MISTERI 3 PAGI
Jam 3 Pagi . Jabatan Kecemasan Hospital Besar Johor Bahru
Keadaan mula tenang . Tak seperti dari jam 5petang sehingga 2 pagi . Havoc !
Semua zon merah kuning .. Full dengan pesakit .
Lega .. Akhirnya baru dapat rehat . Dapatlah renggangkan otot badan ..
“ Mana nasi paprik aku ..” Tanya aku pada misi
“ Ada tu dalam pantry , Atas rak sebelah pinggan ..” Balas Misi
Aku pun mula berjalan masuk ke dalam pantry bersama rakan sekerja aku Dr Shiva
“ Pehh gila havoc tadi … shift malam dengan kau ni memang teruk la .. Jonah betul !!”
( Jonah tu adalah perkataan yang aku tak tau datang dari mana , Tapi telah menjadi tradisi , Dalam hospital .. Kalau sorang doktor tu bekerja .. Setiap kali dia kerja .. Mesti banyak pesakit datang …”
So aku antaranya memang seorang yang jonah ..
Jarang sekali hidup aku aman semasa bekerja ..
Aku hanya tergelak dengan rungutan dari Dr Shiva
“ Weh jom makan dulu , Kang japgi ada kes .. Tak sempat makan lagi .. Nasi di dari pukul 8mlm tadi , Ni sekarang baru dapat nak makan ..” Balas Aku
“ Chill lah , Tadi dah busy .. Sekarang nampak macam dah cool down .. Nampak dah tenang ni .. Baru boleh rilek sikit “balas Dr Shiva
Aku pun apa lagi dengan lahap nya buka nasi bungkus aku tadi .. Ayam paprik yang dah sejuk beku dalam pantry aku tuang kan atas nasi ..
Tangan dah tak sabar nak mencengkam ..
Suapan pertama baru nak masuk mulut
“ Doktor !! Ada new case ..” Sahut Misi
“ Hah !! Aku baru nak makan … urgent ke ..” Tanya aku
“ Hmm triage kat depan kata patient macam tengah kesakitan , Asik pegang muka dari tadi .. Gelisah ..” Balas Misi
Hmm kalau ikutkan tak urgent sangat pun
Tapi aku tak suka makan dalam keadaan rushing
“ Zeed , Jom la kita gi tengok dulu .. maybe simple case je tu .. Kang kita sambung lah makan balik ..” Balas Dr Shiva
Aku iyakan ajakan Dr Shiva ..
Kami pun bergegas ke bilik rawatan green zone
Masuk seorang pesakit , Yang sedang meletakkan tapak tangannya pada pipi kanan ..
Sambil tertunduk pesakit tadi masuk ..
“ Assalamualaikum encik .. Sila duduk ..” Sapa Aku
Pesakit tadi perlahan duduk disebelah aku sambil diperhatikan oleh dr shiva ..
“ Ok .. cuba cerita apa masalah encik ..” Balas Aku
Pesakit tadi mendongak memandang ke arah aku , Sambil memegang pipinya
“ Sakit muka ..” Balas Pesakit kemudian tunduk ke bawah
“ Ohh .. Ok .. Cuba tunjuk dekat saya mana sakit tu ..” Balas Aku
Pesakit tadi meraba raba pipi kanannya .. Cuba menunjukkan tempat kesakitan itu ..
“ Oh ok .. Sakit dekat pipi ya ?” Balas Aku
Pesakit mengangguk ..
“ Ok .. Mari dekat sikit saya nak periksa ..” Balas Aku sambil dr shiva berjalan rapat ke arah kami untuk turut serta melihat apa yang berlaku pada pipi pesakit
“ Hmm .. yang betul2 sakit dekat mana ?” Tanya aku
“ hmmm …hmmm .. semua .. dekat semua pipi ..” Balas Pesakit
“ Oh ok .. Tapi bila saya tengok luaran ni takde apa pun .. Cuba cerita macam mana boleh sakit ?” Tanya aku
“ hmmm … Baru je Tadi sakit … “balas Pesakit
“ Haih letih la aku , jawab sepatah2 macam ni ..” Bisik hati
“ Ok dalam jam berapa sakit ? Tiba2 sakit atau ada jatuh ke , Apa ke .. cuba cerita skit kasi saya faham .. ?” balas aku lagi
“ Tadi lebih kurang jam 130 pagi “ Balas pesakit
“ Hmm apa puncanya ..? “ Tanya aku
Pesakit masih terdiam
“ Oklah macam ni .. Saya periksa mulut , Sakit gigi tak ?” Tanya aku
pesakit masih terdiam
“ Ok buka mulut ..” Balas Aku sambil dr shiva bantu menyuluh
Aku ambil spatula dan cuba periksa mukosa mulut pesakit , Sambil aku ketuk “ Percuss “ Satu pesatu gigi pesakit ..
