Misteri Rumah Hujung Part 9

Aku tergadah menerpa dibalik pintu , Sambil aku meraba raba suis lampu ditepi ..

klik …. !

Aku nyalakan suis lampu …

“ Hoi !!! Lan .. Kau buat apa ni ! Mana kau hilang ? Semua orang cari kau !!!” Jerit aku pada lan sambil aku tercungap cungap menarik nafas ….

Lan menoleh ke arah aku …

Sambil terkedu …

Senyap tanpa suara ….

“ Lan !!! Oi ko ok tak ni ?? Apsal kau duduk dalam gelap ni !!” tanya aku lagi

Terus berlari kearah Lan …

Aku memegang bahu Lan ..

“ Ya allah !! Panas Ni lan … “ Balas aku sambil tangan aku memeriksa dahi Lan sekali lagi

“ Weh kau ok ke ni … Jom pergi kecemasan …. Kau dah lembik sangat ni …” Jerit aku lagi

Lan hanya terdiam tidak berkata apa apa ….

Aku memapah Lan , Aku mengangkat Lan baring ke atas katil nya semula ….

“ Lan , Kalau kau dengar suara aku ni … Kau kelip mata ..” Balas aku

Lan hanya merenung ke arah aku …. Kemudian mengelipkan matanya ….

“ Fuhhh….” Aku menarik nafas lega ….

Aku terus berlari ke dapur , Aku capaikan segelas cawan , Aku isikan air dan aku suapkan pada Lan ..

Malangnya … Lan tersembul balik air yang masuk ke dalam mulutnya itu ….

“ Lan , Ok … macam ni … Now im gonna bring you to emergency … Kalau kau ada sedikit tenaga … Please do cooperate “ Balas aku pada telingan Lan …

“ Kalau kau faham … Kelip mata ..” Balas aku

Lan mengelipkan matanya tanda faham dengan rancangan aku

Perlahan aku memapah Lan turun ke dalam kereta ….

Bukan sengaja aku tidak mahu menghubungi ambulans …

Tetapi aku tahu , Ambulans yang ada perlu berkhidmat untuk pesakit yang lebih memerlukan …

Akhirnya aku berjaya membawa Lan ke jabatan kecemasan …

Lan di masukkan ke zon kuning …

Drip air mula masuk kedalam setiap pembuluh darahnya …

Disebabkan dehidrasi melampau

Lan tidur dengan tenang

Aku meninggalkan Lan , Untuk dia berehat seketika …

Aku pulang semula ke rumah ….

Tak sabar rasanya menunggu hari esok …

Apa yang terjadi pada Lan … Sering Bermain di benak fikiranku ….Aku mahukan jawapan ….

Keesokkan harinya … Waktu rehat … Aku singgah di Wad Mal ….

Mal masih lagi terdiam merenung tingkap di luar …

“ Mal … Kau tak nak cakap dengan aku ke ?” Tanya aku lagi…

Mal masih lagi merenung ke arah luar , Tanpa mahu berbicara walau sepatah pun …

Perlahan aku berjalan ke arah Mal …

Aku duduk disisinya …

Aku pegang bahu nya …

Sambil aku berkata …

“ Aku tak tahu kenapa kau taknak cakap dengan aku , Aku tak tahu apa yang kau marah sangat dengan aku … Tapi …. Untuk aku sendiri tahu yang kau dah selamat dan makin pulih … Itu dah buatkan aku Lan dan Din … Gembira..”

Sebaik sahaja aku melafaskan nama Din …

Mal terus menoleh ke arah aku …

Dengan raut wajah yang garang dan kurang senang


bagaikan ada sesuatu yang Mal mahu lafazkan .. Tetapi tidak terluah dengan sendirinya ..

“ Mal …. kenapa pandang aku macam tu … Aku salah cakap ke ..” Balas aku lagi

Mal menggangam tangannya pada lapisan cadar …. Aku dapat lihat betapa marahnya Mal Masa tu …

“ Kau marah pada siapa sebenarnya ?” Tanya aku lagi

“ Kau marah aku ?” Tanya aku ..

Mal terdiam

“ Kau marah Lan ?” Tanya aku

Mal masih lagi terdiam membisu

“ Habis tu kau marah roomate kau si DIN tu ?” Tanya aku lagi …

“ Kau diam !!! Kau jangan sebut nama dia lagi !!! “ Jerit Mal memecah suasana wad …

Aku terkejut..

Aku tertujah kebelakang bersama kerusi yang aku duduk turur terseret …

Aku menoleh , Melihat sekeliling

Pesakit di sekeliling itu memandang ke arah kami …

Aku menoleh semula pada Mal …

“ Hmmm …. Marah sangat kau ni … Mal … Tapi … Kalau kau ada nak kasi tau aku apa apa , Aku sedia……….” Balas aku ….

