Misteri Rumah Hujung Part 2

RUMAH HUJUNG

PART 2

Sebulan lepas tu …
Aku dapat panggilan dari Mal …

“ Zeed , Aku nak jumpa kau .. Ada benda aku kena cerita dekat kau ni …” Balas Mal ..

“ Cerita pasal apa ?” Tanya aku
“ Hmm , Pasal din ….” Balas Mal .. Suaranya sayup penuh kerisauan..

Sambungan..

Episod Akhir
Selasa 2 Julai 2019

“ Aku nak cerita pasal Din ni ..” Balas Mal

“ Pasal apa , Kenapa dengan Din ?” Tanya aku

“ Panjang cerita dia …” Balas Mal

“ Ok lah , Esok ko datang cafe hospital .. Petang dalam jam 530 … Boleh ?” Tanya aku

Mal bersetuju … Keesokkan harinya …
Seperti biasa aku berjumpa dengan Mal seperti yang dijanji kan ..

“ Mal .. Apa hal kau nampak serabut sangat ni .. Semak pulak aku tengok kau ni ..” Balas aku

“ Nampak eh serabut ? Nampak sangat ke ?” Tanya Mal

“ Ye lah , Rambut pun tak terurus .. Compang camping je aku tengok kau ni ..” Balas aku

“ Ish tak sangka.! Boleh nampak eh .. Itu la yang aku nak cerita ni .. Aku serabut gila ni !!” Balas Mal

Aku hanya mengangguk , Sekali sekala aku mengintai jugak Pakaian si Mal ni .. Tak seperti biasa .. Comot semacam..

“Zeed .. Ko ingat tak kejadian dekat rumah aku … Minggu lepas …?” tanya mal

“ Haah …Ingat lagi .. Ps4 kau ni pun ada dengan aku ..” Balas aku sambil ketawa berdekah …

“ hmmmm … sebenarnya la .. cerita dia lain … bukan pasal din ..” Balas mal

“ Hah ? Cerita apa ? “ Balas aku

“ Hmmm… aku bukan apa .. Aku ni macam serba salah nak cerita.. “ Balas Mal …

“ ish .. kenapa pulak ni ..cerita je lah , kalau ada masalah jangan pendam sorang sorang … ..” balas aku

“ Malam tu … Yang aku terperanjat beruk tu …. Aku sedar sebenarnya .. Din yang ketuk tingkap aku … Tapi bila aku bangun … Aku intai tingkap tu balik … Aku memang nampak Din …” balas Mal

“ Habis tu kenapa kau terkejut beruk sampai terkencing ??” Balas aku

“ Hmm … Aku bukan nampak Din Je …Masa aku nampak Din tu , Ada kelibat perempuan tua , Gelap serba hitam….. Rambut menggerbang .. Mata dia renung tajam pada aku …Berpaut pada bahu Din … Itu yang buat aku jadi meracau tu … Sumpah seram masa tu !!” balas Mal …

“ errr .. habis tu apa jadi ..?” Tanya aku

“ Lepas tu , Bila aku perhatikan si Din ni ….Aku rasa Din makin lama makin pelik … cakap sorang sorang … Kadang aku intai bilik dia .. Aku nampak dia selalu makan mencangkung … Tapi paling aku tak boleh tahan … Dia kerap kali tidur bawah katil …. “ Balas Mal

“ Habis tu sekarang Din ok tak ?” Tanya aku

“ Kalau berborak dengan aku dia macam normal je , tapi kalau aku curi curi intai dia dalam bilik … memang pelik laaa..” Balas Mal

“ Ish , Kau kena cerita dengan Din ni ..” Balas aku

“ Aku dah pernah cerita dengan Din .. Dia kata .. Mana ada !! Dia tak buat benda tu !!” Balas Mal

