Labor Room Part 2

LABOR ROOM
PART 2

“ Hmmm , Jauh jugak ni nak menapak bilik kuarters .. Kang malam nak kena buat round lagi …Tapi badan ni dah mula sengal sengal … Kalau dapat baring sekejap pun ok jugak ..ni “ Bebel aku

Masa tu , Aku tak terfikir tentang seram lansung …

Apa yang aku titik beratkan ialah masa …
Macam mana kalau emergency ?

Berapa cepat aku boleh sampai ?

Kalau setakat patah riuk , boleh lagi la berlenggang ambil masa

Macam mana kalau ..

Cord Prolapse ?
Fetal distress ?
atau lain lain kecemasan ?

Tak boleh jadi ni …

“ Aku rasa , Elok aku timing perjalanan dari laluan utama ke kuarters …” Bisik hati

Aku mula melihat jam tangan ..

“ 4:35 Pm !!! Ahhhh dah lambat !! Aku kena pergi ambil kunci dekat ofis !!” Bebel aku lagi

Tanpa berlengah lagi ..
Aku berjalan pantas menyusuri laluan wad terus ke ofis

Setibanya di ofis ..

“ Sorry Kak Jah !! Busy sikit tadi kerja di ward …” Balas aku dengan senyuman kera sumbang …

“ Hah ! Doktor .. Kak Jah tunggu doktor je ni .. Kak jah nak balik dah .. Nasib baik sempat ..” Balas Kak Jah ..

“ Hehe .. Alah jangan la marah .. Nanti saya belanja Pizza ok ?” Balas aku

“ Eleh … Bila la tu nak belanja pizza .. Mentang mentang sini tak ada kedai pizza .. Boleh lah offer kan ..” Balas kak Jah

“ Ha ha ha ! Pandai pun .. Tak menjadi pulak trick saya .. Jom lah kak jah .. Kita pergi kuarters , Saya penat dah ni “ Balas aku

Kak Jah tersenyum .. Mengiringi aku … Menerusi laluan seperti yang telah dijelaskan oleh Nana …

Kami melepasi pintu penghubung sebelah kiri .. Kini melalui laluan mula memintas bilik mayat ..

“ Kak Jah .. Nak tanya sikit … Kenapa bilik kecil sebelah bilik mayat ni berkunci ? Siap berpalang lagi ?” Tanya aku

“ Oh Yang tu !! Hmmm … bilik tu , Katanya nak renovasi … “ Balas Kak Jah

“ Tapi kot ye pun nak renovasi .. Dah kenapa sampai berpalang macam tu ..” Tanya aku lagi

“ Haa ! Doktor .. Nampak pintu belakang tu … Nanti doktor akan selalu lalu pintu ni lah .. Ini pintu belakang rumah sakit ni .. Pintu ni menghala ke tangga untuk naik ke kuarters doktor … “ Balas Kak Jah

“ Ohh ! Ok … Baik ! Faham !!” Balas aku

Namun , Aku dapat rasakan Kak Jah mula mengelak soalan itu dari dijawab ..

Atau , Kebetulan Kak Jah teruja untuk menunjukkan pintu itu …

Aku pun terus mengikuti kak jah dari belakang …

Setibanya di pintu belakang .. Aku melihat jam tanganku

“ Boleh tahana juga.. Jalan santai santai macam ni dah dekat 10 Minit ..” Bisik hati ..

“ Ok .. Doktor nampak tak Tangga depan tu … Nanti doktor guna tangga ni naik ke atas … Dari sini memang tak nampak lah kuarters tu .. Bila dah naik 20 anak tangga baru nampak …” Balas kak jah

“ Oh ok ! Ya saya nampak .. Boleh tahan juga tinggi tangga ni .. Dah kenapa lah buat kuarters doktor tinggi sampai macam ni kan .. Siapa lah yang pandai sangat plan macam tu … “ Balas aku

“ Alah doktor , Bangunan lama memang macam tu … Ok lah doktor …Nah kunci … Nanti doktor sampai atas .. Bilik ketiga hujung sekali tu lah Bilik doktor …” Balas Kak Jah ..

