Labor Room Part 4 (AKHIR)

“ Ahhh !!! , Puan rosmah pulak lari mana ni !!! “ Sengaja aku bebel kuat kuat ..

Aku terus berlari …
Ditemani lampu bilik Dr Rahmat yang kerap berkelip …

Goyah juga rasanya , Tapi apakan daya, Ada nyawa yang lebih penting perlh diuruskan …

Larian aku terhenti ..
Apabila tepat sahaja aku berhenti dihadapan bilik Dr Rahmat . Lampu itu terus terpadam .. Gelap gelita …

Pada saat itu ..

Aku menjerit …

“ Ahhhhh!!! Ahhhh!!!” Terpekik berseorangan sambil menyuluh lampu dari telefon bimbit menuruni anak tangga …

Sehinggalah aku tiba di anak tangga kedua paling bawah …
Terjelepuk aku tergolek , Terseret diatas anak tangga sehingga ke bawah …

“ Aduhhh!!!” sambil aku menggosok punggungku …

“ Dejei punya tangga ..” Marah aku …

Terlihat satu cahaya kecil disudut hujung itu ..
telefon aku yang tercampak ..

Jadi terjawab lah persoalan kawan kawan , Kenapa skrin telefon bimbit aku retak teruk setelah aku pulang dari Daerah Garas …

Aku mula membongkok dan cuba bangun ..

Tiba tiba ..

Ada satu tangan yang menyentuh bahu aku dari belakang …

Sekali lagi ,
aku tersentak dan terkejut

“ Woiii woiii !! siapa ni !!!” Jerit aku

“ Bos bos ! Rilek rilek …Saya ni PPK Amin , Dah kenapa terduduk dekat sini ?” Tanya Amin

“ Cis , Bedebah , First time aku terperanjat beruk tau !! “ Balas aku sambil mengibas punggungku ..

Aku berjalan kearah cahaya kecil itu , Lalu aku pungut telefon bimbit itu ..

“ Aku tergelincir dekat tangga hujung tu tadi … Apasal pengarah korang ni tak repair lampu tangga ni .. setengah mati aku meraba sana sini …” Balas aku …

“ Ha ha ha , Entah lah … mungkin jarang doktor guna kuarters atas tu kot , Dr Rahmat pun tak tinggal situ lagi ..” Balas Amin

“ Hish .. Stress betul , Dah la aku kena drive jauh datang sini , Panjat tangga ulang alik pun siksa … Lepas tu kalau Claim duit transport pun , Macam macam borang nak isi , Entah bila pulak nak masuk duit tu ..” Bebel aku lagi

“ Amboi , Marah betul ni … Ala biasa la tu doktor , Kita ni kan yang menurut perintah , Layan kan aje ..” Balas amin

“ Ok dah dah , Amin … Kau buat apa tiba tiba kat sini …?” Tanya aku

“ Hah ! Nasib baik kebetulan jumpa Doktor dekat sini …” Balas Amin..

“ Puan Rosmah tu la , Dari wad cempaka , Misi Nana. mintak tolong cari .. Katanya hilang ikut pintu belakang ..” Balas Amin

“ Hah ! Itu lah yang aku kelam kabut ni turun sampai tergolek ni … “ Balas aku

“ Ok doktor pergi wad dulu … Saya nak sambung cari belah belakang ..” Balas Amin

“ Ok ok , Nanti kalau ada apa apa berita .. Cepat telefon aku …! Takut oi … Nanti family member salah kan kita pulak tak pandai jaga pesakit ..” Balas aku

PPK Amin berlalu pergi …

Aku membersihkan telefonku …
“ Aduh, Sampai retak skrin telefon aku dibuatnya .. “ Bebel aku sambil berjalan kearah pintu masuk rumah sakit

“ Kringgg!!!” Nada deringan telefonku berbunyi sekali lagi

“ Hello hello !” Balas aku

“ Doktor ! Puan Rosmah dah jumpa !!… “ Balas Misi Nana kalut…

“ Hah !! Alhamdulillah !! Hish macam macam … Kejap saya kasi tau Amin ..” Balas aku

Aku cuba merenung dari jauh ..
Kelibat Amin yang sedang berjalan masih nampak dari posisi aku

Aku terus mengambil langkah dengan lebih laju untuk memanggil Amin

“ Amin !! Oi Aminn !!” Jerit aku

Kelibat Amin , Masih lagi berjalan terus … Kemudian hilang dari pandangan sejurus dia membelok pada sepohon pokok yang besar …

Aku berjalan dengan lebih pantas untuk mengejar PPK Amin …

“ Aminnnn!! Oii oii !!” Jerit aku

Aku terus berlari ..
Setibanya aku dipokok itu ..

