
RUMAH HUJUNG
PART 4
“ Hah ??? Siapa lagi sorang ? Ishh mana aku tau … Aku kasi Mal tumpang je … Kau biar betul ? “ tanya aku pada Lan
“ Iye … Si Mal tu dok selit bawah katil , Lagi sorang tu … Atas katil … “ Balas Lan
“ Hmm .. pelik jugak ni…. “ Balas aku
Aku pun berjalan ke arah bilik aku ..
Aku perhatikan sekeliling…
“ Lan !! Sini kejap !” Jerit aku
Lan terus berjalan , datang ke arah aku …
“ Cuba kau tengok tu …” Tanya aku
“ Hmmmm…” Dengus lan perlahan
“ Tu kan bantal panjang aku …” Balas aku
“ Kau ni , Buat cuak lah …” Balas aku lagi
“ Ishh … Tapi …”balas lan
“ Tapi masa aku nampak tu , Ada benda macam bergerak atas katil … “ balas Lan
“ Ishh .. Kau je panik lebih ni … Aku rasa bantal panjang aku je kau nampak tu .. Takpe .. nanti aku cari Si Mal … Aku tanya dia sendiri ..” Balas aku
“ Mana dia pergi eh ?” tanya aku
“ lepas subuh tadi , aku intai , Tak ada dah .. tapi .. aku yakin atas katil tu memang mcm ada benda gerak 2.. “ balas Lan
“ Aduh , kau je lebih2 ni , kau tengok tu , kan ada bantal panjang aku ..” balas aku
“ Habis tu , kawan kau si mal menyorok bawah katil tu ? tak pelik ke ?” tanya Lan lagi …
“ emmm , ye tak ye eh ! Hari tu , masa aku pergi rumah dia … aku jumpa dia pun dalam keadaan mencangkung … hairan jugak aku dengan dia ni … “ Balas Aku pada Lan
“ cuba kau cerita dari awal , Pasal mal ni “ balas Lan
Aku pun menceritakan semuanya pada lan ..
Kalau tengok riak wajah Lan , sekejap mengerut , Sekejap menggeleng ..
“ hah ! seram tak ?” Tanya aku
“ Ini sah ni !! Sah Badi mayat ni !” Balas Lan
“ Hek eleh Lan .. Kau yakin je kan .. Mana ada benda macam tu lagi dunia moden ni … Takkan kau percaya benda macam tu ..” Tanya aku
“ Hmm … Benda2 ni memang wujud la , Cuma kita tak nampk , Lagi satu , Kita ni semua bidang sains … Memang susah la nak percaya , Tapi aku percaya badi mayat tu … Kata tok nenek aku , Roh yang tidak tenang , Roh roh yang berkeliaran bagaikan ada sesuatu yang belum selesai didunia , Cepat berkenan dengan orang , Suka menumpang , Mencari jawapan..” Balas Lan
“ Fuh , Lain macam teori kau ni Lan , Macam terer sangat lah kau dengan bab bab cenggini … Mana kau belajar ni ..” Balas Aku cuba mencebik …
“ Iye betul ! Dekat kampung aku dulu , Macam2 cerita aku dengar , nak jadikan cerita pulak , Moyang aku tu pawang … Dari kecik aku dok tengok dia mengubat orang… “ Balas Lan
“ Alah , Tu dulu Lan , kalau mental disease pun belum habis discover , Entah2 mental illness pun dirawat cara bomoh … Mana kau tau kan ?” Balas Aku
“ Tu la , Ye tak ye jugak kan , Orang mental illness ni meracau lebih kurang dengan kena sampuk jugak sebenarnya , Nak kata siapa betul pun susah … Bomoh ada pendapat dia , Doktor pun ada pendapat dia .. Habis tu macam mana ?” Balas Lan
“ Hmm , Kena cari jalan tengah lah , Tapi yang penting , Rawat cara medikal dulu , Kalau tak berkesan , Boleh la kot ikhtiar bomoh … “ Balas aku
“ hmm , so Mal ni macam mana ? Tapi aku rasa si Mal ni Panik … aku syak kawan dia si Din tu ada mental issue kot , “ balas lan sambil memandang aku membongkok mengambil sesuatu
“ hah !! ni name card si Din ! atas lantai , Semalam aku suruh si Mal ni ambil dekat rumah dia la , Lepas tu die kata Si Din kurung dia dalam rumah …” balas Aku
“ hah ! Apa lagi !! Call la si Din tu ..” Balas Lan
Aku pun terus menghubungi Din ..
Din dapat dikesan…Jadi aku mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Din Malam tu ..
“ Lan , Malam ni , Kau cari ganti tukar oncall ngan orang lain , Teman aku jumpa Si Din Ni ..Boleh ?” Tanya aku
“ Alah , Kau sorang je lah jumpa .. Leceh la nak tukar Oncall ..” Balas Lan
“ Ala , Tolong la … kau tak rasa kes ni interesting ke ? “ Balas aku
“ Hmmm .. Aku pun sebenarnya , Memang curious jugak ni , Memandangkan aku pun tak pasal pasal terlibat sama , Aku akan cuba aturkan ..” Balas Lan
Dr Maslan berjaya mengatur semula jadual oncallnya ..
