Misteri AMIR

MISTERI DISEBALIK AMIR

Lebih kurang minggu lepas , Aku jumpa lah kawan lama Azman , Aku melawat lah ofis dia ..

Hebat dia sekarang ni , Jadi bisnesman yang berjaya ..

Dia pun bawak lah aku masuk ke dalam ofis dia .. Memang cantik canggih dan aggun .

Dah dekat 12 tahun dia berniaga .
Memang maju . Banyak perubahan yang aku nampak .

“ Weh , Aku nak kenalkan kau dengan seseorang ni ..” Balas azman

“ oh boleh … awek ke mak janda ?” Tanya aku..

“ Mesti lah awek .. Bergetah lagi ..” Balas azman sambil ketawa terbahak bahak ..

Aku pun tunggu lah … Pelik juga tiba tiba nak kenalkan “ Seseorang”

Tiba tiba ..

“ Knock knock “ Bunyi ketukan pintu ..

“ Hah sila masuk ..” balas azman

Aku menoleh , Terlihat seseorang yang agak tinggi susuk tubuhnya .. Tercegat di depan pintu ..

“ Tapi ni Jantan ..” Bisik hati

“Kenalkan , Ini head akauntan saya …
Mr Amir …” kata azman

Azman pun memperkenalkan aku pada akauntan dia ..

“ Dia lah ketua unit akauntan dan pengurusan wang .. dalam kompeni aku ..” balas azman

“ Hang kata awek bergetah ..” Tegur aku bergurau

“ ha ha ha saja kacau kau .. “ Balas azman …

“ Tadi kau cakap nak tanya selok belok akaun kan … Kau kata banyak benda lagi nak belajar .. Kau belajar lah dengan dia … kalau kau tanya aku … Aku pun tak pandai ..” Balas azman

“ oh ya , Betul tu … Banyak benda aku nak tanya pasal akaun ni ..” Balas aku

“ Ok lah , U guys sambung , Aku nak ke ofis sebelah , Aku punya Admin HR nak jumpa sekejap ..” Balas azman

Azman pun berlalu pergi … meninggalkan kami berdua …

“ Kau bujang lagi ke dah kawin ?” tanya aku

“ Saya sudah kahwin .. “ Balas amir

“ Ok bagus bagus .. Selamat aku hari ni berdua duaan dengan kau ..” Sengaja aku kacau dia ..

“ Ishh mintak simpang ..” Balas amir ..

“ Lama dah kerja sini ?” Tanya aku ..

“ Lama juga , Sejak kompeni ni dibuka , Dah 12 tahun saya kerja dengan en azman ..” Balas amir

“ Wah .. Betul setia awak ni .. Bagus betul lah … Dulu grad mana ? sebab aku tahu sangat azman ni , Jenis cerewet sikit .. Dia nak orang yang perfectionist … Mesti tere kau ni ..” Balas aku

“ Ermmm .. Saya spm je tuan .. Lepas tu ada lah sijil … kursus akaun ..” balas amir ..

“ Ada berapa akauntan lain dekat sini ?” Tanya aku

“ Di bawah jagaan saya , Ada 5 orang akauntan … semuanya degree holder , 3 orang dari graduan university luar negara ..” Balas amir

Penjelasan amir membuatkan aku lebih terkejut ..

Tergamam buat seketika ..

Ketua akauntan … Hanya ada sijil spm …

“ Macam mana dia handle bawahan dia yang ada Degree ? “ Bisik hati ..

“ Saya mula dengan Pembantu akauntan sahaja , saya belajar sikit sikit dari akauntan lama … Akauntan lama tu dah berhenti , Lepas tu saya ambil alih kerja dia .. cerita ni lebih kurang 12 tahun lepas ..” Balas amir …

“ Oh ok , kamu memang minat akauntan ke atau sebab memang itu saja kerja yang kamu dapat ? “ Tanya aku lebih ingin tahu ..