Aku menyuluh sekeliling ….

PPK Amin sudah tidak lagi kelihatan ..

“ Cepat betul mamat ni berjalan , Tak jauh mana pun tadi …” Bisik hati

“ Ah takpelah , Aku balik wad dulu ..” Bebel aku lagi

Aku pun mula berjalan … Kearah pintu belakang wad cempaka ..

Perjalanan aku terhenti seketika ..
Belakang wad cempaka ni , Bukannya ada laluan sempurna , Semak samun semuanya ..

“ Dah la , Gelap gelita …Macam seram pulak aku nak lalu jalan ni ..” Bisik hati

“ Ah patah balik la ikut pintu belakang kuarters tu ..” Bisik hati

Aku mula mengangkat kaki berlari kearah pintu belakang kuarters tadi

Namun …
Aku dapat rasakan , Bagai ada satu kelibat dihujung blok wad cempaka ..

Sedang berjalan , berkeliaran di kawasan itu ..

Aku tersengguk sengguk mengintai ..

“ Macam Matron ni ..” Bisik hati

Tudung putih , Berbaju gelap …

“Matron !!” Aku menjerit

Kelibat yang mundar mandir tadi berhenti ..
Kemudian menoleh ke arah aku ..

“ Matron ! Matron ! Tak payah cari lagi !! Pesakit dah ada dekat wad !!”

Matron tadi mengangguk ..

“ Saya lari balik wad dulu !” Jerit aku

Aku menoleh terus berlari ke arah pintu belakang …

“ Kesian Matron .. Malam malam buta macam ni , Kena tolong cari pesakit ..” Bisik hati

Sememangnya tanggung jawab seorang matron amat besar ..

Dia lah orang yang bertanggung jawab jika ada apa apa kejadian atau kemalangan di dalam wad … Sudah pasti hatinya gundah gulana .. Tak tenteram….

Matron perlu menjawab jika berlaku apa apa yang tak diingini didalam wad …

Umur pun dah lanjut , Nak jaga keluarga , Apatah lagi nak jaga rumah sakit lagi .. Berat bebanannya …

“ Krekk “ Aku membuka pintu belakang ..
Aku terus berlari kearah wad cempaka

Walaupun lorong itu agak suram dan gelap .. Aku tak endahkan …

Aku teruskan berlari .. Kerana jika apa apa yang berlaku pada Puan Rosmah , Adalah lebih menakutkan …

“ Nana !!” Jerkah aku ..

“ Doktor !!! Hish buat terkejut !” Balas Nana ..

“ Eh ! Korang ni yang buat terkejut , Aku baru nak masuk bilik tadi , Ada ada je !! Macam mana Puan Rosmah boleh Hilang ? “ Tanya aku …

Misi Nana , Menunduk ke bawah ..

“ Itu lah hairannya , Tadi dia terbangun .. Lepas tu dia terus lari ke tandas …Saya cuba kejar dia … Sampai saja di tandas … Puan Rosmah tak ada disitu …” Balas Misi Nana …

“ Dia keluar ikut pintu belakang ke ?” Tanya aku

“ Hmmm , Tak mungkin .. Pintu belakang kunci lah ! Nahh.. Nampak ni kunci pintu belakang ada pada saya !” Balas Misi Nana..

