MISTERI RUMAH HUJUNG PART 14

PART 14

‘’ Kau yakin ke ni Lan? ‘’ bisik aku…
Lan mengangguk sambil badannya terketar…

‘’ Hah!! Buat apa bawah tu… jemput naik…’’ balas Mak Nab dengan raut wajah yang resah..
Aku dan Lan naik ke atas rumah…. Hati mula berdebar… jantung berdegup kencang… Entah apa yang bakal terjadi malam ini…

‘’ Jemput duduk doktor…. ‘’ pelawa mak nab…
Aku dan Lan masuk perlahan kedalam rumah sambil mata aku mengintai sekeliling rumah..
‘’ Ya rabbi… apa dah jadi dengan rumah ni…. Macam tongkang pecah… macam tak terurus lansung…’’ bisik hati sambil mencuit peha Lan…aku bermain mata menyuruh Lan lihat sekeliling rumah..

Lan memandang kea rah aku sambil menggelengkan kepalanya…
‘’ Kesian doktor datang dari jauh…. Sekejap ya… mak nab buatkan air…’’ balas mak nab..

‘’ eh .. takpelah mak nab… tak perlu susah2… kami dah minum dah tadi…’’ balas aku tersenyum

‘’ alah … kita minum air kopi panas je… sekejap ya…’’ balas mak nab, lalu bangun terus berjalan kea rah dapur..

Pak junus hanya memerhatikan kami…
Mungkin pak junus sedang berkira untuk memulakan perbualan….sambil bermain dengan jari jemarinya
‘’ Anak berdua ni… kawan mal ? , dah lama kenal?’’ tanya pak junus dengan raut wajah yang sedikit suram
‘’ ya , kami berdua kawan mal… kenal pun sebab main futsal sekali…’’ balas aku sambil mengangguk…
‘’ kenal tu tak lah lama sangat… dalam 5-6 bulan je baru…. ‘’ tambah lan lagi…

Pak junus hanya terdiam , mengiyakan apa yang dijawab oleh kami…

Tiba tiba , lan membuka bicara…

‘’ pak junus… saya macam ada Nampak sesuatu bawah rumah tu… saya tak pasti lah apa…pak junus tau ke?’’ tanya lan dengan raut wajah yang serius…

Pak junus terus mengangkat kepalanya memandang kearah lan…
Dengan raut wajah yang kini lebih merisaukan…
Aku menjadi lebih saspen….

Terbeliak mata pak junus mendengar pertanyaan dari lan…
jantung aku berdegup kencang… tidak sabar aku mendengar jawapan dari pak junus…

Sambil menelan air liurnya sendiri.. pak junus cuba membuka mulut untuk berbicara….

Namun… segalanya terhanti… apabila mak nab tiba di ruang tamu…
‘’ Maaf lah… mak nab dapat jamu ringan2 je.. apa yang ada je ni… jemput minum…’’ pelawa mak nab…

‘’ Ahhh potong stim… ‘’ bisik hati..
Aku dan lan menjamah sedikit hidangan dari mak nab…

‘’ Mak Nab …. Nak tanya sikit boleh? ‘’ tanya Lan…
Mak nab mengangguk sambil tersenyum…

‘’ Mana mal? ‘’ tanya lan selamba….. agaknya lan dah mula tidak sabar..

Muka mak nab mula berubah…
Mak nab terdiam seketika…. Hampir tidak mampu berkata apa apa…
Aku memerhati lan dari tepi… wajah lan yang tidak sabar itu hanya merenung pada mak nab…

‘’ mak nab… mak nab ok ke ni? …. ‘’ tanya aku…

Mak nab memandang kearah aku dengan raut wajah yang sedih , sambil air matanya mula jatuh berlinangan….

