Misteri Rumah Hujung Part 3

RUMAH HUJUNG
PART 3

“ Hoi !! enough !!! Dari tadi main phone !” Jerkah Dr Ana Pakar yang sedang memerhati gelagat aku ..

Tersentak .. Aku hanya mampu menunduk malu … Dihadapan pesakit

“ Kurang asam punya Mal , Kau punya pasal , Habis kerja aku terjejas..” Bisik hati

“ what so interesting in your phone ?” Tanya Dr Ana yang berdiri di sebelah

“ Hmm … Hmm Nothing bos .. Im sorry ..” Balas aku .. Menunduk pasrah..

“ Mana boleh nothing !! Mana ada orang saja saja makn phone masa kerja !” Bising Dr Ana lagi…

“ Hmmm …. Hmm Actually ..” Balas aku

“ Apa dia ! Yang you gagap sangat ni kenapa !” Bentak Dr Ana

“ Hmm .. Kawan saya ni sibuk kacau saya .. Kunci rumah dia hilang .. Only me sahaja yang ada kunci spare rumah sewa kami ..” Balas aku .. terpaksa berdalih

“ Hish !! Habis tu .. Kawan kau tu .. Tak boleh masuk rumah ? suruh la dia datang hospital ambik !” Balas Dr Ana

“ Tapi .. Dia tak ada transport , Pergi balik kerja naik bas ..” Balas aku lagi .. Semakin berdalih.. Bukan apa .. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena tentang Mal ..

“ You know you are oncall kan !!’ Balas Dr Ana

“ Hmmm .. Ya .. Dr Ana .. I know .. Im Sorry ..” Balas aku

“ Dah dah .. I give you 1 Hour ! Cukup tak ? You pergi settle masalah you dulu .. Houseman Dr Zira cover you .. Tapi bila you balik sini nanti .. I nak you cover Dr Zira 1 Jam juga .. Dr Zira boleh berehat .. Faham ?” Jerkah Dr Ana lagi

“ hmm .. Baik bos .. Cukup 1 hour .. I go and make a move now ! Secepat mungkin saya akan balik semula ke wad ..” Balas aku

Aku pun apa lagi , Terus aku berlari .. Masuk kedalam kereta lumba .. Kancil 660cc dengan pecutan yang amat dasyat ..
Aku tiba di Rumah Mal .. Yang terletak lebih kurang 20 minit dari Hospital …

Aku keluar dari kereta .. Aku terus meluru ke arah pintu masuk utama ..

“ Mal !! Ooo mal !! Bukak pintu ni !!” Jerit aku …

Tiada jawapan dari Mal ..
Aku memulas tombol pintu ….
Mudah ! Tidak berkunci …

Perlahan aku jengukkan kepala ke dalam ..
Gelap ….
Tiada bunyi pergerakan yang berlaku..

Aku jerit sekali lagi …
“ Mal !! “ Mana kau !!! Tadi beriya telefon kata urgent !” Jerit aku

Masih tiada jawapan ..
“ Ahhhh !! Aku nak cepat ni … Si Mal ni pulak entah kemana …” Bisik hati…

Aku mula masuk kedalam rumah .. Perlahan aku berjalan … aku intai sekeliling ….
Sambil jari jemari aku meraba mencari suis lampu ..

“ Klik !..” Lampu terbuka ….

“ Hah !! Lega !!” Bisik hati …

Aku ketuk pintu bilik mal ..
“knock knock !”

“ Mal oo mal .. Oii mana kau !” jerit aku

Aku buka sedikit pintu biliknya …

Gelap .. Tiada siapa di dalam …

“ Mal ni buat main ke ni .. Ahh aku cuba call dia lah ..” Bisik hati

Cepat cepat aku mendail nombor Mal ..

“ Kring!! Kring””

Nada deringan yang datangnya dari Dapur ..

Aku terus meluru keluar dari bilik … Aku berjalan pantas ke arah dapur . Mengikuti gelombang deringan tadi ..

Di satu sudut .. Disebalik meja makan ..
Seakan akan .. Ada sesuatu disebaliknya ..

“ Mal !! Mal .. Kau ke tu mal !!” Jerit aku ..
Sambil aku berjalan kearah bunyi deringan itu ..

Langkah aku semakin perlahan ..Dalam kegelapan .. Tanpa sempat aku menyalakan suis lampu ..

