MITOS “ LOW FAT “ Sebagai PELARIS , Sebenarnya Punca Diabetis dan Kegemukkan

RAMAI YANG CUBA DIET DENGAN “ LOW FAT YOUGHURT “ TAPI GAGAL ?

MAKIN GEMUK ? BERAT MAKIN NAIK ?

SIAPA DALANGNYA ?

MITOS “ LOW FAT “ Sebagai PELARIS

Bukan Sekadar produk youghurt , Malah apa apa produk “ Low Fat “ !!

Bukan sekali aku dengar rungutan ni , Tapi dah banyak kali .

“ Doc , Saya baca dalam artikel , kalau nak kurus amalkan makan youghurt … bagus dan boleh kurus “

Yes , Youghurt bukan lah sangat membantu , Tapi boleh dijadikan snek atau dressing salad untuk penambah perisa .

Kerana kandungan protein yang tinggi , Sedikit carbohydrate , fat …dan tiada gula . Of course lah bagus

Tapi ! Tapi itu youghurt asli ..

Bukan Youghurt Low Fat !

Mesti terkejut kan .. Kenapa pulak youghurt low fat tak bagus !

Ok macam ni , Bila kita nak diet , atau lose weight .

Antara perkara penting yang kita kena fight adalah Gula dan karbohidrat .

Bukan Fat menjadi dalang utama pada kegemukkan .

So terma “ Low Fat “ Ni pada aku adalah salah satu taktik jualan atas dasar Nama “ Fat “ Iaitu kalau orang kita faham ianya “ Lemak “ Atau “ Gemok “ ..

So kita excited bila nampak label “ Low Fat” Ni .

So dalam otak kita , Ini adalah bagus .. kerana Fat telah dikurangkan .

Tapi kita tak sedar dalang disebalik low fat itu .

Dalang utama yang menyebabkan kita gagal turun berat badan bila ambil low fat product ni adalah GULAAAAAAAAAA!!!!

Korang pernah rasa tak youghurt asli ?

Youghurt yang betul2 asli.. Tak sedap lansung !!!
Masammmm !!! Pahitt pulak tuu !!!

Siapa sanggup minum air youghurt masam macam tu !!!

Kalau jual confirm tak laku !!

So macam mana nak jadikan youghurt tu sedap ?

Of course lah , Benda yang sedap dalam dunia ni . Pasti lah gula .

Tambah perisa lagi ! Strawberry , Peach , Anggur , Pisang , Nenas .

Perasa gula buah buahan tambahan + artificial gula … Fuhhh sedap !

Bayangkan berapa banyak gula dah ditambah dalam tu

Makanya , Kurang lah rasa masam youghurt yang tak sedap tadi .

Jadi bila dah ada gula , Korang pun togak bergelen 2 sebab dalam kepala kata Low Fat .

“ Tapi Doc , Saya memang pantang tak minum air gas ! lagi banyak gula “

Kalau korang perasan , Gula dalam coke lebih kurang 10g Setiap 100gram

Air low fat youghurt ni 8.1 Gram per 100 gram .

Lebih kurang je sama macam korang belasah air gas .

Jadi kita takut sangat pada Lemak .
Yang bab gula tu kita tak takut .

Sebenarnya , Kita bekerja setiap hari .. Setiap tenaga kita , Badan pecah kan lemak untuk beri tenaga ..

So fat ni mudah untuk di pecah kan ..

Tapi Gula ?

Bab gula ni , Bila kita ambil berlebihan ..
Paras insulin dalam badan akan meningkat tinggi

Jadi apa keburukan insulin tinggi ?

Makanya insulin ini akan bantut kan proses lipolisis .

Lipolisis ini adalah mekanisma pecah lemak .

Udah lah gula tinggi , Proses pecah lemak pulak terbantut .

Makanya , bukan saja Korang akan simpan gula , Tapi lemak yang sedia ada tak digunakan dan tak dipecahkan ..

. Lemak tadi di simpan dalam bentuk sel lemak maka berketul ketul lah disekeliling pinggang dan peha . namanya Adipos Cell

Yang korang pegang gelebeh2 sekeliling pinggan tu lah adipos sel yang tak digunakan .

Bukan sekadar Air youghurt low fat .
Apa apa produk low fat ni korang jangan percaya.

Semuanya ada tambahan gula .

Macam susu lowfat . Dorang cair kan susu . Jadi kandungan fat Dah berkurangan .

Tapi bila susu jadi cair .. Siapa nak minum ??
Tak sedap kan ?
jadi depa tambah lah gula dalam susu low fat supaya .. Susu tadi sedap diminum .

Sibuk nak perang dengan “ Fat “ Tapi akhirnya tambah gula dan Fat .

Dah lah nak pecah gula dalam badan ni susah . Koeanh tambah lagi .

Gula tadi akan disimpan dalam bentuk glycogen , Fat tadi di convert balik jadi Triglyceride .

Bak kata orang putih ..

“ Campak satu batu , Kena dua burung “

Kalau nak diet makan youghurt . Beli youghurt asli yang tak ada tambahan gula

Kalau nak minum Susu , Beli je susu segar tanpa tambahan gula .

Tapi susu ni karbohydrat tinggi , So kena kurangkan pengambilan susu , Unless koranf memang active ..

seperti sukan kardio atau gym . Tak ada masalah , Lemak dan karbohidrat susu tadi senang untuk dipecahkan.

So jangan mudah terpengaruh dengan label
“ Low Fat “ Lepas ni …

Benda yang aku cerita ni bukan nak burukkan mana mana produk

Tapi ini adalah ilmu sains .
Sebab tu gunanya ilmu ni supaya kita sendiri tahu apa yang kita ambik masuk dalam badan

Bukan semata mata terpengaruh dengan propaganda marketing produk .

Ini baru produk makanan korang dah kena kencing , Belum lagi produk kosmetik / Supplement timbang kilo .

Nantilah aku buat live ajar korang , Macam mana lemak dalam badan dipecahkan .

Agak2 Basah tak kena kencing selama ni ?

so next time , Kalau nampak je label Low Fat

atau pun ais krim youghurt!

Sama Jer ! Manis!!!
Kalau tak manis , Siapa nak makan youghurt kan !

So , Sila abaikan … Hentikan amalan air atau ais krim youghurt !

Melainkan Hanya youghurt 100% Asli

P/S – Cuba tengok gambar ni .

Satu tin Coke 39gram Gula
Satu Botol Air Youghurt Low Fat –
700 g
Setiap 100g = 8.1 g gula
kalau. 700g = 8.1x 7 = 56.7g Gula

Lagi banyak sari Coke .

Almost macam kau minum 2 tin Coke .

Sekarang dah faham ?

Bacaan lanjut klik
http://www.dryazeedhairi.com

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.