Misteri Rumah Hujung Part 6

RUMAH HUJUNG
PART 6

Sambil terketar ketar , Din melihat ke arah dalam bilik mal ….

“ Din … Oi Din !! kau buat apa ni ..” Bentak aku berkali kali sambil tangan aku digenggam erat oleh Lan ..

“ Sabar sabar , Kita settle elok elok ..” Balas Lan sambil menarik badan aku kebelakang

Din menoleh ke arah kami …

“ Aku tak tahu !! “ Balas din sambil menggelengkan kepalanya , Sambil din duduk di atas kerusi tunduk ke bawah …

“ Din cuba kau cerita apa jadi sebenarnya ni ..” Balas aku

“ Tadi aku balik … Aku nak ambil barang je … Lepas tu aku dengar bunyi dalam bilik mal…. Aku pun apa lagi , Aku pun pasang lah telinga … Kali ke dua memang ada bunyi benda jatuh dari bilik Mal … Aku cepat cepat buka pintu … Mal terbaring macam tu …. Tu yang aku cepat cepat lari keluar … Aku Panik weh tak tahu nak buat apa !!” balas din sambil menggosokkan bahunya …

Lan memandang ke arah aku ..

Aku dan Lan terus berlari masuk ke dalam bilik Mal …

Seperti biasa kami memulakan proses resusitasi ..

“ Mal Breathing !” Teriak Aku …

Sambil Lan meneruskan pemeriksaan kepada Mal ..

“ Pupil Dilation 3mm , Normal … “ Balas lan Pula …

Aku menampar muka Mal berkali kali …

“ Mal mal , Bangun Mal, Kalau kau dengar aku … Kelip mata Mal “ Balas aku

Tiba tiba …

Mata Mal terbuka …. Mal tidak berkelip seperti yang diarahkan , Malah Mal terus merenung siling …

“ Mal mal , Kelip mata Kalau kau dengar aku…” Jerit aku lagi

“ Hello … Ambulan …. Patient Breathing , Mild tachyipnic ! Mild tachycardic … Hydration not good …. Bla bla bla ..” lan yang sedang memanggil ambulan kecemasan …

Tak lama selepas itu ..

Mal mengelipkan matanya ,
Bebola hitam matanya itu kemudiannya dialihkan sisi pandangannya kepada aku ..

Mal seperti mahu memberitahu sesuatu …. Namun mungkin tiada daya tenaga lagi , Membuatkan Mal hanya merenung aku sambil membeliakkan matanya …

“ Mal , Kau dengar aku , Kau kelip mata !” Jerit aku

Mal mengelipkan matanya ..

“ Thanks god !!” Jerit aku

“ Angkat jari tangan kanan kau mal
..!” Balas aku lagi

Mal tidak mampu mengangkatnya … Namin jari jemari itu berjaya digerakkan ..

Syukur , Mal masih responsive ..
Namun dengan Rupa Mal yang pucat itu , Aku sangkalkan Mal sedang mengalami Dehidrasi yang teruk ….

Aku melihat sekeliling …
Ya rabbi ….

Lebih teruk dari kandang lembu!
Pakaian yang bersepah, tumpahan sisa muntah yang kering , Sisa kencing ….

Bau yang sangat busuk …
Membuatkan aku Mual berada didalam bilik itu …

Mal bagaikan sampah didalam rumahnya sendiri …

Aku menoleh ke arah Din yang sedang mundar mandir dihadapan ..

“ Din ! Mal masih sedar .. jangan risau .. Aku dan Lan take over … Kau pergi basuh muka .. Minum air secukupnya .. “ Jerit aku pada Din ….

Din terhenti seketika ..
Tercengang din melihat ke arah kami

“ Dah .. Din pergi basuh muka kau tu .. “ Balas Lan lagi …

Aku hanya memandang ke arah Lan tanpa berkata apa apa ..

Aku dan Lan bagaikan tercengang …

Bingung dengan keadaan sekeliling
Kami bagaikan tidak dapat mempercayai apa yang sedang berlaku ..

“ I dont have a clue at all !”

Apa yang penting keselamatan Mal …

“ Lan , Kita bawak Mal keluar … “ Balas aku

Lan mengangguk …

Perlahan kami mengusung Mal keluar …
Aku sebenarnya hampir pitam masa tu dengan Bau mal

Bau badan sahaja dah membuatkan kau mual , Belum lagi bau nafasnya ..

