Misteri Rumah Hujung Part 10

Misteri Rumah Hujung

Part 10

“ Bukan kau ? Habis tu siapa ?” Tanya aku

“ Hmmm , Aku nak cerita dekat kau pun , Bukan kau nak percaya , Tak habis 2 cakap tak logik lah , Tak medical lah ..” Balas Lan

“ Ish … Yelah aku percaya .. Cerita lah Lan .. Apa kes sebenarnya ?” Balas aku

“ Hmm .. Aku rasa aku macam dah terkena jugak ..” Balas Lan

“ Terkena ? Kena apa ? “ Tanya aku

“ Kena gangguan …” Balas lan perlahan sambil memandang ke bawah …

Aku tercengang … Aku berjalan dan duduk lebih rapat di sisi Lan ….

“ Gangguan ? Hantu ?” Tanya aku

Lan mengangguk sambil memandang ke arah aku ..

“ Sejak bila ?” Tanya aku ….

“ Sejak pertama kali aku jejakkan kaki dekat rumah Mal …” Balas Lan

“ Haa?? Dah lama lah ni ?” Tanya aku

Lan mengangguk …

“ Susah la nak cerita … Benda ni datang sekejap sekejap … Kau rasa macam bukan realiti , Tapi lepas tu kau sedar … Kau dalam realiti .. Paham tak maksud aku ?” Tanya Lan …

“ Hmmm … Macam paham , Tapi tak beberapa nak paham ..” Balas aku sambil terlopong … Cuba memikirkan apa yang lan cuba sampaikan …

“ Bila aku diganggu oleh benda tu .. Aku macam berkhayal tau … Tapi bila gangguan tu dah habis … Aku sedar balik .. Macam tak ada apa apa berlaku … Tapi subconcious mind aku … Masih berhubung dengan realiti … Aku dapat rasa dia ada zeed ..” Balas Lan …

“ Hmmmm … Seram pulak aku dengar ni … Ishh … Ke kau stress sangat ?” Tanya aku

“ Cuba kau kasi tau aku ? Apa yang aku nak stress sangat ? mal tu kawan kau , Bukan kawan aku , Apa yang aku nak stress ? Aku tak stress lah !” Balas Lan lagi

“ Hmmm … Jadi apa berlaku lan ?” Tanya aku

“ Malam tu , Lepas kita balik dari rumah Mal … Aku rasa macam ada benda je dalam bilik aku … Kau tau kan macam mana rasa angin ? Setiap kali kau rasa angin lalu pada badan kau , Tapi kau tak nampak pun angin tu kan ? Macam tu lah … “ Balas Lan

“ Ok faham faham , Apa jadi malam tu ?” Tanya aku

“ Malam tu macam biasa , Aku duduk study untuk kes bedah , Sekejap2 aku rasa macam ada orang tiup dekat tengkuk aku , Memang aku boleh rasa … Kalau nak kata kipas … Kipas bilik aku kan siling … So malam tu .. Aku biar je lah .. Buat tak tahu …” Balas Lan

“ Tapi lepas tu , Pintu almari aku tu terbuka , Lepas tu tertutup … Masa tu aku memang rasa tak sedap hati , Tingkap bilik aku pun terbuka masa tu , Jadi aku tutup lah tingkap tu , Tepat je tingkap bilik aku tertutup , Pintu almari dua belah terbuka serentak .. Masa tu jantung aku macam nak berhenti dah … Aku kaku dekat situ , Keras .. Tak boleh bergerak …

“ Depan mata aku ni , Aku sendiri tengok pintu almari kedua belah tu , Tutup semula …. Tak ada angin , Tak ada apa apa ….” Balas Lan

“ Aku rasa boleh tahan lama aku berdiri kaku dekat situ , Masa tu pandangan aku hanya menghadap pintu masuk dengan almari sebelah pintu saja …. Lampu bilik aku tertutup dengan sendiri … Kemudian , Pintu bilik aku dibuka Perlahan… Ada satu kelibat yang matanya serba putih … Rambut kusut panjang mengurai … Senyuman dengan Gigi yang kotor , Mengintai aku dari luar … … Masa tu sumpah aku masih keras dekat situ … Nak jerit pun tak boleh , Sampai aku terkencing … Dan paling malang sekali … Aku tercirit dalam seluar malam tu …” Balas Lan lagi

Aku hanya mampu mendengar sambil menelan air liur ….