Satu kelibat yang sedang duduk mencangkung .. Sambil kepalanya tunduk ..
Kelibat itu menggelengkan kepalanya berkali kali ..

Aku dah mula goyah .. Buka roma dah mula meremang … Jantung berdegup semakin pantas

“ Mal.. Kau kenapa ni mal… Kau ok tak ni ..” Tegur aku

Kelibat itu mula mendongak ..

“ Sah !! Itu Mal !!” Wajah mal kian terserlah dibalik kegelapan itu …

“ Ya Allah !!! Mal !! Kenapa kau ni mal …” Bentak aku sambil aku meliar mencari suis lampu dapur …

“ Klik “ Lampu terbuka ..
Aku menoleh semula ke arah Mal …

Mal yang masih lagi dalam kedudukan mencangkung itu .. Memandang ke arah aku .. Seluruh badannya bergetar .. Bibirnya terkumat kamit terketar ketar .. Berpeluh lencun raut wajahnya ..

Mal bagaikan di santau .. Atau boleh dikatakan dalam keadaan “ Shock “ , Mental Trauma …

Aku terus mendapatkan mal .. Aku pegang kedua belah bahunya ..

“ Mal !! Mal .. Mengucap woi …” Balas aku

Mata Mal mula meliar melihat sekeliling ..
“ Aku takut !! Din makin gila oi … Tolong aku !! Tolong Aku … Aku tak sanggup lagi ..” Jerit mal berkali kali sambil dia menggenggam kedua belah lenganku

“ Cuba cerita kenapa .. Din Mana ? Din ada ke tadi ? Apa jadi ni Mal ?” Tanya aku

Mal masih berdiam diri .. Tanpa sepatah kata ….

Tiba tiba ..
“ Aku kena kurung !!” Balas mal …

“ Hish !! Dah dah .. Jom kita keluar dulu dari sini … “ Balas aku sambil mata meliar melihat keadaan rumah Mal yang kucar kacir

Aku terus mengangkat mal. .. Aku memapah Mal keluar dari dapur …Terus berjalan ke ruang tamu …

Aku tutup pintu utama..
Kami terus berjalan memasuki kereta aku ..

Apa lagi yang ditunggu ! Aku terus memecut .. Keluar dari kejiranan itu

Mal disebelah hanya kaku .. Matanya merenung kearah jari jemarinya …

Diam tidak berkata apa …

“ Takpe Mal .. Kau rilek dulu .. Aku bawak kau terus ke kuarters aku … Kau mandi .. Kau makan dulu .. Lepas tu kau rehat .. Esok baru kita cerita ok ? Aku nak kena sambung kerja ni ..” Jelas aku pada Mal

“ Mal hanya mengangguk … ..” masih berdiam diri …

Keesokkan harinya , Selepas oncall .. Aku pulang ke kuarters ..

Aku terus masuk ke dalam bilik
..

“ Ishh .. Mana pulak si Mal ni pergi “ Bisik hati sambil menggaru kepala…

“ Hoi zeed ! “ Satu jeritan yang datang dari bilik sebelah

“ Oi Lan ! Kenapa ? apahal kau berpeluh2 ni ..” Tanya aku

“ Weh .. Mai sini … Masuk bilik aku kejap ..” Balas Lan ( Dr Maslan )

“ Ko oncall kan semalam ? “ Tanya Lan Lagi

“ Aah la … Kenapa ?” balas aku

“ Ish .. Aku nak cerita dekat kau ni pun .. Macam pelik .. tak tau macam mana nak mula ..” Balas Lan

“ Alah .. Over la kau ni .. Cerita je la ..” Balas aku

“ Hmmm … Selama kau duduk sini .. Kau pernah kena kacau tak ? Maksud aku dengan makhluk halus ?” Tanya Lan mengerutkan mukanya…

“ Ceh … Apa la punya soalan .. Mana ada .. Dah berbulan2 duduk sini .. Biase jer..” Balas aku

“ Adui … Bilik kau tu .. Semacam la ..” Balas Lan

“ Ahhh .. Apasal bilik aku pulak dahh.” Tanya aku

“ Kau oncall kan semalam ? .. Tapi masalahnya .. Malam tadi macam ada orang dalam bilik kau dohhh!” Balas Lan

“ Aku dengar bunyi macam macam dalam bilik kau … Cakap sorang – Sorang .. Lepas tu bunyik gedegang gedegung macam dinding kau .. bunyi tapak kaki semua ada ..” Balas Lan …

“ Hahahaha ..” Aku tergelak terbahak bahak …. Melihatkan muka Lan yang makin Pucat ..

