Labor Room Part 1

LABOR ROOM
Part 1

WANITA MENGANDUNG , BAKAL IBU , BAKAL MENGANDUNG.
DILARANG BACA !

Sebenarnya , Kisah ini adalah kisah yang benar benar berlaku .

Aku olahkan , Supaya menjadi Fiksyen .
Hanya sebagai hiburan dan bahan bacaan sahaja .

Masa tu , Lebih kurang 7 tahun yang lepas …

Aku sedang termenung …
Melihat gelombang pergerakan air sungai..
Tangan masih lagi gigih menggengam Batang rod , Sambil jari telunjuk menggentel tali tangsi cuba menegangkan joran aku …

Aku duduk ditepian sungai ..
Muara kecil .. Dari luasnya lautan ..

Port ikan siakap .
Memang lubuk , Ramai orang dah tau tempat ni .. Tapi Ikan siakap ni , Tak semudah ABC , untuk kau dapatkannya .
Cara kau ikat dan susun perambot , Jarak yang sesuai , Saiz batu yang sesuai , Umpan pula mesti lah hidup … Seperti Udang hidup , Yang boleh dibeli di kolam kolam ..
Apa yang paling penting ?
Mesti sunyi … Kehadiran kau , Perlu kau sembunyikan … Seolah olah kau adalah ghaib disitu …

Ikan siakap amat sensitif ….
Kau perlu pastikan .. yang kau
“ one step ahead “ darinya ..

Kegairahan bermula …

Tali tangsi pada jari telunjuk aku sudah mula bergeser beberapa kali … ini adalah petunjuk bahawa umpan aku , Dah mula di agah agah oleh mangsa …

Apa yang ada didalam ? Tiada siapa yang tahu … Kau hanya akan dapat tahun dari cara mata kail kau disentap …

“ Yes yes !! Dah ada ikan cuba nak makan umpan aku ni !!” Bisik aku

Semakin ghairah , Aku mula menyangkung .. Penuh fokus ….
200% baby !!! Mata aku mula berkerut ..

Sensori jari telunjuk , Segala otot tangan sudah mula bekerja secara simetri. bersedia untuk satu rentapan keramat ..

Tali tangsi masih lagi bergeseran pada hujung jari telunjuk aku itu … kekal memberi harapan ….

“ Ikan ni cuba main tarik tali , Dari tadi dok cium cium tak kemam kemam …” Bisik hati

“ Tak pa , Aku sabar .. Kau keman kejap lagi , Aku rentap kau !!” Bisik hati

Yang masih tabah menunggu , Berpeluh peluh .. Ketiak dah mula berkicap., Syukurlah aku bukan jenis ketiak berbau tungkik . Itu yang aku sayangkan ketiak aku , Tak kiralah peluh macam mana , Tak berbau . Jimat seumur hidup aku tanpa menjadi pelanggan rexona .

“ Ok ok … Dia dah nak kemam dah … Makan please .. Makan please… “ Bisik hati masih memujuk …

“ tu dia .. Dia mai dah .. Dia dah mula nak sambar .. Sabar sabar .. Jangan gopoh ..” Bisik hati

Pada saat itu , Aku hanya perlu bersabar dalam beberapa saat untuk satu rentapan yang bisa menumbangkan raja muara yang sering menjadi buah mulut ramai orang.

Nama kau akan tersegam indah dan diingati jika kau pernah mencatat rekod di muara itu . Aku belum pernah berjaya lagi disini , Kejayaan itu pasti bakal tiba … Aku sedang menanti dengan sebar ..

Penantian tadi. kini mula member sejuta harapan .. Tali tangsi aku tadi sudah mula di sentap lebih kuat ..

Aku sudah bersedia untuk memberi satu rentapan ..

“ Kringgggg !!!” Nada deringan telefon aku berbunyi

Aku tersentak , Tergelincir , Jatuh kebelakang …

“ Why !! Whyyy !!! Kenapa masa ni ???? kenapa aku lupaaa silent kan phone !!
Bebel aku berkali kali

Cepat cepat aku bangun .. Aku periksa joran aku ..

Aku tegangkan semula ..
hampa .. Kosong .. Tiada reaksi ..

Aku mula mengayuh semula joran itu ..

Hanya tinggal mata kail …
umpan bernyawa tadi sudah dirampas oleh Siakap durjana

“ kringgg””
bunyian nada telefon aku lagi

“ Assalamualaikum , Sori tadi saya tak sempat jawap phone .. Siapa ni ya ?” Tanya aku

“ Ni Sister Ani lah doktor , sister nak kasi tau ni , Esok .. Doktor pergi Hospital daerah Garas, Doktor ganti disana dua hari tau … Nama doktor saya dah kasi pada admin sana. Esok pagi pagi boleh lah bertolak , Cover oncall sekali tau .. “ Balas sister …

“ Err.. err… doktor lain tak pergi ke ? Saya sorang je ? Kenapa saya ?” Balas aku

“ Yer , Doktor sorang je , Doktor paling junior .. Yang lain semua dah pernah cover daerah lain. Doktor je yang belum pernah … “ Balas sister dengan lantang

“ hummm .. ok lah , esok saya kesana ..” Balas aku layu ….

“ haih , Jauh ni nak kena kerja kat sana , bukan dekat .. Nak rentas benua lagi ni .. 2 Malam pulak tu …” Bebel aku semasa memandu pulang kerumah …

Penunggang motorsikal dihadapan ku , Bagaikan amat aku kenali ..

“ Pinnn !!!” Aku hon sekuat mungkin …

Penunggang itu tersentak , Disebabkan kejutan dari Hon aku itu , Menyebabkan dia tersasar keluar dari jalan … masuk kedalam jalan tanah merah , Penunggang itu cuba brek sehabis mungkin …

Debuan merah mula berterbangan diudara .