“ Eh , Kak jah , Mari lah naik sekali … “ Balas aku

Wajah Kak Jah mula mengerut … Bagaikan sedang memikir sesuatu .. Sambil matanya meliar melihat sekeliling

“ Alah , Senang je doktor , Nanti doktor sampai atas , Mesti boleh nampak punya .. Bukan besar mana .. Ada 3 Pintu je . Doktor buka lah pintu hujung sekali .. Bilik tu paling basik .. Ada tandas .. Satu katil bujang … Bukan ada apa apa pun saya nak tunjuk … Kunci pun .. Satu ni je ha .. untuk pintu hadapan .. Kak Jah bukan apa , Dah tua tua ni nak panjat tangga setinggi ni , Kaki pun tak kuat dah ….” Balas kak jah

“ Ermm … Yelah yelah , Kesian pulak Kak Jah nak memanjat sampai atas tu … Siapa lagi tinggal diatas ..?” Tanya Aku lagi

“ Oh , Bilik pertama.. DR Rahmat punya …Bilik kedua , Tak ada orang … Bilik tu silingnya dah rosak , Bocor .. Hujan masuk air .. Belum ada bajet untuk repair ..” Balas Kak Jah ..

“ Tadi , Misi dekat ward cerita , Dr Rahmat dah pindah keluar … Betul ke ?” Tanya aku

“ Dr Rahmat , Memang ada menyewa diluar .. Sejak dia dah kahwin bulan lepas .. Tapi DR Rahmat masih guna lagi bilik dia .. Mungkin dia guna masa oncall lah .. Sebab rumah sewa dia agak jauh dari sini ..” Balas Kak Jah ..

“Oh .. Ok la macam tu .. Tak ada lah saya tinggal sorang sorang “balas aku …

“ Ok lah doktor , Dah nak dekat 5:30 Petang .. Kak jah nak balik dulu .. Nanti gelap pula jalan .. “ Balas Kak jah

“ Oh , Kak jah tinggal diluar ? Kenapa tak tinggal dekat kuarters je ?” Tanya aku

“ Alah , Suami kak jah pun orang sini .. Dah beli rumah dah pun .. “ Balas kak jah

Kak jah mula melangkah kan kaki

“ Ok lah , Kak jah balik dulu , Kalau ada apa apa boleh jumpa Kak Jah di ofis esok ya ..” Balas kak jah

“ Oh ya ! Kak Jah .. Hati hati … Ada dahan pokok tumbang .. Tadi masa saya nak datang sini .. dahan tu Tumbang betul betul depan saya .. Nasib baik cepat mengelak ..” Balas aku

“ Oh ! Ok .. Thanks doktor .. Nanti kak jah slow down lah turun bukit nanti … Kak jah balik dulu .. Asalamualaikum ..” Balas Kak Jah berlalu pergi

Aku kembali meneruskan perjalanan .. Aku mula memanjat tangga itu satu persatu ..

Ditemani beberapa pohon yang bersaiz sederhana dikiri dan kanan ku .. Kini aku mula sampai anak tangga ke 20 .. Betul kata kak jah , Kuarters diatas dah mula kelihatan ..

“ Not bad … “ Bisik hati

Bangunan yang agak “ Simple “ Tetapi sedikit usang …

Namun , Arca segi bentuknya masih kukuh ..

“ Bagunan lama , Kalau cat All white .. Memang cantik ..” Bisik hati..

Aku meneruskan perjalanan …

Akhirnya aku tiba dipuncak ..

Memang mudah .. Hanya ada satu deretan blok sahaja ..

Dari anak tangga yang terakhir lagi aku dah boleh nampak pintu bilik yang Ke Tiga …

Aku menoleh semula ke arah Rumah Sakit ..

Memang cantik ..
Dari atas boleh nampak struktur bumbungnya yang agak usang , Namun diselangi dengan cahaya “ Sunset “ Memang sangan mengujakan …

Segar betul udara diatas ..
Dari jauh aku boleh nampak pekan Garas .. Dalam skala yang lebih kecil …

“ Kalau lepas subuh .. Mesti lagi cantik ..” Bisik hati ..

