Misteri Rumah Hujung Part 5

Rumah Hujung
Part 5

“ Sihir ??!! kau ni biar betul … Ishh .. Takkan sampai ke situ pulak …” Balas aku sambil melihat muka Lan yang runsing .

Tak senang duduk , Sekejap seret ke kiri , sekejap ke kanan …. sambil jari telunjuknya mengetuk meja berkali kali ..

“ ishh ! Aku confirm atas katil Tu Din ! Tapi aku heran kenapa dia belakang aku …” Balas Lan lagi yang masih yakin dengan apa yang dilihat …

“ Tapi Lan , Tadi aku intai .. Tak ada siapa pun dalam bilik tu … Mungkin perasaan kau je ni ..” Balas Aku

“ Kalau kau taknak percaya tak apa , Tapi aku yakin dengan apa yang aku nampak ..” Balas Lan dengan serius

“ Aku bukan apa , Aku payah sikit nak percaya bab bab ni … Benda tak nampak … Susah laa ..” Balas aku

“ Takpe lah , Esok kita call din lagi .. Kita cuba cari jawapan ok ?” Balas aku

“ Tu lah .. Tak pasal pasal aku terlibat …” Balas Lan

Malam tu kami pulang dengan kebingungan … Lagi satu .. Si Lan ni memang percaya bab bab ghaib ni ..

Dalam sains , Apa yang kita bayangkan , Minda kita boleh wujudkan sesuatu objek dalam keadaan subconcious ( Separa sedar ) …

Jadi tak mustahil lah , Minda dia akan terjemahkan atau munculkan objek sebegitu pada mata Lan …

Untuk aku , Selagi tiada penjelasan yang sahih .. Aku takkan percaya sama sekali …

Keesokkan harinya …

Aku secara tiba tiba , Aku terima panggilan dari Din..

“ zeed …. Kau ada dekat hospital kan ? Aku datang jumpa kau kejap ..” Balas Din

“ Aah .. Ada ni … Kenapa ni din ?” Tanya aku semula …

“ Hmmm .. Pasal Mal …. “ Balas Din

“ Hah ? Mal ? Kau jumpa dia ke ?” Tanya aku

“ Nanti lah aku cerita … Kejap lagi aku sampai .. Aku call kau .. Kita jumpa di kantin ..” Balas Din

“ Boleh , Tapi lepas pukul 5 , Aku tak boleh keluar macam tu je ..” Balas aku

“ Okay , 530 aku jumpa kau di kantin hospital ..” Balas Din yang tercungap

Aku pun , Apa lagi .. Aku terus mendail nombor Lan …

“ Ahhh .. Tak berangkat pulakk si Lan ni .” Bisik hati

Aku periksa jadual kerja Lan ..
“ Oh ! Hari ni Lan dalam OT..! “ Aku terus berlari ke arah Bilik Bedah ..

Puas Aku mencari Lan ..

Rupanya .. Lan terbaring tidur di atas katil Lorong belakang dewan bedah ..

“ Hoi !! Tidoo !” jerit aku ..

“ Woi woi !! “ Lan menjerit sambil membuka langkah silat …

“ Oi .. Rilek la .. Apa kabut2 ni ..” Jerit aku

“ Terkejut la sial .. Kau datang tiba2 macam ni .. Dok jerit2 “ Balas Lan

“ Hahhahah … Eleh gurau sikit pun tak boleh … Sedap kau tidur eh ..” Balas aku

“ Ye lah .. Tadi punya surgery 4 Jam kau tau … Dah lembik lutut aku ni … Lepas ni next case pun kes besar jugak … Tu yang ada masa ni .. Aku rehat cukup2 ..” Balas Lan

“ ok ok .. Sori aku kacau … Weh .. Kau tau tak .. Tadi Si Din call aku .. Bunyi suara dia macam terketar .. Dia kata urgent nak jumpa … Petang ni … Jam 530 dia datang …” Balas aku

“ Din call ? Dia tak cakap ke pasal apa ?” Balas Lan

“ Pasal si Mal lah .. Tah apa yang urgent sangat ..” Balas Aku ..

Tak sabar rasanya menunggu sehingga jam 530 petang…
Aku rasa jam berdetik sangat perlahan Hinggakan aku tak boleh fokus dalam kerja ..

Risau pula aku pada Mal ni …

“ Hello ? Lan … Dah habis Ot belum ? 5 30 jumpa dekat kantin tau ..” Balas aku

“ Ok ok , Dah habis dah , Aku tengah tukar baju ni .. Kejap lagi aku sampai …” Balas Lan

Memandangkan Jam telah pun masuk pukul 5 petang , Aku pun bergegas pulang … Aku berjalan ke arah Kantin ..

Aku tiba lebih awal .. Tak lama selepas tu …
Lan pula tiba di kantin ..

“ Dah 520 pm dah ni .. Tak sampai lagi si Din ?” Tanya lan

“ Hmmm … Belum lagi .. Tunggu la dulu awal lagi ni ..” Balas aku

“ Kau agak kenapa eh si Din ni beriya iya nak jumpa kita ?” tanya Lan sambil menghirup kopi o panas..

