Menu Kejayaan

Menu Kejayaan

Kejayaan ini adalah sesuatu terma yang sangat subjektif . Ianya bukan “ on point “ Iaitu fakta mutlak kepada setiap individu .

Kejayaan ini dilihat dari pelbagai sudut oleh individu berbeza

1. Kemampuan / Harta

2. Kebahagiaan

3. Kesihatan

4. Mindset / Cara berfikir

5. Nilai diri sama ada kepada diri sendiri atau masyarakat

6. Bina empayar

7. Keagamaan

8. Keluarga

9. Berkerja / Berniaga sendiri

10. Kerjaya

Setiap orang ada visi dan misi yang berbeza . Jadi kita tak boleh nak ukur atau “ Judge “ Seseorang itu dengan definisi kejayaan mereka .

Kalau kejayaan yang mereka impikan mempunyai keluarga bahagia , Kegamaan yang bagus walaupun tak mengambil kira tentang isu harta . Itu pun dikira sebagai kejayaan .

Kejayaan itu adalah apa yang kita mahukan . Ada kah kita dah berjaya mengecapi kejayaan yang kita impikan .

Ada juga individu yang mengukur kejayaan itu dari seudut Harta .. Financial freedom . Bina empayar . Walaupun ada beberapa faktor lain tidak di ambil kira …

Pun dikira berjaya juga . Jika itu yang mereka mahukan dan impikan , Jika mereka berjaya untuk mendapatkannya , itu dikira berjaya .

Tapi jika Harta dan Financial freedom tu tak termasuk dalam Menu kejayaan kita . jangan lah kita rasa iri hati kepada yang meletakkan harta dan kekayaan itu dalam menu mereka .. Kerena target kejayaan masing2 berbeza .

“ Cukup makan tiap bulan , Keluarga gembira , Kewajipan agama tak tinggal … Jadi lah ..”

ada yang meletakkan kejayaan mereka begini

“ Aku target at least by umur aku cecah 50 tahun , Aku dah ada 10 juta dalam bank , Dan Kompeni aku sukses … “ Ada juga yang meletakkan menu kejayaan mereka begini

Hormatilah menu kejayaan orang orang sekeliling kita .

Kalau kita tak letak menu harta kekayaan dalam menu sukses kita ..

Jangan pula iri hati kepada mereka yang mengejar sukses dengan harta kekayaan Walaupun kita tahu harta tu hanyalah dunia …

“ Eleh , Kaya kaya pun bukan boleh bawak masuk kubur tu !”

Selalu aku nampk orang yang suka komen negatif macam ni …

Habis tu , Kalau dia mati dia wasiatkan harta dia untuk derma dan digunakan oleh masyarakat , Macam mana pula ? Tax yang dibayar tinggi untuk kegunaan golongan lain .. Macam mana pula ? Adakah kau tahu ? Adakah kau akan turut berkongsi dan mengambil sedikit kelebihan itu juga ?

“ Alah buat pe hidup dalam dunia ni , Keluarga bahagia , Tapi tiap tiap bulan sengkek … Tak mampu beli itu beli ini. “


ada jugak yang suka komen macam ni , Habis tu kalau dia memang jenis tak kisah harta dunia … dia hanya mahukan hidup yang simple , Itu adalah kejayaan dia ..pilihan dia … Tak kacau siapa siapa .

Kesimpulannya di sini , Jangan cepat Judge orang lain .Kita kena respek definisi success setiap orang

Tak kira lah apa definisi sukses korang .

Yang penting jangan peduli orang kata apa .. buat lah sebaik mungkin untuk kecapi menu kejayaan masing masing .

Tapi apa yang penting …

Allah itu maha adil ….

Setiap yang berusaha , Pasti akan berjaya .

Dah usaha , Dah kerja keras ,masih gagal ?

Maknanya Usaha tu belum cukup kuat untuk memberi definisi “ Bekerja keras .” Macam aku cakap tadi

Tuhan maha adil

Hanya tuhan yang tahu , Tahap usaha kita untuk menecapi kejayaan yang kita mahukan .

Jangan salah kan orang lain dengan menu kejayaan yang kita sendiri pilih .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.