Aku mula berjalan …

Desak hati , Aku mahu mengintai ..bilik Dr Rahmat . Manalah tahu . Kalau harini Dr Rahmat oncall , Mesti dia dah ada dibilik itu .. Boleh lah berkenalan …

Perlahan aku berjalan …
Bilik itu hanya ada pintu utama , Dan disebelahnya Tingkap 4 Segi .. Frame kayu …

Kini aku makin menghampiri …
Aku mula merapatkan diri pada tingkap , Cuba mengintai …

Tiba tiba ..

Satu lagu yang agak klasik dimainkan , Dari radio.. Dalam bilik itu ..

“ Hah ! Dr Rahmat ada ni ..” Bisik hati

Lunak musik itu , Membuatkan aku mahu mengintai lagi …

“ Katil betul betul berada ditepian tingkap , Aku hanya nampak hujung kaki katil sahaja , Bahagian kepala katil terlindung dengan dinding bawah tingkap ..

Aku mula mengintai .. Bersama alunan muzik klasik yang bermain ditelinga

Aku nampak … sepasang kaki yang sedang diliputi dengan selimut …

“ Alamak .. Dr Rahmat tidur kot ..” Bisik hati

Memang menjadi rutin seorang doktor … Ketika oncall

Jam 5- 7 malam selalunya tak ada pesakit baru , Melainkan kecemasan

Jadi masa ini sahaja lah yang harus digunakan sebaik mungkin untuk berehat .. Masa masih panjang ..
Masih ada 15 jam lagi waktu yang perlu bersedia untuk bekerja bila perlukan …

“ Ah , Taknak kacau Dr Rahmat lah ..Nanti jelah aku cari dia di ward ..” Bisik hati

Aku pun berjalan menerusi bilik ke dua
Betul kata Kak Jah , Dari luar dah nampak keadaan dalam bilik itu .. Berbeza dengan keadaan bilik Dr Rahmat .

bilik ini ternyata jauh lebih usang .. Dinding semuanya dah berkulat … Perabot yang dah pecah , Katil yang berkarat … Pintu masuk pun tak berkunci , Mungkin kerana kuncinya dah rosak ..

Namun , Dari apa yang aku nampak .. Beberapa puntung rokok ada dibilik itu ..

“ Hah ! Aku dah tau dah kerja siapa ni .. Ini mesti staff lain yang buat port hisap rokok bila shift malam ni ..” Bisik hati ..

Aku pun meneruskan perjalanan , Kini aku tiba dihadapan bilik ku ..

“ Klik” Aku masukkan kunci …Aku pulas tombolnya ..

“ Wow .. Luar setinggan , Dalam kondo !” Bisik hati

Kemas !
Bilik yang agak kemas . Bercadar baru .. lantai yang bersih .. Almari besi yang masih terjaga … Aku mula teruja ..

Aku pun apa lagi , Aku mula lah eksplorasi bilik itu ..

Aku masuk ke tandas , Saiznya agak terhad , Namun cukup ruang untuk mandi dan melepaskan Hajat ..

Namun , Bunyi titikan air dari pili .. Amat menjengkel kan ..

Aku cuba memulas untuk tutup lebih rapat..
Malangnya .. Getah Pili itu mungkin dah rosak didalamnya ..

Yang menyebabkan bocoran kecil pada pili itu ..

Antara salah satu perkara dalam hidup aku yang amat aku tak gemar .. Adalah bunyi air dari pili yang bocor menitis di atas lantai …

Ibarat bunyi metronom yang dipasang tanpa henti

Sangat menjengkelkan ..
Namun apa pilihan yang aku ada ..

Tapi , Tak banyaklah rungutan aku .. memandangkan keadaan bilik yang kemas membuatkan aku rasa sedikit gembira ..

Aku mula berjalan keluar .. Aku buka tingkap seluas mungkin ….

Baru lah ada pengudaraan ..
Segar betul angin sepoi sepoi yang muka meniup masuk .. Diselangi dengan “ Vanilla sky “ dari luar … Amat menyegarkan

Aku masih ingat lagi detik itu ..
Pancaran matahari pun tak lah terik sangat ..