Belum sempat aku habiskan kata kata

Mal jerit semula pada aku

“ Kau keluar dari sini …. Sebelum aku buat kecoh ..” Jerit Mal tepat ke arah muka aku

“ Ok ok ok ! Rileks rileks .. Fine .. Aku keluar ..” Balas aku Sambil aku bangun dari kerusi … Aku terus berjalan meninggalkan Mal

Sempat lagi aku menoleh ke arah Mal sambil aku berjalan keluar

Dari jauh …

Mal bagaikan sedang menangis , Dan sedang mengesat air matanya …

“ Apa masalah semua orang ni ?!!” Bentak hati aku

“ Si Lan sampai demam panas , Si Din pulak Hilang macam tu je … Si Mal … Dah naik angin pulak dengar nama si Din !! Apa kaitan semua ni !!! “ bisik hati aku

Gudah aku memikirkan …

Aku tak tenang seharian ….

Semasa aku sedang berjalan pulang, Aku terserempak dengan Dr Azam , Doktor Incas wad medikal … Bermakna doktor yang menjaga Mal …

“ Zamm !! Zamm !” Jerit aku

Dr Zam menoleh ke arah aku …

“ Haa! Zeed .. Kenapa ?” Tanya Dr Zam

“ Bro … Mal tu … Patient dekat kubikel tengah tu … Patient kau kan ?” Tanya aku

“ Aah , Kenapa ?” Tanya Dr Azam lagi

“ Hmmm , What do u think of him ? Apa plan medical ? Apa plan psy ?” Tanya aku

“ Oh , So far … Urea/ Creat dia dah turun , Dah ada improving …. Buah pinggang dia dapat hydration balik , So far untuk dehydration dia tu dah resolve , Rasanya … Kalau esok Urea/ Creat decreasing in trend … Dia dah boleh balik dah , Ions semua dah stabilized … Nothing much from medical actually ..” Balas Dr Azam

“ Ok … So Psy ?” Tanya aku

“ Psy … Macam biasa lah dorang start anti depression … Lepas tu … Out patient follow up je , Next week kot follow up dia kalau aku tak silap ..” Balas Dr Azam

“ Hmmm …. Ok … Sounds good …” Balas aku

“ Oh any way , Dah dapat contacf family member dia , Mungkin hari ni atau esok sampai lah tu ..” Balas Dr Azam

“ Ohhh !! Bagus !! Syukurlah , Family member dia datang nanti , Kesian pulak aku tengok dia sorang sorang dalam wad ..” Balas Aku

“ Ok lah , Kalau takde apa , Aku gerak dulu …. Nak review result patient jap ..” Balas Dr Azam

Aku mengangguk … Dr azam mula melangkah pergi

“ Jap !!! Zam … Aku nak tanya sikit lagi ..” Balas aku

Dr AZam menoleh semula ke arah aku

“ ha kenapa ?” Tanya Dr Zam

“ Kau …. Emmmm …. Kau ….” Bisik aku perlahan

“ Apa yang Kau Kau dari tadi .. Kau nak tanya apa ni ..” Balas Dr Azam

“ Hmmm … Kau percaya badi mayat tak ?” Tanya aku

Dr Azam tercengang … Sambil Mengerutkan wajah nya ….

“ Emmm , Takde apa lah , Aku tanya je .. Abaikan soalan aku … Thanks Zam .. Aku gerak dulu ….” Balas aku , terus melangkah pergi

“ Zeed ..” Balas Dr AZam …

“ Aku percaya …” Balas Dr Azam

Aku menoleh semula ke arah Dr Azam ..

Sambil aku mengangguk ..

Aku berjalan pergi …

Tak sangka …

Dr Azam pun percaya tentang Badi Mayat …

Mereka pun doktor juga

Kami percaya sains

Kenapa ?

Kerana sains boleh membuktikan sesuatu

Jika kau beri fakta , Kau harus buktikan

Dan jawapan sains adalah tepat , Tanpa ralat ….

Jawapannya bukan boleh diagak agak ..

Ia nya di sandang oleh beberapa fakta dari sudut kimia , Fizik , Biologi dan matematik …

Tapi bagaiman harus aku jelaskan fakta tentang Badi Mayat ?!

Ahhh ! Ini semua salah Lan ..

Lan yang menanamkan Fakta tentang Badi Mayat dalam benak minda aku !!!

“ You Are , What you want to belive …”

Kau adalah Apa yang kau mahu percaya !!!

“ No no no ! Unless kalau tak ada bukti dari sudut medikal ! Aku tak boleh sesuka hati untuk percaya ! Thats not gonna happen !” Bisik hati aku lagi

“ Hmmm … Apa cerita Lan pulak ni … Mesti dekat wad medikal jugak .. Aku pergi tengok Lan lah pulak ..” Bisik hati

Aku pun naik ke tingkat atas ….

“ Misi , Dr Maslan … Ada masuk wad ni tak ?” Tanya aku

Misi di kaunter mengangguk …

“ Ada tu , Dekat hujung sana ..” Balas Misi …

Cepat cepat aku berlari ke arah wad belakang …

Dari jauh aku sudah nampak Lan yang sedang terbaring ….

Tidur agaknya …

Aku berdiri dihujung kaki katil lan , Sambil mmerhatikan Lan yang sedang lena diulit mimpi …

“ Lan ! Lan ! “ Bisik aku perlahan

Lan Masih lagi tidak sedar ….

