MITOS PRODUK SAMPAH CUCI USUS
Satu kali iklan lalu … Aku boleh bersabar lagi. Tapi kalau iklan dah lalu hari hari …
Rasa jelak pulak aku tengok founder2 yang nak jadi pharmacist ni
Biar aku kasi tau kepada semua rakyat jelata . Yang produk kau tu semua hanyalah menjanjikan fakta yang palsu
Benda ni ilmu , Jadi bagus aku kongsikan , Supaya korang ni semua pandai sikit dan tak mudah teperdaya .
Sebelum tu meh kita kenal apa itu usus ?

Korang tengok pada gambar rajah .

Sistem pencernaan bermula dari mulut sehinggalah rektum ( Tempat buang air besar )
Jadi amat jelas lah disini , Segala apa yang kita makan akan melalui laluan seperti yang aku tunjuk kan dalam gambar rajah
Setiap organ mempunya fungsi masing2 ,
Penyediaan acid , Penyediaan enzyme untuk menghancurkan makanan , Membuang toksik / Molekul berbahaya yang korang makan , Termasuklah menyerap semula makanan atau air selepas korang makan

Jadi bila korang kaji balik ..

Sistem yang tuhan ciptakan ni dah perfect !
Setiap organ ada kerja masing2 . Dan setiap organ mempermudahkan kerja serapan dan buangan dari satu tempat ke satu tempat
Apa yang membuatkan sistem ini boleh terganggu ?
Sistem ini boleh terganggu jika disebabkan oleh berikut
1- Jangkitan kuman pada usus

2 Penyakit –
Functional atau mekanikal ?
Functional salah satu contoh IBS

Irritable bowel syndrome yang menyebabkan sekejap kau cirit , Sekejap kau constipation ( Susah berak )
Mekanikal pula bila kau punya usus terbelit , Atau obstruction ( Laluan sempit ) Yang disebabkan oleh tumor , Ketumbuhan cancer dan sebagai nya

Senang cerita nak kasi paham .
Kalau dekat highway apa yang membuatkan kereta sesak ?
Sama ada
Kereta terlampau banyak ( Makanan)
Atau jalan sempit dan rosak
Atau pun ada lori terbalik tengah jalan
So semua faktor ni menyebabkan perubahan pada sistem pencernaan kita
Jadi , Adalah beberapa founder dekat luar sana , Yang sudah masuk beberapa chemical yang boleh buat korang tercirit
Lalu mereka claim benda tu sebagai pencuci usus !
dorang pun mula tanya ..
Adakah anda selalu susah buang air besar?
Ataupun adakah anda selalu mengalami pedih ulu hati ?
Sakit perut ?
Cirit birit tak menentu ?
Bang aji ! Biar aku kasi tau kau , Setiap simptom memerlukan rawatan yang berbeza , dan ubat yang berbeza , Cara diet yang berbeza
Tapi ubat kau ni ! Boleh settle semua masalah .
Jadi aku nak tanya , Kalau ubat kau ni betul bagus , Kenapa sampai sekarang kau tak jadi billionaire atau trillionaire ?
Sebab apa yang aku paham , Kalau ubat kau betul macam ni punya bagus , Kau dah selesai kan masalah satu dunia bro !
Mesti kau dah duduk leven warren buffet , Mark zukenberg atau jeff bezos .
Tapi produk kau ni memang sampah semata .
No clinical trial
No safety usage
No research studies
No Dosage
No reported side effect
Dan yang paling menyeramkan ..
Kau pukul rata semua benda .
Kalau korang mengalami constipation yang kerap , Atau chronic . Korang kena jumpa doktor . Supaya doktor boleh kaji semula apa jenis diet makanan yang selalu korang amalkan .
Nak ambil soft diet ke , Atau perlu ubat ke , Sama ada perlu adjustment your intake of soluble or insoluble fiber ke .
Atau pun sebenarnya kau ada masalag functional seperti contoh IBS yang aku cerita tadi mahupun Mekanikal yang disebabkan oleh tumor/ Ketumbuhan mahupun cancer
Ini tidak , Korang makn telan je semua benda .
No magic wonder lagi dalam dunia ni satu ubat boleh settle semua masalah
Paling bodoh sekali setakat ni , Bila kau cuci usus boleh kurus .
Kalau kau boleh percaya jugak benda macam ni ?
Aku tak tau nak kata apa dah
Aku harap hangpa semua celik mata
Biar bodoh jangan sombong
Biar bodoh , jangan menipu
Biar bodoh , Tapi bila dah baca ni boleh jadi pandai …
Jadi kalau korang ada masalah susah nak membuang , Atau sering cirit birit tanpa sebab , Mahupun radang perut yang kronik ataupun ada pendarahan .
Sila jumpa doktor dan dapatkan nasihat yang sesuai ! Bukannya main bedal
Kerana anda mampu mengubahnya!
Share dan tag kawan2 ..
Semoga hangpa jadi insan yang celik ilmu dan boleh tolong orang lain supaya tak kena tipu
sekian .