“ Emmm kau yakin ke kau nampak benda tu … Atau mungkin mimpi ?” Balas aku

“ , Yang aku sedar .. Pagi tu aku bangun masa azan subuh … Dengan bau Hancing

dan busuk … Aku pun terpinga masa tu … Kenapa aku boleh terkencing siap tercirit dalam masa yang sama …. Tapi aku boleh imbas kembali apa jadi malam tu … Seluar tidur aku tu , Aku baru beli bulan lepas .. Aku dah buang seluar tu !” Balas Lan

“ Fuh … Parah ni … Hari seterusnya apa jadi ?” Tanya aku

“ Hmmm hari hari yang mendatang , Benda tu makin kerap ada dengan aku … Setiap malam aku akan nampak dia … Masa kau oncall , Aku nampak dia dekat dapur … Dekat hall .. “ Balas Lan

“ Belum lagi dia atas siling , Berdiri disebalik tingkap … Hujung katil aku …” Balas Lan

“ Tapi ada satu malam tu , Dari lewat malam sampai pagi aku tak boleh tidur … Kelibat tu memang tunjukkan diri dia , Masa aku baring atas katil , Dekat hujung sudut bilik aku tu lah dia membongkok … Dari belakang … Aku hanya nampak rambut panjang dia … Kau bayangkan lah , Dari malam sampai ke pagi … Aku tak boleh jerit , Tak boleh bergerak …” Balas Lan

“ Hmmm … hmmmm …. jadi … Apa yang aku nampak malam tu … Sebelum aku bawa kau ke hospital …. Hmmm benda tu lah eh ? “ Tanya aku

Lan mengangguk ….

“ Ishhh … Ishhh !! Gila ni .. Gila !!! Tak mungkin lah !” Balas aku

“ Tengok !! Aku dah kata dah , Kau mesti taknak percaya ….. Tak kena dekat batang hidung kau lagi … Memang lah ..” Balas Lan

“ Hmmm … Ok sori sori …. So .. Habis tu , Mana kau menghilang ?” Tanya aku

“ hmmmm … Aku pun sebenarnya .. Nak gila jugak dah ni ..” Balas Lan

“ Hah ? Gila ? gila kenapa ?” Tanya aku

“ Gila la ! Aku tak boleh bayangkan macam mana benda tu boleh jadi ..” Balas Lan

“ Malam tu … Malam yang sebelum aku hilangkan diri …. Waktu tu aku tengah tidur … Tapi aku dapat rasakan benda tu datang lagi … Kali ni dia duduk dekat meja study aku , Belai2 rambut dia … Bila dia perasan aku perhatikan dia … Perlahan dia bangun … Terus baring sebelah aku … Aku nak cakap rupa dia pun , Susah .. Gelap … Tapi dua biji mata putih dia … Aku nampak sangat …. Dan aku tak tahu apa jadi malam tu … Kau tahu aku bangun esok pagi .. Aku dekat mana ?” Tanya Lan

“ Hah !!! Hadui … Benda tu ada dalam rumah kita ke selama ni … Adoi … Aku nak balik bilik pun tak berani malam ni …” Balas aku

“ Kau bangun esok pagi … Kau ada dekat mana ? “ Tanya aku

“ Esok paginya , Aku bangun …. Aku ada dekat rumah hujung … “ Balas Lan sambil membesarkan biji matanya

“Rumah yang mal ceritakan pada kau tu … Aku baring depan rumah tu !!! Gilaa!!!!! “ Balas Lan lagi

