MISTERI PERHENTIAN BAS LAMA & BUKIT TUNKU

Memandang kan aku selalu tulis dan share kisah seram . So hari ni member aku sorang ni nak share pengalaman dia dekat Bus Stop lama Bukit Tunku .

Member aku ni dikenali sebagai alif .

Malam tu macam biasa dia buat part time , jadi pemandu e hailing .

Lebih kurang dalam 12 malam selepas selesai menghantar salah satu customer dekat bukit tunku , Alif pun plan nak pulang ke rumah .

Rasanya income malam tu dah cukup , Tambahan pula esok pagi nak masuk kerja awal .

So masa Alif tengah on the way drive balik ke rumah ..

Tiba2 dia perhatiannya terpaku pada bus stop lama di tepian jalan ..Ada seorang wanita yang sedang duduk di perhentian .

Sejenak alif terfikir ..

“ Masa kan 12 malam , Dah pagi buta tunggu bas ? Lagi pun belakang tu bangunan kerajaan .. Selalunya jam 6 petang dah tutup .. Tapi kenapa pula wanita tu ada dekat sini ?” Bisik alif sendiri sambil memintas dan menoleh pada perempuan tadi…

Seorang wanita , Rambut panjang disisir tepi , Berbaju kurung serba putih .. Sedang menunduk ke bawah sambil menangis .. Mengesat air mata berkali 2..

Masa tu alif terus memberhentikan keretanya dan pandu ke bahu jalan , Alif mengintai melalui cepan pandang belakang di keretanya

Perempuan tadi masih menangis teresak2…

Masa tu alif tak terfikir lah pasal seram ke apa , Pada dia mungkin kes gaduh laki bini atau couple . Kesian awek tu kena sidai tepi jalan .

Alif pun memandu undur ke belakang .

Setibanya di perhentian bas tadi .. Alif menurunkan tingkapnya ..

“ Salam , Cik .. Cik .. Awak ok ? “Tanya alif

Perempuan tadi mula menoleh pada Alif , Dengan muka yang agak pucat , Suram dan sedih …

Perempuan tadi menggelengkan kepalanya ..

“ Cik . Kenapa duduk sini tengah malam buta , Cik nak pergi mana ni ? Gaduh dengan boyfriend ke?” Tanya alif lagi

Perempuan tadi mengangguk ..

“ Cik tinggal mana ? Saya ni driver e hailing .. Boleh saya hantarkan ?” Tanya alif

Perempuan tadi tunjuk semula arah ke seberang jalan …

“ Ok2.. takpe saya pun nak balik rumah dah ni , Saya tumpangkan cik .. cik tunjuk je arah balik rumah .. Saya tak caj .. Saya bantu percuma ya..” Balas Alif …

Alif pun keluar dari kereta , Alif bukakan pintu belakang .

“ Jemput masuk cik ..” Balas Alif ..

Perempuan tadi masih menunduk , Bangun terus masuk duduk di belakang ..

Masa tu .. Bau dia sangat wangi … Tapi dalam masa yang sama ada bau hanyir dalam kereta …

Kurang selesa pada hidung alif .. Namun alif abaikan ..

Sesekali alif mengintai cermin padang belakang , Muka perempuan tadi sentiasa di tertutup dengan juraian rambut panjangnya .

“ Biasa lah cik , Bila ada pasangan ni kadang2 bertikam lidah .. Sedang kan lidah lagi tergigit .. “ Balas alif membuka bicara …

Pandai pulak si alif ni mengayat .. haha ok back to story

Perempuan tadi masih menangis teresak2, Sesekali terdengan rintihan halus wanita tadi

“ Cik depan ni masuk kiri .. Lepas tu terus je kan ..” Tanya alif

Perempuan tadi mengangguk ..

Semakin lama , Bau yang tadi wangi ..

Lama kelamaan …

Semakin hanyir ..

