MISTERI HUKUM ALAM

Apa yang aku belajar dari memancing

Dari kecik lagi aku dah tengok bapak aku dengan hobi memancing dia ni .. Aku jarang tanya … Kenapa … Sebab aku tahu tujuan utama memancing ni kita nak Ikan .

So bila dah besar , Minat memancing tu dah mula ada , Sekadar nak mencuba mulanya . Tapi akhirnya terjebak . Tapi aku bukan lah hardcore atau fanatik pada hobi memancing ni . Sebab ianya mengorbankan masa yang banyak .

Sesuai untuk sekali sekala , Hujung minggu . Sebab rutin harian aku , Aku lebih suka kepada long term planning . Jadi aku lebih suka berfikir dan membina struktur sistem perniagaan .

Dulu masa aku mula ceburkan diri , Aku banyak cuba cuba memancing di Jeti . Peralatan yang lebih kurang sama , Umpan hidup dan sebagainya .

Memancing di jeti mahupun di tepian pantai , Tak memerlukan persiapan yang β€œ Heavy β€œ . Cukup sekadar kau bawa umpan dan peralatan yang secukupnya , Kau dah boleh mancing .

Tapi , Ikan yang boleh dapat pun dari mancing jeti ni , Ikan tuka , Pari saiz kecil dan selebihnya Ikan gelama . Ada juga aku tengok video orang dapat ikan besar hanya sekadar mancing di Jeti , Tapi apa kebarangkalian untuk dapat ? Sangat kurang .

Kemudian aku mula jinakkan mancing di tengah laut . Kali ini peralatan lebih canggih dan expert . Umpan hidup pula kita nak guna udang yang yang bersaiz lebih besar dari biasa . Perlu sewa bot , Kos sewa bot pun mahal , Sekali trip 600–1500 , Mengikut saiz bot dan lokasi .

Kalau ikut logik akal kebarangkalian untuk dapat ikan yang lebih besar adalah tinggi . Cabaran mengharungi hayunan ombak lagi . Panas terik matahari toksah cerita la … Semua statistik kebarangkalian kita dah tahu , kemungkinan untuk dapat ikan besar tu tinggi . Selebihnya kita dah usaha , Tawakal , Pada rezeki .

Kalau ada rezeki , Ada lah …

Jadi apa yang aku pelajari dari situ .

Kalau kau nak sesuatu yang besar , Cabarannya pun besar

Kalau kau hanya mahukan ikan kecil , Maka cabarannya pun kecil .

Sebenarnya kalau kau perasan pun , Hukum alam dah banyak mengajar kita .

Jika kau mahukan sesuatu yang bernilai ,Ianya bukan semudah yang kau sangka . Ikan tu ada berjuta dalam Laut . Tapi masih lagi perlu cabaran .

Ianya boleh diaplikasi kan pada semua bidang , Sebagai contoh pertanian . Dulu petani Durian musang king , 5-6 tahun lepas , Hari hari siram dan baja pokok kecil , tenaga dah kerah tapi Tak ada keuntungan , Tapi usaha mereka berbaloi selepas 5-6 tahun bila harga durian musang king berlipat kali ganda .

Dunia ini adil sebenarnya …

Siapa kata dunia tak adil ?

Yang tak adik tu diri kita , Kita yang memilih cara hidup sendiri … Kita yang susun jadual harian kita sendiri , Kita yang tentukan habit kita sendiri …

Tapi bila orang lain berjaya .. Kita iri hati .

Mula lah menyalak yang dunia ini tidak adil

Tuhan dah ciptakan dunia penuh dengan ilmu yang tak terungkai . Terpulang pada kita bagaiman kita nak terjemahkannya dalam hidup seharian kita .

So pengajaran yang aku nak sampaikan pada hari ini

Kalau kita mahukan sesuatu yang besar , Dan bernilai , Maka besar lah usahanya .

Jiwa perlu besar , Cara berfikir perlu besar , Kesabaran perlu besar , Investment perlu besar

Ikan dalam laut yang Free tu pun ,

Masih lagi perlu usahakan ?

Jangan kita harapkan rezeki datang bergolek tanpa berbuat apa apa …

beza gambar di bawah …

lebih baik dengan SATU IKAN yang besar berbanding IKAN YANG BANYAK , tapi kecil .

ini hanyalah perumpamaan sahaja .

Terpulang korang nak terjemahkan macam mana .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.