“ Ish !! Series la … Ni memang gila ni .. Kau yakin ke ni ? Adoi …. “ Balas Aku

“ Ye lah , Kereta aku ada depan rumah tu .. Entah bila aku drive ke situ !! Aku terus balik rumah , Ambil wallet dan pakaian … Aku check in hotel ..” Balas Lan …

“ Nah … Ni gambar aku snap , Pagi masa aku bangun tidur tu , Depan rumah hujung … Celakan kan ?!! , Pelik kan ? Balas lan lagi

“ Lepas tu apa jadi …?” Tanya aku

“ Malam tu , Aku call opah aku , Aku ceritakan semua ni … Opah aku kata , Memang benda tu dah ikut aku .. Opah aku suruh balik kampung jumpa dia … “ Balas lan

“ Oh , Yang aku jumpa kau malam tu , Kau tengah nak packing baju balik kampung ke ?” Tanya aku

“ Ya …! Masa aku balik nak packing baju … Aku tak tau nak jelaskan macam mana .. Bilik aku tu macam ribut tau ! Ribut dalam bilik sendiri … Sampai aku terkencing , Terberak semua ada … Lepas dari tu … Aku tak sedar apa apa .. Sampai lah kau bawak aku ke hospital ni ..” Balas Lan

“ Oh my god ! Gila ni Gila Gila Gila !!!…. Habis tu macam mana sekarang ?” Tanya aku

“ Tadi .. Aku dah call opah aku , Opah aku on the way datang ke sini … dengan pakcik aku sekali ..” Balas Lan

“ Mak ayah kau datang sekali tak ?” Tanya aku

“ Aku tak cerita lagi , Sebab parent aku ni sama lah macam kau , Tak percaya benda benda ni ..” Balas Lan

“ Tapi zeed , Series la … Masa kau kena gangguan tu , Kau macam khayal tau , Tapi benda yang jadi pada kau tu , Memori tu melekat dalam minda kau .. Seolah olah memang itu yang terjadi .. So apa yang aku cerita dekat kau ni , Memori ni melekat dalam kepala , Walaupun aku tak tahu ianya benar benar terjadi atau tak …

“ Realitinya , Kau boleh rasa , Tapi ianya tak jelas di pandangan mata , Dan minda kau akan sentiasa beritahu , Apa yang kau alami masa tu …” Balas Lan


“ Faham tak ?” Balas Lan

“ Ok aku faham , so skang ni kita tunggu opah kau datang je lah kan ?” Tanya aku

Lan mengangguk … Sambil memegang tangan aku …

“ Zeed , Kau pun sama .. Hati hati …” balas Lan yang telah membuatkan jantung aku mula runtuh , Jiwa goyah tak keruan ….

“ Macam mana nasib aku malam ni ?!!!” Arghhh !!!! Bentak hati

“ Tapi zeed ..” Balas Lan

“ Apa dia ?” Tanya aku

“ Ada satu benda yang kau kena tahu ..” Balas Lan …

Aku kembali menegakkan badan , Cuba peka apa yang nak disampaikan oleh Lan

“ Bukan satu …” Balas Lan

“ Bukan satu ? Apa yang bukan satu ?” Tanya aku

“ Benda tu bukan satu …. Tapi dua …” Balas Lan

“ Dua ???!!!” Hahh ??” tanya aku

“ Yup ! Dua !!! Balas lan

“ Setiap kali benda tu ada … Akan ada satu lagi dibelakangnya …” Balas Lan

Aku mula mengerutkan muka …

jantung aku berdegup makin kencang …

“ Kau nampak wajah yang satu lagi ?” Tanya aku

Lan menganggukkan kepalanya ..

“ Wajah yang sama atau lain ?” Tanya aku

“ Yang lagi satu ni Lain …. Tapi ..”

balas lan

“ Tapi ?” Tanya aku

Lan mula bangun , Mendekati aku …

Lan bisik pada telinga aku

“ Wajah yang satu lagi … Wajah yang aku kenal …. Dan Wajah Yang kau juga kenal …” Bisik Lan perlahan ….