“ Hmm mungkin jugak sebab kau tak kunci tadi ..” Balas aku

“ Ish , Tadi saya dah periksa masa saya ke tandas belakang .. Pintu tu memang berkunci ..” Balas Misi Nana

Aku mula menggaru kepala ..
Aneh betul …
Aku tak faham , Logiknya di mana …

“ Ok lepas tu macam mana dia boleh ada kat katil dia tu ?” Tanya aku

“ Tadi , Saya dekat kaunter , Masa tu saya tengah telefon Sister Fatimah , Untuk maklumkan kehilangan Puan Rosmah .. Tapi….” Balas Misi Nana

“ Tapi? Tapi Apa ?” Tanya aku

“ Tapi , Tiba tiba, Dia muncul dari lorong tandas .. Perlahan dia berjalan , Terus baring atas katil semula …” Balas Misi Nana .. Menggigil … Bibirnya mengetap beberapa kali ..

Riak wajahnya yang berkerut … Aku sudah dapat membacanya ..

“ Nana , Kau ok ke ?” Tanya aku

“ Saya .. Saya rasa macam tak sedap badan lah , Rasa lain sangat malam ni … First time jadi macam ni .. Sebelum ni kalau setakat meracau tak apa lagi … Tapi kali ni pelik ..” Balas Misi Nana …

“ Hmmm .. Takpe .. Jom ikut saya periksa Puan Rosmah ..” Balas aku

Misi Nana , Menggelengkan kepalanya sambil pandang kebawah .

“ Haih ! Kau jangan macam macam , Ini dah kerja kita .. Jangan risau lah. Aku dah . Bawak troli tu .. Dengan vital sign monitor skali ..” Balas aku

Misi Nana akur , Mengekori aku ke katil Puan Rosmah ..

“ Puan .. Saya nak periksa sekejap ya ..” Jelas aku pada Puan Rosmah yang sedang baring mengiring kearah tandas …

“ Puan … Puan .” tegur aku lagi ..

Perlahan , Puan Rosmah .. Mengiring ke arah aku .. Sambil tersenyum ..

Buat pertama kalinya aku melihat senyuman Puan Rosmah …

Buli roma mula meremang .. Seolah olah berdepan dengan pesakit mental ..

Takut dan seram mula bercampur aduk …

“ Sekejap ya .. Saya periksa dulu ..” Balas aku

Misi Nana dengan tangannya yang terketar , Memasukkan “ Pressure Cuff “ pada pegelangan tangan Puan Rosmah .. Menunduk senyap ..

Sambil Puan Rosmah merenung tajam , Mengherotkqn kepalanya senyum kearah Misi Nana….

Misi Nana , Mengambil bacaan tekanan darah sambil menoleh kearah aku , Mungkin dia tak mampu berdepan dengab wajah Puan Rosmah yang sering tersenyum itu …

“ Semuanya Normal doktor ..” Balas Misi Nana …

Puan Rosmah masih tersenyum ke arah Misi Nana …

“ Puan Rosmah , Kemana tadi ? Tanya aku

Puan Rosmah Menoleh ke arah aku …
Merenung aku semula sambil tersenyum kearah aku …mengerutkan matanya …

Mengangkat tangan , Sambil jari telunjukknya diarahkan ke arah luar tingkap ….

Dari peregerakan tangannya itu , Tak mungkinlah dia berjaya keluar , Pintu belakang itu terkunci …

Dimanakah sebenarnya Puan Rosmah tadi ?

Aku pun menjadi hairan , Perasaan gusar dan syak wasangka mula berlegar difikiran …

Aku sangkakan Puan Rosmah masih berhalusinasi

Aku mengambil kalkulator … Sambil mengira dos ubat pelali …

Mungkin , Dos yang aku berikan tadi tak mencukupi ..

Bukan apa , Kalau boleh aku tak mahu beri dos yang tinggi , Demi keselamatan bayi …

Tapi kali ini , Aku naikkan sedikit dos nya , Tapi masih dalam jumlah yang selamat …

“ Nana …prepare 2cc …” Balas aku

Misi Nana pun mengangguk , Menyiapkan ubat cucuk …

“ Sekejap ya puan saya cucuk dulu ..” Balas aku

“ Puan rehat dulu …” Jelas aku pada Puan Rosmah …

“ Ketangg!!!”
“ Kidney dish “ ( bekas besi )Terjatuh .. Terpelanting dari troli , Jatuh bergema diatas lantai ..