Cukup dengan jumlah cahaya yang masuk kedalam bilik dengan biasan yang amat selesa dan rendang …

Lama juga aku berdiri di tingkap .. Sambil menikmati suasana indah petang itu

Aku menoleh melihat sekeliling …

Apa yang aku perasan … Susunan bilik ini sedikit beebeza dari bilik Dr Rahmat ..
Katil aku dihujung .. Di sebelah tandas …menghadap tingkap …

Mungkin Dr Rahmat dah susun atur semula kedudukannya .. Mungkin Dr Rahmat tak suka bertentangan dengan tingkap dan juga pancaran cahaya dari luar …

Aku mula merebahkan badan ..
“ Ya Aulloh ! Selesanya dapat baring !!l bisik hati ..

Bagi kami , para doktor , setelah penat bekerja seharian …

Proses merebahkan badan diatas tilam yang empuk .. Amatlah bermakna …
Perasaan itu , Tiada tandingnya !

Aku pun macam biasa , tersadai diatas katil itu , Membongkang bagaikan dunia ini aku yang punya ..

Satu kaki diatas kaki katil .. Satu lagi tergantung ditepi tilam..

Aku merenung ke atas siling ..sambil melihat kipas siling yang melibas perlahan ..

Aku menikmati unjuran keramat itu ..
Namun , Bunyi air yang menitis satu persatu dari dalam tandas amat menjengkel kan ..

Aku mula mengikut Ritma bunyian titisan air itu umpama bunyian degupan jantung …

“ Lub dup … Lub dup … Lub dup … dup dup dup ..” Baca minda cuba untuk sinkronim dengan bunyian titisan air tadi

Bunyi ritma yang tidak sekata ..
Atau nama lainnya ..

“ Arrythmia “ bagaikan bunyi degupan jantung pesakit yang sedang mengalami Masalah jantung ..

Arrythmia bermaksud degupan jantung tidak sekata ..

Jika kebiasaanya untuk jantung normal ..

“ Lub dup .. Lub dup … “ Ritma yang sekata ..

Untuk arrythmia pula …
“ Lub… Dup dup .. Atau lub.. Dup dup dup .. Atau lub dup .. dalam rentak yang laju …

Apa itu bunyi lub dup ?
Itu adalah bunyi Injap … Injap sebelah kiri terbuka , Injap sebelah kanan pula tertutup ..

Memandangkan , Tiada apa apa hiburan disitu ..

Titisan air pun boleh memberi sedikit aktiviti untuk aku ..

Nampak sangat boring hidup aku masa tu kan ?

Dalam khayalan aku mengira titisan air itu ..

Mata mula berat …
Dunia menjadi gelap …

Aku terlelap ….

“ Kringggg!!!!!! “ bunyi nada deringan telefon ku mula memecahkan suasana …

Aku terjaga dari lenaku .. Aku bukakan mata ..

“ Ya allah ! Dah gelap gelita !!! Aku terlajak dah ni .. “ Bisik hati

Sambil aku menderu terus menggapai mecapai telefonku yang tak terhenti berdering

Aku buka suis lampu disebelah pintu tandas ..

“ Kelip .. Kelip ..”

Lampu itu seolah olah , Hidup segan mati tak mahu .. Berkelip berkali kali ..

Sekejap bercahaya .. Sekejap gelap ..

Dalam masa itu ..

Aku dapat rasakan , Ketika lampu berkelip terang …

Bagaikan Ada bayangan susuk tubuh dihadapan tingkap ku itu …

Aku mula mengerut muka , Mengecil kan mata , Agar pupil mata ku bisa mengembang menyerap cahaya …

Perlahan aku , Mengenjak ke belakang ..

Setiap kelipan lampu yang terang pasti ada Susuk tubuh bayangan itu ..

