MAKI

Sedang aku beratur di kaunter stesen minyak ,

Tiba tiba datang seorang budak lelaki yang aku agak berumur lebih kurang 13-14 tahun , Terus mencelah memotong barisan dihadapan aku …

Gayanya macam tergesa gesa ..
Aku biarkan …

“ Cik , Boleh pinjam tank minyak tak ? , Nak isi minyak ..” Tanya budak tu

“ dekat sini tak boleh pinjam , Tapi kita boleh kasi sewa , Sewa tank minyak kena bayar deposit Rm 6 , Nanti bila pulangkan tank , Kita pulangkan Rm 5 …” Balas perempuan di kaunter …

“ Ohhh kena bayar eh , Rm 6 Sewa , Pulang balik dapat Rm 5 , ok ..sekejap …” Balas budak lelaki tu terus berlalu pergi

Turn aku dah sampai , Aku langkah kehadapan meja kaunter ..

Aku letakkan barang yang aku nak beli di atas meja kaunter , Wanita itu mula scan barangan aku …

Tiba tiba …

“ hey ! Kenapa pulak pinjam Tank nak kena bayar !!! Pinjam je pun ! “ suara yang datang dari belakang , Jerit seorang wanita berlinkungan Umur 50 An …

Rupanya Ibu kepada budak lelaki tadi

“ Dekat sini kita tak kasi pinjam , Kita kasi sewa puan ..” Jawab wanita di kaunter perlahan dan sopan

“ Habis tu ! Cakap lah sewa !! Kan senang dari awal cakap sewa ….Servis apa macam ni ? Servis tak bagus ! !! Jerit Si Ibu , Kali ini lebih kuat dan agresif

Aku tercengang disitu ..
Barang yang aku nak bayar tertangguh lagi

“ Hmm tadi saya dah cakap dekat adik tu , Kita sewa , Tak kasi pinjam …” Balas Wanita di kaunter tadi

Keadaan senyap seketika ..
Krik krik krik

Aku menoleh kebelakang

“ Kakak ni ada kasi tau kau tak benda ni kena sewa ?” Tanya Ibu lebih perlahan

Si Anak tadi mendiamkan diri mulanya ..

Aku agak geram dalam situasi tu , Memandangkan aku lihat dengan lebih jelas cara wanita di kaunter tu menyampaikan maklumat , Dan budak tu pun mengangguk serta mengulang Semula apa yang disampaikan oleh wanita tadi

Aku terus mencelah

“ Ya , Wanita dekat kaunter ni ada jelaskan pasal sewa .. Dan bayar balik deposit kalau hantar tank tu semula kesini ..” Balas aku sambil melihat pada Ibu

Si Ibu yang tadi nya datang dengan bengis serta teriakan yang memecah suasana lalu senyap ….

Ibu menoleh memandang kearah Anak itu ..

“ Betul kakak tu ada kasi tahu tadi ?” Tanya ibu

“ hmmm , Tak pasti , Tak dengar kot ..” Balas Budak tu selamba keluar dari kedai

Si Ibu akhirnya membayar sewa tank dengan tona suara yang lebih rendah …

Sejenak aku keluar dari stesen itu ..
Baru lah aku faham ..

Kecam , Makian Dan Caci melulu di Hospital mahupun di sekolah ,

Ada signifikasinya disini

Patut la sebelum ni kita dah explain dengan pesakit , Kenapa kaki nya harus dipotong , Pesakit mengangguk dan setuju .

Tiba tiba , Datang si Anak mengamuk tak tentu pasal .

Sama juga Di sekolah . Tentunya ramai cikgu yang pernah mengalamai kecaman melulu seperti ini .

Kesimpulannya ,
Jangan sedap maki sebelum kaji dulu , Dan Pastikan dengar cerita dua belah pihak sebelum fitnah melulu .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.