Misteri Rumah Hujung Part 7

RUMAH HUJUNG 

PART 7

“ Ya rabbi !!!! biar betul ni …” Jerit aku ..

sambil menoleh ke arah Lan …

Lan masih lagi terbeliak matanya melihatkan apa yang berada diatas katil Mal Itu ….

Din pula tertunduk sambil menggaru kepalanya …

Keadaan menjadi semakin tegang ..

Kami bingung ….

“ Lan , Kau explain sikit benda ni .. How possible ? “ Tanya aku 

“ Zeed , kalau secara medikal … Aku tk tau weh … Mana dia dapat rambut bergumpal gumpal ni …” Balas Lan

Din hanya terduduk memerhati kan kami …

“ Cuba kau buka gumpalan rambut tu …” Suruh Lan

Aku tersentak melihat Lan

“ Seriously ??” Tanya aku

“ Yelah , Habis tu ..?” Tanya Lan lagi

Aku pun berjalan menghampiri tilam itu

Bau busuk yang bukang kepalang .. Menusuk sehingga ke otak ..

Sambil aku menutupkan hidung , Perlahan aku berjalan menghampiri tilam itu …

Segumpal rambut yang masih berlendir dan sedikit berlumuran dengan darah , Tersorok disebalik selimut Katil Mal

 …

Aku mula menghulurkan tangan … Untukku capai gumpalan rambut itu …

Namun , Percubaan pertama gagal ..

“ Geli la siot !! Apa kebenda ni , Kejadah apa Si Mal ni …” Jerit aku 

Lan hanya tercegat disitu sambil kepalanya tersengguk sengguk melihat gelagat aku ..

Lan memberi riaksi muka seakan akan dia pun tak sanggup untuk mengambil gumpalan itu …

Namun , Aku tekad kan hati …

Aku gapai gumpalan rambut tadi …

Aku hulurkan pada Din ..

“ Hoi !!!” Din terlompat kebelakang .. Terus berlari keluar …

“ Ha ha ha “ Lan tertawa terbahak bahak

“ Apa punya penakut si Din ni ..” Balas Lan masih tertawa

Aku menoleh ke arah Lan ..

Perlahan aku berjalan kearahnya sambil gumpalan rambut itu ditanganku ..Aku agahkan pada Lan ..

Muka lan mula berubah ..

“ Woi woi woi ! Apahal aku pulak kena ni ..” Balas Lan ..

“ Kau berani sangat kan ?” Tanya aku

“ Wey tak payah laa.. Kotor kot !!” Jerit lan

“ Ahhhh , Apa yang kotor ? hari hari kau periksa lubang jubur pesakit , Lepas tu hari hari kau dressing luka kaki kencing manis … Kau boleh je hadap… Itu lagi kotor tau !!!” Agah aku pada Lan

“ Zeed , zeed zeed.. wey tak payah lah sial … Benda tu berlendir entah datang dari mana, Dari lubang jubur ke apa … Geli la woi ..” Balas Lan kini mula serius

“ Eh , Kau takut ke Lan ? sebelum aku lumurkan gumpalan rambut ni dekat muka kau , Baik kau berjanji yang kau akan belanja aku makan seminggu …. sanggup ?” Tanya aku lagi sambil aku agahkan gumpalan rambut itu pada lan

Lan menggelengkan kepalanya ..

Aku pula berjalan perlahan semakin mendekati Lan …

“ Ye ye la yela babi..!!!l , Psycho sial kau ni ..” Jerit lan mula marah

Ha ha ha !! Aku tertawa besar

“ Cantik ,!! seminggu aku makan free macam ni ..ha ha ha “ Balas aku

Aku mula memandang kearah gumpalan rambut itu semula ….

Aku cuba ceraikan …

Lan mula datang menghampiri ku …

Aku menoleh ke arah Lan sambil tersenyum sinis ..

“ Apa hal kau pandang aku ..” Tanya lan

Aku hanya senyap sambil tersenyum

“ Dah dah ! Kau jangan macam macam .. Aku dah janji tadi kan nak belanja makan seminggu .. Jangan jadi cilaka sangat..” Bentak Lan lebih serius …

“ Ha ha ha , yelah yelah .. gurau pun tak boleh dah sekarang ni ..” balas Aku smabil tertawa 

Aku menarik setiap helaian rambut itu …

Mata aku dan lan peka meneliti huraian rambut itu ..

Seteah aku lerai kan satu persatu

“ Woii !! Panjang siot!!” Jerit Lan tiba tiba ..

“ Eh kau pahal ni Lan , Bikin cuak je .. Macam la aku buta tak nampak ..” Balas aku

“ Yelah , Panjang woi rambut ni … Rambut mal tu pendek je … “ Balas Lan

“ Yes , Betul .. bijak kau lan .. Persoalannya kini .. Rambut ni .. Rambut siapa ? Macam mana boleh ada atas katil mal? Kalau sehelai dua tak apa lagi … Ini segumpal wey !” Balas aku lagi

Mata lan masih terbeliak ..

Aku jua turut kaku masih meneka ….

Angkara apa kah ini ?

Mana si Mal dapat rambut segumpal ni

Ini lendir apa ?

tak sanggup aku nak cium …

Lan masih bingung …

Memikirkan ..

Aku pula … 

Terus berlari kearah tilam mal ..

Aku selakkan selimut itu sepenuhnya …

“ Woi !!! Ini lagi gila !!!” Jerit aku

Lan terus berlari menerpa ke arah aku…. Sambil tangannya berpaut pada bahu aku ..