Bukan saja hanyir .. Malah ada bau bauan yang pelik , Yang tak pernah alif bau selama ini

Alif mengintai sekali lagi cermin pandang belakang …

Dengan biasan cahaya dari luar , Silih berganti , Bila ada cahaya yang terpantul pada wajah perempuan tadi .. .. Kadang2 nampak macam darah merah pekat pada dahinya .

Dengan bau bauan yang semakin pelik ..

Alif dah mula rasa tak senang hati , Mula gusar , Gundah gulana ..

Bagaikan adayang tak kena, Tiba2 alif baru sedar yang dia kini berada di kawasan hutan lama bukit tunku ..

Baru lah dia teringat kisah2 seram lama yang selalu diceritakan ramai orang

Masa tu alif mula terketar , Alif mula membaca surah dalam hati ..

Alif terus memandu , Akhirnya melalui kawasan kondominium lama di bukit tunku..

Sedang alif baru mula nak memulakan bacaan surah dalam hati ..

Tiba-tiba …

Bahunya bagai disentuh ..

Alif terus tersentak , Matanya terbeliak ..

Alif menelan air liur ..


Perlahan alif menoleh kebelakang sambil terketar ..

“ Dekat sini ya ? “ Tanya alif menggigil

Perempuan tadi mengangguk ..

“ Ok lah , Cik kita dah sampai , Jaga diri baik2 ya .. “ Balas alif sambil senyum terpaksa

Masa tu memang dah tak boleh tahan bau dalam kereta alif . Dari bau bauan wangi kini bagaikan bau bangkai ..

Tiba tiba …

Perempuan tadi .. perlahan menoleh ke arah alif ..

Dengan wajah yang pecah dan retak , Penuh berdarah , kedua dua biji matanya tergantung dan kulit muka yang terkopek ..

Kemudiannya memegang leher alif

Alif tersentak , Terus menjerit .. Allahuakbar

Kemudian tangan perempuan tadi mula menarik muka alif menoleh ke arah nya

Perempuan tadi tersenyum .. kemudiannya mengilai ….

Alif terus pengsan di tempat kejadian ..

Sehinggalah tak lama selepas tu ,

Seorang pak guard datang mengejutkan alif ..

Alif terjaga lebih kurang jam 5 pagi .. Lama jugak dia tersadai dekat situ ..

Alif mula cerita apa yang jadi pada pak guard tu …

Pak guard tu tersenyum …

“ Cerita ni bukan first time saya dengar .. Ini bukit tunku kot … Balik nanti mandi bersih2 .. Baca surah 3 kul , Ayat kursi .. Jangan lupa solat .. Yang penting dia tak ikut balik ..” balas pak guard tadi

Itu lah kali terakhir si alif datang ke bukit tunku … Dia dah serik …

Walaupun ianya bermula dari perhentian bas lama seberang jalan yang membawa nye ke bukit tunku ..


Pasti ada cerita di sebaliknya kenapa perempuan tadi menghala ke bukit tunku .

Masih menjadi misteri walaupun ramai orang pernah mengalami pengalaman yang hampir sama .

Setiap kali kalau ada order dari pelanggan yang nak ke bukit tunku waktu malam , Pastinya alif menolak ..

Rasanya bukan alif sorang saja yang ada pengalaman macam ni masa buat grab .


Ramai driver lain ada pengalaman yang lebih kurang sama .


Itu lah kisah yang alif kongsikan pada aku .

Katanya kalau waktu malam , Memang seram kawasan tu …

So malam tadi aku pun apa lagi , Start kereta pusing bukit tunku , Jam 12 malam .

Jalan memang sunyi sepi dikelilingi banglo mewah , Memang ada beberapa jalan yang Senyap dan menyeramkan . Lebih2 lagi rumah banglo besar dan terbiar .. Fuhhh..

Tapi ada sesuatu yang berlaku masa aku round bukit tunku malam tadi .. Part tu nanti aku cerita lain … Meremang bulu roma..

Korang pernah dengar kan cerita dari grab driver atau food rider pasal bukit tunku ni ?

Mai share skit …

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.