‘’ Maaf mak nab…. Kami hanya nak tahu di mana mal…. ‘’ balas Lan…
Masa tu aku dah mula rasa bagai ada sesuatu yang tak kena….
Iyalah…. Aku dengan lan datang dari jauh kot… lagipun mak nab tau yang kami nak datang…
Bila dah sampai sini… mak nab macam nak sorok sesuatu pula…
‘’ sabar lah nab…. Tak elok menangis… insyallah ada jalannya…’’ balas Pak Junus…
Tiba tiba…
‘’ Knock knock!!’ datangnya suara ketukan dari pintu masuk…

Aku dan lan terus menoleh kea rah pintu masuk…
Pak junus terus bangun mendapatkan pintu itu… diiringi oleh mak nab dari belakang….

‘’ Assalamualaikum Tok Long… ‘’ sapa pak junus dari atas….

Pak junus dan mak nab turun ke bawah…..sambil mak nab sempat berpesan sebelum dia menutup pintu…

‘’ tunggu sebentar ya doktor… ‘’ balas mak nab..

Aku dan lan menggaru kepala..

‘’ apa hal ni? Diorang ni macam menyorok sesuatu dari kita… tak pasal pulak kita duduk dekat atas ni… ‘’ keluh lan perlahan…

‘’ tu lah.. aku pun dah naik rimas ni… badan pun dah melekit … kalau dorang busy sangat.. esok je lah kita datang balik…. ‘’ balas aku…

Lan memandang kearah aku…
‘’ good idea! ‘’ bentak lan…
‘’ dah … jom gerak..’’ ujar lan lagi…
Aku pun hanya mengangguk , mengiyakan…

Tiba tiba….
‘’ krehhhhh krehhhhh’’ satu bunyian yang datangnya dari bilik hadapan…
‘’ weh lan… kau dengar tak bunyi tu? ‘’ tanya aku…
Lan hanya menyegetkan kepalanya … cuba meghalusi bunyi itu tadi…

‘’ krehhhhhh krehhhh’’’ bunyian itu datang lagi..
‘’ shit.. aku dengar…. Macam bunyi orang cuba mencakar lantai…..’’ balas lan perlahan…

‘’ aku rasa datang dari bilik depan tu…. Jom pergi tengok…’’ balas lan lagi..

‘’ eh berani pulak si lan ni.. dah la datang rumah orang… ‘’ bisik hati..
‘’ weh , in ikan rumah orang… takkan suka hati kita nak periksa bilik orang…’’ balas aku..

‘’ woi… habis tu.. kita datang sini buat apa? Nak siasat kan? … time nilah kita nak siasat… ‘’ balas lan..
Ada betulnya juga kata lan….

Perlahan aku dan lan mula bangun… mengikuti Lorong suram kearah bilik itu…
‘’ aku rasa mal dalam bilik tu…’’ bisik aku pada lan… sambil lan menganguk…

Perlahan kami berjalan melalui Lorong tepi terus menuju kearah bilik itu…

Lan cuba memulas tombol….
Kemudian lan memandang kearah aku.. sambil menggelengkan kepalanya…

‘’ berkunci weh….’’ Balas lan….
‘’ dah jom jom.. patah balik… jangan cari nahas lagi… ‘’ balas aku..

Aku dan lan berjalan terus ke ruang tamu…dan terus kearah pintu utama…
Aku dan lan cepat cepat turun ke bawah….

Suara pak junus kedengaran tak jauh dari tangga itu…
Kami berjalan perlahan kearah mereka…
Seorang lelaki tua , yang agak tinggi … berpakaian serba hitam sedang berdiri diantara mak nab dan pak junus memandang kearah kami… mungkin itu lah tok long…
Agak serius raut wajahnya

‘’ mak nab.. dah lewat malam…. Kami ingat nak check in hotel dulu… insyallah esok kami datang balik… ‘’ balas aku…

‘’ OH … baiklah doktor.. maaf lah… tak dapat borak Panjang ….esok doktor datang lah semula ya… ‘’ balas mak nab sambil tersenyum…

Aku melihat gelagat pak junus dan tok long.. berdiri rapat diantara satu sama lain..…
Bagaikan cuba menutup pemandangan kami kearah bawah rumah..

‘’ baik baik jalan ya…’’ sapa pak junus…

Aku berjalan perlahan kearah kereta… diiringi oleh Lan… yang sedang berjalan sambil menoleh kebelakang….