Aku dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa tentang amir …

“ Pada asalnya , Saya hanya ada Spm sahaja , lepas spm tu memamg tak ada plan lansung nak masuk universiti … Kebetulan orang felda saya , Kalau umur zaman tu kami memang selalu merempit je , Kawan kawan pun semua tak ada yang pandai …. Lagi pun keluarga saya tak ada kewangan yang cukup untuk saya sambung belajar .. Maklum lah .. Spm pun tak elok ..” Balas amir …

“ Habis tu , Macam mana kau boleh terfikir pulak nak kerja ..” Tanya aku lagi ..

“ Sebenarnya , keluarga kami ditanggung oleh kakak sulung saya , Saya anak ke dua , Kakak memang bekerja di KL , Gaji pun bagus , Kakak yang banyak tanggung kami sekeluarga , Ayah dan emak harap duit pencen sahaja lah ….

“ Tapi tak lama lepas tu , Kakak dah berkahwin dengan seorang Laki di KL , Malangnya .. Suami kakak diberhentikan kerja lepas kahwin , Menganggur .. Sebab suami kakak tu ada masalah sikit .. Kuat Main Game , Kerja malas . Siang malam main game .. Jadi kakak lah yang kena tampung hidup dia …

“ Duit belanja makin lama makin berkurangan … Ayah pula jatuh sakit … Duit untuk rawatan ayah pun kami tak ada ..

Sejak itu .. Baru lah saya mula sedar ..
Selama ni ada orang yang sentiasa suap makan dan minum saya .. Tapi bila orang tu dah tak ada , Saya dah mula rasa kekurangan …

Sejak dari hari tu .. Saya cuba cari kerja ..

Malangnya , Dengan sijil spm saya , Susah nak cari kerja ..

saya merantau ke KL dengan harapan , Peluang pekerjaan lebih banyak ..

tapi malangnya …

Tak seperti yang disangkakan … Makin banyak peluang , Tapi makin ramai saingan …” Balas amir

“ Habis tu macam mana kau jumpa syarikat si azman ni ?” tanya aku lagi

“ Kebetulan petang tu , Saya sedang merayau cari kerja .. Dalam masa yang sama .. Saya tengok jugak lah ditepi jalan kalau kalau ada duit syiling yang boleh dikutip .. Terjumpa dompet .. Saya buka dompet tu , dalam tu ada banyak duit dan Name card … Saya pun cari lah alamat pada name card tu …

Niat saya nak pulangkan dompet tu

saya ingat lagi masa tu , En azman baru buka kompeni ni …

En azman berterima kasih pada saya , Dan dia tanya kenapa saya ada di Kl

Saya pun jawab lah nak cari kerja …

En azman terus interview saya hari tu …

en azman ada tanya .. Berapa gaji kau nak ?

Saya jawab , En azman bayar saya 600 pun cukup lah , Janji saya nak kerja …” Balas amir panjang ..

“ Wah , Habis tu memang gaji kau 600 je lah masa tu ? Cukup ke duit sewa ?” Tanya aku ..

“ Masa tu , Saya merempat di masjid , Kadang kadang dekat stesen bas .. Tengok lah , Kawasan mana yang saya nak cari kerja …

Saya mintak gaji 600 pun saya dah bersyukur , Janji ada pekerjaan , Tak sanggup merempat lagi ..

Tapi tuhan tu maha penyayang ..
Niat saya ke Kl untuk cari pekerjaan , Bantu ayah yang sedang sakit di kampung …..

Mungkin sebab tu saya ada peluang diterima bekerja ..

Tapi malangnya …. “ balas amir ..

Mata amir mula kemerah merahan , bagaikan sedang menahan perit dan sedih ..

menggigil bibir amir ..

Akhirnya , Air mata jatuh berlinangan ..

“ Masa saya merempat cari kerja tu , Saya hanya ada Rm 5 Sahaja dalam poket .. Tak ada saudara mara lain. …

Kebetulan hari tu, Tuhan ketemukan saya dengan en azman …

En azman setuju , Untuk ambil saya bekerja … Saya dibayar Rm 600 Bulan pertama sebagai tempoh percubaan , Kalau , Prestasi saya bagus , Bulan ke dua en azman akan mula bayar RM 1200 … dua kali ganda ..

