintih ..
Aku sedih…
Aku suram..
Aku Meraung keseorangan …

Namun Tiada siapa yang ingin dengarkan segalanya ..

Aku cuba yang terbaik ..

Masih lagi ..

Tiada siapa yang melihat
Tiada siapa yang mendengar
Tiada siapa yang peduli …

Apa lagi yang boleh aku cuba ?

Tiada Apa …

Namun sejenak , Selama hidupku di dunia ini …

Aku terfikir ,

Siapa kah mereka untuk menolak kebahagiaan aku ?
Mengapa cemuhan mereka lebih penting dari diri aku ?
Mengapa kata kata mereka , menentukan hala tuju hidup aku ?

Aku mula sedar …
Aku mula bangun dari mimpi ngeri
Aku mula bangkit dan berdiri ..

Aku cuba hargai diri aku sendiri
Aku tepis segala cemuhan
Aku tolak semua perasaan iri hati dan dengki.

Kini aku ISNIN yang baru …

Aku hidup lebih ceria
Aku tak perlukan pujian orang lain untuk gembira
Aku tak perlukan sambutan orang lain untuk melintas
Aku tak perlukan dorongan orang lain untuk melangkah ..

Aku Isnin yang baru…
Aku hargai diri aku
Aku buat yang terbaik hanya untuk aku
Aku Terus lakukan apa yang aku suka ..

Kini , Aku mula rasa bahagia , Aku mula rasa sinaran Pagi aku lebih bermakna ..

Aku juga mula sedar , Dari mana datangnya cemuhan itu ?

Cemuhan itu semuanya datang dari golongan pengikut JUMAAT sebenarnya , kerana ..

Mereka lah yang memulakan tradisi untuk Membenci AKU ..
Mereka lah yang menjadi batu api untuk orang lain membenci aku
Mereka jugalah yang meracun orang lain bahawa dengan membenci aku itu adalah sesuatu yang amat istimewa .

Jika kau benci aku , Kau akan nampak lebih “ Cool” Dan bergaya

Kesedaran ini merupakan satu lonjatan besar untuk aku ..

Akhirnya ..

Disebabkan aku menolak segala cacian dan cemuhan .
Disebabkan aku mula hargai diri aku
Disebabkan aku terus lakukan apa yang aku suka ..
Disebabkan aku masih tabah dan terus memberi khidmat seperti biasa ..

Aku kini , telah diterima semula oleh segelintir umat manusia
Aku kini telah kembali kedalam dunia
Aku kini bermakna kepada kehidupan manusia yang lain

Perlahan
Aku telah dinantikan
Aku telah dihargai
Makin ramai orang yang mula mengambil berat
Makin ramai orang yang mengikutku ..
Makin ramai orang yang berkawan dengan ku ..

Aku tak tahu dari mana datangnya mereka

Mereka tak sabar menantiku , Walaupun golongan mereka itu hanya segelintir ..

Mereka sentiasa tidak sabar untuk menantikan aku ..

Walaupun aku masih lagi tak sehebat Jumaat ..

Namun aku gembira ..
Walaupun aku tiada kelebihan
Walaupun aku tak dilahirkan sempurna seperti Jumaat ..

Tapi , masih ada yang menghargai aku ..
Aku mula menjadi perhatian oleh Jumaat , Sabtu & Ahad .

Selasa , Rabu & Khamis ? Mereka tidak ambil peduli apa pun , Mereka tetap dengan hal mereka sendiri .Seolah olah dunia ini bukan mereka yang punya .

Setiap langkah ku diperhatikan ..
Aku tidak gentar .. Kerana aku yang sekarang , Bukanlah aku yang dahulu .

Aku dikelilingi oleh

Orang yang amat mementingkan masa
Orang yang sentiasa dahagakan kerja
Orang yang pandai menggunakan sepenuhnya kekurangan aku
Orang yang menghargai kewujudan aku
Orang yang sentiasa menantikan aku…

Walaupun pengikutku tidak ramai seperti Jumaat ..

Namun apa yang membuatkan aku gembira ,

Walaupun jumlah orang yang meminati aku sangat kecil , Namun Semua pengikutku amat berbeza dari pengikut Jumaat .

Golongan pengikut jumaat kebanyakkannya terdiri dari

Golongan alpa dan leka
Golongan yang suka berpesta
Golongan yang suka membuang masa
Golongan yang suka bermewah mewahan
Golongan yang tak pernah faham apa itu kegagalan .

Mereka masih hanyut dengan kehidupn selesa mereka .

Namun begitu , Aku hairan ..
Aku hairan dengan pengikutku ..
Entah datang dari mana …
Namun Apa yang pasti , Sejak aku kenali mereka .. Aku mula mengenali ciri mereka yang berbeza ..

Kerana Pengikutku semuanya

Golongan orang yang berjaya & Kaya
Golongan bangsawan , cendiakawan
Golongan yang berilmu
Golongan Yang berakhlak mulia
Golongan yang menghargai masa
Golongan yang tidak putus asa ..
Golongan yang rendah diri , Jauh sekali sebagai pencaci .

Tiada satu pun pengikutku seperti pengikut Jumaat .

Mereka tak sabar menanti kedatangan aku.
Mereka semua amat menghargai aku dikala aku dicaci , dihina dan tidak diperlukan oleh golongan yang lain .

Aku jatuh bangun semula
Aku akan tetap terus memberi inspirasi kepada yang menghargai aku
Dan kini , Aku bangga kerana aku dilahirkan sebagai Isnin.

Walaupun aku tidak dilahirkan sempurna seperti JUMAAT , yang mana dilahirkan serba serbi hebat dan sempurna..

Namun Kini , Aku tidak mahu lagi menjadi Jumaat seperti mana yang aku idamkan dahulu .

Tidak mahu walaupun sedetik !

Kini baru lah aku sedar tentang kelebihan aku sejak aku dikelilingi oleh golongan yang positif ini

Yang selama ini aku tak pernah sedar ..

Aku Lah Permulaan
Aku lah yang Pertama
Aku lah yang Paling sukar
Aku lah yang paling mencabar

Kerana setiap Kesusahan dan kegagalan itulah yang menjadi Kunci pengorbanan terbesar untuk mencapai puncak kejayaan .

Aku tak berharap untuk aku diterima,
Aku tak mintak agar aku disayangi
Namun , aku bersedia untuk menghulur tangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi sahabat aku .
Cukuplah walaupun sedikit yang menghargai aku .

Terima kasih kepada golongan yang tak putus asa menghargai diri aku .

Aku harap korang boleh tolong share , Aku menantikan kawan yang baru untuk aku beri manfaat pada mereka .

Nama Aku ISNIN
Inilah Cerita Aku

Sekian .

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.