Maniam

MANIAM

KISAH BENAR LEBIH KURANG 6 BULAN YANG LEPAS

“ Hello incik .. hello hello “
satu jeritan yang datangnya dari luar rumah ..

Waktu itu lebih kurang jam 6 petang .. Hampir senja ..

Waktu itu aku sedang rancak menonton telivisyen..

“ Adoi , Apahal pulak ni ..”

Aku pun bangun .. menjenguk keluar rumah ..

Seorang lelaki yang berumur linkungan 40-an . Sedang berdiri dihadapan pintu rumah … Sedang mengintai ngintai kepalanya …

Aku pun melihat sekali lagi diruangan tingkap ..

“ Nak apa pula ni nak senja dah ni … “ bisik aku ..

Aku pun buka pintu .. Aku keluar dari rumah …Aku berjalan perlahan kearah pintu pagar aku ..

Dari jauh .. Aku melihat lelaki ini sedang memikul beg berwarna hijau tua , Dibelakangnya ada sedikit unjuran batang kapak yang terkeluar dari bagnya itu …

“ ish , Apa pulak ni .. Kang tak pasal pasal aku kena kapak ni ..” bisik hati

Aku dah mula berfikiran negatif , Langkah berjaga jaga …

Zaman sekarang , Dalam keadaan ekonomi yang tak beberapa stabil , Manusia sanggup lakukan apa saja ..

“ Tapi kalau dia nak rompak aku , Kenapa dia tak masuk terus ..ah takpe lah aku tanya je dulu ..” bisik hati

“ Yes . kenapa encik ?” tanya aku ..

“ Bos bos , Tolong saya , Saya pergi bank tadi , Lepas tu dompet saya kena rompak .. itu duit gaji semua ada dalam .. Duit susu , Duit pampers , duit makan sebulan …” kata lelaki itu

Nak percaya atau tidak ?

Alasan ni biasa kita dengar dari peminta sedekah ..

Dengan pakaiannya yang serba kotor , Compang camping … Baju koyak rabak sana sini .. jari hitam kotor …

“ Ish . betul ke dia ni .. ke drug addict ..” bisik hati ..

seram pula ..

“ encik mau saya tolong macam mana ? “
tanya aku

“ Encik , Tolong kasi saya kemas halaman rumah encik , Saya potong rumput .. ini dahan dahan tua saya boleh potong kasi buang … Saya kerja sampai bersih encik ,” balas lelaki itu

“ Berapa upahnya ?” tanya aku

“ Tak kisah , bos mahu kasi berapa pun tak apa … janji saya dapat sedikit wang untuk anak saya ….” balas lelaki itu lagi

“ Ok lah , encik boleh mula , Kemas didepan dulu .. Ada daun daun tua , Ranting2 tu semua .. masuk dalam beg sampah ..sekejap saya pergi ambil bag plastik sampah ya ..” balas aku

Aku pun pergi ke dapur untuk ambil bag plastik ..

Aku pun keluar semula

“ Nah .. nanti masuk sampah dalam ni .. Jangan bakar …” balas aku ..

“ Awak nama apa ?” Tinggal mana ?” tanya aku

“ Saya nama Maniam bos , Saya tinggal sana Flat PPRT … seksyen 8 kota damansara ..” balas maniam

“ Isteri kamu kerja ? Anak berapa ?” Tanya aku

“ Saya isteri sudah meninggal bos , Masa lahir ini anak sulung .. Saya ada satu orang anak saja …” balas maniam

“ Oh takziah .. Habis tu selama ni kamu kerja . siapa jaga ?” balas aku

“ Sebelum ni nenek dia jaga , Saya kerja sana belakang ada kilang .. tapi nenek dia sudah meninggal bulan lepas .. Saya terpaksa berhenti kerja .. Itu lah duit gaji terakhir saya ada .. Tadi pulak dompet sudah hilang .. Saya sekarang satu sen tak ada apa … Anak umur 4 tahun .. Sudah menangis mahu susu ..” balas maniam sayu .. Suram matanya pandang kebawah sambil memegang kedua belah tangannya tanda segan …

“ Sekarang mana anak ?” tanya aku

“ Anak sekarang ada rumah jiran , Saya tumpang sekejap ..” balas maniam

“ Ok lah kamu teruskan kerja .. Nanti dah siap panggil saya ..” balas aku

Aku pun masuk kerumah semula ..

Selepas satu jam .. lebih kurang 7:10 minit malam
..

“ Mana si maniam ni tak panggil lagi “ bisik hati

aku pun mengintai keluar ..

Maniam masih gigih dengan kerja nya ..

Aku keluar rumah ..

