MISTERI RUMAH HUJUNG PART 12

RUMAH HUJUNG PART 12

Setelah berminggu , Aku dan Lan buntu , Apakah sebenarnya misteri disebalik Mal Dan Din . Din entah hilang ke mana , Mal pula ? Entah sihat atau tidak .

Namun aku dan Lan masih meneruskan kehidupan seperti biasa .

Seperti biasa , Aku berjumpa dengan Lan di kantin hospital untuk makan tengah hari ..

“ Zeed … Aku bengang gile laa..” Balas Lan

“ Dah kenapa kau ?” Tanya aku

“ Aku tak puas hati la ! Mal discharge macam tu je … major depression … Tapi apa yang kita sendiri nampak … Macam pelik kan ? “ Balas Lan

“ hmmm .. Tulaa .. Aku pun fikir benda yang sama jugak Lan .. ingat tak situasi masa kita jumpa Mal dekat rumah dia tempoh hari … gumpalan rambut la , Darah lah, Bangkai tikus lah .. Dan , Kalau kau fikir balik , Benda tu jadi dalam tempoh beberapa minggu je kan ? Masa last kita main futsal dengan mal , Masa aku last lepak rumah dia .. Dia ok je kan ? “ Balas aku

Lan mengangguk berkali kali , Sekejap sekejap Lan membetulkan kaca matanya ..

“ Kau tengok eh , Onset dia tak sampai 3 minggu … Nak kata chronic pun , Takde lah lama sangat , Pada aku untuk major depression , Tak mungkin lah secepat macam tu , Boleh jadi gila .. Aku hairan betul la ..” Balas aku

“ Kan !! , Macam terlalu cepat pulak untuk ada behaviour macam tu .. Sebab tu aku rasa secara perubatan memang kita tak boleh nak rungkai kan … kang kita yang gila ….” Balas Lan Sambil ketawa terbahak bahak

“ Kah kah kah kah kah “ Gelak Lan lagi berkali Sambil menepuk meja …

Aku hanya memandang ke arah Lan

Lan Terkedu seketika …

“ Tak lawak ke ?” Tanya Lan

Aku hanya mendiamkan diri .. Memandang ke arah Lan ..

“ Woi , Tak lawak kee.!!” Teriak Lan lebih kuat

“ Part mana yang kau rasa lawak ?” Tanya aku

“ Part tadi lah yang aku cerita tu ..” Balas Lan

“ Kau rasa kau lawak ke ?” Tanya aku semula

“ Lawak lah , Aku rasa lawak je ..” Balas Lan

“ Apa masalah kau ?” Tanya Lan

“ Biasanya .. Orang lain buat lawak , Orang lain yang patut gelak .. Baru lah sampai lawak tu .. Tapi kau buat lawak , Kau sendiri rasa lawak , Kau yang gelak .. tu bukan lawak namanya ..” Balas Aku lagi cuba bertahan …

“ Habis tu , Kenapa kau tak rasa tu lawak ?” Tanya Lan

“ Sebab lawak kau hambar , Hati aku tak tercuit sikit pun dengan lawak kau .. So kesimpulannya .. Memang tak lawak …” Balas aku

“ Eh ! Kau tu yang hambar , Tak fun lansung ..” Balas Lan

“ Aik !! Kau yang buat lawak tak jadi , Maki aku pulak , Try next time lah bro ..” Balas Aku

“ Yelah , Aku kata , Kang kalau kita pening2 pasal kes Mal Dan Din ni , Kita yang pulak yang gila ..” Balas Lan

“ Yelah , Betul lah , Aku faham la tu , Kalau kita pikir kan sangat , Mesti lah lama lama kita pun boleh gila !” Balas Aku

“ Habis tu ?? Apsal tak gelak ?” Tanya Lan

“ Ishhh ! Kau dah kenapa ?” Tanya aku

“ Kau lah ! Tanya diri sendiri tu dah kenapa !” Balas Lan

“ Aku tak gelak , Sebab tak lawak lah Bodoh !” Balas Aku

“ Kau lah bodoh !” Balas Lan

“ Kau paling bodoh skali dalam dunia ..” Balas aku

“ Kau lah paling terbodoh ekstra kicap “ Balas Lan

Sementara kami memperbodohkan diri masing masing …

“ Tett!!” Telefon aku berdering

“ Hah !!! Hahh !!!” Aku menuding jari menunjukkan telefon aku pada Lan

“ Mak Nab !!! Mak Mal telefon ni !!” Balas Aku

“ Jawab lah bodoh !” Balas Lan

“ Kau tunggu kejap lagi kita sambung !” Balas aku sambil menjawab panggilan Mak Nab