“ Biar betul !!!!!!!” Sambil aku mengerutkan muka , Memandang ke arah Lan …

Lan memejamkan matanya sambil mengangguk berkali kali …

“ Din ??? Kau betul nampak wajah din ?” Tanya aku

“ Ia zeed .. Takkan aku buta ?” Tanya Lan semula

“ Ishhh … Tapi … Din … kan ada dengan kita .. Masa Jumpa Mal dalam rumah tu ?” Tanya aku

“ Kau tak rasa ke Din Pura Pura Panik ?” Tanya Lan

“ Hmmm…” Aku masih membisu tidak terkata apa apa

“ Zeed , Aku tanya kau .. Lepas jadi benda tu … Din hilang ke mana ?” Tanya Lan lagi

“ Ye tak ye kan ? Din hilang terus macam tu saja …” Balas Aku

“ Hah ! Nampak tak … Sekarang ni , Aku tak tau apa motif Din !!!” Balas Lan

“ Eh ! Tapi apa kaitan din , Dengan Rumah Hujung tu ?” Tanya Aku lagi

“ Hmmm itu lah yang aku tengah fikirkan …” Balas Lan

“ Eh , Kau ingat tak dulu , Yang kita pergi rumah Mal , Aku nampak ada benda dalam bilik Din tu? Lepas tu tiba tiba din muncul belakang aku … Kau ingat tak ?” Tanya Lan

“ Oh ya !! Baru aku teringat …. Aku ingat kau saja buat gimik …” Balas Aku

“ Zeed… “ Balas Lan

“ Ye …? Kenapa ?” Tanya aku lagi

“ Gimik kepla hotak kau ..” Balas Lan

Aku terkedu seketika …

“ Ohh .. Tak eh ? Heheh .. Sorilah lan ..” Balas Aku senyum tersipu

“ Sekarang baru kau percaya kan ? Aku tengok benda tu … Depan mata aku … Aku yakin dengan apa yang aku nampak .. Zeed kita bedah orang hari hari kot , Mata kita ni memang dah biasa dengan fokus … Aku tak rasa aku salah pandang pun , Otak aku tafsir benda yang sama … Aku cerita dekat kau .. Tapi kau tu yang tak percaya , Indenial !” Bentak Lan lagi

“ Yelah yelah .. Aku percaya … Tapi aku pening jugak memikirkan , Apa motif si Din ni sebenarnya …” Balas Aku

“ Benda tu … Saling Tak tumpah , Sebiji wajah Din …. sebab tu masa din call , Ajak datang rumah katanya dah jumpa Mal … Aku saja layankan … Aku dah boleh agak sebenarnya itu angkara Din …” Balas Lan

“ Tapi , Kalau Din nak buat senyap senyap … kenapa benda tu berwajahkan din ?” Tanya Aku

“ Hmmm … Itu aku pun tak pasti , Mungkin si Din ni ada bela benda … Mungkin itu Pendua dia .. Kau tahu kan … orang yang amalkan ilmu hitam ni , Belaan dorang boleh jadi pendua untuk Tuan dia ..” Balas Lan

“ Ish lan , Kau tanya aku benda gini ,Mana aku tau lan … Aku pun baru tahu je ni … “ Balas Aku

“ ish , Benda ni dah jadi makin rumit lah … Aku pun takde idea lansung nak buat apa ni ..” Balas Aku

“ Eh Lan !!” Jerit aku

“ Apa!!” Balas Lan

“ Baru aku teringat !!!” Balas Aku

“ Apa yang kau teringat ?” Tanya Lan mengerutkan wajah nya

“ Patut lah ! Setiap kali aku Jumpa Mal dekat hospital , Even aku jumpa dia tadi … Bila aku sebut Nama Din ! Dia macam marah ! Tenung aku lama lama ! “ Balas Aku kini mula yakin … Ini semua angkara Din ..

Tapi … Apa Motif Din ?

Apa Kaitan Din … Dengan Rumah Hujung Tu ?

Sambungan Part 11

Advertisements

3 comments

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.