“ eh , Kau dah kenapa Nana ..” Tanya aku

Melihatkan Nana yang sedang tergamam , Herot mulutnya keatas … Matanya terbeliak seketika …
Misi Nana terus menolak troli itu , Berjalan laju kearah kaunter …

Mata Puan Rosmah , Makin layu .. Aku meninggalkan Puan Rosmah … Aku terus mengejar Misi Nana …

Aku menyapa Bahunya ..

“ Nana .. Kau kenapa tadi ?” Tanya aku

Misi nana mengerutkan Dahinya …
Menggelengkan kepala …

“ Hish macam macam lah kau orang ni .. Aku nak berehat pun tak senang … Tak apa , Esok Ada lawatan pakar psikiatri , Jangan lupa suruh doktor psikiatri tengok Puan Rosmah ni … Nanti saya inform doktor pakar obstertrik .. “balas aku

“ Nana .. mana kunci aku ? “ tanya aku

“ Nana menghulurkan kunci bilikku … saya jumpa dekat sana tadi ..” balas Misi Nana …

“ doktor .. tidur lah sini .. “ ajak Misi Nana ..

“ hmmm , kau dah kenapa , aku nak tidur mana ?” tanya aku

“ tuu!! katil depan tu , doktor tutup lah langsir , saya janji tak kacau !” Balas Nana …

Bila difikirkan semula ..
Tak sanggup juga aku nak mengharung tangga ke kuarters sekali lagi ..

Pagi makin lewat .. Letih sangat Badan ni …

Aku pun bersetuju …

Aku pun tidur dikatil hadapan itu .. Sehinggalah jam 6 Pagi aku terjaga …

“ Doktor subuh dulu , Nanti sambung ..” Balas Nana ..

“ Hmmm … Ok ok ..” Balas aku

Setelah selesai solat …

“ Nana , Jom kita buat Quick round …” balas aku

Quick round , Berakhir dengan pantas ..
Semuanya nampak stabil

Puan Rosmah pun tidur nyenyak ..

“ Nana .. Aku nak balik ke kuarters .. Nanti kalau tak ada apa apa hal , Aku datang balik jam 11 pagi … Buat round lagi … Make sure doktor pakar psikiatri tengok Puan Rosmah ok ? “ Balas aku …

Misi Nana mengangguk …
Aku terus keluar meninggal wad itu …

Hari Makin cerah …
Perjalanan aku kini lebih baik

Setibanya aku dibilik
Aku terus merebahkan badan yang tidak bermaya lagi …

Jam 12 tengah hari , Aku terjaga ,

“ Ahhh lambat ! Dah Jam 12 tengah hari .. “ bebel aku

Aku terus menggapai telefon ku

“ Pelik , Tak ada panggilan dari wad pun ..” Bisik hati …

Aku terus bersiap …

Aku berjalan terus ke wad cempaka ..
Panas terik …

Berpeluh juga , walaupun hanya berjalan ke wad …

“ Salam … Misi ..” jerkah aku dari belakang

“ Dr Yazeed eh ?” Tanya misi itu

“ Ya .. Jom kita buat round kejap ..” Balas aku sambil mengintai .. Name tag yang ada pada Uniform Misi Itu ..

“ Kak Fizah eh ..” tanya aku

“ Aah , Hafizah , Panggil kak Fizah je cukup ..” Balas Misi Fizah

“ Berapa lama dah mengandung ?” Tanya aku

“ Oh , Saya dah masuk 30 Weeks ..” Balas Misi Fizah .. Sambil meraba raba perutnya ..

“ Besar perut ni , Banyak Air. Mesti AFI , Tinggi ni .. “ balas aku sambil tersenyum …

“ Aah lah doktor , haritu check up pun , AFI , Memang tinggi .” Balas Misi Fizah

“ Alah , Takpelah , Observe dulu ..” Balas aku

Mana Puan Rosmah ?

“ PPK dah tolak ke klinik doktor pakar , doktor pakar suruh hantar ke sana , Baru je tadi ..” Balas Misi Fizah

“ Oh , Ok bagus …” balas aku

Kami pun menghabiskan round tengah hari …

Aku dan Misi Fizah duduk di meja kaunter ..