“ Lan … Ooo Lan ..” Jerit aku semula …

Lan masih lagi tidak mahu membukakan matanya …

Namun aku dapat lihat ada beberapa kedutan pada kelopak matanya , Bagaikan sedikit bergerak ..

“ Lan ni nampaknya , Saja taknak buka mata , Macam saja nak drama pura pura tidur depan aku ni ..” Bisik hati

“ Ok tak pe , Siap kau Lan !!” Bisik hati

“ Misi ! Pesakit ni .. Kena ambik darah tak kejap lagi ?” Tanya aku pada seorang misi yang sedang menolak troli

“ Sekejap saya check “ Balas Misi

“ Doktor , Patutnya sekarang lah, Nak ambik darah renal profile ..” Balas Misi

“ Ok , Kalau macam tu .. Pass kat saya troli injection tu ..” Balas Aku

“ Eh takpe lah doktor .. Nanti houseman incharge akan ambikkan darah ..” Balas Misi

“ Ehhh , Takpe … Dr Lan mintak saya yang ambikkan darah dia ..” Balas aku

Misi pun tersenyum , Sambil tergedek gedek menolak troli itu pada aku …

Aku ambil jarum berwarna hijau ..

Besar jarumnya …

Aku lilit kan tourniquet pada lengan Lan ..

“ Kesian kau Lan … Penat yerrr..” Ajuk aku

Aku buka kan jarum ,

Aku mula mencucuk jarum itu pada lengan Lan …

Muka lan sedikit berubah …

Aku cucuk lebih dalam lagi agar terkena saraf di bawah lengan tu ….

“ Oiii !!! Bodoh ! Sakit laaaa Bab* !!!!!” jerit Lan pada aku

“ Hoi , Sapa suruh kau gerak, Kan dah tercucuk dalam ..” Balas aku sambil tertawa

“ Aku tau lah ! Kau sengaja … Macam sial kan perangai kau ni ..” Marah Lan pada aku sambil aku ketawa berdekah dekah

“ Tadaaa!!!! blood taken !” Balas aku

“ This is the first and last aku ambik darah kau , Kalau kau nak aku ambik lagi … you cant afford me!” Balas aku sambil tertawa tak henti henti

“ Kau sengaja buat tidur kan ..” Balas aku

“ Hmmmm ….” Balas Lan yang sedang merajuk sambil menggosok gosok lengannya itu ….

“ Ye lah ! Aku penat la woi , Nanti kau mesti nak tanya banyak soalan .. Give me a space laaa..” Balas Lan …

“ Ek elehhh … Kerekk … Kang ada yang kena hempuk satgi kat sini ..” Balas aku cuba mengacah Lan

“ Weh … Lan .. Series laaa.. Apa jadi pada kau ?” Tanya aku

“ Kau tengok !!! Aku dah agak dah .. Mesti nak tanya soalan ! Itu pasal aku pura pura tidur ..” Balas Lan

“ Ishhh , Series la skit wey , Aku pun pening jugak … Apa jadi pada Mal , Lepas tu kau Pulak ….” Balas aku

Lan terdiam seketika

“ Hmmm … Panjang cerita dia , Tapi aku tak larat laa..” Balas Lan

“ Alah … Kau ni … Ishh aku serabut kepala tau , Nak makan tak senang , Nak kerja pun tak senang …” Balas aku

“ Alah , Esok lusa la aku cerita..” Balas Lan sengaja nak kenakan aku

“ Lan … Aku nak kasi tau kau satu benda ni …” Balas aku sengaja mengumpan Lan

“ Apa dia ..” Balas Lan

“ Malam tadi , Masa aku masuk bilik kau tengah gelap tu … Aku …. Aku … Tengok kau dari belakang … Rambut panjang weh ..” Balas Aku ….

“ Hah !!??” Lan Terkejut mendengarkan penjelasan aku

Muka Lan mula pucat kebiruan ..

Lan mengangkat badannya sedikit menyabdar di kepala katil

“ Kau series lah ?” Tanya Lan

“ Ish , Ye lah aku series .. Rambut panjang .. Mencangkung ..” Balas aku

“ Ye ke ?” Balas Lan lagi

“ Iye!!! Sumpah demi allah aku nampak macam tu !!!, Walaupun gelap aku tak buta !!!! “Balas Aku

“ Hmmm … By the way …

“ Apa ?” Tanya aku lagi

“ Hmmm … Sebenarnya …” Balas lan

“ By the way lah , Sebenarnya lah … Sebenarnya apa ???!” Tanya aku lagi mula kurang sabar

Aku mula membeliakkan mata .. Mulut aku terlopong menantikan jawapan dari Lan …

“ Apa yang kau nampak malam tadi tu ….

Bukan AKU !” Balas Lan perlahan .. Merenung Wajah aku ….

Lan Mengangguk kepalanya berkali kali ….

Aku tercengang lagi ….

Adakah ini Badi Mayat seperti yang dikatakan oleh lan ?

Sambungan Rumah Hujung Part 9

Advertisements

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.