Labor Room Part 3

“ Krekkk …” Pintu belakang rumah sakit .. Aku bukakan ..

Aku mula melangkah keluar …

“ Haih .. Kot ye pun .. repair lah lampu sepanjang tangga ni … Agaknya zaman dulu , Memang doktor guna lampu suluh tekak kalau nak memanjat malam buta ni ..” Bebel aku lagi

Aku berjalan perlahan cuba meniti langkah ke anak tangga pertama ..

Sambil menghirup sikit demi sedikit dari bungkusan air kopi tadi …

Dalam hati masih gusar ..
Penuh tanda tanya ..

“ Datang dari mana matron tu tadi ?”
“ Ini ke yang En Samad maksudkan Matron Ramlah eh ?” Bisik hati ..

Sejurus , Teka teki itu melintas ..

Aku bagaikan ditiup angin ke arah telingaku sekali lagi …

“ Fuhhh…” Aku tersentak kebelakang .. Tangan aku terus berpaut pada besi pemegang tangga…

Sambil aku menyuluh kawasan sekitar…

“ Ish apa ni ..” Bisik hati

Namun , Waktu itu. Minda aku masih lagi belum berperang dengan soalan mistik ..

Dan seperti yang aku pernah ceritakan , Bapa aku memang tak suka nak kongsikan atau dedahkan cerita cerita mistik

Aku diajar untuk tidak mempercayainya …

Jadi Aku.. Berjalan semula ..
Terus melangkah memanjat tangga itu ..

Dari jauh , Bilik Dr Rahmat sudah pun kelihatan , berbekalkan sedikit biasan Cahaya suram dari lampu bilik itu ..

“ Dr Rahmat Oncall ni … ada jugak teman malam ni .. Aku nak pergi jumpa dia lah .. Kalau dia tak tidur lagi ..” Bisik hati

Aku terus memanjat tangga itu tanpa rasa gusar lagi ..

Aku kini tiba dihadapan bilik Dr Rahmat …

Aku mengetuk pintu bilik itu …

“ Knock knock !!”

“Assalamualaikum … Dr Rahmat … “ Aku memberi salam

Namun .. Tiada jawapan dari Dr Rahmat ..
Aku mula berjalan menghampiri tingkap itu .. Aku mula mengintai …

“ Cehh !! Kosong !! Dr Rahmat tak habis kerja lagi kot … “ Bisik hati …

Aku terus berjalan … Kini menghampiri bilik tengah …

Suram … Gelap dan usang .
Bila malam menjelang .. Bilik itu kelihatan sangat menyeramkan ..

Iyalah , Pintu pun dah koyak rabak , Cermin tingkap yang pecah lagi …

Dan Pada saat itu ..

Baru lah aku mula rasa meremang …
Entah kenapa …

Perlahan aku melintasi bilik tengah ..
Anak kecil mata ini , Mula meliar mengintai pada bilik itu …

Kepala aku mula tersengguk sengguk , Mencari sesuatu yang tidak pasti

“ Bammmm !!!” Satu bunyian yang datang dari atas bumbung bilik tengah itu ..

“ Allahhhh!!!! “ jerit aku. Terkujat , Badan aku tertujah ke belakang … Aku terus berlari …

Bunyi yang datang tanpa petanda …
Siapa yang tak terkejut

Cepat cepat aku meraba beg galas mencari kunci …

“ Kringggg!!!” telefon aku berbunyi

Sekali lagi , Aku tersentak …

“ Ya rabbi .. Dah kenapa semua nak terkejut ni ..” Bisik hati

Aku menjawab panggilan itu ..

“ Doktor !! Dah tidur ke ? “ Satu suara yang datangnya dari wad cempaka

“ Nana eh ? “Tanya aku ..

“ Ya ! Nana lah ni .. Doktor .. Kena datang balik ward .. Pesakit katil hujung tu … Saya rasa macam pelik ..” Balas Misi Nana

“ Pelik ? Apa yang pelik ? Dia boleh buat akrobatik …jalan pakai tangan ke ? “ tanya aku ..

