Misteri Bunyi Bilik Oncall

Misteri Bunyi Bilik Oncall

Aku ingat lagi masa tu zaman Houseman … Aku oncall macam biasa … Selalunya jam 3-4 pagi kes dah berkurangan … Jadi adalah masa sekejap untuk tidur …

Dah la bilik oncall tingkat 5 Atas Sekali …

Bilik tu pun memang agak usang , Maklumlah hospital lama … Lighting pun malap je , Ada lah beberapa lampu yang tak menyala ..

Kalau ikutkan aku memang tak suka tidur dekat tingkat 5 Tu … Aku lebih suka todur dekat bilik Houseman di ward … Memandangkan malam tu aku oncall dengan Doktor Perempuan , Dah confirm2 dia akan ambik bilik tu dulu ..

Petang lagi seawal jam 430 petang dia dah campak beg baju dia atas katil tu , Menandakan itu teritorinya untuk hari itu .. Jadi aku beralah lah , Tapi persoalannya .. Malam ni aku kena tidur diatas tingkat 5

Arghhh !! Stress…!!!

Malam tu memang agak busy …

Sampai jam 3 Pagi , Kes dah mula reda..

Aku menarik nafas lega …

Aku pun naik lah lif …. Aku tekan tingkat 5 ….

Sampai saja di tingkat 3 , Pintu lif terbuka …

“ Ting!”….

Aku pun jengukkan kepala …

Tak ada siapa ….

Aku masuk semula .. Aku tekan lagi tingkat 5 ….

Pintu lif tertutup kemudia terbuka semula …

“ Ahhh ! Dah kenapa pulak lif ni ..” Bisik hati

Aku cuba lagi …

Masih gagal …

Aku pun keluarlah dari lif tu …

Pintu lif tertutup semula …

“ Aik boleh pulak dia tutup !” Bisik hati


Dari paparan digital diatas lif tu , Menujukkan lif tu dah mula bergerak naik ke atas … Tingkat 4 Dan kemudian Tingkat 5

“ Eh !! Tak rosak pun … Apahal tadi taknak tutup !!” Bisik hati

Aku tak puas hati ..

Aku mencuba lagi…

Bukan apa sebenarnya aku prefer naik lif …

Tak sanggup guna tangga belakang naik ke atas …

dengan gelap gelita lagi …


dah lah tangga belakang tu banyak cerita keras … Tak sanggup aku !

Aku memicit butang lif berkali kali …

Akhirnya lif itu berhenti di tingkat 3….

Pintu lif terbuka …

Aku masuk semula ….

Aku tekan butang tingkat 5 …

Sementara pintu lif tu nak tertutup ..

Aku rasa macam ada satu kibasan angin yang laju dari luar masuk ke dalam …

“ Fuhhh !! Kencang betul angin ni ..” Bisik hati sambil mata mula meliar lihat diluar …

atau …

Disebabkan jam dah 3 pagi .. Aku yang mamai ?

Pintu lif mula tertutup ….

Tapi terbuka semula …

“ tetttt!”

Tanda amaran muatan lebih dari lif…

Masa tu bulu roma dah mula meremang …

Apa banyak sangat ke benda tu masuk sampai lif jadi berat ?


masa tu berat aku baru 70kg je .. Tak ada lah sampai ganggu muatan …

Pintu lif cuba tutup sekali lagi

Masih terbuka semula …


tettt! Bunyian amaran sekali lagi kedengaran


Aku pun terus keluar dari lif tu , Aku terus lari ke dalam wad berdekatan


masa tu , Memang aku rasa sangat aneh … bula roma masih mencacak tak henti2….

Ramai betul yang tumpang !

Aku dengan pasrah …

Aku berjalan menerusi wad kearah tangga di belakang …sambil melihat beberapa misi yang sebok bekerja …

Itu sajalah laluan yang paling hampir dengan bilik oncall

Aku dongak ke atas …

Lampu pun suram , Rasa seram tu masih ada …


Adoi harap2 lah tak terserempak apa apa …

Aku pun berjalan perlahan menaikki tangga dibelakang …

Sampai sahaja di tingkat 4 … Aku terus mempercepatkan langkah ke atas …

Pertengahan tanggu tu lah antara tingkat 4 Dan 5 … Ada satu kelibat yang sedang duduk mencangkung…

Perjalanan aku terhenti seketika ..

Aku kaku dan terpegun …

“ Siapa tu !!!” Jerit aku

Tidak berbalas

Tangga tingkat 5 ternyata gelap gelita masa tu …


kelibat itu bangun …

Dan terus berlalu begitu sahaja…

Aku cuba nak tenangkan diri ..

Mungkin pesakit kot duduk situ ..

Aku pun perlahan menaikki tangga itu … Terus sampai ke tingkat 5 ….

