MISTERI TINGKAT 2 BASEMENT , BANGUNAN LAMA KL . SERAM !!

MISTERI TINGKAT 2 BASEMENT , BANGUNAN LAMA KL . SERAM !!

Cerita ni sebenarnya dah berlalu lebih kurang 5 tahun lepas , Masa tu aku dengan member ke suatu tempat membeli belah yang aku percaya ramai orang tahu tempat ni , Tapi aku terpaksa rahsiakan .

Nanti korang akan faham kenapa aku rahsiakan .

So masa tu baru habis shopping , So aku dengan member aku turun lah ke parking lot basement . Tiba2 baru perasan tiket belum dibayar lagi .

So aku pun suruh lah member aku , tolong pergi bayar kan semula tiket parking dekat ground floor .

Sementara menunggu member aku , Tiba2 ada sorang pak guard ni datang ke arah aku , Sambil dia nyalakan rokok . Rupanya tempat aku menunggu tu ada bekas tong rokok .

Aku senyum dekat dia , Dia senyum dekat aku balik . Awkward moment . Krik krik

Jadi untuk memecahkan suasana , So aku pun terfikir lah untuk tanya dia , Sejarah dia kerja dekat sini , Pernah ada pengalaman kisah seram atau tak

So aku pun mula berborak , Rupanya pakcik ni pun peramah je.

Katanya dah kerja jadi guard dekat sini lebih dari 15 Tahun . So dia share dekat aku antara pengalaman seram yang dia pernah alami .

Malam tu , Agak lewat lebih kurang 11 malam , Pak guard ni tengah lepak dekat post dia , Sementara menunggu jam 12 malam untuk rakannya yang bekerja shift malam tiba .

Tiba 2 datang seorang lelaki berlari kearah post guard tu tadi .. Sambil termengah 2 .. Tanpa berkata kata memberi isyarat tangan seakan sakan mengajak , Kemudian lelaki tadi berlari anak bagaikan mengajak pak guard tadi mengikuti jejak dia ..

Pak guard tu pun menggelabah ,tanpa berfikir panjang terus berlari mengikuti lelaki tadi ..

Sedar tak sedar pak guard tu sedang mengikuti jejak langkah lelaki tadi sehingga tingkat 2 basement ..

Kemudian lelaki tadi mengangkat tangannya sambil mengacu jarinya kearah satu kereta usang yang telah lama parkir disitu ..

Pak guard tadi pun terus teriak ..

“ Kenapaaa??!” Tapi malangnya tiada respon dari lelaki tadi ..
Lelaki tu hanya menunjuk arah dengan wajah yang pucat lesu ..

Pak guard tu pun mula menyalakan lampu suluh , Dan mula menyuluh ..

Tiba2 pak guard tu tersentak , Bila dia terlihat mayat seorang wanita yang sedang terbaring didalam seat kereta hadapan sebelah pemandu ..

Dengan berlumuran darah dimuka , Badan dan rambutnya

Pak guard tu mula panik. , Dia tahu yang dia perlu terus memeriksa ..

Pak guard tu mula merapatkan mukanya kearah cermin tingkap kereta …

Tiba tiba ..perempuan tadi yang terbaring , Bangun perlahan ..Menjeling kan matanya ..

Pak guard tadi terus melompat , Berlari langkah seribu ..

Lelaki tadi yang mengajaknya , Tiada lagi disitu ..
Tak tahu entah kemana

Setibanya pak guard tadi dekat post dia ..
Dengan keadaan termengah2 mula membaca surah ayat suci ..

Kebetulan Masa tu rakan sekerja dia baru tiba untuk masuk shift tengah malam ..

Pak guard tadi menceritakan kisah yang dialami pada rakan sekerjanya itu , Lalu rakannya itu mencadangkan untuk periksa semula liputan rakaman CcTV .

Mereka terus masuk ke bilik rakaman kamera sekuriti .

Lebih mengejutkan , Bila mereka dapati yang sebenarnya .. Lelaki yang diceritakan oleh pak guard tadi tidak wujud dikawasan post seperti yang direkodkan dalam rakaman sekuriti

Tiada sesiapa pun yang datang ke post guard tadi . Namun pak guard tu tetap berkeras untuk membuktikan yang dia menceritakan kisah sebenar

Jadi mereka mengambil keputusan untuk ke basement tingkat 2 , Untuk memeriksa sama ada wujud atau tidak perempuan yang dikatakan berlumuran darah didalam kereta itu tadi

Malangnya , Setelah mereka tiba di basement 2 , Kereta usang itu wujud .. Namun tiada siapa didalam kereta seperti yang diceritkan oleh pak guard tu tadi .

Rakan sekerjanya itu mula naik berang , Dan mula memarahi pak guard tadi kerana mereka-reka cerita yang tak wujud

Pak guard tadi bingung , Dan masih tak berpuas hati ..

Mereka kembali ke bilik rakaman cctv .. Mereka mula memeriksa rakaman di basement 2 ..

Lebih mengejutkan , Dan membuatkan mereka terus meremang bulu roma ..

Apabila dalam rakaman tersebut , Menyaksikan sesuatu seperti susuk tubuh lelaki sebenarny wujud , lelaki itu sedang berdiri di belakang mereka ketika mereka memeriksa kereta usang itu tadi

.. Kemudian susuk kelibat lelaki tadi berjalan membelakangi mereka dan , Terus hilang melepasi tembok…

Pada saat itu , Barulah rakan sekerjanya percaya dengan cerita pak guard tadi .

Terbeliak biji mata mereka sambil menggigil ..

Rakannya itu meminta pak guard tadi menemaninya pada malam itu ..

Siapa sangka kelibat lelaki itu muncul secara live ketika mereka memeriksa kereta usang tadi

Cerita ini diceritkan pada pihak atasan , Sewaktu pihak atasan turun untuk memeriksa , Kelibat lelaki itu tidak lagi wujud dalam rakaman cctv seperti apa yang mereka saksikan malam tadi .

Sejak dari hari itu , Kereta usang itu dihantar untuk dilupuskan setelah mereka tidak berjaya mengesan pemilik kereta tersebut .

Cerita ini tidak ditularkan kerana pihak pengurusan takut jika pelanggan pusat membeli belah tersebut takut untuk datang ke bangunan itu setelah mengetahui kisah ini

Mungkin ada sejarah kenapa kereta usang itu diparkir disitu setelah sekian lama tanpa dituntut .

Dan kejadian malam itu menjadi misteri sehingga hari ini .

Mana datangnya lelaki itu ?
Kenapa lelaki itu bagaikan cuba untuk memberitahu sesuatu tentang kereta usang itu

wallahualam ..

Yang pasti , Aku yakin .. Pasti ada cerita yang disembunyikan , disebalik misteri tingkat 2 basement tu .

Anyway bangunan tu masih wujud , Dan masih di lawati oleh ramai pengunjung sehingga hari ini .

Dan aku pun tak pasti sama ada pak guard tu masih lagi kerja di bangunan itu …

Bacaan lanjut klik
http://www.dryazeedhairi.com

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.