Niat dihati sengaja nak bergurau …

“ Ye memang pelik … Kaki dia atas katil .. Badan melunjur ke bawah , Tangan atas lantai .. Dari tadi lagi …” Balas Misi Nana

“ Eh aku bergurau je tau .. biar betul … kau dah pergi tengok dia ke belum ?” Tanya aku

“ Cepat lah datang !! Nanti saya cerita..” Balas Misi Nana bagaikan menggigil ketakutan ..

Aku terus menoleh semula ..

Aku terus berlari ke arah tangga …
Namun semasa larian perlahan itu …

Dari Imbasan yang agak kurang jelas ..

“ Kalau tak silap aku , Macam Gelap pulak bilik Dr Rahmat ni …” Bisik hati sambil berlari menuruni anak tangga

“ Gelap !!!!”

Suluhan lampu dari telefon mula terpadam
Bateri telefon sudah pun kosong riwayatnya ..

Maka hanya tinggal riwayat aku yang sedang terhenti ditengah tengah itu …

“ Ya rabbi gelap gila ni …..” bisik hati

Tangan aku mela meraba Besi pemegang ditangga itu …

Bunyian serangga mula kedengaran lebih jelas dalam gerakan yang perlahan

Kaki aku mula tertunjul tunjal mencari tapak untuk dipijak

Mata aku semakin meliar …

Takut juga , Kalau kalau ada ular daun ke , Serangga pelik pelik ke pada pemegang tu ….

Langkah demi langkah aku mula turun..
Dalam kegelapan malam tu , Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa siksanya untuk aku menuruni anak tangga itu …

Sunyi dan sepi..
Apa lagi yang mampu kau lakukan ?

Aku mula menyanyi..
Entah kenapa , Idea tu boleh terlintas fikiran masa tu …

Lagu dari Kumpulan Wings .
Mungkin masa tu aku selalu dengar lagu lagu rock kapak dalam kereta ..

Lagu “ Taman Rashidah Utama”

Pertama kali kau ku cinta
Pertama kali ku diluka
Kini aku menjadi tanda
Sebuah kubur cinta

Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita….”

Sedang aku asyik menyanyi …Aku kini semakin hampir dengan anak tangga terakhir

Sejurus aku habiskan , Lirik terakhir …

“Sebagai satu kenangan
Ku ciptakan satu taman
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta “….

“ Zap !!!!! “

Sekali lagi ..
Bagaikan ada satu hembusan angin yang kuat lalu ditepi aku …
Sebaik sahaja aku menghabiskan lirik terakhir ..

Kali ini , Ianya mula terasa ..
Bulu roma mula meremang …..
Bagaikan sesuatu yang sedang berselisih dengan ku …

“ Aku ni , Bekerja nak cari rezeki , Sambil tolong orang lain … Ya Allah …”
Entah kenapa aku bebelkan ayat ini bekali kali sehinggalah aku tiba di pintu belakang rumah sakit itu

Aku buka pintu itu ,
Aku terus berlari .. Menuruti lorong kecil terus ke pintu penghubung …

Masa tu , Aku dah mula fikir tentang keadaan pesakit …

Makin tak keruan aku dibuatnya , Selepas apa yang dikatakan oleh Misi Nana tadi ..

Akhirnya larian aku berjaya sampai di wad cempaka

“ Nana !! “ Jerit aku

Nun di hujung sana .. Nana sedang berdiri ditepi katil pesakit

Katil paling hujung sekali ..
Aku lihat sekeliling

Para Ibu yang lain , ada yang menyelimutkan seluruh badannya , Ada yang sedang memerhati pada Misi Nana , Ada yang hanya baring mengiring memandang ke arah kaunter .

Dari jauh mula terngiang

“ Puan .. Dah lama sangat posisi puan macam ni , Puan baring atas katil sekarang ..!” Jerit Misi Nana

Namun, dari jauh aku dapat perhatikan , Pesakit itu bagaikan sedang marah , Dan salah satu tangannya , Melambai ke udara , Cuba menghalau Nana lebih jauh sambil menjerit

“ Pergii ! Jangan kacau aku ..”