“ Kak , Saya nak tanya sikit ..” Balas aku …

“ Kenapa ?” Tanya Misi Fizah

“ Hmmm … Misi Nana ada cerita apa apa tak pasal malam tadi ?” Tanya aku

“ Hmmm Ada .. Pasal puan rosmah kan … “ Balas Misi Fizah

“ Ya .. Ada dia cerita ?” tanya aku

“ Ada , Tapi dia cakap , Lepas injection , Patient dah lelap ..selain dari tu … Tak ada apa apa lah ..” Balas Misi Fizah

“ Dia tak cerita ke dia nampak benda pelik pelik ?” Tanya aku lagi

“ Hmm , Tak ada pulak dia cerita apa apa , Masa passover pun , Nampak dia dah pucat keletihan .. Itu yang saya tak tanya banyak ..” balas Misi Fizah …

“ Oklah , Saya nak balik kuarters sekejap , Nanti Puan Rosmah dah sampai wad , Atau ada apa apa , Call saya eh ?” Balas aku

Misi Fizah mengangguk ..
Aku berlalu pergi

“ Eh , singgah ofis kejap lah komplen ..” Balas aku

Aku berjalan kearah Ofis ..

“ Kak !! “ tegur aku

“ Ha doktor ! Kenapa ?” Tanya aku

“ Stress lah , Lampu tangga tu tak menyala .. Siksa batin nak memanjat malam buta ..” keluh aku..

“ Hmm , Dah baiki dah 2 minggu lepas , Memang elok je masa doktor datang tu dia rosak , Nanti akak panggil budak repair ye …” Sambil tersenyum ..

“ doktor , Hari tu kata ada pohon tumbang kan ? Tapi akak balik petang tu , Elok je , Tak ada pokok apa pun atas jalan ..”

“ Hmmm , Iye kak , Masa saya datang tu memang tepat depan mata saya dia tumbang , Maybe dah ada orang bersihkan lah tu ..” Balas aku

“ Okay lah , Saya jalan dulu , Letih sangat dah ni ..” Balas aku

Jam hampir 4 Petang …
Aku terus kan berjalan pulang ke kuarters ..

Seperti biasa , Aku terus rebahkan diri diatas katil …

Sekali lagi , Aku terlena dibuai mimpi …

“ Knock knock “!!!

Satu ketukan yang datang dari pintu …

Aku terjaga dari lena …
Bilik gelap gelita …

“ Siapa tuu??!” Jerit aku sambil membelek jam ditangan …

“ Ya rabi !! Terlajak lagi !!! Pukul 9 Malam !!!! Jerit aku ..

Aku dengan kelam kabutnya , masuk mandi …
Bersiap , Setelah selesai solat …

Aku mula bergegas untuk ke wad

“ Pelik ni , Wad tak ada call pun ..” Bisik hati …sambil aku periksa data panggilan masuk dari telefon bimbitku …

“ Ahhh , mungkin patient semua stabil kot … Si Nana ni mungkin kesian aku kepenatan malam tadi ..” Bebel aku sendirian …

Aku keluar dari bilik ..
Dari jauh …

Suasana nampak aneh …
Terang benderang …!

“ Wah , Lampu tangga dah menyala !!! “ Aku menjerit keriangan

Aku pun terus berlari ke arah wad cempaka …

Kali ini , Larian aku tiada gangguan lagi , Segalanya lebih mudah dengan penglihatan yang jelas …

Setibanya aku di anak tangga …
“ Kringg !!”

Nada deringan berbunyi

“ Doktor !!! Tolong !!!!!!!” Jerit Misi

“ Ye ye kenapa ? Nana ke ni !!” Tanya aku

“ Aah , Saya lah Nana !! Doktor !! ada mana tu ? Cepat lah !!! Tolong tolong !!” Jerit Nana

“ Eh kau dah kenapa Terjerit jerit .. Dari tadi tolong tolong !! Tapi tak cakap apa masalah .. Aku nak tolong apa !?” Tanya aku