Acetone smell ! Bagaikan bau cuka …

Lan pula menyorokkan hidungnya kedalam baju …

“ Lan ..” Tegur aku

“ Kau perasan tak , Dah 15 menet ambulan tak sampai lagi ..” Balas aku

“ Tu lah , Tapi kau tau kan , Hospital kita ada berapa banyak ambulan je pun …” Balas Lan

“ Hmmm … Kalau kat Jepun , Uk , 5 menet sampai dah , Ambulan standby , Close range tau ..” Balas aku lagi

“ Tu lah , Habis nak buat macam mana , Bil hospital pun Rm 1 , Kerajaan ada duit ke nak beli , Nak jaga , Nak jalankan operasi ambulan ni ..” Tanya lan

“ Betul jugak tu kan … Aku rasa driver ambulan ni semua dah pro driver.. Mungkin ambulan tak cukup ni ..” Balas aku

“ Ne no ne no” .. Siren ambulan diluar sedang berbunyi ..

Lan bingkas bangun dan terus berlari ..

Mal berjaya di bawa keluar dari bilik itu ..

Dari jauh aku melihat din yang sedang duduk di dapur … Mengalirkan air matanya .. Bagaikan tidak percaya …

“ Din .. Bangun .. Dah dah la tu … Mal dah naik ambulans dah … Apa kau risau lagi ni …” Balas aku …

Din bangun , Menarik nafas yang dalam .. Sambil menggarukan kepalanya , Menghembus nafas semula ..

“ Fuuuuuhhhhhh..” hembus Din …

“ Din , Ada benda yang kau rahsiakan dari aku tak ?” Tanya aku

Din diam membisu …

“ Din , Mal tu on the way ke hospital tau , Nanti doktor hospital periksa , Boleh tau jenis kecederaan … Baik kau kasi tau aku siang siang .. Apa jadi ..” Tanya aku

“ Hmmm … Sumpah aku tak tahu apa jadi pada Mal .. Aku buka pintu memang dah terbaring macam tu .. Mana aku tahu ! Aku tak buat apa weh ..” Balas Din

“ Din , Jangan main main .. Ini soal nyawa tau .. Mamat tu separuh mati dah tu …” Jerit Lan ..

“ Hoi !! Kau pekak ke ! Kenapa aku yang disyaki ! Aku dah kasi tu banyak kali … Bukan aku buat lah ! Aku balik , Si Mal dah memang terbaring macam tu !!!” Jerit Din sambil mencekak leher Lan ..

“ Ishh … Dah dah ! Sabar sabar … Din .. Lepaskan tangan kau , Kang tangan aku pulak yang hinggap dekat muka kau nanti …” Jerit aku menggenggam tangan din ….

Din melepaskan cengkamannya sambil menolak Lan kebelakang …

Melihatkan Muka Lan bagai kan tidak percaya dengan situasi tegang itu ….

“ Ok ok … Din .. Fine kalau kau tak tahu apa apa .. Ok ok .. Fine .. Selama ni .. Kau balik Rumah .. Mal ada le tidak ..” Tanya aku

“ Hmm … Aku tak pasti , Aku selalu balik pun tak lama , tak terserempak pun dengan Mal lagi ..” Balas Din sambil tercungap cungap menahan sabar …

“ Ok ok … sekarang ni , Kita geledah bilik Mal , Cari apa apa yang patut ..” Balas Aku

Aku , Lan dan Din , Mula masuk ke dalam
bilik Mal , Yang serba serbi menusuk bau bauan yang haring lagi hancing …

“ Ish , Gila betul , Kalau kau perasan … Bau pekong bilik macam ni , Ini bukan kerja 2-3 hari tau … Ini maknanya … Si Mal ni memang duduk sini selama ni ..” Balas Aku ..

“ Itu lah , Hapak giler doh bilik ni .. Macam mana Mal boleh duduk dalam keadaan macam ni …” Balas Lan lagi

“ Geng , Aku hairan la , Aku betul2 tak boleh nak Hadam …. Selama ni Mal tak macam ni weh , Dulu selalu jugak aku lepak bilik dia.. Mal ni pengemas jugak orang dia , 2 hari skali pergi dobi .. Cuci baju … Aku pelik kenapa bilik ni jadi macam ni..” Balas Din Lagi

Aku ,& Lan mula menoleh ke arah Din …

“ Mal ni pembersih ke rupanya ?” Tanya Lan ..