“ Kau pahal ni .. Aku series bodoh..!” .. Lan mula marah …

“ Hahha ok ok .. Sori weh … Tu saka aku , Dia follow dari kampung … Duduk bandar ni dia tak biasa sikit …” Balas aku

“ Haaaa??? Saka ??? Saka macam penunggu tu ? Yang ikut waris turun temurun ??” Tanya Lan dengan riak wajah yang lebih serius ..

“ HAAH LA!! tu warisan turun temurun lah !” Balas aku

“ Ishhh .. Ko biar betul .. Selama ni tak ada pun !! Aman damai je … Masa kau oncall .. Takde pulak aku dengar bunyi apa apa ..” Balas Lan

“ Yelah … Aku baru bawak dari kampung semalam … Nanti esok lusa kau jangan pelik tau ..” Balas Aku

“ ishhh !! Tak payah lah bawak sini .. Biar je lah saka kau tu kat kampung .. Weh ! Ni lagi satu aku nak cakap .. Dosa tau bela saka ni semua .. Aku macam tak percaya la orang zaman moden sekarang ni masih bela saka …. Kau jangan main main ..” Balas Lan .. Panjang lebar berceramah

“ Ha ha ha ! Tau pun pucat !! Lawak doh tengok muka kau … Aku gurau je laa!!” balas aku

“ Malam tadi tu , Kawan aku .. Kau ingat tak dulu kita pernah main futsal dengan kawan aku si Mall … ala , court futsal dekat larkin tu ..? Ingat tak ?” Tanya aku lagi

“ Ohhhh ! Si Mal eh … Cis .. Aku cuak kau tau … Berpeluh2 aku malam tadi duduk dalam bilik .. Berselimut bagai nak gila .. Sesak napas kau tau tak !!” Balas Lan

“ Hahaha .. Sori aku lupa kasi tau kau .. Malam tadi busy gila beb .. Berduyun patient admission masuk ward … Denga perangai patient yang asik nak marah2 lagi … Cerewe sana sini lagi … Mana la aku teringat nak kasi tau kau .. “ Balas aku

Lan , Menggaru kepalanya .. Matanya meliar bagaikan sedang memikirkan sesuatu …

“ Eh , Dah la .. Aku nak mandi .. Nak sambung Round pagi balik ni .. Malam tadi aku tak sempat tidur lansung tau … Kerja macam ni lama lama , Aku syak … Tak lama lagi kita ni masuk hospital mental permai ..” Balas aku

“ Zeed .. Jap .. Tapi kan …” Balas Lan

“ Adoi la Selan !! Apa lagi Lan , Tapi tapi apa ?” Tanya aku

“ Semalam aku dengar bunyi dekat bilik kau … Mula mula aku ingat kan kau .. Aku pergi la terus terjah .. Aku bukak pintu bilik kau ….

“ Masalahnya .. Kawan kau si Mall tu pelik ! “ Balas Lan

“ Pelik ? Pelik apa lagi ni Lan ?” Tanya aku

“ Semalam aku hantar dia pergi kuarters .. Elok je mamat tu … Sihat walafiat je “ Balas aku

“ Hmmm … Masa aku masuk bilik tu .. Dia tengah merangkak … pusing keliling bilik .. Bila dia perasan aku bukak pintu .. Dia terus menyenget … Sorok bawah katil …. “ Balas Lan dengan bersungguh sungguh..

“ Hish .. Biar betul lan ??? Semalam elok je !!” Balas aku

“ Sumpah weh ! Itu yang aku nampak .. Tu aku nak tanya kau lagi sekali ..
Sekarang ni kau rasa pelik tak !!”? tanya Lan

“ Hmmm .. Kalau betul apa kau cakap ni … Memang Pelik ! … “ Balas aku

“ Lagi satu aku nak tanya ..” Balas Lan

“ Kau semalam , Bawak Balik si Mal sorang je ke ?” Tanya Lan

“ Aah …. Betullah .. dia sorang je , Apa punya soalan kau ni ?…” Balas aku

“ Hmmm … Kau yakin ke sorang ?
Habis tu , Kalau Si Mal sorok bawah katil .. Yang sorang lagi atas katil tu siapa pulak ??” Tanya Lan

……

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.