MISTERI KISAH BATU BESAR DI TENGAH JALAN

Tersebut lah kisah , Di suatu negeri yang terletak nun jauh dihujung dunia .

Ada satu batu yang terletak ditengah jalan , Menganggu lalu lintas .

Maka seluruh rakyat yang menggunakan jalan itu , Mula membuat aduan kepada Raja mereka .

Perkara ini sudah lama diketahui oleh Raja .
Sengaja Raja membiarkan batu besar tadi ditengah jalan .

Ramai yang mula mogok . Protest kerana kerajaan tak ambil tindakan selanjutnya .

Keadaan jalan semakin sesak setiap hari kerana gangguan batu tadi .

Batu besar itu terletak ditengah jalan dan bersebelahan dengan ladang .

Pak Karim , Merupakan seorang peladang yang baru berpindah disitu . Setiap hari Pak karim melihat kesusahan orang ramai dihadapan ladangnya itu , Berbulan bulan lamanya , Batu tadi tidak dialihkan …

Sehinggalah suatu masa ..

Walaupun pak karim jarang melalui jalan itu , Namun hatinya tak sanggup membiarkan Batu itu menyusahkan ramai orang ..

Pak Karim membuat keputusan , lalu mengajak semua pekerjanya megalihkan batu tadi …

Hari demi hari , Usaha pak karim membuahkan hasil …

Batu besar itu berjaya dialihkan …

Terkejut !!

Pak karim melihatkan sebiji kotak besi yang tertanam di bawah batu tadi ..

Pak Karim mengeluarkan kotak besi tadi ..dan membukanya ..

Nah !! Penuh dengan emas dan permata …

Pak Karim terkejut .. Mereka melihat sesama sendiri ..

Ada pekerjanya yang tamak , Cuba untuk mengambil sebahagian dari emas2 tadi .. Tapi dihalang oleh Pak Karim

Ini mungkin harta kerajaan, Kita perlu pulangkan kepada Raja . Mungkin Harta pusaka…

Pak karim pun membawa kota emas tadi ke istana .. Dan persembahkan kepada Raja ..

“ Maaf tuanku beribu ampun , Patik nak persembahkan harta negara sewaktu patik mengalihkan batu besar di jalan utama itu ..” Balas Pak Karim …

Raja menggelengkan kepala sambil ketawa berdekah ..

“ Akhirnya !!! aku sudah jumpa pemenangnya !” balas raja

“ Pemenang ?” Tanya Pak Karim

“ Kotak emas itu sudah berada dibawah batu itu bertahun2 lama nya .. Akhirnya .. Sekarang sudah ada pemenang ….!” Balas Raja

“ Kotak emas itu untuk kamu , Ianya adalah Amanah dari Ayahnda aku sebelum dia menghembuskan nafasnya .. Emas ini kamu agihkan kepada sesiap yang membantu kamu .. Kamu berhak untuk menikmatinya ..” Balas Raja.. Dan kemudian terus beredar …

Jika kita melihat sesuatu yang menyukarkan orang lain .. Permudahkan urusan mereka dengan niat dan daya kudrat sendiri .

Tak mampu harta , Kita masih ada kudrat tenaga …

Orang yang selalu komplen , Dan Orang yang sering membuat perubahan untuk kesenangan orang lain adalah dua kumpulan manusia yang berbeza .

Korang nak jadi yang mana ?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.