“ Iye beb .. Series .. Sebab tu aku macam tak percaya apa yang aku tengok sekarang ..” Balas Din

“ hmmm sejak bila ni … Sejak bila Mal jadi macam ni ..” Balas aku

“ Kalau tak silap aku … Sejak malam tu ..” Balas Din

“ Malam tu ?!!” tanya Lan tercengang

“ hnmmmm …” aku mendengus

“ Malam apa oi ?” tanya lan lagi

“ Malam yang kita cerita pasal mayat rumah hujung tu …. “ balas aku

“ Malam tu aku tidur sini lepas main futsal ….. Tu lah last aku tegok mal normal …. Dia cerita pasal mayat rumah hujung tu …. “ tambah aku lagi

“ Betul , lepas kisah tu …2-3 hari kemudian , Mal mula pelik ..” balas din

“ Tapi kan … tak logik lah … kita sembang je kot masa tu ..takkan boleh jadi apa apa …” balas aku lagi sambil memandang muka Lan

Lan bagaikan ingin berkata sesuatu ..
Namun , dari lirik bibirnya itu , aku dapat anggarkan .. Yang Lan teragak agak untuk memulakan kata kata ..

Aku dan Din tercengang melihat muka Lan …

“ Cakap je lah apa kau nak cakap baghal !! “ Bisik hati aku berkai melihat gerakan bibir Lan yang terkumat kamit tanpa suara…

“ hmmm …. ni … ni … mesti ….” Lan mula melafazkan sesuatu ..

“ Mesti … Mesti apa ?” Tanya aku

Din mula mendekati aku … Memasang telinga .. Untuk memperdengarkan apa yang bakal diperkatakan Oleh Lan. ….

“ Hmm … Ni Mesti Badi Mayat !” Balas Lan …

“ Sah !!!! Aku agak dah !!!” Aku menerpa sambil melompat …

“ Aku dah agak dah , Mamat ni terkial kial dari tadi … Sebab nak cakap badi mayat lah tu !! “ Balas aku … Menoleh ke arah Din …

Din seakan akan terpinga …

“ Betul wey , Series … Kalau macam ni Badi mayat pun possible jugak tau … “ Balas Lan

“ Lan … Kau kan doktor , Why not kau rule out dulu Depression , Or other mental illness ? “ Tanya aku …

Din menggarukan kepalanya ….

“ Yelah , Possible .. Tapi aku rasa macam tak logik lah …” Balas Lan …

“ Kejap … Kau ingat tak … Hari tu !!!” Bentak Lan sambil menuding jari ke arah aku …

“ Yang mana ? “ Tanya aku lagi

“ Hari tu ! yang aku nampak benda dalam bilik Din tu …” Balas Lan ..

“ Hah !!” Balas aku sambil menoleh memandang ke arah Din …

“ Nampak benda dalam bilik Aku ?.. Aik dah kenapa aku pulak terlibat ni !!?” Tanya Din

“ Iye betul , Sumpah wallahi … Yang kami datang hari tu … Aku nampak ada benda duduk atas katil , Terhangguk hangguk … Aku ingat kan kau , … Tiba tiba kau terjah aku dari belakang …Tu yang aku terkejut beruk masa tu ..” Balas Lan … dengan raut wajahnya yang pucat …

“ Hish … Karut lah , Mana ada apa apa wey..” Balas Din

“ Entah , Aku tak nampak apa apa pun … Lebih lebih la kau lan …” Balas aku

Sekali lagi , Lan terpinga pinga .. Termenung ….

Keadaan senyap seketika ….

“ Aku tak kira ! Tak kesah apa korang nak kata .. Yang penting aku yakin dengan apa yang aku nampak …!” jerit Lan ..

“ Ok ok .. Fine .. Biar pakar psikiatri periksa dulu …” Balas aku

“ Lan , Dah la jom gerak …. Kita pergi hospital dulu …. Tak ada apa apa pun , Ubat ke dadah ke apa pun takdak ..” Balas aku

“ Ok .. Jugak tu .. Kita pergi ke emergency sekarang …. “ Balas Lan

“ Din … Kita nak gerak dulu … apa apa … nanti update ok ?!” Balas Aku …..

Aku dan din mula Bangun dan melangkah keluar dari bilik itu …..

Sebaik sahaja aku dan din berada di hadapan pintu utama …

Tiba tiba satu jeritan yang datang dari Din ..

“ Woi !!!! Sekejap …. Meh sini … Cuba kau tengok ada apa bawah selimut ni …?” jerit Din pada Kami

Aku dan Lan cepat cepat berlari , Masuk semula kedalam bilik Mal ….

Mata din terbeliak …..

Aku .. Dan juga Lan turut membeliakkan mata …

“ , What the fish is this !!!!?”

Tercengang …
kami bertiga ….Melopong…

Bagaikan tidak percaya !!!

“ Ya allah ….Kau biar betul Mal !!!”
Sambil Din menjerit …..

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.