“ Kelip .. Kelip .. Kelip … Terangggg”

“ Hah !! Hidup pun kau lampu !!!!! aku mula menjerit

Aku mula mengurut dada ..
Pada saat itu , Aku belum pernah lagi terfikir tentang sesuatu yang mistik atau ghaib. …

Namun , Bayangan Susukan tubuh pada Tingkap yang sering muncul setiap kali pada kelipan cahaya lampu itu , Betul betul membuatkan aku mula tercungap

“ Alah , Bayang bayang pokok depan bilik je kot ..” Aku mula berdikiran positif …

“ Hello helooo .. “ Satu suara yang datangnya dari telefon

“ Ya allah , Lampu ni berkelip punya pasal .. sampai aku lupa ada yang sedang memanggil aku ..” Bisik hati

“ hellloo heloo … Ye ye saya ada ni …” Balas aku

“ Doktor !! Jadi tak buat round malam .. Dekat rumah sakit ni , Kalau wad bersalin .. Wajib buat night round tau ..” Balas misi

“ Jadi jadi !! Saya tahu .. Kene buat night round . Sori saya terlelap tadi .. Ada kes kecemasan tak ? Ada yang tak stabil ke ?” tanya aku lagi

“ So far semuanya ok doktor … Cepatlah datang .. Dah 8:45 malam dah ni .. Nanti lepas doktor round kami nak dispense ubat lagi pada pesakit .. Nanti orang farmasi bising , Kita order ubat lambat ..” balas misi lagi

“ Ok ok .. sekejap !! 5 minit je saya nak mandi , Lepas tu saya terus ke sana ok ..” Balas aku

Aku menamatkan panggilan itu

Aku menoleh sekeliling

“ Allahuakbar ! Beg baju dalam kereta .. Maghrib dah terlepas ni .. Sejadah pun dalam kereta …” Bebel aku

“ Ahhh .. Solat dekat rumah sakit je lah ..Lagi pun aku kan boleh jamak ..” Bisik hati ..

Aku pun bergegas keluar dari bilik , Terus aku berlari kearah tangga …

Bilik kedua gelap seperti biasa ..

Bilik Dr Rahmat juga gelap …

Aku nyalakan lampu dari telefon .. Aku menuruti anak tangga ..

“ Adoi lampu tangga tak menyala pula . Leceh betullah macam ni ..” rungut aku …

Aku teruskan menuruni anak tangga itu …

Aku mula menghampiri anak tangga terakhir dibawah ..

“ Fuhhh “ !!

Bagaikan ada satu tiupan ditelinga

dan pada saat itu , Dalam keadaan gelap … Aku dapat rasakan bagaikan aku sedang berselilisih dengan sesuatu ..

Kibasan angin yang melintas ditepi aku ..
Dapat dirasai oleh sensori kulit tangan dan tengkuk ku …

Aku terkujat disitu buat seketika ..

“ Ish .. Apa ni ! Angin kuat ke ni ? Tak rasa angin pun ..” Bisik hati sambil aku meraba raba bahu dan tengkukku .

Perasaan selisih yang amat nyata sekali .. Tapi .. Disekeliling ku , Aku hanya ditemani beberapa pohon dalam suasana yang sunyi dan sepi …

Aku menyuluh sekeliling berkali kali .

“ Ahh , Perasaan aku je ni .. Mungkin aku yang menggelabah sorang sorang sebab nak cepat ni ..” Bisik hati

Aku teruskan larian , Aku mencapai pintu belakang , Aku masuk kedalam … Aku terus berlari menuruti lorong itu …

Dari jauh , Aku nampak .. Seorang Wanita yang agak tua , Berbaju serba gelap , Bertudung putih yang sedang memasuki salah satu pintu dideretan lorong itu …

Lega .. Tak adalah aku berseorangan …

Aku terus kan larian … Kini .. Aku melepasi pintu bilik mayat …

Aku hanya mengintai bersahaja sekilas pandang …

Akhirnya larian aku .. Membuatkan aku berjaya sampai diwad cempaka dalam masa 10 Minit ..

Misi didalam ward mula bercekak pinggang ..

“ Sori lambat .. Terlajak tidur .. Aku drive jauh kot nak sampai sini .. Jangan nak membebel ok ..” Ujar aku sebelum misi Nana itu mula berkata kata ..