Saya terus minta kebenaran , Dari en azman untuk menggunakan telefon ofisnya , untuk menelefon ayah dan ibu di kampung , Tak sabar rasanya nak kongsikan berita gembira .. “ Balas amir ..

Mata yang merah tadi , Semakin merah … Amir menunduk kebawah … Bagaikan cuba mengawal perasaan ..

Badan menggigil , Air mata jatuh bercurahan membasahi pipi …

“ Ish kenapa kau ni .. Kau ok tak amir ?” Tanya aku ..

“ Saya ok .. Maaf .. emosi …

Masa saya telefon tu .. Ibu yang angkat ..

ayah sebenarnya telah meninggal sejak sehari sebelumnya , Pendarahan Otak ,
ayah dah dikebumikan petang semalamnya ..

Mereka tak dapat hubungi saya ..
Telefon pun saya tak ada ..
Duit RM 5 Sahaja ada ..dalam poket masa tu

Tak sangka , Berita gembira yang saya nak sampaikan .. Bertukar menjadi berita sengsara buat saya ..

Kerana Kemiskinan aku , Kerana aku sendiri memilih untuk tidak maju kehadapan , Orang yang aku sayang .. Yang terpaksa menanggung pilihan aku itu ..

Saya tak dapat tengok hari terakhir pemergian ayah saya ..

saya tak sempat minta maaf…

Tapi akhirnya ..

Saya masih bersyukur masih ada Ibu …
Sejak dari hari tu , Saya bekerja , Berhempas pulas .. demi Ibu , Demi keluarga kami …

Pagi petang siang malam saya belajar tentang akaun ..

Saya tak pernah “ Claim Overtime” , Saya buat semua ini untuk pastikan syarikat en azman berjaya ,

En azman nak bayar overtime , Tapi saya tolak , Janji syarikat en azman stabil dulu

Kalau syarikat en azman maju , saya masih lagi ada harapan untuk bekerja dan dapat duit gaji untuk sara Kehidupan ibu …

Dalam kesibukan kerja itu … Dengan tak sengaja …

Timbul rasa minat ,

Mungkin Sebab saya dah biasa buat akaun , Dan itu sahaja kerja yang saya ada ..

Tambahan lagi , En azman boleh nampak minat saya ..

En azman hantar saya pergi kursus , Macam macam kursus saya pergi , Banyak saya belajar ..

Selama 5 Tahun pertama saya jaga saga akaun en azman , Selepas tahun ke lima , Perniagaan eksport en azman makin maju , Saya mula ambil akauntan lain bekerja untuk bantu saya ..

Dari seorang pembantu , Hingga sekarang sudah ada 5 Pembantu akaun …

Semuanya degree holder .. Hebat mereka ni semua ..

Saya ingatkan , Saya akan berada di bawah …

Tapi yang peliknya …en azman yang jadikan saya sebagai ketua akauntan .. Walaupun saya tahu .. Level saya tak setaraf dengan akauntan yang ada degree…

Kadang kadang , Saya segan bila arahkan mereka , Atau periksa kerja mereka ..

Macam pelik juga , Lulusan Spm yang jadi bos kepada Pemegang sarjana muda . “ Balas amir yang sedang mengelap air matanya ..

“ Fuh … Dasyat cerita awak … kagum betul saya dengar cerita ni …” Balas aku ..

Amir hanya mampu tersenyum ….

Tiba tiba

“ Knock knock “ … Ketukan pintu …

“ Hah .. Dah habis ? Jom pergi minum .. Amir kau ikut kitaorg sekali ok ? ….” Balas azman ..

Kami pun berjalan turun …

Dari Jauh aku melihat ..

Sebuah Mercedes C300 … Hitam .. Kereta baru masih berkilat …

Dasyat betul azman ni ..

Amir mengeluarkan kunci keretanya .. dan membuka kan pintu untuk aku dan azman ..

“ Sila kan masuk … “ balas amir sambil tersenyum ..
.

“ Zeed , Best kan bau kereta baru ..” balas azman …

“ Aah , Ni baru beli ni …kan , Berapa banyak kereta kau ada ?” Tanya aku .