Tiba tiba… LAN terus berlari kearah aku.. sambil menepuk bahu aku…

‘’ cepat weh!!! Gerak gerak!!! Jerit lan rapat pada telinga aku..
Aku mula tersentak… namun tanpa banyak soal… aku turutkan.. aku terus berlari kearah kereta…

Kami masuk kedalam kereta dalam keadaan yang tercungap..
Aku terus nyalakan enjin… ‘’ lan apa hal kau gelabah sangat ni’’ tanya aku

Lan dengan raut wajah yang pucat… kelam kabut menoleh sekeliling..

‘’ cepat gerak.. nanti aku cerita lah…’’ balas lan..
Aku terus memijak padel minyak… dengan pantas aku cuba keluar dari lorong rumah mak nab….
Akhirnya kami Berjaya sampai ke jalan utama…
Keadaan semakin tenang dan lega..

Aku mula menarik nafas Panjang… bergitu juga lan… yang sedang berulang kali mengurut dadanya…

‘’ holy shit!!’’ bentak lan…
‘’ apa hal , apa hall!!!’’ tanya aku lagi lebih serius..

‘’ aku tak sangka weh… tak sangka…’’ balas lan..
‘’ kau ni kan.. boleh tak jangan cakap separuh separuh….. boleh tak kau habiskan terus supaya aku paham? Balas aku kali ini dengan tona suara yang agak marah…

‘’ aku tak sangka mak nab ikat mal dekat bawah rumah tu….’’ Balas lan..

‘’ hah?????!!! Serius lah??? Aku tak Nampak apa pun… ‘’ tanya aku..
‘’ series lah wey… kau ingat aku saja seronok reka cerita? ‘’ balas lan lagi..
‘’ ish.. biar betul… aku tak Nampak apa apa pun…’’ bisik hati..
‘’ yelah yelah… mungkin aku tak perasan…. ‘’ balas aku
Kami terkedu seketika… bagaikan tidak percaya..

Suasana senyap… lan hanya mendiam kan diri… dan juga aku..
Mungkin susah untuk aku percaya apa yang lan katakan… kerana .. pada aku.. aku tak perasan apa apa pun tadi… mungkin posisi aku di halang oleh tok long dan pak junus..

Tapi , pada Lan mungkin dia sedang mengalami mental shock… dengan apa yang dia baru saksikan..

Kami hanya senyap… sepanjang perjalanan..

Tak lama selepas tu…
Aku melihat lan meraba raba poket seluarnya…
Habis diselongkarnya segala ‘’ compartment’’ dalam kereta..

‘’ kenapa kau ni lan? Cari apa? ‘’ tanya aku lagi…

‘’ aduh!!! Phone aku!!! Hilang.. tak jumpa….!! ‘’ balas lan..
‘’ oh… cakap lah phone… aku kan boleh dail nombor kau…. Nanti dia bunyi… senang lah nak cari… ‘’ balas aku sambil memberhentikan kereta di bahu jalan.. dan terus mendail nombor lan…

‘’ hmmm…. Tiada dalam panggilan… ‘’ balas aku..
‘’ phone kau habis battery kot…’’ balas aku lagi..

Lan terus keluar dari kereta… lan mula mencari telefon bimbitnya itu di bahagian bawah kerusi…
‘’ takde lah wey…. Aduh!!!penting ni…. Aku rasa kita tak sempat balik esok… aku lupa nak tengok jadual oncall…’’ balas lan lagi..

‘’ tula.. aku rasa macam kena tidur satu malam lagi…. ‘’ balas aku..
‘’ lan… mungkin terjatuh dalam rumah mak nab….’’ Balas aku..

‘’ oh ya!!! Mungkin juga…. Jom patah balik ambik! ‘’ balas lan…
‘’ alamak.. dah separuh jalan ni…. Esok tak boleh ke? ‘’ tanya aku..