“ Haha , Nasib baik ada alasan … Kata nak mandi dulu , Sama je macam baju petang tadi ..” Balas misi nana

“ Alah , Tulaa , Lupa bawak beg skali tadi masa naik atas kuarters … Eh , Kau bukan shift petang ke ? Kenapa tak balik lagi , Passover jelah dekat incharge malam .. Dah dekat 9 Malam ni ..” Tanya aku

“ Saya cover malam sekali lah doktor .. Misi yang patutnya malam mengandung … So yang bujang macam saya ni lah cover malam … Yang mengandung cover pagi je ..” Balas misi Nana ..

“ Eh , Boleh pulak macam tu .. Memang kena macam tu ke ? Tak tau pulak aku sistem macam tu ..” Balas aku

“ Eh taklah , Bukan semua macam tu , Dekat ward ni je .. Atas budi bicara je doktor .. Lagipun .. Saya bujang .. Dari duduk dalam bilik sorang sorang .. Boring .. Baik saya kerja ..” Balas Misi Nana …

“ Betul jugak .. Boring kan duduk dalam bilik sorang sorang , Tapi aku tengok .. Kau ni pun , Rupa pun ada .. Putih dah macam orang kelantan .. cuma dekat pipi je ada jerawat dari planet mars … Kenapa tak laku laku lagi ? Tanya aku sambil tertawa …

“ Ewah .. Sedap nye kutuk kite .. Tapi pandailah doktor teka . Saya memang dari kelantan pun … Oh .. Anyway ni jerawat period ok .. Bukan planet mars . Kalau tak period .. Kulit tegang balik tau .. Berseri seri ..ok !!” Balas misi nana…

“ Tu la , Aku perati , Awek kelantan ni , Memang dorang ni putih melepak .. Sejenis .. Semuanya sepesen … Kenapa tak kawin lagi .. Ke tunggu laki kelantan jugak ?” Tanya aku

“ Haha.. Ishh .. Mana ada putih sangat .. Tapi ini lah wajah suci berseri kalau doktor nak tahu . .. Misi Nana tertawa ..

“ Alah , Saya tak kesahlah laki kelantan ke , Perak ke , Kedah ke … Cuma belum ada jodoh ..” Balas misi Nana ..

“ Eleh , Kau tu jual mahal kot … Selalu awek yang ada rupa ni , Memang kuat memilih …. Kau cari laki macam mana ?” Tanya aku

“ Eh taklah !! Saya tak memilih ok .. Cuma belum jumpa yang kenan dihati … Doktor tu .. Single lagi ke taken ?” tanya misi nana sambil memandang ke arah aku ..

“ Eh .. Ni aku tengah tulis cerita seram tau , Tapi kenapa perbualan ni macam kau tengah nak ejas aku ,?” balas aku lagi …

krik .. krik …

“ Aku pun masih bujang tapi secara peaktikalnya … mungkin dah berpunya … “ Balas aku

“ Wahhh !! Dah berpunya rupanya .. Baru ingat nak try .. Ha ha .. Kenapa bujang tapi dah berpunya ? Tak faham lah …” Bala misi Nana

“ Yelah , Awek yang aku kenal ni .. Macam tarik tali … Aku pun tak tahu .. Kitaorang ni .. Dah couple ke belum .. Tapi rapat sangat .. Kehulu kehilir berjalan ..” Balas aku

“ Perempuan tu .. Doktor jugak eh ?” Tanya misi nana …

“ Adalah .. Rahsia .. Sebab aku sekarang ni .. Tengah kenal dengan dua orang .. Nanti aku pilih lah mana yang sesuai ..kah kah kah ..” Balas aku

“ Amboii … Tak nak kenal yang ketiga ke ? Mana tahu sangkut ?” balas Misi Nana lagi

“ Eh .. Aku serius ni .. Aku tengah tulis cerita seram tau .. Nanti bab kenal yang ketiga tu kita sembang hari lain boleh ? Idea tu pun macam menarik jugak ..” Balas aku

Sambil round malam .. ditemani pula oleh Misi Nana yang peramah ni .. Membuatkan masa bergerak dengan lebih pantas dari biasa …

“ Nampaknya .. Ada 8 pesakit dekat sini .. Tapi semua belum ready nak beranak , Paling besar pun.. OS opening baru 2cm .. Kalau aku bajet bajet ni .. Ada lagi 8 jam lagi . Esok pagi lah kot kalau ada yang nak terberanak ..” balas aku

