MAMPU KAH BADAN KITA MELAWAN VIRUS ?

Ramai yang pernah dengar , Dengan Perkataan Antibodi lah , Vaksin lah , Antiviral , Antibiotik dan Sebagainya .


Tapi perkataan itu agak mengelirukan buat siapa yang bukan dalam bidang kesihatan . Ya aku faham , Bukan mudah . Saintis hebat yang dah berpuluh tahun pun masih lagi mengkaji dan buka buku

.

Jadi aku nak ceritakan sedikit , Secara kasar tentang Immune Sistem ( Sistem pertahanan ) .Sistem immune ni bukan lah Yang selalu kita dengar Imunisasi . Imunisasi tu adalah proses mengvaksinkan seseorang manusia .

Tapi sistem imunisasi ini adalah sistem pertahanan bagaimana badan kita melawan Virus / Kulat / Parasit atau Bakteria Yang dipanggil dengan nama mudah microorganism.

Bagaimana badan kita mengenali samada virus , bakteria atau lain lain .

Ianya bergantung kepada Antigen

Setiap microorganisma ini , Kalau dia masuk dalam badan , Mula melekat pada sel kita , Mereka akan mengeluarkan Antigen .

Antigen ini adalah toxin yang dihasilkan untuk menyerang badan kita . Jadi dengan bahan bukti toxin ( Senjata ) ni lah , Badan kita akan mula kenal , Dan bersedia untuk melawan dengan mereka .

Kalau penjahat keluarkan Pistol , Takkan kita nak lawan mereka dengan Pisau ? Mustahil kan ? Jadi badan kita kena risik dulu dan intip kemudian mereka akan hantar maklumat ke Bahagian “ Intel “ Penyelidik maklumat . ( Memory B & T cell)

Memory B & T cell ni , Macam balai polis la , Mereka ada simpan maklumat penjenayah . Mereka akan cuba mengenalpasti dari sample pistol yang dirisik , Samaada ianya datang dari Penjenayah lama atau baru .

Kalau penjenayah lama , Yang badan kita dah kenal sebelum ni , Contoh kena virus influenza , Jadi badan kita akan terus kerah askar2 yang dah pernah berjaya lawan influenza untuk pergi berperang , jadi lebih mudah untuk kalahkan Musuh .

Kalau penjenayah baru , Aduh !! Perlu lebih masa nak analisa kemudian nak hasilkan askar askar baru . Macam Virus Covid 2 ni lah , Badan kita tak kenal lagi .

Sistem pertahan badan terbahagi kepada dua , Humoral dan Cell mediated

Humoral tu sistem pertahanan pada level plasma , cecair badan , Senang cerita Extracellular , ( Jangkitan Di luar sel )

Cell mediated – Sistem pertahanan yang di aktifkan jika ada jangkitan pada sel . Membunuh microorganisma

Kedua dua sistem pertahan ini akan berlaku serentak , Atau berasingan ikut keadaan .

Peningkan ? Ok aku ringkaskan

Humoral immunity ,

Bermula dengan B cell , Sebagai frontliner dihadapan , dapat tangkap Antigen .

Daripada B cell tadi dengan bantuan T sel , Jadi badan kita boleh hasilkan Dua jenis sel .

B cell ni boleh jadi Plasma Sel , Untuk menghasilkan antibodi ,

Dan selainnya B sel ini akan jadi Memory B sel , Fungsinya , Jika ada jangkitan yang sama akan berlaku lagi , Badan kita akan kenal dan sudah pun bersedia untuk melawan virus tadi .

Berbalik pada plasma sel , Sel ini akan menghasilkan Antibodi yang banyak untuk melawan antigen . Plasma sel ada lah sel yang menghasilkan Askar askar pembunuh / Komando wataniah kita yang dipanggil Ig M

Immunoglobulin M .

Immunoglobulin M nama ringkas nya IgM ni lah yang sedang jadi frontliner melawan virus sekarang ni . Yang kemudiannya akan diganti dengan Ig G , Immunoglobulin G .

Banyak fungsi IgM ni , Kalau kita belajar level mendalam , Macam macam cara IgM ni boleh kalahkan Antigen Virus ni .

Jadi , Kenapa Virus Sars Cov 2 Ni berbahaya ?

Ada yang tanya , Sebelum ni saya penah demam batuk , Banyak kali , Boleh baik elok je ?