“ Ish ,.. Kau tak takut ke nanti makin lama makin psycho din tu ..” Tanya aku

“ Itu yang aku risau ni … Dah lah aku duduk sebumbung dengan dia … Makin pelik tau Din tu …” Balas Mal

“ Kalau ikutkan aku pun tak tahan jugak ni … Selain dari pening pasal Din … Ada jugak 2-3 pintu rumah aku diketuk , Lewat pagi … .. Tapi selalu Din Yang buka .. Aku duduk diam diam dalam bilik … “ Balas Mal

“ hmmm .. Ish .. Pelik ni … Tu la kau , Mulut macam haram lagi ..” Balas aku

“ Ish … Susah nak cakap la , Aku malas nak percaya benda ni .. Tapi .. Aku pun dah tak boleh tahan …kau tau tak , Sejak 2 hari lepas, Makin menjadi… Sumpah aku tahan !” Balas mal …

“ Apa jadi .. ?” Tanya aku sambil membetulkan kedudukan aku .. Aku mahu lebih peka

“ Dua hari lepas .. malam tu aku balik kerja awal …Si Din Tak balik lagi …Aku intai bilik dia .. kosong … So aku macam biasalah , lepas makan semua , aku main Game dekat depan ..

so tengah sedap2 main game tu ..
Tiba tiba dekat dapur macam ada bunyi bising …Macam bunyi ada orang main plastik..

Aku pun , biarkan je , Malas nak hiraukan .. Aku sambung balik main game ..

Makin lama , Makin bising ..
Aku dah mula panas hati ..

Aku terus bangun. Aku meluru terus ke dapur ..

Kau tahu ! Si din tu dah gila …
Dia mencangkung , Korek sampah !!

Aku terjah la Si Din ni..

“ Hoi Din ! Kau ni kenapa makin lama makin gila .. Kotor kau tau sampah tu !!” Aku jerit

Din ni. Dia punya gila .. Dia senyum je dekat aku .. Die terus godek balik sampah tu ..

Aku sebenarnya dah sampai satu tahap yang aku tak boleh sabar lagi

“ Lantak kau lah Din .. Kau nak tercerit ke apa .. Suka hati kau lah “ Aku jerit pada Din ..” Jelas mal panjang lebar

“ Weh , Pada aku , Din tu tak normal tau .. Memang 100% confirm … Aku try call member aku dekat bahagian psikiatri .. Aku set kan appointment untuk Din , Nanti kau bawak Din datang boleh ?” Tanya aku

“itu lah. itu yang aku tak tahan .. Sbeelum ni Din tu ok je .. Sejak dari haritu dia jadi Gila tau .. Kalau kau ada kat tempat aku .. Mesti kau dah blah lama dah ..” Balas Mal

“ Hmm .. Habis tu kenapa kau tak blah lagi ? “ Tanya aku

“ Sewa rumah tu ada 3 bulan lagi kontrak .. Kalau aku blah awal , Macam mana nak dapat deposit tu balik .. Aku nak bayar deposit rumah baru lagi .. Serabut oi!! “ Balas Mal

“ Hish parah ni …. apa plan kau seakarang ?” Tanya aku

“ Entah la .. Tapi lagi satu … Aku nak sambung .. Malam tu lepas kejadian makan sampah tu … Aku tidur macam biasa dalam bilik …
Dalam 2-3 pagi … Tiba tiba .. Aku rasa macam ada suara pintu bilik aku terbuka sikit …

Maklum lah , Sejak Din buat gila ni .. Aku senang terjaga .. Takut jugak aku kalau dia bunuh aku pulak ke apa ..