“ Assalamualaikum , Dr Yazeed kawan Mal ke ni ?” Tanya Mak nab dengan suara yang sayu dalam panggilan sambil aku “ On” Butang speaker agar perbualan kami boleh didengari oleh Lan

“ Walaikumsalam , Ye saya yazeed ni , Kawan Mal , Kenapa tu ? Mal sihat ke ?” Tanya aku lagi

“ Hmmm , Itulah yang makcik telefon kamu ni … Makcik tak tahan lagi dah ni ..” Balas Mak Nab

“ Ehh kenapa ni ?” Tanya aku

“ Si Mal ni , Doktor … Mak nab tak tau nak buat apa .. masa keluar hospital hari tu , ok je , Tapi sejak kebelakangan ni .. Makin menjadi jadi … Dah 2-3 kali ulang alik hospital , Doktor pakar pun dah jumpa banyak kali … Ubat dia mak Nab beri tak pernah putus .. Kadang-kadang ok … Tapi kadang2 dia menggila … Habis semua barang dalam rumah ni bersepah , Anak kucing pun dia kokak doktor …!!” Balas Mak Nab Sambil menangis teresak esak …

“ Ya allah , Apa dah jadi pada Mal ni ! Kenapa tak masuk wad je mak nab ?” Tanya aku

“ Sudaahhh!! Dah masuk kali ke3 Dalam wad … Tapi bila dalam Wad .. Ok pulak .. Tak ada pulak dia meracau macam tu .. Bila doktor kasi balik je , Mula lah perangai si Mal tu datang balik …” Balas Mak Nab

Aku hanya terdiam seketika memandang ke arah Lan

“ Tolonglah Mak nab Doktor .. Tak sanggup mak nab tengok Mal Sebegini rupa … Kesian dekat Mal tu , Dah kurus kering ..” Balas Mak Nab

“ Ya allah , saya nak tolong pun , Bukan bidang saya Mak Nab , Saya pun jauh dekat johor ni … Saya pun bingung jugak pasal Mal ni … “ Aku pun menceritakan apa yang berlaku Pada Mal sejak dari kisah rumah hujung tempoh hari kepada Mak Nab

Mak nab Hanya mampu menangis teresak esak dalam panggilan

Iyalah , Ibu mana yang tak sedih .. Anak yang ditimang selama ini , Sedang tersiksa dengan mentalnya …

Aku sangat memahami perasaan Mak Nab

Begitu juga dengan Lan yang juga turut runsing dengan apa yang berlaku pada Mal …

“ Mak Nab … Sebelum ni , Dekat kampung sana Mal Ada musuh tak ? Atau orang orang yang tak suka pada dia ? Dengki ?” Balas Aku

“ Hmm … Mak Nab tak pasti lah …rasanya tak ada , Mal ni kan peramah orangnya ..” Balas Mak nab

“ Ohh kalau begitu .. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi , Tapi saya boleh cuba hubungi pakar psikiatri di sana untuk terangkan lebih lanjut tentang keadaan Mal .. Mungkin Pakar akan ada rawatan lain untuk Mal .. Saya cuba dulu ya ?” Balas Aku kemudian memutuskan panggilan dengan Mak Nab

Lan Memandang ke arah aku …

“ Zeed , Ini mungkin sihir … Aku dapat rasakan ..” Balas Lan

Aku hanya memandang ke arah lain sambil bermain dengan straw minuman.

“ dah jumpa pakar banyak kali tau , Dan aku yakin mak nab mesti tegas kasi si mal tu makan Ubat … Tapi simptom makin teruk …. Pening ni ..” Balas Aku

“ Tapi , Kalau sihir .. Siapa lah yang sihir si Mal tu .. Mamat tu baik gila kot .. peramah , Semua yang elok elok je aku kenal si Mal tu … Masakan ada orang nak sihir dia , Si mal tu bukan anak orang kaya pun ..” Balas Aku

“ Hmm .. Nanti aku try mintak bos aku berhubung dengan Pakar sana , mungkin ada jalan penyelesaian .. “ Balas Lan

“ Kalau betul sihir , Mesti si Mal ni ada sejarah buruk ni .. Kita je tak tahu ..” Balas Aku

“ Zeed ! Petang ni ! Lepas kerja … Jom kita pergi rumah sewa diorang tu … Kita geledah apa yang patut ..” Balas Lan

