Mereka Juga Hero

Masa kerja goverment dulu ,
Selain dari semua Kakitangan Yang merawat ,

Aku Selalu kagum Dengan Kakitangan Sajian ,
Mereka ini adalah Tukang masak dan penghantar makanan .

Aku rasa pekerjaan ini sangat renyah
Dah dapat stok makanan , Nak cuci lagi , kemudian potong , sediakan rempah ratus lagi

Seawal jam 5 Pagi mereka dah mula memasak .
Kemudian ,
Susun atur makanan dalam tray lagi

Buah buahan , Air minuman .

Dengan Troli yang sebesar kiosk burger , Mereka menolak , Meliputi semua pelusuk ward yang Ada

dulu aku kerja hospital besar ,
Dari satu wad ke satu wad sangat jauh ,
Dari satu jabatan ke jabatan yang lain , Terletak diantara bagunan yang lain

4-5 kali sehari makanan dalam hospital diedarkan .

Dah letak makanan , Kemudian kutip pulak
Basuh lagi

Usung lagi troli tu kesana kesini …

Tugas mereka memastikan semua pesakit dapat makanan yang secukupnya..

Termasuklah staff hospital

Hebat kan ?

Bila hasil buah tangan kita bisa mengenyangkan orang lain .

Dan mereka lakukan rutin ini setiap hari

Dulu masa mula mula kerja , 3 bulan pertama tak ada gaji .

Syukurlah ada unit sajian yang selalu sediakan makanan . Itu lah makanan aku hari hari.

Makanan doktor oncall yang tidak dimakan atau makanan untuk pesakit yang ada lebihan .

Kakitangan Unit Sajian seluruh malaysia

Aku selalu nak katakan …

Terima kasih banyak banyak sediakan makanan untuk kami …

You are the frontliner too …

Awak semua Hero & Heroin Negara .

Jom lah sama sama ucapkan penghargaan buat mereka…!

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.