“ Nak Gaji , Tapi Tak Ikhlas Ke jadi Frontliner ? “

Pertama sekali aku nak mohon maaf jika aku memang tak setuju PKP ini dilonggarkan .

Panas pula hati bila terbaca komen seperti yang tertera pada tajuk diatas .

Memang kita sedia maklum , Ekonomi negara makin merosot sejak 18 March , Bila mana PKP fasa satu dijalankan .

Semua orang di malaysia Terjejas secara financial , Tiada siapa pun yang terlepas . Syarikat besar pun ada yang lumpuh .

Aku faham semua itu .

Desakan ahli ekonomi untuk longgarkan pkp agar ekonomi dijana semula pun aku faham . Demi menjaga kakitangan pun aku sedia faham . Kerana aku pun terlibat dalam bisnes servis kesihatan . Klinik aku pun terjejas dan kerugian . Sudah pasti .

Tapi kita kena faham disini .

Double digit yang direkodkan sekarang , Bukan lah titik penamatnya . Masih ramai lagi Yang tak disaring . Warga asing , Bangladesh , Rohingya , Nepal , Indonesia , Pakistan dan selainnya , Mereka masih belum serahkan diri untuk disaring , Dan berapa ramai sahaja yang disaring ?

Malah ada beberapa rakyat kita sendiri yang belum disaring .

Bagaimana jika mereka yang positif , Tidak disaring lagi , Sering menjangkiti orang lain setiap hari , Dan kini 4 May , Mereka bebas keluar semula ?

Bagaimana jika mereka berlegar di shopping mall ? Pasaraya ? Restoran . Sentuh barang sana sini .

Tak semua warga asing boleh mengamalkan sosial diatance . Kita sendiri dapat lihat semasa pkp fasa 1 di jalankan . Mereka masih lagi berkeliaran . Masih lagi melepak dibawah lot kedai , Ada yang masih berniaga . Tidak memghiraukan kan Sop dan Pkp yang sedang dilaksanakan

Tugas pihak polis juga amak ketat , Apa lagi daya mereka nak pusing keliling ceruk bandar cuba mengawal keadaan . Frontliners sudah pun berhempas pulas sebaik mungkin dari awal PKP

Kini tiba bulan ramadan , Pkp Fasa 3 dan 4 . Pegawai kesihatan bekerja dengan sut PPE yang panas , Seharian . Mereka berpuasa . Berpeluh seharian . Merawat dan menyaring pesakit tanpa henti .

Bayangkan dibawah panas terik kemah Covis mass Screening area , Intra hospital mahu pun di pusat screening yang lain . Mereka juga lah yang menhadapnya setiap hari

Polis askar dan lain lain masih bekerja dibawah terik matahari , Di bulan ramadhan

Kuat betul dugaan bulan ramadhan tahun 2020 .

Ada yang komplen

“ , Memang dah kerja frontliner , Macam tu .. Buat je lah kerja korang , Gaji nak , Tapi bila kena kerja , Komplen pulak !!”

Kamonlah , Macam ni ke kita bersatu ? Macam ni ke yng dinamakan

“#kitajagakita ?”

Tuan tuan , Bukan pesakit je yang dijangkiti covid . Cuba lah lihat data , Berapa ramai frontliner yang dah positive covid , Doktor , Staff nurse , Medical assistant , PPK , disebabkan mereka ni sanggup berdepan dengan covid , Berjuang untuk orang lain . Gadaikan nyawa sendiri

Bila PKP dilonggarkan , Tak mustahil akan wujudnya cluster baru yang tak diingini .

Sampai bila kita nak bocor dan tampal ?

Siapa yang nak pergi saring lagi pesakit covid yang baru nanti ?

Oh Lupa .. Frontliner kan ada .. Frontliner lah yang kena menangani wabak ni

Yang sedap duduk rumah , Makan kenyang , . Family korang sihat, Mak ayah sihat , Anak anak sihat . Bagus alhamdulilah . Duduk belakang komputer jadi keyboard warrior

“ Tak ikhlas ke kerja jadi frontliner ?

“ Frontliner nak makan gaji buta ke ?”

“ Habis tu aku tak ada duit ni siapa nak kasi makan ?”

Ye faham , Susah ! Susah jugak kita nak memilih … Antara Nyawa Atau Ekonomi . Kerana kedua duanya penting buat masa sekarang . Tapi yang paling penting pastinya Nyawa .

Aku ni bercakap bagi pihak mereka . Lebih lama mereka ni duduk di tempat saringan covid , Maka risiko jangkitan setiap hari akan tetap ada .

Macam kita memandu di atas Highway lah , Kalau kerap kali kita memandu diatas highway , Dah confirm risiko kemalangan tu akan ada . Bila bila boleh jadi .

Kalau dah postive , Kes kematian lagi , Bila dah meninggal , Siapa yang nak kebumikan ? Frontliner kan ada ..

Aku harapkan pkp ni ketat sehingga 12 mei , Mahupun jun . Bila kita dah berjaya saring lebih ramai orang termasuk warga asing , Bila kes baru turun ke single digit . Ini adalah lebih meyakinkan .

Ini luahan hati aku je . Takkan mampu mengubah apa apa .

Yelah , Kalau mati pasal covid pun tak ada kaitan dengan korang kan . Nyawa frontliner lain yang terkorban tu dimana nilainya …

Terpaksa akur , dengan keputusan yang dibuat . Aku harap semua orang follow lah SOP yang ada tu .Apa lagi yang boleh aku katakan

Bayangkan , Staff hospital yang pakai lengkap dengan mask , Ppe ni pun , masih lagi kena jangkitan .

Tak tahu lah kat luar tu macam mana nanti bila semua dah berkumpul dalam shopping mall dan lai lain

Ramai lagi pesakit positif yang akan berlegar diluar sana . Berhati hati .

Aku harap , Korang dapatlah jana semula pendapatan tu . aku faham kesempitan duit pun jadi faktor utama .

Aku doakan korang semua selamat lah diluar sana. Keluar jika perlu

Yang tinggal dengan Mak Ayah yang tua , Serta Anak kecil . Pikir lah dua tiga kali sebelum bergembira diluar sana

Kalau sayangkan keluarga .

Stay at home . Ingat ..

Virus Sars Cov 2 – Highly Contagious !

Sendiri Tak Kena . Memang lah tak tahu .

Jadi jawapannya , Bukan Kami Tak Ikhlas . Tapi Nyawa Kami ni terdedah dengan jangkitan setiap hari . Tanpa henti . kami pun ada keluarga dan anak bini .

Kau ingat dorang ni semua heran sangat gaji tak seberapa tu ? Kalau boleh dorang ni semua nak stay at home . Kalau boleh nak kurangkan kes sampai single digit secepat mungkin . Hari2 Nyawa terdedah dengan risiko .

Jangan sedap nak komen je .

Kau pulak ganti tempat kami … Ok ke ?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.