Nana menoleh ke arah aku

Aku terus berlari ke arah mereka ..

Masa tu , Kepala pesakit di bawah ..Kedua belah tangan menahan badannya yang separuh dibawah , Separuhnya lagi bersama kaki masi di atas katil

Mengintai di bawah katil , Tanpa berkata apa apa ..

“ Ppppuaaannn..” Tegur aku

“ Dah lah tu , Biar saya tolong angkat kamu .. Saya baringkan atas katil ya ?” Balas aku sambil berjalan menghampiri pesakit tadi …

Sejurus habis sahaja ayat aku ..

Pesakit itu menoleh .. Merenung muka aku dan misi Nana ..

“ Pergi jauh jauh .. Jangan kacau aku nak bermain ..” Jerit pesakit itu tadi

“ Nana , Siapa nama pesakit ? Dia masuk ward sebab apa ?” Tanya aku

“ Nama dia Rosmah … masuk wad sebab dehidrasi .. Kurang air dalam badan ..” Balas Misi Nana ..

“ Puan Rosmah … “ Tegur aku perlahan …

Puan Rosmah sekali lagi …menoleh dan terus merenung ke arah aku ….

“ Kau tak paham bahasa ke ? Aku kata pergi !! Jangan kacau aku “ Balas Puan Rosmah

“ Ya ! saya tahu .. tapi Posisi puan rosmah ni , Tak baik untuk bayi dalam perut tu !!” Jerit aku

“ Ahhh , Apa aku peduli .. Aku dah lama mati !!” Balas puan rosmah

Aku muka tersentak
Misi Nana mula berjalan , kearah aku sambil memegang baju aku dari tepi ..
Aku dapat rasakan tangan Misi Nana sedang menggigil bila baju aku mula herot berot …

“ Hoi Nana , Kau dah kenapa , Aku nak tercekik dah ni ..” Balas aku

Misi Nana , Tergamam …Memandang ke arah aku

“ Nana , Kau pergi lari .. Cari 2-3 orang PPK … Lelaki , lepas tu stanby injection ubat pelali ..” Bisik aku

Apa lagi yang aku mampu buat selain memberi injection ubat penenang / Pelali ?

Misi Nana , Berlari terus pergi

Aku dah mula runsing .

Tak Sampai lima minit , seorang PPK ,
Pembantu Perawat Kesihatan mula datang , Terus berlari ke arah aku …

Keadaan makin tegang ..
Ibu ibu didalam ward mula tak keruan ..
Ada yang terkumat kamit membaca surah ..
Ada yang mula berjalan ke katil lain mencari teman ..

“ Ibu ibu semua , Jangan risau .. Kamu semua bertenang , Biar kami uruskan ..” Jerit aku …

Aku melihat pada “ Name Tag” PPK tadi ..
Saiful…

“ Saiful , Kejap lagi , Awak pegang dia dari belakang , Saya akan sambut bahu pesakit … Misi Nana akan cucuk ubat pada punggung pesakit ok ?” Jelas aku dalam tona yang perlahan pada PPK saiful

“ Nana ! Cepat lah ..” jerit aku

Misi Nana mula berlari ke arah kami , Tergedek gedek sambil menolak
Troli injection .

“ Nana , Kejap lagi aku dan saiful rebahkan pesakit … Mengereng .. Kau stanby sebelah sini ok ? Bila pesakit dah mengereng . Kau terus inject dekat punggung dia ok ?” Bisik aku pada Misi Nana

“ Ok , Dalam Kiraan , Satu … Dua … Tiga …” jerit aku

PPK Saiful terus menarik badan pesakit dari belakang , Aku menyambut bahu pesakit itu ….

Puan rosmah mula menjerit , Sambil meronta ronta dengan kedua belah kaki dan tanggnya ..