“ Aku pun dok dup dap juga ni … Tak sabar aku nak tau …” Balas aku

“ Ke … Sebenarnya…. Mal dah mati ?” Agak lan ..

“ Hishh .. Mulut kau …. over betul pemikiran kau ni ..” Balas aku

“ Yelahhh … habis tu .. Mana Mal ? takkan hilang macam tu je .” Balas lan

“ Hmmm … Atau pun .. Sebenarnya … Din ni memang puaka .. Sebab tu Mal lari ..” Balas Lan lagi

“ Hmmm …. Susah la nak cakap … Tapi Din tu pun aku tengok semacam je .. Aku perasan semalam dia senyum dekat kau .. “ Balas aku

“ Haaaa!!! Itu lah aku dah kata .. Si Din n.. Semacam ni .. Macam Kena sampuk “ Balas Lan

“ Tapi … Tadi dia call aku elok je .. Tak macam kena sampuk pun ..” Balas Aku

“ Hmmm .. Takpe kita tunggu dia … “ Balas aku lagi

Dari jauh , Kelibat din sudah muncul di pintu masuk kantin

Kami terus melambaikan tangan …

Din terus menerjah lari ke arah kami …

“ kita kene pergi ke rumah tu sekarang ..” Balas Din termengah2 ..

“ Sabar sabar .. Sabar din .. Ambik nafas dulu … Cuba cerita satu persatu ..” Balas Lan sambil melihat ke arah Din

Din masih lagi dengan keadaan tercungap cungap sambil mengurut dada …

“ Takpe takpe .. Take your time … Jangan kabut din .. Cuba cerita satu persatu…” balas aku

“ Aku … Aku rasa.. Aku tau mal dekat mana …” Balas Din

Aku dan lan tersentak
Sudah lama kami menantikan saat ini ..

“ Mana mal ?? “ Tanya aku

“ Hmmm … Korang kena ikut aku datang ke rumah ?” Balas Din

“ Kenapa tak jumpa terus je dekat rumah korang je??” Tanya aku

“ Ishh macam mana nak cakap eh … Aku panik !!!! Aku nak cerita pun tak sanggup .. Korang kena datang tengok sendiri !” Balas Din

Aku menoleh melihat ke arah Lan …
Lan mengangkat keningnya …

“ Ok ok , Jom kita gerak sekarang …” Balas aku

“ Follow belakang aku ok ?” Balas din

Aku dan Lan terus berlari kearah kereta

Aku memandu. , Mengekori Lan dari belakang keluar dari perkarangan hospital ..

“ Kau rasa …. Mal dekat mana ?” Tanya Lan

“ Entah lah , Si din ni dok kelam kabut … Kasi tau je lah kat mana kan ? Kenapa nak pergi sana dulu ?” balas aku

“ Kau tak rasa ke si Din ni mungkin berlakon ? Dia saja nak suruh kita masuk rumah tu … Lepas tu sihir kita ?” Balas Lan sambil matanya terbeliak

“ Ishh .. Kau ni dari tadi .. Asik sihirr!! Je …” Balas aku

“ Tapi … Kebarangkalian tu ada kan ?” Tanya Lan

“ Hmmm … Mungkin jugak … Tapi entah laa.. Aku risau dekat Mal je ni …” Balas aku

Pemanduan dari hospital memakan masa selama 20-30 minit untuk sampai ke rumah itu …

Kelibat din dihadapan sudah tidak nampak lagi memandangkan din menunggang motorsikal …

Aku teruskan memandu.. Akhirnya kami tiba di rumah din ..

Waktu tu dah agak gelap …
Hampir masuk maghrib

Motor din parkir dihadapan rumah…
Din sedang berdiri menanti kedatangan kami dihadapan pintu masuk …

Sebaik sahaja aku parkir , Aku dan lan terus berlari masuk …

Din membuka pintu utama..
Din masuk kedalam rumah itu ..

Disusuri oleh aku dan lan …

“ Ok … Sebelum aku buka pintu bilik Mal ni … Aku nak korang tahu …. Aku tak ada kaitan lansung dengan apa yang bakal korang tengok ni ..” Balas Din sambil bergetar bibirnya …

“ Hah !!! “ Aku menoleh ke arah Lan

“ Aku panikk !!! Jerit Din ….

“ Ok ok sabar … Din .. Kau buka pintu bilik mal sekarang ..!” Jerit aku

Din berjalan kearah Pintu Bilik mal ..
Perlahan Din memulas tombol ..

Pintu itu terbuka separuh..

Aku dan Lan terus menerpa ….
Menerjah masuk kedalam …

“ Mal !!!!!!!!!!!”
Serentak aku dan Lan menjerit …
Dalam kegelapan senja itu …

Sambil aku terus menoleh ..
Aku terus menjerut leher Din

“ Apa kau buat ni din !!!”
Jerit aku berkali kali …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.