mana nak cari duit tampung kos bedah ?

Hari ni , Macam biasa aku incharge jabatan kecemasan salah sebuah hospital swasta . Macam2 kes lah datang .

Dari tadi tak menang tangan . Dalam banyak2 kes yang datang ni , Ada satu kes yang aku rasa dapat beri iktibar kepada diri sendiri dan orang lain .

Datang seorang anak dan ibu berbangsa cina ke jabatan kecemasan. Emak dah berumur hampir 75 tahun . Si anak berumur linkungan 40+ tahun .Si Ibu Ada masalah tulang belakang , Yang bakal di bedah minggu depan .

So macam biasa aku ambik la history semua , So last sekali aku tanya ..

Ada insurance tak ?

Si anak geleng kepala ..

“ Whatt ?!!” Aku berbisik sendirian

“ Takde insurance ? “ Bisik hati

“ Puan tak ada insurance , maknanya bayar sendir ya ?” Tanya aku

Si anak mengangguk ..

Kalau aku kira2 balik ni , Makan puluh ribu jugak operation ni ..

So aku teruskan bertanya..

“ You sure kan ? You self paying .. Sebab i rasa this operation mahal ..” Balas Aku

Si anak tadi mengangguk …

So aku pun saja la tanya , Kerja apa , Bisnes apa , Anak dia pun friendly

Si Anak ada 4 Adik beradik Semuanya kerja biasa saja . Bukan owner bisnes .

Jadi aku saja lah tanya , Banyak duit nak spend ni , Ok ke ?

Dia balas

“ Kami adik beradik memang dari muda , Sudah buka satu akaun , Setiap bulan kami masuk duit dalam itu akaun . Simpan untuk emak . Kalau emak sudah tua .. Tak ada insurance , Jadi jika kami ada wang simpanan , Kami boleh beri rawatan yang terbaik untuk emak .”

Fuh .. Lepas dia explain macam ni ..

Dasyat , Mereka bukan berjawatan tinggi pun , Tapi bila adik beradi pakat menabung . Banyak boleh dikumpul

Of course kalau boleh kita nak beri yang terbain untuk ibu bapa kita , Kalau boleh nak hantar dorang ke hospital swasta. Lebih selesa dan cepat

Tak perlu bersesak di hospital kerajaan

So dekat sini , Ramai di antara kita bergantung pada insuran. Kalah insuran dah tak cover ..

Pergi hospital kerajaan lah jawabnya kan ?

Mungkin apa yang aku pelajari hari ni boleh diguna pakai untuk semua orang .

Kalau ada adik beradin ramai , Buka lah satu akaun untuk mak bapak yang tersayang , Tiap2 bulan menabung dekat situ. tak terasa sangat nanti

Sikit sikit lama lama jadi bukit

Untuk makcik tu dapaf anak anak macam ni …

Kalau korang ? Macam mana ?

Nak masuk tahun 2021 dah ni …

Iphone 12 , Ps5 Boleh beli … takkan simpanan untuk mak ayah pun nak berkira

Nanti bila dapat tau kos , Dah tak pasal gaduh adik beradik siapa nak tanggung kan ?

Dah prepare ke duit tabung untuk mak bapak kita ?

P/s Aku bukan doktor gigi , So jangan lah pm tanya masalah gigi .. Terciduk i nak jawap uolszzz

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.