Malam tu aku Dan Lan pergi ke rumah lamanya itu .. Untuk berjumpa dengan Din …
Seharian Aku cuba telefon Mal ..
Tapi tak berjaya …
Malam tu , Aku tiba dirumah yang sama …
Sejurus aku turun dari kereta ..
Lan tiba tiba menggenggam lengan aku
“ Oi , Kau pahal pegang2 ni ..” Balas aku
“ Shhhhh !!!” Balas Lan …
“ Oi lepas la , Kau ni gay ke apa ? Harey betul , Tak selesa lah macam ni “ Balas aku
“ Ok sori sori … “ Bisik Lan … Berjalan rapat dibelakang aku dengan sedikit tercungap ..
“ Mana si Din ni ..” tanya lan
“ Itu lah , Patutnya dia dah sampai ni ..” Balas aku
“ Hmm , Takpelah , Kita tunggu kejap .. Nak masuk ke ? Nak tunggu di luar ?” Tanya Lan ..
“ Hmm , Jom kita tunggu dalam rumah dulu , Kalau tak berkunci …” Balas aku …
Aku dan Lan perlahan , berjalan ke arah pintu masuk …
Klik “!
Aku membuka pintu ..
“ Tak kunci “ Bisik aku pada Lan
Kami pun menyelinap masuk ..
Aku buka kan lampu …
Aku dan Lan duduk di sofa sementara menanti Din …
“ Mana si Mal ni ! Pelik betul aku … Tiba tiba hilang macam tu .. Aku call banyak kali ni … Macam off phone “ Balas aku
“ Hmm , Mungkin phone dia rosak kot , plus kot kot dia busy kena settlekan kerja lagi .. Sabar je lah ..” Balas Lan
“ Hmm … Zeed , Kau bau semacam tak ?” Tanya Lan
“ Hmm … Ada .. Bau tungkik … Haring pun ada … Tapi kalau tengok depan ni , Elok je .. Takde lah bersepah sangat kan ..” Balas aku
Mata kami meliar … Melihatkan rumah itu …
“ krekk ..” Pintu hadapan terbuka ..
Perlahan… Pintu itu ditolak …
Din masuk mencelah ..
Aku dan Lan , Berdiri menyambut Din yang sedang berjalan masuk ..
“ Baru balik ke ?” Tanya Lan sambil tersenyum ..
“ weh , Dah si Din ni baru je masuk pintu , Confirm la baru balik .. Apa punya soalan ni ?” Balas aku mencelah , Tersenyum melihat Din …
“ Ni siapa ?” Tanya Din
“ Ni Kawan aku Lan , Kebetulan kami pergi makan sama tadi , Jadi aku ajak dia ikut lah ..” Balas Aku
Din hanya mengangguk ..
“ Din , Apa cerita Mal ni ?” Aku tengok dia lain macam sejak dua menjak ni ..” Tanya aku
“ Hmm … Sejak dari hari tu , Masa malam kau tidur sini , Esok harinya .. Mal Jadi pelik … Cakap sorang2 , Tak terurus … Macam macam lagi ,” Balas Din
“ So … Lepas tu ?” Balas Aku
“ Lepas tu , mulanya aku malas nak layan , Aku buat lah hal aku , Tapi makin lama , Mal ni makin pelik .. Jadi sekarang ni aku menumpang dekat rumah kawan … Aku kebetulan memang nak balik rumah , Ambil baju … tu yang ajak jumpa di sini ..” Balas Din
“ Ahhh sudah ! Si Mal kata si Din ni yang pelik … Tapi , Din pun cakap si Mal ni pelik .. Mana satu aku nak percaya ni ..” Bisik hati … Sambil aku menoleh memandang ke arah Lan ..
Lan hanya membalas pandangan .. Tapi tidak berkata apa apa .. Bagaikan Lan juga dapat menangkap sesuatu dari situ …
“ Habis tu , Ni kau nak ambil barang , Lepas tu balik rumah kawan kau ke ni Din ?” Tanya aku lagi …
“ Aah , Korang tunggu kejap … Aku nak pergi ambil barang ..” Balas Din yang terus berlalu pergi
Lan memandang ke arah aku sambil aku menunjukkan tanda isyarat senyap …
Agak lama kami menunggu disitu ..
Bilik din , Nun dibelakang sana , Berhampiran dapur …
“ Zeed , Jom lah gerak , Nanti2 jelah kita jumpa dia , Dah lewat malam ni , Nak masuk 11 malam dah .. “ Balas Lan
“ Hmm .. Ok .. Kau pergi belakang tu dekat bilik Din , Cakap kita nak gerak dulu “ Balas Aku
Tanp banyak helah , Lan pun bangun , Berjalan terus ke bilik Din …
Tak Lama lepas tu ..