“ Nah … ambil duit ni … tak perlu sambung lagi .. kamu pergi beli susu anak cepat ..” balas aku

“ bos , Belum cukup bersih .. kasi saya habiskan , Kasi betul betul bersih .. dulu ya ?” kata maniam

“ Maniam .. Dah la tu , Dah gelap ni , Tak nampak apa .. dah ambil duit ni balik , nanti ada masa , Datang cuci kereta rumah saya ok ?” balas aku lagi

“ Bos , Tapi ini rm100 .. Kenapa banyak sangat ? “ balas maniam

“ Tak apa , Kamu guna dulu , Nanti sabtu depan datang cuci kereta rumah saya boleh ? “ Tanya aku

“ Boleh bos.. terima kasih banyak bos “ balas maniam

“ Nah minum air ni dulu , lepas tu cepat balik beli susu ..” balas aku

Maniam pun meneguk air berderu dan terus berlalu ..

Keesokkan harinya ..
Waktu aku mahu ke tempat kerja ..

Aku melihat maniam sedang membersihkan rumah jiran yang lain ..

Aku tunduk malu .. Malu dengan semangat Juang Maniam yang sangat kuat …

Hari sabtu menjelang tiba ..

waktu itu aku tiada dirumah , hanya ada pembantu rumah ..

Aku terima panggilan .. dari pembantu rumah ..

“ Encik ada orang datang nak basuh kereta , Nama dia maniam ..” tanya pembantu rumah aku

“ Oh ya saya terlupa .. Ok biarkan dia masuk basuh kereta ..” balas aku

Petang tu aku pun pulang ke rumah ..

Dalam perjalanan ..

aku nampak maniam sedam berjalan memimpin tangan anak nya seawal umur 4 tahun itu ..

lalu aku berhenti ditepi ..

“ Maniam ! “ tegur aku ..

“ wah sudah habis kerja ?” tanya aku

“ Sudah bos , Saya sudah basuh kereta .. Bos … “ balas maniam

“ Ok , Thank you ya maniam … nanti jumpa lagi ..” balas aku

Aku pulang ke rumah ..

Aku melihat kereta digaraj , Semuanya bersih belaka ..

Aku berjalan ke pintu belakang , Agak pelik kenapa Basikal aku di alih ..

Rupa rupanya maniam basuh 2 biji basikal aku sekali .. Bersih macam baru …

Aku tunduk … Ya allah .. Bisik hati

Petang tu juga aku pergi ketaman untuk berjogging

Aku nampak ada seorang lelaki yang sedang duduk diatas kerusi bersebelahan anaknya ..

Maniam dan anaknya ..

Mereka sedang menikmati ais krim ..Sambil bergurau , Maniam memeluk anaknya dari sisi ..

Mereka tak punya apa pada saat itu .. Apa yang ada hanyalah ikatan pertalian antara bapa dan anaknya .

Walaupun hanya sentuhan yang biasa .. Namun aku yang melihat dari belakang, Betapa indah nya cinta … Naluri cinta dari kurniaan yang maha esa ..

hanya dengan Sebatang ais krim telah membuatkan pasangan itu cukup bahagia ..

Naluri yang bisa membuatkan kau sanggup berjuang demi hanya satu nyawa..

Tidak cukup Indah lagi kah ?

Ya Allah ..

Terima kasih , Kau telah menghantar seseorang untuk aku faham apa erti bersyukur .

Aku yakin , Maniam Pasti akan berjaya satu hari nanti .

Tak perlu aku cerita betapa hebatnya maniam ,

Kerana …

Tadi aku terserempak dengan maniam setelah 6 bulan lamanya ..

Aku menegur dari jauh

Maniam datang berlari , Memeluk Aku ..

“ Bos , Kamu Customer pertama saya !” sambil menangis …

Maniam kini sudah ada sebiji Lori , 2 orang pekerja ..Dan masih meneruskan usaha pembersihannya .

Bukan Steve Jobbs , Bukan Ray Kroc Lagi …

Maniam ada lah ..

Idola ku dalam dunia perniagaan .

dan Juga ..

Contoh Sebagai Seorang Manusia .

Tak sangka , Sahutan di pintu rumah aku 6 bulan yang lalu , Rupanya Hidayah yang datang dari maha esa dalam pelbagai bentuk dan cara . Hebat kan ?

Jika kau lihat maniam , Dia sama seperti yang lain .. Tiada apa apa kelebihan , Yang membezakannya hanyalah semangat juang yang ada dalam dirinya

Aku berharap , Maniam bukan sahaja memberi inspirasi kepada aku , Malah kepada yang lain .

Jika kau rasa hidup kau dihujung nyawa .. Jadikan lah Maniam sebagai pendorong semangat anda

Share & Tag Kawan . Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua

Hanya dengan kudrat dan semangat juang sudah cukup untuk mengubah nasib anda .

DR YAZEED HAIRI

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.