“ Aah , Baru dapat minggu lepas … “ Balas azman ..

“ Ini bukan kereta aku … Ini kereta amir lah ..” Balas azman lagi

“ En azman lah suruh saya beli kereta ni .. Katanya .. kena ikut bos ..” Balas amir

“ aku first time dapat naik mercedes c300 palinh baru ni “ balas aku ..

, Harga dia sahaja Rm 250 ribu ke atas …

Aku macam tak percaya .. Dia ni dulu mat rempit …

Tapi bila tengok cara dia berpakaian sekarang , Cara dia sikat rambut ,

Cara dia bercakap

Nampak macam Level professional …

Kagum aku melihat amir …

Akhirnya kami tiba di restoran ..

Amir pergi ke tandas ..

Aku mula bertanya pada azman ..

“ Dasyat , Ketua akauntan kau .. Berapa gaji kau bayar dia .. “ tanya aku ..

“ Untuk , Jasa dia , Campur setia campur kesungguhan … Aku bayar dia Rm 15000 sebulan .. ..” Balas azman

“ Dia ada cerita kat aku , Dia pun sampai sekarang tak tahu kenapa kau jadikan dia ketua akauntan .. Katnya dia segan kerja dengan budak degree…. Kenapa eh ?” Tanya aku lagi ..

“ zeed , Dalam dunia ni , manusia tak dilahirkan sebagai pandai atau bodoh .. Aku tak percaya pada Bakat .. Aku tak percaya pada golongan Genius …

Tapi aku percaya kepada kesungguhan ..

Bodoh itu boleh dilentur jadi pandai ..

Tapi Sifat tu penting , Kalau kau ada sifat rajin , Tak berkira dan dan jujur …

Sebenarnya .. Sifat itu Nilai nya lagi Tinggi dari Sekeping kertas Degree”

Gaji Rm 15000 yang aku bayar tu ,sangat berbaloi .. Aku takkan jumpa lagi orang macam Amir kalau aku tak hargai dia Sifat yang dia korbankan untuk syarikat aku ni … Aku jimat banyak kos dalam 5 tahun yang pertama kerana jasa kesungguhan amir … Naik turun syarikat ini , Aku dan amir sahaja masa tu ..

dan

Kalau amir tak datang ke syarikat aku , 12 tahun yang lepas … Tak mungkin perniagaan aku boleh maju macam hari ini …

Dan kalau dia tak jumpa dompet aku 12 tahun lepas , Aku tak mungkin ada foto terakhir Ibu aku dalam dompet ni “

Balas azman sambil senyum pada aku …

“ Apa yang kita lihat didepan mata , Hanya lah sekadar mainan Optik , Dan semata Objek yang ditafsir dari logik akal .. Tapi jika kita berjaya melihat setiap objek itu dari sudut yang lain , bersama Nilai yang mahu bangkit dalam hidup kita … Nilai itu … Cara kau berfikir , Tiada harganya .. Kerana Nilai itu bisa menggoncangkan dunia “
Dr Yazeed Hair Johari .

Ramai yang diantara kita , Menggangap pekerjaan hanya lah satu pekerjaan ..

Pergi kerja , Lepas tu balik …

Bagaimana jika anda memandang pekerjaan itu pada sudut yang lain ?

Apa yang terbaik yang boleh kau lakukan ?

Siapa sangka , Amir yang dulunya tak punya cita cita , Kini menjadi ketua kepada yang bijak pandai dan Pandu kereta mewah .

Usaha yang kau lakukan sekarang ini , Tidak perlu diperlihatkan oleh orang lain , Tapi percayalah , Impak usaha itu pastinya dapat dirasai oleh orang lain .

Dan pada saat itu , Diri anda , Tidak ternilai harganya.

Tuhan tidak akan mengubah nasib umatnya melainkan umatnya itu sendiri mengubahnya

Share dan Tag kawan kawan kawan atau saudara mara yang memerlukan inspirasi seperti amir .

Semoga bangsa kita terus maju

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.