“ Hoi !!!” terdengar suara Lan menjerit …
Tersentak , Aku terus bangun dan meluru ke arah Bilik Din
“ Kenapa kau ?” Tanya aku pada Lan sambil meilhatkan si Lan mengurut Dada …
Din pula sedang berdiri sebelah Lan
“ Aku terkejut !” Tak ada apa apa lah “ Balas Lan …
Sambil aku merenung din yang sedang tersenyum pada Lan..
“ Kitaorang gerak dulu … Nanti lah aku jumpa kau lagi skali Din ..” Balas Aku
Sepantas kilat , Lan terus berjalan keluar .. Tanpa berkata apa apa ..
Aku bingung … Apa dah jadi tadi ?” Bisik hati
Malam tu aku dan Lan bergegas meninggalkan Din bersendirian …
Semasa didalam kereta , sekali sekala aku mengintai memandang Lan disebelah ..
“ Weh , Kau terjerit pasal apa tadi ?, Terkejut aku !” Balas aku
“ Kejap lagi kita cerita .. Cari mamak ke mana mana dulu , Kita minum kejap ..” Balas Lan …
Kami akhirnya singgah di salah sebuah restoran mamak …
“ Hah , Apa kes tadi ?” Balas Aku
“ Aku yakin !!!! Aku Yakin sekarang ni !!” Balas Lan
“ Yakin !? Yakin apa ni ?” Tanya aku
“ Memang sah , Si Din … Tu … dia yang pelik , Betul kata Mal …” Balas Lan
Sambil menyedut air teh C kosong , Mata aku terbeliak .. Menderu darah sampai ke otak .. Bagaikan di kemuncak … Rasa ingin tahu lebih mendalam …
“ Memang Sah ! Din tu kena sampuk !! “ Balas Lan ..
“ Hah !!!kenapa kau cakap macam tu ,” Balas Aku
“ Tadi kan , Masa aku intai bilik Si Din tu … Aku nampak Si Din tu dok duduk atas katil … Terhangguk hangguk kepala , Macam tengah baca sesuatu…” Balas Lan
“ Ok… Lepas tu apa jadi ..” Balas aku
“ Aku.. Baru nak tegur si Din … Tiba tiba … Din dah ada belakang aku ..” Balas Lan
“ Ishh kau biat betul ni , Karut ni ..! Balas Aku
“ Ish !! Betul !! Walaupun gelap Bilik Si Din tu … Aku belum buta lah !!! “ Balas Lan
“ Tak logik lah , Si Din ada belakang kau , Tapi kau kata Si Din tu ada atas katil , Aku tak faham lah !” Balas Aku
“ Ok .. Kau tak pelik ke ? Kenapa dia ajak datang jumpa dekat rumah tu ? Kenapa nak ambil baju malam buta ? Boleh je dia ambil siang tadi .. Lepas tu jumpa kita dekat mana mana ? Kann ??” Tanya Lan lebih yakin ..
“ Hmmm , Betul jugak … Tapi mungkin memang dia busy petang , Dan dia memang dah plan nak ambil barang dia malam ?” Balas aku
“ Tu laaa , Tapi aku rasa tak logik laa.. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena ni ..” Balas Lan
“ Ish , Tak payah lah nak fikir sampai macam tu , Nih aku nak tanya … Kenapa kau pegang2 aku tadi .. Belum masuk rumah lagi dah menggelabah apa hal ?” Tanya aku
“ Haa!! Ni yang aku nak cerita ni ..” Balas Lan ..
“ Bilik Mal dekat depan kan ? Depan ruang tamu tadi kan ? “ Balas Lan
Aku mengangguk ..
“ Aku nampak macam ada orang berdiri dekat tingkap tu .. Bayang bayang belakang cermin ..” Balas Lan
“ Hmmm , Kau rasa Mal ke belakang tingkap tu tadi ? “ Tanya aku
“ Kalau itu Mal , Dari awal kita masuk .. Mesti lah Si Mal keluar cari kita … Tapi bilik dia senyap je kan ?” Balas Lan yang dah mula mengerut cuba menjadi pegawai penyiasat ..
“ Betul jugak , Tadi kita masuk senyap je , Bilik si Mal pun Gelap .. Takkan lah Mal duduk dalam gelap gelita kan …” Balas aku
“ Ni , Aku rasa tak sedap hati ni … Aku rasa pelik lah …” Balas Lan
“ Hmm , Aku pun pening jugak melayan si Mal dengan Din ni … So Apa kau rasa ?” Tanya aku
“ Aku rasa , Tujuan din panggil kita .. Ada muslihat ni ..” Balas Lan
“ Hmmm … Muslihat ? Muslihat macam mana ?” Tanya aku
“ Aku rasa , Si Din ni nak sihir kita ..” Balas Lan dengan penuh riak wajah yang yakin ..
Sambil aku mula rasa terketar ketar ….