Misteri Rumah Hujung Part 1

RUMAH HUJUNG

Pernah sekali , Aku melawat rumah sewa kawan aku , Masa tu baru lepas main futsal , Dia ajak sambung FIFA dekat rumah dia pulak.
Aku pun masa tu bujang lagi , Esoknya cuti . Aku pun on la …

Malam tu lebih kurang jam 1230 pagi , Kami sampai dirumah Mal ..

Rumah dia ni , Rumah teres lama , Boleh kata dekat jugak lah dengan bandar johor bahru ni .

Rumah yang agak sedikit usang, Cat pun dah pudar , cermin tingkap pun jenis yang kaca sebaris boleh buka dan pasang tu …

Sampai je dirumah …
Apa lagi , Kita On lah game Fifa tu..
Makin lama makin asyik …

Sampai lah jam 230 pagi ..

“ Woi Mal ! Sampai 230 pagi dah ni .. Aku nak balik dulu lah ..” Balas aku

“ Alah , Kemon man ! Baru 230 pagi , Kau bukan ada bini .. Apa ada hal ? Kau tidur sini je lah ..” Balas Mal

“ Aik , Tidur sini … aku nak tidur mana ? Rumah kau ni 2 bilik je , Satu lagi housemate kau dah guna … Takkan aku nak tidur dengan kau skali giler !” Balas aku

“ Ala , Aku ada tilam , Bantal lebih semua ni .. Alas pun baru beli semalam .. Tak rasmi lagi tau .. Kau balik pagi buta ni .. Kau nak naik kuarters hospital tu lagi .. Kau sanggup ? balas Mal

“ hmmm … Hmmmm … Ok lah .. Janji kasi aku alas baru tu , Tak sanggup aku pakai alas lama kau .. Tah menatang apa lagi ada kat situ .” Balas aku

Aku bukannya apa … Aku pun dah malas nak balik lewat pagi , Kuarters tu pulak atas bukit … lewat pagi sunyi … Parking mesti dah full .. Takkan nak parking luar , Nak menapak lagi … tak sanggup …

“ Nah , Tilam bantal , Alas baru semua complete set ! Ni pun towel baru .. Ni baju aku .. Baru ambik dari dobi .. semuanya bersih , Mulut kau tutup , Jangan komen lagi .. Semuanya tip top ..” Balas Mal

Memang Mal dah kenal sangat perangai aku ..
Aku jenis yang tak boleh dengan habuk , Bau bauan lembab .. Dan kotor ..
Allergik ! Confirm selesema !

Selesai mandi , Tempat tidur sudah disiapkan …
Aku mula rebahkan diri …

“ Krekkk ..” Pintu bilik Mal terbuka

“ Hah ! Dah nak tidur dah ke … ?” tanya mal

“ Aih , Kau dah nampak aku terbaring baik punya terbongkang , Lagi mau tanya … Mesti lah nak tidur .. kau ada nampak aku macam nak mendaki gunung ke ?” balas aku

“ Hahaha .. Weh meh aku nak cerita ni ..” Balas mal

“ Cerita ? Cerita apa ?” Balas aku

“ Hmmm … Kau tau tak .. Kawasan ni .. bulan lepas .. Ada seorang mayat orang tua … berbangsa india .. orang jumpa mayat dia dalam rumah hujung tu … “ Balas mal

“ oh .. Ok … Kenapa? apa jadi ?” Tanya aku

“ Aku tak pasti , Dia tinggal dengan anak lelaki dia … Tapi aku dengar cerita .. 2 bulan lepas .. Anak dia meninggal kemalangan … Anak dia driver lori .. Lepas anak dia meninggal tu , Dia duduk seorang … “ Balas mal

“ Ok , Lepas tu ..?” Balas aku lagi

“ Makin lama Aci ni .. Makin tak terurus … kadang2 habis makanan jiran sebelah dia makan … Kau tau kan orang cina ada letak makanan dekat tempat sembahyang dorang … Aci ni selamba masuk , Makan makanan dekat situ … sebelah rumah dia tu Uncle wong … Awal2 tu uncle wong ada jugak marah , Terpekik terlolong , Sampai semua jiran keluar … Tapi makin lama makin kesian dekat aci tu … Tak terurus … So Uncle wong selalu lah hantar makanan depan rumah aci …. Tapi satu malam tu …

Kejiranan ni , Gempar. sekali lagi …
Uncle wong dah mula tak boleh tahan sabar … “ Balas Mal

“ Uishh .. Kenapa pulak kali ni ?” tanya aku

“ Dia mengamuk lah , Mungkin terkejut .. Aci intai tingkap rumah dia … Tingkap bilik depan … Agaknya sebab tu dia mengamuk … “ Balas Mal

“ Ish , kesian aci tu … Ok sambung..” Balas aku

“ Ramai juga lah yang tenangkan uncle wong … Aci ni pulak .. Rupa rupanya dah nyanyok sikit , Sejak kematian anak dia , Makin lama makin menjadi .. Dia dah lupa anak dia tak ada .. Setiap malam … Dia akan intai rumah ke rumah … Kata uncle wong , Dia cuba cari anak dia ..” Balas Mal ..