“ Puaaannn Rosmahh ….. hilang lagi …!!! Baru je ni …” Jerit Nana …

“ Aduhhh !!! Kau dah periksa tandas tu? Pintu belakang berkunci ?” Tanya aku …

“ Dah !! Saya dah belek semuanya !! Memang tak ada , Pintu terkunci rapat !!” Jerit Nana …

“ Hmmm , Takpelah , Aku cuba cari belakang hospital … kau call guard , Ppk , Siapa siapa yang ada … Untuk tolong cari .. Lepas tu jangan lupa inform sister atau matron .. Nanti kalau ada apa apa .. Call lah !” Balas aku …

Aku terus memintas jalan belakang ..
Semak , Jalan yang tidak sekata , Gelap gelita ..

Aku harungi juga …
ditemani lampu suluh kecil …
Aku mula berkeliaran ….

Aku mula menghampiri sudut hujung wad cempaka …
Aku melalui sisi tepi wad itu …
Menerusi sisir longkang ….

Namun tiada apa apa …
Aku menjenguk ke arah tingkap , Mengintai sekeliling dalam wad cempaka

Ada pesakit yang terduduk panik , Ada yang sedang terbaring ….

Dan … Pada saat itu …
Puan Alia … Sedang merenung ke arah aku ….

Kemudian menjerit…

“ Ahhhhh ahhhhh ahhh!!! “ Kali ini jeritannya lebih kuat dari semalam …

Pesakit lain mula panik .. Ada yang berpindah ke katil lain , menjauhi Puan Alia … Ada yang berkumpul , berpelukan sesama sendiri …

Aku tersentak , Aku terus berlari , Mengikut jalan belakang itu , Masuk melalui pintu depan …

Misi Nana yang sedang berlari terus menerpa Puan Alia yang menjerit bagaikan kena histeria …

Kelam kabut dibuatnya malam itu

Ada pesakit yang mula meraung , Ada yang menangis … Ada yang bersembunyi dalam selimut … Ada yang terkumaf kamit membaca surah …

Satu masalah belum selesai , Kini timbul masalah baru pula ….

“ Puan Alia!!! Puan Alia !! “ Jerit aku

Puan Alia masih meracau ….

“Tadi yang kamu nampak di tingkap tu saya … Bukan orang lain ! Bukan benda tu !!!” Jerit aku di telinganya….

Puan Alia , Terdiam seketika …

Puan Alia menghampiri ku…
Dirapatkan bibirnya itu pada telingaku …

“ Ttttt…. Tadi …..Yang belakang doktor tadi tu … Siapa ? Kenapa muka hitam terbakar ? “ Balas Puan Alia …

“ Saya nampak Matron …” Balas Puan Alia sambil menangis teresak esak

Aku hanya mampu tercengang disitu …
Terkedu aku buat seketika

Bulu roma aku mula mencanak pacak kelangit , Menggengam benak leherku …

Sambil menelan air liur ..

“ Hah ! Kenapa ni ?” Datangnya satu suara dari belakang ….

Aku terkejut , Terus menoleh ..

“ Doktor , Saya Matron Maznah, Kenapa ni ? Ini ke pesakit yang hilang tadi ? Misi Nana ada call saya tadi ..” Tegur Matron Maznah

“ Eh … Matron .. Baru sampai ke ? Dari mana ? Pesakit ni , Dia terkejut sikit , Sekarang ni … Pesakit yang hilang tu Puan Rosmah … Tak jumpa lagi … Ada pegawai keselamatan dan Ppk tengah cari , Saya pusing belakang wad tadi tak jumpa …” Balas aku

“ Saya baru je sampai ni … Alamak doktor , Macam mana boleh hilang ni ?” Tanya matron maznah ..

“ Ish entah lah saya , Nanti kita cari punca , Tapi sekarang ni kita kena cari Puan Rosmah … Matron & Nana , teman Puan Alia , Aku nak pergi pusing cari …” Balas aku

“ Matron , Tolong pujuk Puan Alia , Dia terkejut tadi , Katanya nampak benda pelik ..” Bisik aku pada Matron Maznah …

Matron Maznah , Terdiam , Riak wajah nya berubah .. Terkedu seketika , Sambil matron mengangguk sahaja …

“ Ok saya pergi dulu “ Balas aku

Sekilas …
Aku terus keluar …

Aku berlari terus ke lobi ….
Pada saat itu …

“ Bang bang bang “ Satu bunyian yang kuat ….

