Pernah tak terfikir , Macam mana kalau apa apa berlaku pada kesihatan kau masa travel ?
Dah lama kau mengidam nak sampai ke Madrid.
Ibu negara Sepanyol .
Hasil titik peluh , gigih kau menyimpan …
Akhirnya kau berjaya landing dekat madrid
Duit yang ada pun budget2 duduk hostel backpackers .
Belum sempat jalan jalan , Tak sempat lagi record Live Fb Atau Insta ..
Dan Belum sempat lagi kau snap Gambar Ootd ,
“ Satu kaki lunjur ke depan sambil cekak pinggang “
, Tiba tiba , Perut belah kanan kau sakit.
Makin lama makin menyucuk ..
Suhu makin naik , Demam dah cecah 40.
Kau mula dah muntah .
Tanda tanda. “ Acute Appendicitis “
Radang appendix .
Organ ni kalau dah dewasa memang dah tak guna ,
Acute appendicitis ni .. Radang pada organ appendix , Terletak pada usus besar , bucu kanan pada abdomen .
Rawatannya …
Pembedahan segera .
Kos Hospital Swasta di malaysia. mencecah
dari Rm7000- Rm20000 untuk Pembedahan appendix .
Kalau tak di bedah dengan segera ,
Kau akan mati kerana Sepsis ( Jangkitan seluruh badan )
Kau tak ada pilihan lain melainkan pembedahan
Appendix akan bocor .
Isi usus kau semua keluar dari tempat bocor tu.
Tambah pulak lagi Peritonitis .( Bila dah bocor , Jangkitan merebak ke seluruh abdomen)
Ini bukan main main . Jangkitan pada seluruh badan .
Memang sudah pasti membawa kepada kematian .
Mana kau nak cekau duit ?
Habis simpanan epf bapak kau , Mak kau , Duit simpanan abang kakak adik , Jiran , kau licin kau kerjakan .
Tak cukup lagi ?
Nak mintak sapa ?
Tak ada orang tolong ? Kau kata umat manusia kejam pulak .
Malangnya , Ada insurance yang cover ?
Kalau ada bagus ..
Tapi korang yang travel ni semua , Yakin ke ada insurance yang cover ? Atau korang ni semua ada insurance tak ?
Sedap je plan travel sana sini .
Nanti bila dah jadi kecemasan .
Ahli keluarga lain yang terpaksa menanggung beban .
Kalau dekat malaysia , Pembedahan ni hampir Rm20k .
Berapa pula Kalau di Spain Madrid ?
Walaupun kau buat muka jawa ,
Kos rawatan tetap kena bayar .
Kau ingat mereka ni semua heran ke dengan kesakitan kau ?
Diorang heran ke kau ni manusia ?
Apa hak asasi kau ?
Kalau tak ada duit , Bye bye.
No money , No treatment .
Deposit tak kurang dari Rm 5000 kalau dimalaysia untuk pendatang .
Minggu lepas , Aku ada seorang pesakit dari Italy .
Masa tu aku Stanby kecemasan di salah sebuah hospital swasta di melaka .
Lelaki italy ni sebenarnya datang nak bercuti , Travel sorang sorang pulak tu .
Masa tu , Tiba tiba perut dia sakit , Dia cuba bertahan dalam hotel , 2 jam , Sakit tak surut .
Hotel pun call lah ambulance .
Rupa rupanya , Ada Perforated Appendix .
Deposit dia bayar pada hospital Rm 10000 , Belum masuk kos pembedahan lagi .
Dia takpa la Orang Italy , Duit pun besar .
Hangpa ?
Kalau kau dalam situasi ni , Apa kau akan buat ?
Nak naik flight Balik Malaysia .
Tak sempat !
Nak seronok , Seronok jugak , Tapi jangan libatkan ahli keluarga yang lain disebabkan kau yang suka ambil remeh temeh.
Bukan setakat Appendix , Macam macam lagi organ dalam badan kau yang perlu Pembedahan Kecemasan .
Cuma masa sahaja menentukan .
Nasib Kalau kau malang , Kau di luar negara .
Lepas tu Mula tulis blog .
“ How to travel italy 10 days 14 nights , With budget only Rm 200 “
Sabar , Budget Duit insurance cover kau mana ?
Fikir fikirkan.
Tag kawan kau yang suka travel , Yang belum pernah terfikir , Biar celik mata sikit .
Bukan saja saja nak bebel , Tapi benda yang kau tak nampak tu lah kena sedar .
Dr Yazeed Hair Johari
p/s -Aku bukan ejen insuran .
Ini sekadar peringatan