“ Fuh … Kesian la aci tu , kenapa tak ada orang hantar dia pergi psikiatri atau badan kebajikan ke ..” Balas aku

“ Hmmm , Macam mana nak cakap eh , Aci tu kan tak terurus … Bau dia pun orang dah tak boleh tahan … Ada yang pernah telefon kebajikan .. Tapi Aci ni macam tau tau je … Masa orang kebajikan sampai .. 3 hari berturut2 dia tak ada dirumah …” Balas mal

“ Ramai yang ingat dia dah lari , Merayau .. Meracau … So dorang ingat Aci dah tak dijumpai lah …

So , Satu malam tu .. Tiba tiba rumah depan aku ni , Bunyi orang terjerit jerit …

Menggelabah housemate aku keluar , Masa tu aku tak ada … Housemate aku cakap .. Aci tu balik semula .. Intai tingkap rumah tu ….” Jelas mal lagi

“ Weh , Kesian la Aci tu , Entah apa dia makan minum dekat luar tu … Ok lepas tu ?” balas aku

“ sejak insiden hari tu , Selang 1-2 hari berlaku benda yang sama dekat kejiranan ni , Kejap rumah orang depan , kejap rumah orang belakang .. tapi bila siang .. memang tak jumpa aci tu …

Sampai lah satu masa , Datang satu bau yang amat busuk dari rumah aci tu …

Ada yang berani masuk , pecah rumah tu ..
Jumpa mayat aci , Habis berulat semua isi perut dia …. “ Balas mal panjang lebar

“ walaupun selepas mayat Aci dijumpai .. Ada jugak beberapa orang yang kena kacau … Ada yang pindah rumah .. Tu nampak rumah hujung sudut tu , Dia baru pindah minggu lepas .. Bini dia pernah kena kacau dengan jelingan tingkap … Aku rasa mesti Roh Aci tu tak tenang ..” Balas Mal

“ Ya allah , Kesian nya Aci … Aku harap dia masuk syurga lah … Tak sanggup aku bayangkan ..” Balas aku

“ tu lah … Ni haa aku nak pesan .. Kau tidur ruang tamu kan … Jaga jaga kalau Aci tu datang intai tingkap ni .. Dah la tingkap ni dah berkarat , Memang sangkut tak boleh tutup … “ Balas mal saja menakutkan aku

“ Woi ! Celaka tul , kau saja nak buat onar pagi buta ni kan .. !!” Balas aku

“ Ekeleh .. Haha gurau lah .. Tau pun takut ..kata laki sejati …” Balas mal sengaja mencabar aku …

“ Ye lah , benda tak ada , Jangan dicari sengal … Laki pun laki lah .. Kalau jadi depan mata , mau nya terkencing .. Kalau kena dekat kau .. Confirm terkencing laaa.. Jangan nak laki sangat ..” Balas aku

“ Kamon laaaa!.. Kalau dia datang pun , Aku boleh petik jari halau lah… wey kalau aku jenis cuak , Jenis penakut .. dah lama aku pindah rumah lain .. Rumah aci tu dekat hujung tu je pun …. bukan jauh sangat ..” balas mal dengan riak muka yang angkuh…

“ Ahh sudah lah , Kau ni bab sembang lebat .. Memang kau power …” Balas aku

“ Hek eleh , Aku membesar dekat kampung bro , Rumah nenek aku .. Segala macam setan ada .. Aku dah biasa lah ..” Balas Mal

“ Tu diaaa. Dia sembang lebat lagi … Tapi kalau kena betul2 dekat kau … Aku boleh jamin la , Confirm terkencing punya…! balas aku

“ Bawak mari lah ! Apa setan pun aku tak goyang … Kalau aku terkencing … Game Ps4 aku ni , Kau boleh ambik .. “ Balas Mal

“ haha , Ok .. Aku harap Aci datang kacau kau malam ni ..” Balas aku

“ gua tak goyang beb !! “ balas Mal masih angkuh …

Mal terus masuk kedalam biliknya ..
Aku pulak yang terkujal dekat situ..

Aku mula tarik selimut .. selubung seluruh badan …

Boleh tahan dia punya sesak nafas .. Sampai berpeluh2 aku berselubung ..

Yelah , Mana tak cuaknya .. Tingkap tu tepat je menghala depat mata aku ni …

Aku paksakan diri untuk tidur ..
Akhirnya aku tewas …
Aku berjaya tidur …

Jam berdetik , Menghampiri 4 pagi ..
Masa tu aku sedang lena tidur .. Namun masih sedikit sedar apabila .. Tiba tiba aku terdengar satu ketukan .. Pada pintu hadapan ..

“ Knock knock ..” ! kurang jelas..
Aku mula membuka mata ..

“ Knock knock !!! “ Sekali lagi .. Kali ni lebih kuat dan jelas …

Aku dah mula rasa kurang selesa..
Sekali sekala mata aku mula mengintai pada tingkap disebelah pintu utama..

Seimbas lalu .. bagaikan ada bayangan susuk tubuh yang seakan akan mundar mandir ….