Datangnya dari lorong kecil itu …

“ Aik .. Bunyi apa pulak lorong bilik mayat ni ..” Bisik hati mula rasa kurang enak

Perlahan , Aku menyusuri laluan itu , Sambil kepala mengintai … Aku meraba ditepian dinding ….

“ Bang bang bang !!!” Satu hentakan yang kuat … Datangnya dari pintu bilik sebalah bilik mayat …

Aku terus berlari ke arah bilik itu …

“ ehhh !! Pintu bilik ni kan dah berpalang ? “ Takkan datang dari bilik ni ??? gusar hati

“ Bang bang bang !!!” Ketukan itu datang sekali lagi …

Aku terus berlari ….

“ Ya rabbi !!!” Ada apa dalam bilik tu !!!@ Jerit aku

Sepantas yang mungkin … Akhirnya aku tiba di wad cempaka …

“ Matron !!!” Jerit aku

Matron menoleh ..
Terus berlari ke arah aku …

“ Matron , Ada benda berbunyi dalam bilik palang tu !!!! Jom pergi tengok ..” Balas aku berpeluh peluh …

“ Hahhh !! bilik tu kan berkunci !!!” Balas Matron Maznah …

“ Iya ! Saya tahu …. Dah lah .. Jom tengok dulu !!! “ jerit aku

Kami pun terus bergegas …
Sampai ke bilik berpalang tu …

“ Bang bang bang !!”

Aku tersentak sekali lagi ..
Matron Maznah yang ada tepi terus mengucap berkali kali , Sambil merapatkan dirinya ke arah aku …

Perlahan … Aku berjalan menghampiri pintu itu …

Aku pulas tombolnya ..
Berkali kali …

Ketat ! Tapi … Macam boleh dipulas

Aku cuba sedaya upaya …

“ Arghhhh !! “ aku memulas tombol itu sekuat hati …

“ Krekkkk !!” Pintu itu terbuka …

Dan pada saat itu …
Aku dan Matron maznah tergamam …
Bagaikan tidak percaya …

Satu kelibat yang sedang merangkak …
Datangnya sedikit biasan cahaya dari lampu luar …

Menampakkan rambut yang mengerbang…
Menunduk kebawah ..
merangkak ,
Menghantukkan kepalanya di pintu itu …

Kelibat itu mendongak kearah kami ..

“ Puan Rosmah !!! “ Aku menjerit ..

“ Matron !! Puan Rosmah ni !!! “ Jerit aku
Sambil belakang aku ditampar oleh Matron Berkali kali ..

“ Ya allah syukur dah jumpa …” Balas Matron Maznah …

Kebetulan beberapa Orang PPK sampai , Puan Rosmah di angkat .. Di gari diatas katil , Sepertia biasa aku berikan ubat pelali ….

Pada Malam itu juga ….
Aku refer Puan Rosmah ke Hospital besar … Untuk dimasukkan ke dalam wad disana sekali lagi …

Mana mungkin ? Setiap kali aku hantar ke Hospital besar .. Mereka katakan Puan Rosmah Normal .. Waras ?

Mereka yang gila ? Atau kami di sini yang gila ?

Pelik betul…

Syukur , Akhirnya Puan Rosmah selamat dijumpai …

“ Doktor “ … tegur Nana .. yang sedang duduk disebelah aku … di kaunter

“ Hmmm … Sebenarnya .. tadi .. Apa yang Puan Alia … Nampak … Saya pun Nampak benda yang sama semalam ….” Balas Nana

“ Nampak apa ? “ Tanya aku

“ Nampak ….. hmmm … Orang baju biru gelap … tudung putih … Mata putih … Muka terbakar ..” Balas Nana …

“ Ishhh … Kau ni saja kan , Nak takutkan aku , Nak suruh aku tido dalam wad lagi lah tu … Malam ni last tau aku dekat sini … Esok aku nak balik hospital asal aku ..” Bebel aku

“ Sumpah doktor .. Itu yang saya tergamam … “ Balas Nana ..