Ye ! Memang kau penah sakit , dan pernah baik , Sebab badan kau ada simpan B Memory sel yang ingat segala data virus sebelum ni ..jadi senang lah badan kau nak lawan jika virus tu datang lagi .

Tapi kenapa covid ni bahaya ?

Sebab !! Virus Sars Cov 2 yang baru ni , Badan kita tak kenal !!! bukan badan kita sorang je ! Badan makhluk manusia satu dunia ni tak kenal virus tu .

Jadi setiap badan manusia dalam dunia ni , Tak pernah Ada B memory sel yang kenal pun Corona virus 2 ni .

Penjenayah baru , Jadi rekod dekat balai polis pun tak ada dan tak wujud ! Sebab tu lah , Badan perlukan masa untuk berperang dengan Virus baru ni !

Ramai yang terkesan adalah orang warga emas kenapa ?

Kerana , Imunniti , sistem pertahan dikala usia muda tak kuat macam orang muda , Sel sel badan mereka ambil masa yang lama untuk menyediakan sistem pertahanan . Virus dah masuk 1000 unit , Tapi Badan baru boleh standby 500 askar . Macam mana nak lawan ?

Lebih lebih lagi jika warga emas yang memang dah ada penyakit kencing manis , Jantung , Darah tinggi dan sebagainya , Badan mereka lemah , Bila lemah , Macam aku kata tadi lah , badan tak sempat sediakan askar untuk berlawan dengan virus baru ini

Sekarang korang dah faham , Warga emas adalah risiko utama kerana sistem pertahanan mereka juga lemah dimamah usia ..

Habis tu yang korang pi menderu balik kampung, Bawak virus dekat warga emas disana buat apa ?

Untuk golongan muda , Risiko kematian lebih rendah dari usia tua , Kerana badan muda masih ada kekuatan sistem pertahanan . walaupun ada kes kes kematian pesakit muda , Namun ternyata jika dibandingkan dengan kes kematian usia tua , jauh lebih rendah .

Tapi risiko kematian untuk pesakit mudah adalah tinggi untuk corona virus ni , kerana ianya boleh dikatakan Virus yang sangat kuat dan contagious .

Sebab tu bila ada makhluk yang offer untuk jadi frontliner, Sanggup gadai nywa tanpa pakai mask dan Ppe mintak gaji Rm15k tu , aku gelak kan ajer . Walaupun dia muda , belum tentu badan muda dia tu mampu melawan covid 19 , sebab tu Allah suruh elak penyakit dengan ilmu bukan dengan membabi buta sahaja .


sekarang faham tak ?

Sebab tu , Bila ada pesakit covid yang sembuh , Doktor akan ambil PLASMA dari Pesakit yang sembuh ini sebagai rawatan kepada pesakit yang sedang menghidap covid ini adalah untuk bOostkan antibody , Dan Aktifkan antibodi pesakit tadi supaya cepat melawan virus covid ni .

Harapnya dengan cara ini kita berusaha dan bertawakal dengan tuhan , berharap dapat membantu memulihkan pesakit yang lain .


tahniah kkm dengan inisiatif ini

Sebab tu lah Kkm wajibkan Stay at Home and Social Distancing tu ..


sebab ini virus baru ! Badan kita tak kenal lagi ! Sekarang dah faham ke belum ?

Kenapa penyakit Covid 19 ni berbahaya .

Nyawa itu memang ditangan tuhan , Dan Ajal itu pasti .

Tapi Allah nak kita atasi ujian Nya itu dengan Ilmu , Bukan berserah begitu sahaja .

Bayangkan , Ilmu perubatan yang kita ada pada hari ini umpama hanya setitik dari jumlahnya air lautan satu dunia .

Hebatkan ciptaan tuhan , Apa yang aku cerita pasal , Humoral dan cell mediated , B sel , T sel tadi terlalu ringkas . Jika korang selami secara mendalam sistem pertahanan badan manusia .

Korang akan kagum , Betapa kompleks dan Hebatnya ciptaan Allah Swt .

Ini adalah Ujian untuk kita Sebagai Penghuni dunia . Kita hanya mampu merawat disamping Ilmu, Selebihnya , Kita serahkan Pada nya yang maha kuasa

Share dan tag kawan kawan , Agar kita semua faham dengan musuh yang ada didepan mata kita

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.