Masa tu , aku terus berselubung semula
“hish … 4 pagi ni . siapa pulak yang datang rumah Mal …. Hmmm … takkan Aci pulak ….” Gusar hati ..

Adoi si Mal ni pulak cerita pasal Aci .. Aku dah tak senang duduk dibuatnya ..

“ Tap tap tap “ .. Satu ketukan yang datangnya dari tingkap

Tapi bukan tingkap aku ..
Bunyi itu datangnya dari Tingkap Bilik Mal …

“ Tap tap tap !!” Sekali lagi

“ Ahhhhhhh !!! Ahhhhhhh !!! Woi pergi kau !!!!” Satu jeritan yang amat kuat .. Datangnya dari bilik mal

Terkedu aku disitu ..
“ Hish apa kena dengan Mal ni ..” Bisik hati

“ Ahhhhhh ahhhh !!” Mal masih menjerit bagai nak gilaa…

Aku pun bingkas terus bangun ..
Berlari ke arah pinti bilik mal ..

Belum sempat aku menerpa tombol pintu itu …

Pintunya sudah dibuka
Mal dengan raut wajah yang pucat …
Terus melompat keluar sambil menjerit …

“ Woi woi … Kau pehall ! Tanya aku sambil menampar mukanya , Memandangkan Mal mula menggeletar … Bibir yang yang menggigil tak henti henti …

“ Knock knock knock !!! Satu ketukan di pintu ..”

“ Woi Mal !!! Bukak pintu !!!” Satu suara yang datangnya dari Luar ..

Aku dan Mal tercegat disitu …

“ woi ! bukak lah pintu …! aku ni Din !! …
Rupanya datang dari housemate Mal..

Aku pun buka pintu …
Din , housemate Mal terpaku berdiri disitu ..

“ Mal , kau pahal terkejut beruk , aku mintak bukakan pintu je pun … kunci aku tinggal …” balas Din

Dalam masa yang sama aku mengenalkan diri aku pada Din …

Mal masih berdiri kaku ..

Aku mula gelak berdekah dekah , Sambil aku tunjal kepala Mal berkali kali ..

Din dengan raut wajahnya yang bertukar bingung …

“ Apa hal pulak ni ..” Balas Din

“ Tadi , Si Mal ni cerita pasal Aci rumah hujung … Katanya tak takut kalau kena kacau dengan Aci … Petik jari je dia boleh halau kalau Aci tu kacau dekat tingkap .. Tapi ni belum apa apa dah menjerit macam perempuan ….” Balas aku sambil berdekah dekah aku gelak tanpa henti

Apa lagi , Din pun gelak lah juga, Berdekah dekah malam tu .. Sambil berguling guling aku dengan din … Bukan senang nak bahan si Mal ni .. Dia punya cakap besar tak ada siapa boleh lawan

Tapi malam tu , Mal bagaikan menyerah diri untuk dibahan ….

Kemudian Mal terus berlari ke arah tandas ..

Yang tadinya berkain pelekat, Kini mal berseluar pendek …

Aku pun , Apa lagi .. Aku terus berlari ke arah tandas .. Aku bukakan lampu …

Aku periksa kain pelikat yang dipakai oleh Mal sebentar tadi ..

Aku angkat kain tu , Aku campak pada mal yang masih terdiam ..

“Basah bau hancing kan Mal ?” Tanya aku

Mal hanya menunduk kaku ..

Esok paginya …
Aku bangun … aku kemas semula tilam ..
Aku masuk ke dalam bilik Mal …

“ Mal ! bangun oi .. ko ada kotak tak pakai tak ?” tanya aku

“ hmmm .. ada .. tepi peti ais tu , berlipat .. balas mal ….

“ ok ! “ balas aku semula …

tak lama selepas tu .. Aku kembali masuk ke dalam bilik mal

“ Mal aku nak gerak dulu … Nanti nak futsal lagi .. rogerlah ..” Balas aku

“ Hmm .. ok .. Tapi kau bawak kotak apa tu ?” Tanya mal

“ Kotak ni ? Dalam kotak ni ada Game PS4 la… takkan lupa kot .. Kain kau bau hancing tau ..” Balas aku

“ Series lah wehh.” balas mal

“ Series lah .. Baru lah anak jantan , berpegang pada prinsip dan janji ..” Balas aku

Mal menunduk .. pasrah …

Sampai ke mersing aku bawak game Ps4 , Kepunyaan Mal …

Ada kawan aku di mersing yang tanya .. Berapa beli game Ps4 ni ..

Aku jawab , Aku dapat Free..

Semua tak percaya .. Tapi hakikatnya ..
Memang aku dapat Game ni Free…

Lain kali , Mulut jangan cabul …

——-

Sebulan lepas tu …
Aku dapat panggilan dari Mal …

“ Zeed , Aku nak jumpa kau .. Ada benda aku kena cerita dekat kau ni …” Balas Mal ..

“ Cerita pasal apa ?” Tanya aku
“ Hmm , Pasal din ….” Balas Mal .. Suaranya sayup penuh kerisauan..

Sambungan..

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.