So malam tu , Aku terjaga ..
Aku nampak kepala din , Terjulur dari celahan pintu , Dok intai intai aku …

Tapi … Tapi dalam keadaan Din sedang merangkak …

Kau tak gila ke macam tu ? Tanya mal …

“ Fuh … Bukan gila lagi .. Ini dah macam kena buatan je ..” Balas aku

“ Ishh .. Kau ni .. Mana kau tau ?” Tanya mal

“ Entah lah .. Aku pun tak pernah tengok pesakit psikiatri punya perubahan secepat ni .. Selalunya nak gila pun ambik masa mal ..” Balas aku

“ Hmmm … itu lah yang aku seram tu .. Lepas dia intai aku tu .. Dia hilang … Aku pejam mata rapat2 … Aku sambung tidur …” Balas Mal

“ So esoknya .. Pagi tu bila aku bangun .. Aku nampak Si Din duduk dekat sofa ..

Aku tanya lah … “ Kau tak kerja ke din ..”

Din geleng kepala .. Sambil dia merenung main jari jemari dia …

“ Din .. Semalam kau makan sampah .. kau sedar tak .. Kau ni dah kenapa Din ?” Tanya aku….

Din jawab …
“ Malam tadi … Aku overtime …”

Aku dah meremang bulu roma pagi buta tu …
Tapi dalam masa yang sama , Aku tak percaya dah kata kata Din ni …

Dia pun tak betul ..
Takkan aku nak percaya…

Tapi aku yakin , Malam tu memang Din .. Mana mungkin dia overtime .. Kaki tangan semua cukup .. “ Jelas Mal Panjang lebar

“ Hmmm tu lah , Kau ikut plan aku je.. Kita hantar dia appointment pakar sakit mental .. Insyallah ada jalan..” Balas aku

Mal hanya mengganguk …

“ Zeed , Malam tadi paling gila … “ Balas Mal

“ Hah !!! Ada lagi ?” Tanya aku

“ Yer beb ! Malam tadi .. Aku tengah dok elok tidur …

Lewat pagi macam tu …
Aku dengar ada suara mendengus dekat telinga aku …

Mulanya .. Aku macam malas nak endahkan … Mungkin bunyi kipas ke apa

Tapi makin lama makin kuat bunyi dengusan tu ..

Aku pun toleh …

Kau tahu tak !! Si Din gila tu .. Baring sebelah aku ….

Ni sudah lebih .. Meremang bulu roma aku sebab geli tau tak !!!

Aku rasa , Aku macam tak kenal Din lagi ….” Balas Mal … Penuh dengan kepasrahan..

Aku punya hanya mampu mengangguk , Sambil jari jemari aku bergendang meja …

“ Ok lah , Aku cuba dapatkan appointment cepat untuk Din …” Balas aku

“ Aku tak sanggup balik rumah tu lagi la… Aku tidur kuarters kau boleh tak ? “ Tanya Mal …

“ hmmm .. Tu kuarters hospital la … Kalau setakat sehari dua ok lagi .. Leceh tau .. Kenapa pakai pass hospital semua …” Balas aku

“ Ye lah , Aku tau lah .. Weh kau bayangkan .. Kalau tiba tiba ada satu malam .. Dia rodok perut aku dengan pisau macam mana ?” Tanya Mal

“ Hish ! Mintak simpang lah , Tapi betul jugak kan …Mampus jugak nanti kau Mal … Hmm ko ada no contact mak bapak dia tak ?” Tanya aku

“ eh kejap , Berapa lama kau kenal si Din ni ?” tanya aku

“ Tak sampai setahun pun .. baru 6-7 bulan .. Sebelum ni , Ok je Si Din ni … Sejak kes haritu lah .. Dia pelik … Ada benda bertenggek belakang bahu dia tau ..” Balas Mal

“ Ishh .. Aku nak percaya pun susah .. Tak percaya pun susah … Mal .. Kau kena cari ahli keluarga dia .. Kau mesti tak tahu sejarah dia lagi kan .. Dia tak pernah cerita apa apa ke ?” Balas aku

“ Hmm … Dulu pernah la dia cerita .. Dia dengan keluarga dia .. Tak ngam sangat .. Jarang lah dia cerita … aku pun malas nak ambik tahu sangat ..” Balas Mal