“ Masyallah zeed ! Mal ni gila ke apa ni sebenarnya ?” Balas Lan lagi

“ 4 ekor bangkai tikus rupanya bawah selimut ni.. Patut la bau macam nokharom !” Balas aku lagi sambil menutup hidung

Aku selimutkan semula bangkai tikus tadi …

“ Mana datang bangkai bangkai ni ?” Tanya Lan

Aku menoleh ke arah Lan ..

“ Mestilah aku tak tahu , Kau ingat aku ni Mal ke ?” Tanya aku

“ Apa la soalan tak logik lansung ..” Balas aku lagi

“ Weh , Ini memang serius gila ni ..” Balas Lan Lagi …

“ Jom lah gerak , Pergi hospital … kita tengok mal ..” Balas Lan

“ Ok ok , Jom gerak … Makin lama dekat sini , Makin serabut …” Balas Aku

Sambil mencampakkan gumpalan rambut tadi diatas Katil Mal

“ Tak nak hantar lab ke?” Tanya Lan

“ Hantar lab nak buat apa ?” Tanya aku lagi

“ DNA test ?” Tanya Lan

“ DNA Test hangguk kau .. Kau nak matching dengan sample apa ? Realitinya .. Tak kira lah Dna Rambut siapa pun , Mana boleh cari tuannya , Melainkan ada sample tuan asal untuk matching .. Lain lah cerita..” Balas aku ..

Lan pun mengangguk …

Aku dan lan berjalan keluar dari bilik Mal

“ Din !! Oiii Din .. Jom gerak ..” Jerit aku

“ Mana si din ni ? Patut lah senyap dari tadi .. Tak ada apa pun …” Balas Lan

“ Itu lah , Alih alih .. Hilang macam tu je …” Balas Aku

“ Lan , Kau pegi tengok bilik din tu ..” Balas Aku

“ Aku tunggu dekat luar dulu, Kalau din takde , Abaikan je .. Kau tutup pintu nantu ..” Balas aku

Lan berjalan menuju ke arah bilik din

Aku pula berjalan keluar terus menuju kearah kereta …

Makin lama makin bingung aku fikirkan ..

Semuanya tak ada kaitan ..

Apa Mal Sudah gila ?

Tapi mana mungkin gila secara tiba tiba ?

Dari dalam kereta Aku Nampak Lan berjalan keluar dari rumah itu , Tunduk berjalan kearah kereta

Lan masuk ke dalam kereta .. 

Sunyi .. Tiada perbualan diantara aku dan Lan

Entah kenapa …

Lan hanya memandang keluar ..

Aku pula fokus memandu

Akhirnya kami tiba dihospital

Wajah Lan sedikit berubah ..

Penat dan Lesu …

“ Kau ok ke lan ? Ke tercekin rambut tu ..” Tanya aku sengaja mengacau Lan

Lan hanya memandang ke arah aku

Tidak menjawab apa apa ..

“ Yelah yelah .. dia serius pulak …dah dah jom .. Kita gi kecemasan .. Mal confirm ada kat situ ..” Balas Aku

Kami berdua bergegas pergi ke jabatan kecemasan …

Dari jauh , Aku dah nampak Mal diatas katil sedang ditolak keluar dari Zon Merah ke Zon Kuning..

“ Hah tu Mal !!” Jerit aku

Aku dan Lan terus berlari kearah katil Mal …

“ Syukur, Mal Selamat , Dah siap resus .. Tranfer ke zon kuning .. Maknanya dah stable lah ..” Balas aku pada Lan

Walaupun Mal dah mula stabil , Namun dari raut wajahnya .. Sangat berbeza

Masih pucat …

Mal terbaring menutupkan matanya …

Lan hanya berdiri di sebelah katil itu , Aku pula membelek muka dan badan Mal ..

“ Nampak Ok je …. Takde kesan lebam ke apa …” Balas Aku

Lan pula berjalan mengelilingi Mal ..

“ Lan kau tengokkan si mal ni sekejap .. Aku nak pergi tandas ..” Balas Aku

Lan hanya mengangguk kepala tanda faham

Setibanya aku dari tandas ..

Lan sudah tiada lagi disitu …

“ tettt” telefon aku berbunyi

Bunyi mesej …

Mesej dari lan

“ Kejap lagi dorang nak hantar Mal pergi wad , Aku balik dulu .. Aku rasa macam nak demam tak sihat badan lah ..” Balas Lan

Mal akhirnya dihantar masuk ke wad ..

Aku pula pulang kerumah …

Setelah siap mandi semuanya ..

Aku ketuk pintu bilik Lan

Tidak berjawab

Bilik Lan berkunci

“ Penat sangat tu agaknya …” bisik hati

Sehingga lewat malam ..

Aku hanya mampu terbaring diatas katil memikirkan apa punca semua ini ..

Yang paling menghairankan

Ianya berlalu dengan pantas ..

Sepantas yang tak pernah aku jangkakan …

Acute psychosis ? 

Entahlah ..

Tak sabar rasanya menunggu hari esok

Pastinya sampel air kencing telah dihantar ke makmal

Seribu pertanyaan , Gundah minda tidak tenteram ..

ujian air kencing esok bakal menceritkan. semuanya

Urine for drugs !

Tak sabar untuk aku tahu keputusannya

“ Kau main , Dadah ke apa ni Mal ..” Bisik hati 

Dalam kegelapan malam itu , Hany ditemani bunyian kipas 

Akhirnya aku mula terlelap …

Penat seharian terkejar kesana sini ..

Dikala roh aku mula merayau …

Jasad aku disentak semula dengan satu jeritan yang amat kuat 

“ Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!”

Satu jeritan Datangnya dari Bilik Lan yang telah membuatkan dada aku disentap bagaikan hilang separuh nyawa ……

Advertisements

4 comments

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.