NAK AIR !

Aku menyusuri Jalanan Kemaman – Dungun …. Tak jauh dari sudut simpang tu , Aku nampak sebuah gerai yang betul2 terletak di tepi tasik ..

Cantik pemandangan , Apa lagi , Aku pun singgah lah , memang tengah cari port nak bungkus sarapan .

Sementara tunggu pesanan di siapkan ..
Aku order segelas teh panas , Sambil menghadap tasik ..

Meja hadapan aku ada sebuah keluarga .. ayah , mak dan seorang anak .

Aku perati je lah gelagat mereka

Si Ayah memang dari tadi layan telefon .. Layan video agaknya .. Aku terdengar lah tempias bunyi dari telefon dia tu

Kusyuk betul die amati video dari telefon dia tu ..

Yang Si ibu pula , Macam tengah layan live story .. Tempias bunyi dari phone ibu pun aku dengar jugak … Si Ibu pun kusyuk melayan phone tak nak kalah ..

Anak dia terpinga pinga seorang diri melihat ibu dah ayah mereka

Aku anggarkan umur dalam 3-4 tahun budak tu

Tak lama lepas tu aku nampak budak tu cuba nak capai segelas air .. Tapi tak sampai ..

“ Nak Air .. Nak air..”

Berkali kali jugak dia cuba panggil kedua ibu bapa dia .. Tak di layan

Dia toleh lagi memandang ayah dia

“ Nak Air Nak Air ..”

Masih tak dilayan, Makin rancak ayah dia layan video..

Dia Toleh pada ibu pula ..

“ Nak air , Nak air !” .. Haram tak dihiraukan oleh ibu..

Last last … Budak tu sendiri berdiri atas kerusi cuba mencapai air di atas meja tu

Tersilap langkah , Badannya tergelongsor ke depan sewaktu tangannya cuba merangkul gelas air tadi

Gedebak !!!

Dengan budak tu tersembam .. Habis tumpah air satu meja ..

Si Ayah dan ibu terkejut …
Si ibu mula melatah …

Si ayah pula , Terus bagun … dengan refleks cuba menyelamatkan phone dia yang terkena percikkan air minuman tadi …

Si ayah cepat2 lap phone tu dan simpan ke dalam poket ..

Aku ingat kan , nak selamatkan anak dia dulu , Rupanya si ayah lebih utamakan telefon dia

Si ibu pula .. Terus bangun , takut air dari atas meja muka tumpah pada seluarnya

Lalu, Tengkuk budak tu di cengkam dari belakang oleh si ayah , di angkat menjauhi meja ..

Si Ayah mula bengis

“ Ya allah !! Apa ni !!!! Kau Tengok ni ! Apa dah jadi ni !! Habis semua tumpah… rosak semua makanan !

Si anak mula menangis kesedihan ….

Tak boleh sabar ke ? Hah !!!

Tak boleh mintak elok elok ke ?!!!

Lain kali kalau nak minum ke apa , Mintak lah , Jangan pandai2 nak panjat sendiri !!!” bentak si ayah sambil memukul tangan anaknya itu berkali kali….

Aku yang tengok dari jauh ni
..

Rasa nak campak je kerusi dekat muka bapak dia ….

Bacaan lanjut
http://www.dryazeedhairi.com

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.