“ Hmmm … Alah nak geledah apa nya ? Takkan owner rumah tak kemas rumah tu lagi , Mesti barang barang tu dah buang .. “ Balas Aku

“ Alah !! Takpelah … Kita cuba jelah … Mana tau … Lepas kerja aku tunggu dekat lobby … Naik kereta kau ok ?” Balas Lan

“ Ok ! boleh lah , Tak cuba tak tau kan ? Nanti petang kita gerak ke sana ..” Balas Aku

Jam 6 Petang , Aku sudah pun terpacak di lobby , Lan berlari ke arah kereta aku , Kami terus memecut laju ke arah Rumah Mal

Bukan apa , Takut nanti dah lewat malam , Jiran lain kata apa pula …

Tak lama selepas tu , Kami tiba dirumah sewa Mal …

“ Pintu kunci !!! “ Balas Lan

“ Tu la.. Aku dah Agak dah …Mesti owner rumah dah kemas rumah ni …” Balas Aku

“ jom , Kita intai tingkap depan bilik Mal ..” Balas Aku lagi

“ Krekkk..” Pintu kaca bersusun di kepak

Aku dan Lan terhangguk hangguk mengintai dari luar ..

Ternyata bilik Mal dah di kosongkan , Bersih seperti sediakala …

“ Hmm .. Tak ada apa pun … “ Balas Aku

“tu lahh ..” Lan menggarukan kepalanya …

“ Kalau ada barang barang lama dia , Mungkin juga boleh cari “ Clue” Kan ..” Balas Aku

“ Lambat la , Patut dari awal kita dah geledah semua benda dekat sini ..”balas Lan

“ Yelah , kita pun bukan boleh agak Mal teruk sampai macam ni , Aku ingat sekadar masuk Wad , Lepas tu Mal dah normal macam biasa..” Balas Aku lagi

“ Hmmm .. Makin susah ni .. Ada idea tak ?” Tanya Lan

“ Idea apa nya , petunjuk jalan pun tak ada ni … Jalan buntu ada lah ..” Balas Aku

Aku mula menoleh , Untuk melihat kawasan sekeliling ..

Kalau lah ada apa apa bahan yang boleh aku gunakan sebagai petunjuk jalan ..

Lan Masih lagi mengintai ruangan dalam rumah …

Tiba tiba …

“ Heelooo !! Assalamualaikum!!” Jerit Lan

Aku terus menoleh ke arah Lan

“ Ada orang ke ?” Tanya aku …

“ Aku perasan macam ada orang tadi lalu depan dapur tu ..” Balas Lan

Lan terus berjalan ke arah Pintu masuk dan ketuk berkali kali

“ Assalamualikum , Tuan rumah , Boleh buka pintu sekejap !!” jerit Lan …

Namun , Pintu masih terkunci , Tiada bunyi pergerakan dari dalam ..

Lan sekali lagi menerpa ke arah cermin kaca dan mengintai …

“ Hello helo .. tolong buka pintu !” Jerit lan lagi

“ mana ada orang lan …Kunci ni ..” Balas Aku

Lan terus berdiri semula , Dan kemudian berlari keluar , Kearah belakang menyusuri laluan tepi …

Aku pun turut sama berlari mengikuti jejak Lan …

Sebaik sahaja aku tiba di belakang rumah , Lan masih lagi terhangguk hanguk mengintai cermin dari tingkap belakang , Sambil Lan memulaskan tombol pintu belakang berkali kali

“ Woi woi Lan ! Mana ada orang dalam rumah tu ..” Balas Aku

“ Ada lah !! Ada !! Aku nampak tadi ..” Balas Lan

“ dah dah , Jom gerak .. Mana ada orang duduk dalam rumah kunci dari luar ..” Balas Aku

“ Lagi pun kalau betul ada orang , Mesti dia dah buka pintu tu ..” Balas aku lagi. sambil merenung ke arah Lan Yang beriya iya cuba masuk dari belakang

“ Oiii , Aku nampak kau dekat dalam .. Jangan menyorok ! Bukak pintu ni !!” Jerit Lan

“ Lan !!! Kau dah kenapa ni !! Terpekik pekik , Jiran lain dengar nanti macam mana ..” Balas Aku

“ Ishhh , Tapi aku nampak ada orang dekat dapur tadi .. “ Balas Lan …

“ alahh , Kalau betul pun … Ada orang mungkin budak dadah ke apa , Kalau tuan rumah mesti dah bukak pintu ni ..” Balas Aku