“ Ada sakit mana mana gigi tak ?” Tanya aku
Pesakit menggelengkan kepalanya
“ Shiva .. Kau tolong tengok lagi skali , Dalam oral ni .. Kau aku ada miss apa apa ..” Balas aku
Dr shiva terus mengambil alih kerusi aku , Dan terus memeriksa
Dr shiva kemudian memandang ke arah aku
Sambil menggelengkan kepalanya
“ All normal ..” Balas dr shiva
Aku dah mula pening masa tu .. Dah la pesakit ni macam tak membantu
Bila periksa .. Semua ok jer …
“ Encik , You jangan senyap begini .. You mesti kena kasi tahu kami apa sudah jadi , Jika tidak bagaimana kami nak membantu ..” Balas Dr Shiva dengan bahasa melayu skema nya itu
Pesakit tadi masih tunduk ke bawah .. Meraba raba pipinya ..
“ Habis tu !! Encik ni nak apa .. Semua tak nak cakap !” Jerit Dr Shiva secara tiba tiba .. Dah mula hilang sabar
Aku mula tersentak .. Pesakit melopong ..
“ Doktor taknak periksa lagi ke ?” Tanya pesakit
Dr Shiva terus berjalan ke arah pesakit ..
Terus dia ambil stetoschope ( Alat periksa jantung yang selalu doktor gantung pada leher ) Terus dr shiva letakkan pada pipi pesakit .. Sambil mendengar
“ hah .. Pipi awak ok je , Sihat .. degupan pipi semua normal ..” Balas dr shiva spontan
Aku dah tergelak seorang diri
“ Haha .. Gila betul , Mana ada orang check pipi guna stetoscope ..” Bisik hati
Yelah mungkin dr shiva dah tak boleh tahan dengan pesakit ni
Jam hampir 4 Pagi
Aku pula angkat telefon , Terus call bahagian Dental Oncall
“ Hello , i nak refer satu case , Pain at right cheek , i dah examine externally , All normal , Intraorally i dah check juga , Nampak normal .. Tapi i need u to come over to get your opinion and next management … I maybe wrong with examination..” Balas Aku
“ Ok sure , Nanti ill come over to see the patient .. “ Balas Dentist oncall
Tak lama lepas tu ..
Tiba tiba pesakit bersuara
“ Boleh dapat MC ..tak ?” Balas Pesakit
Aku dan dr shiva terus tersentak , Pandang sesama sendiri ..
“ Whatt !!” Balas Dr Shiva
“ Ok .. Kalau nak Mc boleh , Tapi kasi tau saya dulu kenapa u boleh sakit pipi ? Kalau relevan .. Saya kasi mc … ?” Balas aku
“ Hmmmm ..” Balas pesakit
“ Jawablah ! “Bentak aku dah mula hilang sabar ..
“ Hmmm tadi .. Saya bergaduh dengan bini saya ..” Balas Pesakit
Aku dan dr shiva terus memandang ke arah pesakit ..
“ Ok .. Lepas tu .. Apa yang menyebabkan awak sakit ?” Tanya aku lagi .. Tak sabar mendengar jawapan
“ Hmm sebebanrnya …Saya kena lempang dengan bini ..” Balas pesakit sambil tunduk kebawah
Aku terlopong , Apatah lagi dr shiva yang mula berjalan mundar mandir sambil menggarukan kepalanya …
Tanpa melengah kan masa lagi
“ Ada baiknya encik balik sekarang .. ..” Balas Aku sambil bangun terus keluar dari bilik …
“ Hmmm MC saya macam mana ?” Tanya pesakit
“ No MC!!! balikkkkk !!” Bentak Dr Shiva
Aku keluar dari bilik pandang ke arah dr shiva …
“ Kau tau apa yang aku rasa ?” Tanya aku pada Dr Shiva …
“ Apa dia ?” Balas Dr Shiva
“ Aku rasa macam nak lempang pipi belah kiri dia pulak !” Balas aku
“ Betul bro .. Aku pun. memang rasa yang sama ..” Balas Dr Shiva
Semasa perjalanan ke pantry
Datang dentist oncall ke arah kami
“ Mana patient yang sakit pipi ?” Tanya dentist
“ Aku dah lempang muka dia . Dia dah balik ..” Balas Aku
“ You boleh balik jugak .. No need to examine ..” Balas Aku terus berlalu pergi
Dentist tadi berjalan semula sambil garu kepala ..
Setibanya aku di dalam pantry
Makanan aku dan dr shiva sudah tiada atas meja
“ Bro makanan kita dah ada orang buang .. Mungkin nampak macam dah terabai “ Balas aku
“ Mana patient tadi !!! Aku nak lempang mukaaa diaaaa !!! Arghhhh !!!!!!!!!!!
Ramai orang diluar sana yang tak menghargai jabatan kecemasan
Datang Ikut Dan …
Perlu faham apa itu fungsi jabatan kecemasan . Bukan untuk MC . Bukan untuk penyakit kronik yang dah lama tak terubat
Kecemasan adalah jabatan yang disediakan khas untuk merawat pesakit yang benar benar perlukan rawatan kecemasan , Seperti serangan jantung , Athma , Psychiatric disorder , Sawan , Kemalangan , Pendarahan yang melampau. , Tak sedarkan diri dan lain lain lagi ..”Bukannya Kena lempang , Gatal kulit , Kurap , Gigitan nyamuk , batuk2 , Selsema mahupun gatal hidung ..
miru Patut tak aku lempang muka dia jam 4 pagi
Memang xsgka lgsung cerita ni akan jd cerita lawak last2…heheh🤣