“ Itu lah , Rasanya malam ni .. Doktor boleh tidur dengan aman … Kalau tak pun , Teman je la saya dalam ward ni ..” Balas misi Nana sambil tersenyum

“ Ishh , Takde Ghojenyeee aku nak duduk sini sampai pagi .. Kang esok pukul 8 nak ward round lagi … Ni kopi bungkus kau punya eh Nana ?” Tanya aku

“ Ha ha , Yelah yelah pergi la tidur .. Hey !! ni kopi saya .. Kenapa ?” tanya misi nana

“ Nah !10 hengget .. Aku ambik kopi ni , Nana mintaklah abang PPK pi runner belikan kejap .. Belanja dia minum jugak ok ..” Balas aku

Berlalu keluar Sambil membawa bungkusan kopi yang berikat penuh itu …

Aku berjalan menuruti lorong itu sambil aku bukakan ikatan bungkusan kopi tadi ..

Aku menghirup sikit demi sedikit , melalui laluan utama .. Aku pergi ke kereta .. ambil bag pakaian .. Dan berjalan semula .. Menuju ke kuarters ..

Sambil menyedut kopi tadi .. Aku tidak memikirkan apa apa yang bakal terjadi nanti ..

Siapa yang sedang membaca , Aku mengajak korang semua berjalan dibelakang ku …

Kini anda semua di lorong utama ..
Yang sunyi …

Bila menjelang malam , Lorong ini agak suram dan sepi …

Cuba amati apa yang akan aku lalui nanti ..

Kita kini sedang berjalan melalui lorong utama , Terus ke penhujung jalan …

“ Ayuh , Kita masuk lorong ke kiri “

Lorong ini agak sempit dan gelap …
Nanti dihadapan baru korang akan nampak sedikit cahaya lampu bila kita mula hampir dengan bilik mayat …

Aku kini sedang berada di hadapan pintu bilik mayat ..

yang terletak disebelah kanan ku ..

Pintu ini ada tingkap kecil

“ Sekejap , Aku nak intai dulu “
Aku mengintai sambil tombol pintu aku pulaskan …

“ Pintu berkunci … Gelap dari dalam ..”

“ Hmmm .. Tak ada siapa ni .. Baru aku perasan , Pemegang pintu dibaluti oleh rantai besi yang bermangga …”

“ Jom kita sambung ..”

“ Senyap … Jangan bising .. Ikut sahaja aku dari belakang ..”

Aku teruskan berjalan …

sekarang , Cuba korang toleh Pintu disebelah kanan lepas dari bilik mayat ni …

Nampak tak pintu yang sedang dipalang ini ?

Kata kak jah untuk direnovasi .. Tetapi .. Aku tak tahu apa fungsi bilik ini sebenarnya sebelum ni ..

Tak ada label …

Lorong ni lampunya memang agak suram .. Jadi .. Korang jagalah langkah .. Jangan ada yang tersadung …

Nampak tak dihujung sana ? Ada satu pintu kecil ?

Itu lah pintu bilik belakang …
“ Jom kita sambung jalan ..”

Kini , Aku sudah pun tiba di pintu belakang ..

Namun ..
Rasa hati ini ingin menoleh …

Aku pun terus menoleh …
“ Korang toleh sekarang !”

“ Nampakkan ?”

Satu susuk tubuh yang berpakaian serba gelap, Bertudung putih , Sedang keluar dari salah sebuah bilik disebelah kiri disaat aku menoleh …

Yang kemudiannya hilang dalam kegelapan lorong kecil itu ….

Namun …
Bila difikirkan semula …

Pintu bilik mayat sudah digari
Pintu yang lagi satu sudah berpalang …

Persoalannya….

Kelibat itu keluar dari pintu yang mana ?

Tahniah .

Korang semua ..

Dah berjaya nampak pada posisi aku ini …

Itu lah yang aku lihat pada malam itu ..
Segalanya belum lagi membuakkan tanda tanya …

Sehinggalah aku tiba dibilik kuarters ku …
Sebentar lagi …

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.