“ Ni , Kau nampak tak .. Pintu gril besi luar ni , Elok je bermangga … Mana mungkin ada orang masuk ..” Balas aku

“ Lan , Jom lah gerak .. Dah makin lewat ni , Gelap dah ni … Masuk maghrib dah.. jom .. Kita balik dulu ..” Balas aku

“ Oii !!! Keluar lahhh …!” Tiba tiba Lan menjerit sekali lagi Sambil aku terus menarik bahu lan Memaksa Lan untuk pulang …

“ DAHH !! Dahh balik !! Jangan diganggu lagi rumah tu ..!” Jerit seorang pakcik tua dari atas rumah sebelah ..

Aku dan Lan menggelabah mengundur ke belakang

“ Dah nak masuk maghrib .. Kamu balik cepat ..” Jerit pakcik tua itu lagi ..

“ Baik baik .. Maaf ya pakcik !” Balas aku terus menarik lan pergi

Aku dan Lan mula berjalan keluar dari belakang rumah itu

tiba tiba …“ Zasss!!”

Satu beg kecil , Yang terseret, disepak Lan ….

Aku dan Lan hanya memandang ke adah beg kecil itu ..

“ Haa .. barang apa tercicir ni ..” Balas Lan

Aku terus mengangkat bag itu , Aku bukankan Zip nya …Aku mula keluarkan barang yang ada didalam…

Lighter , Duit syiling , getah rambut dan sebuah novel kecil …

“ Tak ada apa apa pun … yang boleh bantu …” Kata Lan

“ Tulah … Name card ke , Apa pun tak ada ..” Balas Aku sambil aku membelek novel kecil itu.

“ Di simpang Jalan .. Novel apa ni ?” Tanya aku

“ Ermm entah lah , aku tak minat sastera ni ..” Balas Lan

“ Macam menarik je … aku Nak simpan lah novel ni … “ Balas Aku

Aku dan Lan pulang , Tiada hasil ..

Teka teki tentang Mal dan Din ..

Masih belum selesai …

Sepanjang perjalan .. Kami hanya mampu terdiam

Aku tahu , Lan juga sedang memikirkan benda yang sama …

Bukan aku tak percaya pada Lan ..

Tapi Pada aku , Lan ni orangnya “ Over “ Sikit , Kadanh kadang terlampau mengikut perasaan ..

Jadi agak sukar untuk aku percaya , apa yang dikatakan oleh Lan

Malam tu , Seperti biasa jam 10 aku mula baring di atas katil …

Di atas meja , Mata aku terpaku pada novel yang aku kutip petang tadi ..

Aku mula bangun dari katil , Aku menghampiri meja itu , Lalu aku sambut novel kecil tadi

Aku mula membelek satu persatu …

Tiba tiba ..

“ Knock2…” Satu ketukan yang datangnya dari pintu bilik …

Pintu terus terbuka …

Lan masuk menerjah ..

“ Oi ! Jom gi minum sat !!”

“ alahh , Aku baru nak baring … nampak ni .. Ingat nak layan baca novel ..” Balas Aku

“ Ala … Jom la wehh .. jomm … “ Lan cuba menarik aku , Tergesa gesa…

“ Dah kenapa kau ni ..” Balas aku lagi

“ Jom laaa!! Nanti aku cerita!!” Balas Lan ..

Lan menarik aku baju aku berkali kali …

“ Ye ye ok sabar sabar!” Balas aku

Aku terus campakkan novel kecil itu di atas meja ….

Dalam masa yang sama ,

Satu kepingan kertas , Terbang melayang di atas lantai ..

“ Eh apa tu ..” Balas aku

Aku terus berjalan , Lalu mengutip kepingan kertas itu , Sambil Lan berdiri di belakang …

Aku sedang memegang kepingan gambar lama … Yang terselit , Jatuh dari novel

“ Lan !!! Lan !!!” Cuba kau tengok gambar ni !!!

Lan mula menerpa ke arah aku ….

“ Cuba kau perati mamat dalam gambar ni !!!! “ Balas aku

“ Whattt !!!!! “ Lan mula menjerit !!!

“ Kenal tak ??!” Tanya aku

Lan menganggukkan kepalanya berkali kali …

“ Kau agak siapa sebelah tu !!”? Tanya lan

“ Mungkin dia lah petunjuk seterusnya ..” Balas aku sambil memandang ke arah Lan

Sambungan .. Part 13

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.