Beberapa kali Tumbukan puan rosmah hinggap di muka …

Akhirnya aku dan PPK Saiful berjaya merebahkan puan rosmah dalam keadaan mengereng …

Lantas Misi Nana terus menyuntik ubat pelali itu …

Sambil aku usapkan dahi puan rosmah

“ Mengucap … Puan .. Mengucap ….” bisik aku pada telinganya …

Tiba Tiba …

“ Arghhhhhhh !!! Arghhhhh !!!” Satu jeritan yang datangnya dari belakang

Aku , Misi Nana dan PPK saiful mula tersentak sekali lagi …

Kami semua menoleh kebelakang

Ibu Ibu dikatil yang lain mula menyorok dibalik selimut ..

Satu jeritan yang datangnya dari pesakit , 3 selang katil yang bertentangan …

Pesakit tadi menjerit jerit sambil menyelubungi dirinya didalam selimut …

“ Ya Allah !!!! Apa pulak kali ni …
Sorang lagi ???!!!! “ jerit aku pada Misi Nana dan PPK Saiful

———————————————————-

PART 3B

Misi Nana Dan PPk Saiful mula tersengguk sengguk mengintai …

Puan Rosmah semakin tenang …
Matanya mula layu …

“ Nana , Ambik Vital Sign cepat … Lepas tu , pergi cek berapa Urin output , Prepare Iv Drip ..” Balas aku

Aku dan PPK Saiful terus berlari ke arah pesakit itu ….

“ Puan .. !! Puan ..!” Kenapa ni terjerit jerit

Pesakit itu masih lagi dalam keadaan diselubungi dibalik selimut …

“ iskk … iskkk … iskkk…” Mula menangis

Aku memandang ke arah PPK Saiful

“ Puan … Saya ni doktor .. kenapa puan sampai menangis macam ni … saya buka selimut ni ya..” Bisik aku perlahan

Tangan aku mencapai secebis selimut itu , Aku mula turunkan perlahan …

Pesakit itu sedang duduk , sambil Tanggannya memeluk lutut .. Sedang menangis tersedu sedu , Mula duduk menghadap aku…

Pergerakan pesakit itu , Bagaikan cuba mengelak dari melihat ke arah Katil Puan Rosmah …

“Puan … Nama kamu siapa ? Sekarang kamu di mana ?” Tanya aku sengaja aku cuba memeriksa GSC ( Glasgow Coma Scale ) .. Soalan yang akan memberi sedikit jawapan tentang kondisi pesakit itu

Ternyata Puan Alia dalam keadaan yang sedar penuh …

“ Nama saya Alia … Saya di rumah sakit ..” Balas Puan Alia perlahan sambil tunduk mengesat air matanya ..

“ Puan .. Kenapa ni .. Cuba cerita kenapa tiba tiba terjerit ..” Tanya aku

“ Sssayaaaa.. Takut .. Saya terkejut ..” Balas puan Alia Mula menangis sekali lagi

“ Puan .. Takut apa? Terkejut apa ?”
Tanya aku

Puan Alia masih lagi diam membisu .. Sambil mengelap matanya …

“ Hmmm .. Puan tak biasa tengok pesakit halusinasi ya ? Tak apa .. Pesakit tu kami dah uruskan .. Dia dah tidur dah pun “ Pujuk Aku pada Puan Alia …

Misi Nana datang menghampiri kami

“ Doktor , Blood Pressure / Heart Rate / Sp02 Puan rosmah semuanya normal .. Temperature pun normal .. Urine Output pun banyak … Intake kita Bagi IV Drip pun cukup … “ jelas Misi Nana perlahan …

Dehidrasi atau nama lainnya “ Tak cukup air dalam badan “ Adalah sangat merbahaya untuk Para Ibu mengandung . Ibu mengandung perlukan air yang cukup dalam badan untuk memastikan segala fungsi sistem badan dapat berfungsi dengan baik , Darah yang cukup untuk pembentukan embrio … Kadang kadang , Dehidrasi juga dapat membuatkan Halusinasi bila Otak tidak dapat jumlah oksigen yang cukup serta ada kemungkinan untuk gangguan emosi ..

