Misteri Flat Teban Garden Singapore
Aku nak kongsi sikit cerita seram yang menjadi misteri sampai hari ni.
Pink – Bekas landasan keretapi lama , Keretapi Tanah Melayu .
Kuning – Bekas Tapak Flat lama teban garden .
Ini kisah dari famili aku sendiri .
Atok aku berasal dari segamat , Tapi sebelum Singapore dipisahkan dari Malaysia , Masa tu dia dah buka kedai makan di Teban Garden Food Centre , Teban garden jurong .
Kalau sekarang ni , Korang pergi food court dekat sana , Boleh jumpa , Abdul Jalil Muslim Food Stall . Tak silap kedai atok aku masih wujud tapi orang lain yang jaga .
So masa singapore merdeka jadi negara sendiri , Atok aku decide untuk stay dekat singapore , Sebab dah ada perniagaan tetap . Jadinya semua adik bradik bapak aku dibesarkan di singapura .
Lebih kurang tu lah sejarahnya , Nak kasi korang faham , kenapa aku orang malaysia , Tiba2 ada famili dekat singapore
Kes misteri ni jadi masa tu umur aku kecik lagi , Tak silap dalam darjah 1 rasanya , Masa tu famili aku balik singapore untuk ziarah atok nenek .
Kami sampai lewat malam , Masa tu ada sorang mamat ni tengah tidur dekat sofa ruang tamu . Aku tak kenal sangat , Sebab jarang jumpa . Bapak aku kata tu sepupu jauh aku .So kami pun masuk ke bilik untuk tidur sebab dah lewat malam .
Rumah tu ada 3 bilik , 2 bilik lagi ada pakcik dan makcik aku , Mereka tido awal .
So nak dijadikan cerita masa tu lebih kurang 4 pagi , Kecoh dekat ruang tamu . Ada orang bawak balik sepupu aku ni dalam keadaan separa sedar .
——
Jadi aku pun turut terjaga sama bila bapak aku pun rushing keluar dari bilik bila dipanggil oleh pakcik dan makcik .
Aku keluar dari bilik , Nampak sepupu aku ( Reza , Bukan nama sebenar ) , melepet baring atas sofa , Macam tengah mamai , Separa sedar . Mata dia kemerah merahan , Melilau pandang sekeliling .
Jadi pakcik aku tanya pada orang yang bawak balik sepupu aku tu , Macam mana boleh jumpa si reza ni
So mamat yang jumpa tu kata , Dia balik dari late shift , Memang selalu dia lintas ikut jalan belakang keretapi tu , Tapi dia terkejut kenapa ada orang baring atas landasan keretapi tu
Bila dia check , Rupanya reza dalam keadaan separa sedar terbaring atas landasan . Rupa rupanya mamat ni kenal si reza , Sebab kami duduk dalam satu blok yang sama .
Tak lama lepas tu , Selepas nenek , Pakcik , Makcik baca beberapa surah . Reza mula terjaga . Masa tu hampir nak subuh .
Reza ceritakan semula apa yang dia ingat .
Kata reza , Malam tu .. Ada seorang perempuan berambut panjang , Cantik .. Cuba kejutkan reza dari luar tingkap , Dan menyuruh reza untuk keluar dari rumah
Kata reza lagi , Dia pun tak tahu macam mana , tapi dia memang ikut sahaja kemana perempuan tu pergi .
Tapi bila dia sampai jer dekat landasan , Perempuan tadi bertukar menjadi pontianak . Reza terus pengsan di atas landasan .
Cerita versi reza ni dianggap tak logik , Dorang suspek reza mungkin ambil dadah , Atau mungkin sleep walking .
Pagi tu jugak reza di bawa jumpa doktor , Tapi ujian darah bebas dari jenis dadah .
Takkan hisap gam sampai macam tu skali
Mana mungkin sleep walking jauh sangat ?
Tapi bila aku dengar versi reza , Macam ada kemungkinan ini adalah gangguan jin dan syaitan . Tak mustahil .
Masih menjadi misteri , kenapa dan macam mana reza boleh end up dekat landasan keretapi .
Flat ini akhirnya dirobohkan , Banyak sebenarnya cerita2 seram pasal flat ni . Buaian dekat bawah tu pun selalu hayun sendiri , Ganggu orang lain tidur dengan bunyian besi yang bergesel .
Tapi ramai orang yang ada pengalaman pintu rumah diketuk setiap malam . Tapi kata mereka mungkin budak nakal saja buat kacau . Tapi kalau dah jam 3-4 pagi , Budak nakal mana pulak nak kacau kan
Setelah flat ni dirobohkan .. Atok aku dapat rumah di flat yang baru , Tak jauh dari situ , Flat baru yang dapat kali ni depan Masjid Hasanah .Fuh lega dapat depan masjid
Tapi yang aku herannya , Flat tu dirobohkan saja , Kemudian dibiarkan kosong .
Mungkin ada sebab lah , Tapi pelik jugak , Kos nak roboh bukan murah , Tapi dibiarkan kosong .
Mungkin pihak berkuasa ada jawapannya , Kita je yang tak tahu …
Aku ada dengar beberapa versi cerita seram dari jiran2 dekat flat tu . Nanti ada masa aku tulis lagi .