MENGAMUK BILA DISURUH ISI MAKLUMAT SEBELUM MASUK KE PREMIS ?

Semenjak PKPB diumumkan pada 4 Mei , Kebanyakkan kedai sudah dibuka semula . Kerajaan membenarkan netizen untuk keluar berbelanja dengan SOP yang ketat dan terkawal agar penularan wabak covid dapat dibendung .

Kita pun dah biasa dengan norma baharu , Sebelum masuk ke kedai , kita wajib disaring terlebih dahulu . Pengambilan suhu badan , Isi maklumat peribadi dan guna hand sanitizer .

Selain mengisi maklumat peribadi , Ada juga premis yang menggunakan Aplikasi code scanning .

Tapi sejak dua menjak ni , masa aku isi maklumat peribadi , Ada juga aku perasan maklumat yang lain .

1- Tulisan cakar ayam dan tidak jelas

2- Ramai yang menggunakan nama samaran , nick name , dan sebagainya

3-Nombor Telefon – Ada yang tak cukup nombor , Ada yang tak boleh baca lansung nombor tu .

4- Ada yang marah / Mengamuk bila diperiksa . Marah bila suruh scan code dulu sebelum masuk

5- Ada yang mengamuk bila terlupa bawak mask dan tak dibenarkan masuk

Mungkin ramai yang dah mula rasa “ annoying” , Atau meluat dengan prosedur ni

Kenapa nak kene isi maklumat kan ?

Setiap kali nak masuk kedai .. Leceh .. Asik nak kena isi maklumat dan ambil suhu badan

Sebenarnya.. Sangat penting untuk isi maklumat yang Betul .

1- Pastikan isi nama penuh sebenar .

Kenapa ? Kalau kau letak nick name , Kebetulan kalau pihak berkuasa call , Tak ada siapa kenal nama nick name tu

2- Pastikan isi nombor telefon yang betul .

Mesti ramai yang bantai letak nombor mengarut kan ? Ada jugak yang letak nombor tak lengkap

Kenapa maklumat ini penting ?

Maklumat ini sangat penting untuk kkm kenal pasti asal kluster yang wujud , lebih mudah untuk dikesan dan diuruskan

Semua orang dah mulakan kehidupan masing2 . Hanya KKM yang sedang menjadi tunggak utama untuk menangani isu covid ni dengan bantuan frontliners yang lain

Baru baru ni kluster tempatan dah mula meningkat semula .

Jangan kembalikan sejarah PKP lagi .

dengan cara ini sajalah korang boleh bantu KkM menangani wabak ni .

Bila kita nak masuk rumah orang , Kena kasi salam dulu . Tak boleh la nak marah2

Anggap lah detail yang kita tulis untuk untuk membantu , Bukan sekadar bantu KKm , Tapi bantu orang lain juga .

Ini kan norma baharu . Jangan lupa , Virus Sars Cov 2 . Masih ada lagi diluar sana .

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.