“ Habis tu berani pulak kau kerja malam ni ?” Tanya aku

“ Habis tu , Takkan Misi Fizah mengandung nak kerja malam , Nak tak nak saya kena hadap jugak ..” Balas Misi Nana …

“ Hishh … Kau ni ada ada jelah , Kau pun sama halusinasi … Penat sangat kot “ Balas aku

“ Oklah , Saya dah siap laporan , Saya nak balik dulu ..” Balas Matron Maznah yang terus berjalan keluar dari Wad …

“ Matron !! Tunggu sekejap !!!” jerit aku

Langkah matron terhenti diluar wad ..

Aku terus berjalan ke arah Matron Maznah …

“ Matron … Hmmm bilik berpalang tu bilik apa ?” Tanya aku …

“ hmm , Dulu bilik Matron Ramlah…, Tapi bilik tu … Tak guna lagi , Sejak Matron Ramlah meninggal .. Bilik tu … dah terabai … Pernah juga ada cubaan untuk renovasi … Tapi semua kontraktor yang datang hari pertama … terus tak muncul hari kedua .. semua tak sanggup …. saya pun hairan ..” Balas Matron Maznah …

“ Hmmm Siapa Matron Ramlah ?” tanya aku

“ Oranh lama disini , Dia meninggal 10 tahun yang lepas , Banyak baktinya disini , Senang cerita … Matron Ramlah ni , memang dah jadi kan rumah sakit ni , Rumah kedua dia , memang setia betul pada rumah sakit ni … Wad cempaka tu … Dia lah yang jaga .. Sampai lah saat dia meninggal ..” Balas Matron Maznah

“ Oh .. Hmm boleh saya tahu dia meninggal sebab apa ?” Tanya aku

“ Hmm … dengar cerita …. Rumah dia terbakar ,Masa tu dia sedang tidur …
Ada yang kata mayat dia hitam , rentung … “ Balas Matron Maznah …

Siapa matron yang aku terserempak di belakang wad malam semalam ?

Adakah Itu Matron Ramlah sewaktu malam pertama aku ternampak di bilik berpalang itu ?

Sengaja atau kebetulan , Wajah yang dilihat oleh Nana dan Puan Alia ?

Bagaimana Puan Rosmah boleh berada didalam bilik yang berpalang itu ?

Wallahualam …
Kerana aku tiada jawapannya ..

Tak semua soalan , Ada jawapannya …

Aku cuba followup keadaan Puan Rosmah .
Setakat yang aku tahu , Dia masih ditahan di wad psikiatri .

Puan Alia pula , Aku “ Discharge” Kan keesokkan harinya …
“ Saya nak lahirkan anak diHospital kampung suami saya “ Itulah pesanan terakhir Puan Alia …

Pesakit yang lain , Juga telah aku “ Discharge” Kan pada hari yang sama seperti Puan Alia ..

Wad Cempaka Lengang untuk 2 hari .
Matron Maznah telah memanggil beberapa utusan dari masjid untuk upacara bacaan surah suci .

Aku pula ?

Aku pula , Tak sabar untuk aku pulang !
Tak tenteram aku duduk di sini ..

Aku dalam kereta lah , Bersiap untuk pulang …

Tapi , sebelum itu ..
Aku… Terima panggilan …

“ Doktor , Pengarah kasi cuti 2 hari , Tapi lepas tu kena balik ke Rumah Sakit Garas semula … cover lagi 2 hari je !!” Kata Kak Ros Memerangkap Admin yang paling ceria dalam pejabat …

Mendengar mesej dari panggilan itu …

Aku menunduk …
Menepekkan muka di stereng kereta …

“ AHHH !! Ya Rabi !!! ..!!!!” bentak hati
sambil menampar stereng kereta aku berkali kali …..

TAMAT

Apa jadi seterusnya apabila aku harus tinggal lagi disana lagi 2 hari?

Nantikan Labor Room Bahagian 2

7 comments

  1. Jln cerita sgt menarik.. Seram tp teruja nak tau pengakhiran cerita.. . Tak sabar tunggu Labor Room 2.. 😁😘

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.