“ Skang ni .. Aku rasa … kau kena cari jugak contact ahli keluarga dia .. Din ada facebook tak ? Mana tahu ada mutual friend ?” Balas aku

“ Ahhh .. Si Din tu mana lah ada Facebook , Dulu aku pernah tanya …” balas Mal

“ Ahh sudah … Kalau nak report polis pun , Bukan Din ada buat jenayah lagi .. Part aku , Aku cuba dapatkan appointment untuk Din , Kau pulak .. Kau balik … Kau geledah apa apa info pasal din .. Tempat kerja dia ke apa … Mungkin dari situ kita boleh dapat info tentang ahli keluarga dia ni ..” Balas aku

“ Ishhh !! Taknak lah ,, Aku tak berani la .. nak balik rumah tu ..” Balas Mal

“ Kau teman aku jom ..” Balas Mal

“ Ish , alah .. Aku oncall la malam ni .. Bos aku tu , Mulut dia lagi Puaka dari kau tau .. Kang tak pasal aku yang kena bambu … kau balik sekarang .. Masih cerah lagi … Lepas maghrib .. Kau datang kuarters aku tau ..” Balas aku

“ Adoi .. Ini kerja gila oi …” Balas Mal

“ Mal , Kau kan jaguh kampung . Apahal takut pulak .. Lagi satu .. Kalau tak sampai bila nak settle benda ni … Takkan kau nak menumpang sana sini .. Kau kena hadap jugak dengan masalah .. Kalau kau lari macam ni .. Tak ada benda pun dalam dunia ni boleh settle .. Kau faham tak ?” Tanya aku

“ Hmmm … Ye lah yelah .. Aku penat bayar sewa ,nak kena lari sana sini pulak kan .. Ok lah aku lari kejap balik rumah … Nanti lepas maghrib .. Aku datang kuarters kau eh ..” Balas Mal

“ Ok ! Cantik … cepat ! Kau gerak sekarang … Sempat lagi ni .. Baru pukul 6:15 , Cerah lagi ..” Balas aku

Petang tu … Mal terus berlari .. Pulang ke rumah … Demi mencari sedikit sebanyak info Tentang Din ..

Dalam masa yang sama , Aku pun mula berderau darah juga masa tu … Aku doakan Mal selamat …

Jam sudah pun 7 malam …
Aku menanti panggilan dari Mal …
Malam tu aku oncall
Aku nak serahkan kunci pada Mal …
Malangnya tiada panggilan telefon yang masuk dari Mal

Mungkin dia sedang bersiap , Solat dan sebagainya …

Jam 8:00 malam
Aku masih tekun menanti
Sampaikan Bos aku pun bising , Aku kerap periksa telefon semasa ward rounds.

Lebih kurang 8:30 malam ..
Aku pula yang tak sabar menanti
Aku cuba mendail telefon bimbit Mal
..

Panggilan itu tidak berjaya
“ Mal ni tak charge phone ke … Habis macam mana aku nak serah kunci ni “ Bisik hati

Ya lah , Aku ni dah la tengah oncall , Pening kepala nak settlekan pesakit , Tambah lagi beban dari Mal .. Malam tu telah membuatkan aku serba serbi tak tenang…

Tak lama selepas tu ..
Lebih kurang jam 9 malam
Telefon aku berdering ….

“ Zeed !!! tolong aku weh !!! Datang umah aku kejap!! Urgent !!!” Jerit Mal berkali kali

“ arghhh!!” Bisik hati …
Aku dah lah oncall .. Apa pulak lagi ni !!!!

One comment

  1. “Zeed .. Ko ingat tak kejadian dekat rumah aku … Minggu lepas …?” tanya mal—> bahagian atas sekali Dr tulis: Sebulan lepas tu… kiranya zeed jumpa mal sebulankemudian, tapi mal kata kejadian tu minggu lepas. rasa keliru di situ 😅

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.