‘’ tak boleh lah gila!! Semua jadual dalam phone tu… aku nak kena update incharge … mana aku ingat no telefon… kau pun department lain… kau pun taka da no incharge aku kan…. Penting ni!! Jom lah… ambik kejap… ‘’ desak lan…

Pasrah…. Aku melihat jam kereta menunjukkan , hampir 12 malam…
Aku ikutkan kehendak lan….
Kami berpatah balik semula kearah rumah maknab…

‘’ tak sangka betul lah aku… mak nab sanggup buat macam tu… ‘’ tiba tiba lan memulakan perbualan..
‘’ kalau betul lah apa yang kau Nampak tu mal…. Aku pun tak sangka … kenapa nak letak bawah rumah.. dahlah si mal tu sakit…’’ balas aku

‘’ atau mungkin… mal dah naik gila… mak nab pun takut kot? Tu yang dia letak bawah rumah…’’ tambah aku lagi..

‘’ kan….!! Mungkin jugak tu… mak nab pun dah komplen… mal makin menjadi jadi… tapi tak kiralah mal tu jadi , macam mana pun… tak patut lah letak bawah rumah… anak dia kot…’’ balas lan…

‘’ Tapi… kita belum tahu cerita sebenar… mungkin ada sebab…’’ balas aku..
‘’ aku tak kira lah sebab apa…. Tapi memang tak patut…’’ balas lan..
Aku Cuma mengangguk…

‘’ lan… kau teringat tak masa student dulu kita belajar pasal toxicology….’’ Tanya aku..
‘’ hmmm… tak lah ingat sangat… kenapa?’’ tanya lan..
‘’ kau perasan tak… mal hanya buat ujian kencing untuk drugs , alcohol… tapi tak buat pun ujian toxic… substance lain…? Tanya aku..

‘’ maksud kau… heavy metals? ‘’ tanya lan..
‘’ aah… mana tau… lead poisoning ke… arsenic ke apa…. Sebab symptom dia agak acute…
Possible acute intoxication… plumbum? Arsenic? Atau benda lain…. ‘’ tanya aku lagi..

‘’ hmmm… muntah2… loss weight… deteriorate , … tapi.. tak pasti pulak kalau this kind of heavy metals boleh cause mental depression/ hysteric attack atau disorientation? ..’’ balas lan…

‘’ who knows… mungkin high dose boleh? ‘’ balas aku..
‘’ kau syak… din yang cuba racun si mal? ‘’ tanya lan lagi..

‘’ mungkin juga… tapi bila aku fikirkan balik…. Apa motif? ‘’ tanya aku…’
‘’ itulah yang kita cuba nak cari.. apa motif ….din pulak tiba tiba hilang macam tu saja…’’ balas lan…
‘’ ok… the best… esok kita observe symptom yang ada pada mal…. At least kitab oleh ada lead , focus to our provisional diagnosis… kan? Sebab aku dah tak tau nak explain… apa masalah mal ni… aku yakin… bukan chronic mental illness.. selama kita kenal dia pun normal je… ‘’ balas aku…

‘’ eh.. hari tu MRI BRAIN… kau ada tengok report tak..?’’ tanya aku..

‘’ ada… tak silap aku.. semua normal… tak ada ‘’ tumor in situ’’ nothing… ‘’ balas lan…

‘’ ok macam ni… esok kalau dapat jumpa mal… kau tolong ambil sample rambut dia…. At least 5-6 helai… nanti pandai lah aku distract mak nab….. kita hantar lab…. ‘’ balas aku…

‘’ ok jugak tu… boleh kita check kalau ada residual deposit of heavy metals kan… ‘’ balas lan..

Aku mengangguk…

‘’ kejap.. macam mana kau boleh terpikir… kearah intoxication eh? ‘’ tanya lan..
‘’ kau pernah tengok cerita DR house? Mamat yang kaki cacat tapi power gila diagnos…’’ balas aku..

‘’ hmm… aku pernah dengar la tajuk.. tapi tak pernah tengok ….’’ Balas lan..

‘’ tulah.. tiba tiba aku teringat dia… dia punya diagnosis semua yang orang tak boleh fikir… asbestos poisoning la… atypical fungal infectionla… semua penyakit yang pelik2… tapi possible…’’ balas aku..

‘’ so.. kira kau nak jadi DR HOUSE LA?’’ balas lan..