Lega … Sampai juga akhirnya .. Berpeluh jugak masa tu … Macam macam betul lah ….

Aku pun terus berjalan masuk ke dalam bilik oncall

dekat tingkat 5 ni ada lebih kurang 10 bilik macam tu , Bilik aku dihujung sekali …

Badan dah mula penat , Mental pun dah rabak … Aku hanya perlukan sedikit rehat pun jadilah …

Aku masuk dalam bilik ..

Aku rebahkan badan ..

Ya rabbi ! Lega!!! sedapnya dapat baring !!!!

Lemah longlai , Mata aku sedikit demi sedikit … Mula layu ….

Aku mula menutupkan mata .. Aku tertidur …

Tak lama selepas tu …

“ hmmmmmm ….. hmmmmm …” Satu dengusan bunyi yang datang dari bilik sebelah ….

“ uhhhhhhh…. uhhhhhhh…” Bunyian itu datang lagi

“ Ahhh … Apa benda pulak ni !! Aku nak tidur je weii !!! Apa masalah lagi ni ..” Bebel aku

“ Uhhhhhh uhhhhhhh…” Bunyian itu datang lagi …. Kemudian….

“ sretttt …” Bunyian bagaikan perabut yang terseret …

Aku mula meremang sekali lagi ….

Kemudian senyap …..

Mata aku mula meliar … Aku selubung kan selimut ….sehinggalah aku sendiri sesak nafas ….

“ krekkk… Bammm !!”

Itulah bunyian terakhir aku dengar malam tu …

Keesokkan harinya …

Bunyian itu sering menjadi tanda tanya


aku pun check buku register…

Bagaikan tak percaya …

Bilik disebelah aku tu sememangnya kosong … Tak ada siapa yang register masuk bilik tu ….

Bunyi apa malam tadi !!!

Hati aku tak tenang ….

Makin memberontak untuk aku dapatkan jawapan ….

lebih kurang tengah hari , Aku berjalan semula ke bilik oncall …

Aku masuk ke dalam bilik itu ..

Kemas … Tidak terusik

Tiba tiba ..

“ Doktor … Kenapa masuk sini ?” Tanya seorang pekerja bangla yang sedang membersihkan laluan bilik oncall tu

“ Eh , Tak ada lah , Saya mau check saja .. Malam semalam … Saya tidur bilik sebelah … Tapi malam tadi , Saya dengar bunyi dari bilik ni ….” Balas aku

Pekerja bangla tadi mula membesarkan matanya .. Terbeliak memandang aku …

“ you pernah dengar ke ?” Tanya aku

Pekerja bangla itu datang menghampiri aku , Kemudian dia menarik aku ke kaunter pendaftaran bilik oncall di hadapan ..

“ You tengok sini …” Balas bangla tadi

Sambil pekerja bangla itu menghulurkan aku tong sampah …

“ Ini kondom !” Balas aku

Pekerja bangla itu pun mengangguk kepalanya …

“ Sister sudah tahu , Saya jumpa kondom dalam ini bilik “ Balas bangla tu

Kussss semangat !!!

Petang tu mula lah desas desus ..

Maka terkantoi lah kisa tragedi bunyi malam tadi bila misi di ward 5 Ternampak seorang Staff nurse yang menyelinap masuk ke dalam bilik oncall doktor …

Aku tak pernah tanya siapa yang kantoi tu..

Satu sebab aku tak berminat nak tahu siapa ….

Lagipun dah kena tangkap ..

Dah Lah perjalanan aku nak ke bilik oncall tu … Macam macam terjadi…

Lif muatan lebih ,

Kelibat di tangga tingkat 4 pula ..

Berbalik pada tingkat 4 …

Aku pun pergi berjalan ke tingkat 4 ..

Tapi hairannya ..

Pintu belakang tingkat 4 Masa tu tertutup ..

Renovasi pintu …


dan apa yang masih menjadi tanda tanya ,

Kemana hilangnya kelibat di tingkat 4 Tu ?

nak kata naik ke tingkat 5 , Aku masih belum buta untuk tidak nampak kelibat itu ditingkat 5 …

Kemanakah kelibat itu hilang ? Kerana ianya hilang begitu sahaja , Aku sangkakan dia berlalu pergi melalui pintu belakang tingkat 4 …


hmmm …

Malam tu , Aku bukan sahaja diganggu oleh kelibat halus iblis …. Malah syaitan bertopengkan manusia di bilik oncall skali …

Aku cuma nak tidur je !!

Apa yang susah sangat ni !!!!

4 comments

  1. Doktor & nurse pn ada yg berperangai mcm tu ya walaupun ada tahap pendidikan yg tinggi…yela nama pn manusia yg penuh dgn nafsu dan sentiasa digoda syaitan…x kira siapa kita hanya iman yg menentukan siapa diri kita dan pembawakan diri kita…

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.