Untuk Kes Puan Rosmah .. Aku masih merawat dehidrasinya .. Kemungkinan yang tinggi adalah masalah gangguan emosi semasa mengandung

Sekali Lagi , Pesakit ke dua dari wad cempaka , Aku refer kepada pakar psikiatri dan pakar Ibu /Anak .

“ Tak apa , Follow plan saya dulu , Nanti saya refer pada pakar ..Biarkan Puan Rosmah berehat lebih lama lagi ..” Balas aku

“ Oh ya , Nanti cuba hubungi Suami Puan Rosmah , Esok saya nak jumpa dengan suami dia ok ..” Balas aku

Aku menoleh ke arah Puan Alia

“ Jangan risau ya , Puan Rosmah pun dah ok tu .. Kamu sambung tidur semula …” Balas Aku

“ Tapi … Tapii … Saya takut ..” Balas Puan Alia

“ Eh Tak ada apa dah , Ada ramai Ibu Yang lain … Jangan lah macam ni , Nanti yang lain pun takut .. Puan kena tenang .. Mengandung ni memang mencabar … Kena pandai kawal emosi .. Kalau Puan stress macam ni , Memang tak baik untuk Anak nanti …” Balas aku cuba memujuk lagi

“ Doktor … Saya tak sanggup .. Saya takut ..” Balas Puan Alia

Aku menoleh ke arah Misi Nana .

“Doktor … Saya nak balik … Panggil suami saya sekarang boleh ??” Tanya puan alia penuh keresahan ..

“ Bingung !! Ah sudahhh … Dia nak balik pulak …” Bisik hati …

“ Jangan macam ni puan … Puan perlukan rawatan untuk pastikan bayi sihat .. Esok pagi saya periksa lagi .. Kalau tak ada apa apa puan boleh balik ya …..” Balas aku

“ Ok lah .. Saya beredar dulu .. Misi Nana Dan Ppk Saiful akan jaga wad ni …” Balas aku

Aku pun mula beredar , Langkah pertama aku terhenti seketika apabil Puan Alia menyentap tangan aku …

“ Doktor .. Saya takut … tolong .. laa..” Balas puan alia dengan wajah yang sayu

“ Puan .. Macam saya katakan tadi .. Misi dan PPk ada malam ni untuk jaga wad..” Balas aku cuba memujuk

Sambil aku mengintai jam tangan …
Malam bertukar pagi …

“ Doktor … Tadi … Tadi saya nampak sesuatu … “ Balas Puan Alia masih menggenggam tangan aku..

“ Nampak sesuatu ?… Hmm nampak apa ? Cuba puan jelaskan …” Balas aku

Misi Nana mula merapatkan diri pada aku .. Sambil Ppk Saiful juga turut berjalan menghampiri kami dari kaki katil …

“ Ada … Ada… Sesuatu diluar tingkap ….Macam ada tubuh sedang berdiri masa doktor dan Ppk rebahkan pesakit tadi … “ jelas puan alia ..

“ Tubuh tu … Berbaju gelap .. Macam berlilit tudung putih di kepala … Bukan kali pertama saya nampak dia .. Selalu dia mundar mandir lorong tepi tu… Saya ingat kan staff hospital …Tapi …saya hairan jugak .. ada apa dekat lorong tepi tu … Kadang-kadang 2-3 pagi pun ada …” Jelas puan alia lagi

“ Tapi ..Kali ini …. kelibat tu memang betul betul berdiri belakang cermin waktu doktor dengan ppk rebahkan pesakit tu … “ tambah puan alia

Aku mula tercengang …. Aku memandang ke arah Misi Nana … Dan Ppk saiful …

Misi Nana mula menunduk keresahan …

“ Dan … Ada satu lagi ..” Balas Puan Alia ..

“ Hah ? Satu lagi ? “ Tanya aku sambil menggosok mata ..

“ Ya doktor .. Ada benda di bawah katil … pesakit tu jugak ….Rambut panjang muka berlumuran darah … Wajah nya kurang jelas …
waktu saya terpandang tu , Kelibat bawah katil tu memang merenung pada saya .. Itu yang saya tak tahan terus menjerit ..” Balas Puan Alia..