‘’ ek eleh.. takde lah macam tu… Cuma… benda ni… kita pun belajar lagi… mana lah tau… kalau investigation ni Berjaya… at least ada jugak faedah kita siasat kes mal ni… ‘’ balas aku…

Tak lama selepas itu… kami hampir tiba di Lorong masuk ke rumah mak nab…
Perlahan aku pandu masuk…
Sambil aku memerhati lan yang tak berkelip mata cuba mengintai sekeliling..
Kami terus keluar… berjalan perlahan kearah masuk rumah mak nab..

Hari semakin gelap… hanya berpandukan lampu suluh dari telefon aku…
Kami meneruskan perjalanan….

Lan memegang bahu aku dari belakang…
Sambil kepalanya terhaungguk hanguk mengintai di bawah rumah..

Sebaik sahaja Aku menghalakan telefon bimbit aku cuba menyuluh kearah bawah rumah..
…. Tup…..
Lampu telefon aku terpadam…

Tak disangka sangka… dalam keadaan yang memerlukan… bateri phone aku ‘’ kong!!!’’

Aku dapat rasakan bahu aku digenggam kuat…
Sambil Lan menyapa perlahan…

‘’ mal!! Mal!! Kau ke tu….. ‘’ jerit lan perlahan kea rah bawah rumah…
Perjalanan aku terhenti seketika…

‘’ weh.. mal… kau ke tu!! Jerit lan lagi….
‘’ kalau betul kau dekat hujung tu… balas la panggilan aku’’ jerit lan…

Perlahan.. lan mula menundukkan kepalanya…. Lan mula mahu merangkak masuk ke bawah rumah tadi…

Aku hanya berdiri tegak… tergamam … sambil aku perhatikan gelagat lan..

Lan terus merangkak masuk..
‘’ woi lan.. gelap tu… tak Nampak apa pun…. ‘’ balas aku..

Tak sampai beberapa tapak.. LAN keluar semula…
‘’ SAH!! AKU NAMPAK MACAM ADA ORANG DEKAT SUDUT TU…’’ balas lan..

‘’ JOM , kita pergi ambil phone aku… lepas tu kejap lagi kita suluh bawah ni… ‘’ balas Lan…
Masa tu , aku hanya terpaku… tak mampu aku berkata apa apa..
Bulu roma dah mula meremang… aku hanya ikutkan kata lan..

Kami mula naik ke atas rumah perlahan…
Sambil aku terdengar keluhan dari mulut lan..

‘’ aku tak faham dengan orang yang kejam macam ni..’’ bebel lan perlahan..
‘’ KNOCK KNOCK’ aku mengetuk pintu…

Tiada siapa yang buka..
‘’ assalamualaikum mak nab… ‘’ jerit lan kali ini lebih kuat… mungkin lan dan mula berang pada mak nab….

Sambil lan memandang kearah aku dengan raut wajah yang penuh dengan kemarahan..
Lan mengetuk pintu rumah mak nab kali ini dengan lebih kuat…

‘’ selipar.. semua ada dekat sini… apasal dorang tak bukak pulak?’’ tanya lan…

Tak lama selepas itu… pintu rumah mak nab terbuka…

Ketulan asap mula keluar dari bukaan pintu tadi…
Seperti biasa.. tipikal cerita seram melayu… pastinya bauan asap kemenyan..
Ya! Tapi memang betul pun… bau asap kemenyan yang mula menusuk ke dalam hidungku…

Kelihatan pak junus yang sedang berdiri di balik pintu…
‘’ oh.. doktor rupanya.. kenapa datang balik ni… ‘’ tanya pak junus..

‘’ Maaf.. telefon kawan saya hilang… kot kot ada tertinggal disini tadi…’’ balas aku…

PaK Junus toleh ke belakang…

‘’ NAB…. Ada kau Nampak telefon tertinggal tak..? ‘’ tanya pak junus…
‘’ oh ya..! ada … sekejap mak nab ambilkan….’’ Balas mak nab..

Kali ini.. aku perasan sesuatu bagaikan tak kena..
Mak nab tak menjemput kami masuk…
Bagaikan ada sesuatu yang berlaku di atas…
Bagaikan ada sesuatu yang cuba disorok oleh mak nab
Dari tadi aku melihat lan yang sedang asyik mengintai ke atas…

Tak lama kemudian… pak junus menghulurkan telefon bimbit lan…
Lan menghulurkan tangan cuba menggapai telefon itu tadi…

Tiba tiba…
Lan menjerit…
‘’ mak nab!!!’’

Aku terkejut dengan Tindakan spontan lan..
Pak junus yang tadi nya berdiri.. mula menoleh semula kearah lan…
MAK NAB terus menerpa kearah pintu , selepas mendengar pekikkan dari lan..
‘’ kenapa ni doktor? Kenapa panggil mak nab?’’ tanya mak nab dengan raut wajah yang blur

‘’ sampai hati mak nab!!!’’ jerit lan lagi…
‘’ hah? Sampai hati kenapa??? ‘’ tanya mak nab…

Aku hanya masih terpaku disitu… aku tidak menyangka sama sekali… lan dah mula berubah menjadi seorang yang panas baran..

‘’ sampai hati mak nab kurung mal dekat bawah rumah tu!!! Ingat saya tak Nampak ke!!’’ jerit lan lagi..

Pak junus yang tadinya di atas .. terus turun ke bawah menghampiri kearah lan…
‘’ astaghafirullahalazim..’.. kamu cakap apa ni doktor!!?’’ tanya pak junus cuba mententeram kan Lan..

Mak nab terdiam….

‘’ Sudah lah.. kamu pulang rehat dulu…. Kamu penat ni.. jangan marah marah begini.. ‘’ kata pak junus..
Aku mula menarik tangan lan untuk pergi….

‘’ dah lah tu.. esok datang balik… ‘’ balas aku…
Mak nab masih terdiam sambil berpeluk tubuh menangis…

Dengan keadaan marah… LAN terus menoleh… dan berjalan kearah bawah rumah…
‘’ tengok ni.. telefon akua da battery lagi… Cuma signal je takde…’’ balas lan…

‘’ korang semua tak percaya kan… sekejap aku buka lampu suluh… kita pergi tengok mal bawah rumah tu.. ‘’ jerit lan….

Lampu suluh dari telefon lan Berjaya di buka… lan menggengam lengan aku… mula mengheret aku , merangkak masuk kearah hujung sudut bawah rumah….

Aku teruskan merangkak mengikut jejak lan…
Lan menyuluh sekeliling…

Lan terhenti seketika…
Sambil menyahut…

‘’ mal… ! aku Nampak kau… sabar sekejap… aku sampai…. Aku tolong kau mal…’’ balas lan
Aku cuba megintai… tapi masih tak Nampak apa apa…
Namun aku ikut kan jugak Langkah Lan..

Sehinggalah kami tiba di suatu sudut…..

Aku menggengam kolar baju lan….
Sambil lan mendengus….

‘’’ tttt… ttt tadi…. Aku memang Nampak dekat sini…..!’’ bentak lan…

‘’ TAK ADA APA PUN!!! Kau apa hal lan!! ‘’ jerit aku sambil membongkok..

‘’ kau tau tak.. kau baru je sound mak nab tadi sampai menangis..!!’’ balas aku..’

‘’ SUMPAH!! Memang aku Nampak mal dekat sini!!! Tadi pun aku Nampak dia!!!’’ jerit lan pada aku..

Aku dah mula ragu ragu dengan lan…

‘’ Mal !! aku ni lan! Kau lari pergi mana!!’’ jerit lan lagi…

Tiba tiba…
‘’ hisssss…. Hissss!!! ‘’ suatu suara yang datang dari arah sudut gelap yang bertentangan dengan kami..
‘’ MAL!! Kau ke tu……’’
Belum sempat LAN mengalihkan suluhan lampu…

Tiba tiba…
Satu jeritan yang kuat datangnya dari atas rumah..

‘’ ARGHHHHHHHH!!!!!!!’’
Aku dan Lan masih lagi terperangkap dibawah rumah itu……..

Sambungan part 15

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.