“ Ahhh … Apa semua ni … Sepanjang aku bekerja masa Houseman , Tak jumpa pun kes kes macam ni .. Ini di luar bidang aku ni ..” Bisik hati …

“ Apa aku nak cakap ni ..” Sambil aku menunduk cuba memikirkan jawapan yang terbaik untuk pesakit …

“ Doktor … Gula Puan Alia .. Rendah …” Balas Misi Nana ..

Aku tergamam seketika ..

“ Gula ?? “ Terngiang ngiang difikiran ..

Sambil aku mellihat Misi Nana ..
Mula mengelipkan matanya ..

Jadi Faham lah aku …. Apa yang cuba disampaikan oleh Misi Nana ..

“ Oh Ya !! Gula puan rendah .. Sebab tu Puan Halusinasi sekejap tu .. Tu perkara biasa .. Mengandung ni hormon tak stabil .. Kalau gula rendah pun boleh membuatkan kita terbayang bayang sesuatu yang pelik ..” Balas aku pada Puan Alia sambil tersenyum

Puan Alia hanya mampu termenung melihat ke arah kaunter

“ Ok Lah .. Macam ni !!” …. Misi Nana mula mencelah…

“ Ok macam ni , Untuk malam ni , Puan tidur di katil hadapan Kaunter ya ?” Balas Misi Nana cuba memujuk Puan Alia yang sedang menangis teresak esak ..

Puan Alia Mengangguk ….

“ Lega !!!” Bisik hati …

“ Bagus cadangan tu .. Puan alia berehat dulu .. Nanti Misi Nana bawakkan air manis sedikit ya ..” balas aku

Aku pun beredar .. Sambil menarik siku Misi Nana…

Aku bisik ditelinganya …

“ Gula Puan Alia sebenarnya normal kan ?” ..

Misi Nana mengangguk …

“ Ok ok .. Takpe .. Kejap lagi kau buat dia air milo sikit .. Kasi minum … Lampu tak payah tutup .. Biar terang benderang macam ni …ok ?” Balas aku

“ Okay doktor … “ Balas Misi Nana

“ Ermmm .. Doktor dah nak balik kuarters ke ? “ Tanya Misi Nana …

“ Aah la… takkan aku nak duduk kaunter pulak .. sangap dah ni …” balas aku …

“ hmmmm …. hmmmm … “ dengusan dari Misi Nana..

“ kau dah kenapa ni ?” tanya aku

“ Tak ada apa lah … nanti kalau apa apa saya call ya …” Balas Misi Nana

Aku pun terus beredar ..
Sekali lagi aku harus menempuhi laluan ke kuarters

Kali ini , Badan dah mula rasa letih tak bermaya ..

Tak ada masa untuk aku fikirkan kejadian tadi ..

Ibu mengandung ni .. Biasalah .. Hormon tak stabil .. Suka meracau ..
Kira ok lah tu .. ternampak benda pelik pelik …

Daripada mintak duriang musang king pukul 3 pagi …
Lagi pelik …
Mau meninggal nak cari durian dalam Pekas Garas ni …

Aku sudah biasa dengan karenah mereka ni …

Sedar tak sedar …
Aku kini sedang memanjat semula tangga ke kuarters …

Aku berjalan terus menuju ke pintu bilik aku …

“ krekkkk .” Satu suara yang datangnya dari belakang

Bagaikan bunyi pintu yang terbuka ..

“ ah .. Dr Rahmat la tu .. Mesti ada kes …” bisik hati … Sambil aku meraba raba mencari kunci dalam poket seluar …

“ Tap … tap.. tap …” bunyi tapak kaki yang berjalan ….datangnya dari belakang

Aku terus menoleh ..
Aku mahu menegur Dr Rahmat …

Satu bayang bayang kelibat yang sedang berjalan ke arah anak tangga itu

“ Banyak kes ke ?” jerit aku dari jauh

Sambil tangan aku menggodek bag galas .. mencari kunci

Sapaan aku tidak dibalas oleh Dr Rahmat ..

Mungkin .. Dr Rahmat tak dengar .. Atau dia mahu cepat .

“ Hish .. Mana pulak kunci bilik ni ..” Bisik hati

Aku pun mula mencangkung dalam kegelapan malam tu , Hanya bertemankan lampu suluh dari telefon yang berjaya “ dicharge “ sekejap di wad tadi …

Nasib baik sempat juga aku charge telefon …

Aku rebahkan bag galas aku ..
Aku mula menyuluh mencari kunci …

“ Kringgg !!!!” Telefon berbunyi ….

Sekali lagi aku tersentak …dengan nada deringan itu …

“ Hello … !!Ye Nana .. Kau nak apa lagi ni …buat terkejut orang je “… Tanya aku ….

Sambil aku memandang sekeliling ..
Dan pada saat itu .. Biasan cahaya yang datang dari bilik Dr Rahmat … Sekejap terbuka .. sekejap tertutup ..

Aku mula meremang …

“ Doktor … Doktor… hello dengar tak ?” Tanya misi nana

“ Sori sori !! Aku tak dengar apa kau cakap tadi .. Ulang balik ..” Balas aku ..

Gangguan lampu bilik Dr Rahmat mula menggangu fokus aku …

“ Doktor … Sorii … Ada satu borang darah doktor lupa sign …” Balas Misi Nana

“ Alahhh !!! Tadi kenapa tak ingatkan .. Aku dah sampai kuarters ni Nana … adoi …” Balas aku ..

“ Sori !! sori sangat sangat … Saya pun terlepas pandang tadi , Takut nanti darah kena reject..” Balas Misi Nana

“ Aduh … Macam mana ni .. Penat lah aku nak kehulu kehilir macam ni …” Balas aku

“ ok Ok .. Macam ni … Mintak tolong Dr Rahmat sign kan borang tu … Tadi saya nampak dia keluar dari bilik dia .. Mungkin dia ada kes dekat wad medikal … Kau cari dia kat sana .. mintak tolong dia sign kan dulu ya ..” Balas aku

“ Dr Rahmat ?” Tanya Misi Nana ..

“ Yelahh .. aku baru nampak dia keluar bilik kuarters tadi …” balas aku

“ Eh ! .. Dr Rahmat cuti la… tak oncall .. Hari ni wad medikal Dr Jaya ..” balas Misi Nana ..

“ Ha ! Mungkin tadi Dr Jaya kot yang turun bawah .. Gelap .. Aku tak perasan ..” Balas aku

“ Tapi .. Dr Jaya dari tadi memang ada dekat wad medikal … baru lepas setengah jam tadi .. Saya ambil ubat di ward medikal … Dia memang ada dekat sana pasang tube urine ..” Balas misi nana

Pada ketika ini , Barulah aku mula merasakan sesuatu …sesuatu yang aneh belum pernah aku lalui ..
… Seluruh tubuh mula menggigil ..

Disaat aku sedang merenung Lampu yang sekejap terbuka dan kemudian tertutup .. Datangnya dari bilik Dr Rahmat ….

Siapa tadi ? &
Siapa yang ada dalam bilik Dr Rahmat Sekarang ni?

“ Kringgg !!” “ sekali lagi aku tersentak dengan panggilan yang masuk

“ Hello .. Doktor doktor !!” jerit Misi Nana

“ Ya Rabbi !! Apa lagi nii ..” Balas aku

“ Puan rosmah doktor .. Puan rosmah …. Dia dah terjaga balik … Tapi ..” Jelas Misi Nana

“ Hahhh !!!! Whattt !!! jaga balik ??? Tapi apa now ??” Tanya aku dengan panik

“ Puan Rosmah … Dia .. Dia dah lari keluar ikut pintu belakang wad …Cepat la doktor datang .. Saya dah panggil pengawal cari …” jelas Misi Nana …

Tercengang .. Aku berdiri bersendirian diperkarangan kuarters itu , Dalam suram pagi yang makin gelap …

Bersama satu panggilan yang yang telah memanjangkan lagi malamku ini …

“ Ya Allah !!! Apa kena dengan orang dekat sini !!!!!! “

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.