Aku mula mengelap peluh …
Aku terus memandu menghampiri penumpang itu ..

Aku buka tingkap sedikit ..
“ Hi .. hehe” Senyum aku

“ Hish … Doktor ni , Aku ingat siapa tadi , aku baru nak buka buah silat gayong ..” Balas En Samad.

“ Sori la En Samad , Saya nak bergurau je , Tak tau pulak En Samad menggelabah sampai macam tu skali ..” Balas aku tertawa

“ Eh. iya lah , Aku ni tengah sedap sedap layan angin laut , Tiba tiba ada orang hon dari belakang …Mana lah aku tak melompat sampai macam tu sekali …” Balas en samad ..

“ En Samad .. Saya kena kerja luar la , Kena hantar daerah lain , Dorang tengah kekurangan MO ni ..” Adu aku…

“ Pergi outstation mana ? “ Tanya En Samad ..

“Rumaj Sakit Garas ..” balas aku

“ Ish !! Biar betul .. !! Jauh sangat tu …. Tak berbaloi lah balik hari …” Balas en samad

“ En samad , Masalahnya .. 3 Hari dua malam tau … Bukannya dapat elaun ke apa , Paling kurang pun boleh claim petrol.. , Tempat tinggal dorang kata dah ada kat sana ..” Balas aku kepasrahan..

“ Habis tu , Nak buat macam mana .. Kena pergi jugak lah ..” Balas En Samad …

“ Tu lah , Esok pagi pagi , Lepas subuh dah kena jalan , Lepas tu kena terus buat rondaan wad ….. “ Balas aku

“ Tapi … Ya lah .. Doktor drive baik baik , Jaga diri kat sana ..” Balas en samad

“ Tapi ? Apa yang tapi en samad ?” Tanya aku …

“ Hmm .. Tak ada apa lah ..” Balas en samad

“ Ish ! baik takyah cakap “ Tapi “ tu tadi .. Stress betullah …” Balas aku

En samad yang mula mengerutkan dahinya ..

Memandang ke arah aku …

“ Dulu saya pernah post dekat sana …. Famous cerita pasal Matron Ramlah…. “ Balas en samad

“ oh , Adik ke kakak Ramlah Ram ?” Tanya aku lagi sambil berdekah ..

“ ish .. Main main pulak … , Saya serius ni ..” Balas En Samad

“ Ye la , Apa yang famousnya ..” Balas aku

“ Nanti , Kamu pergi sana … Kamu tahu lah … Orang sana lebih arif dengan cerita ni ..” Balas En Samad sambil menjeling aku sambil mengangguk …

“ Dah la , Saya dah lambat ni , Saya gerak dulu … Esok pagi pagi saya dah ke sana .. Nanti saya jumpa En Samad , Lepas 3 hari lah .. Bila saya dah balik sini … simpan sikit air kelapa muda tu untuk saya ok ..!” balas aku

Keesokkan paginya …
Selepas subuh .. Siap berkemas semuanya …

Aku memulakan perjalanan ..
Dari bandar Mering …. Aku menuju ke suatu daerah yang jauh melebihi ratusan kilometer … Salah sebuah Rumah Sakit lama , Yang penuh dengan sejarah Perang mahupun Sejarah silam …

Perjalanan aku mengambil masa selama 5 jam untuk tiba di pekan GARAS..

Pekan Garas ni , Tak besar mana pun , Lebih kurang Mering . Hanya cukup dengan keperluan wajib ..

Bak kata orang , “ Pekan Koboi ..”

Aku pun memandu mencari arah ke Rumah Sakit Garas …

Banyak sejarah ulung pekan garas ni .
Kalau dilihatkan pada corak bangunan ,kuarters atau pun fasiliti kerajaan , Rekabentuk dan Arca arca yang menghalusi setiap penjuru .. Ternyata ianya hasil dari inispirasi konsep bertemakan “ English “ …

Dan setiap kali aku melihatkan bagunan yang mempunyai reka bentuk zaman kolonial british ini , Membuatkan aku mula tercetus rasa marah ..

“ Sial punya penjajah ..” Bebel aku berkali kali …

Zaman dulu , Google Map pun kurang berfungsi dengan baik ..

Maka cara yang terbaik   adalah dengan bertanya ..
Memandangkan fasiliti “ Signboard” Papan tanda di pekan garas ini tidak memuaskan , Menyebabkan kau perlu berusaha lebih sedikit untuk mencari jalan …

Kebetulan ada salah seorang makcik yang sedang menunggu bas di hujung tepian jalan itu ..

Aku mula memandu perlahan cuba menghampiri …

Seorang makcik yang berumur lewat 60 an , Berbaju blaus , Seluar Biru Gelap Tentera , Berkasut Putih …

“ Assalamualaikum Makcik , Tumpang tanya sikit ….Mana Rumah Sakit Garas ?” Tanya aku

“ Oh , Anak jalan terus ni , Depan nanti belok kiri , Ikut lah lereng bukit tu … Nanti jalan tu akan bawak anak naik keatas bukit … Rumah sakit Tu ada atas bukit , Nanti anak mesti boleh nampak rumah sakit tu ..” Balas makcik tadi , Dengan keadaan dua biji mata nya yang serba putih .. Tanpa anak mata …. Mungkin Buta …

“ Makcik , Nak kemana ? Nak saya tumpangkan ?” Tanya aku lagi

“ Eh , Tak perlulah .. Makcik tunggu anak makcik ambil ..” balas makcik tadi …

“ Oh ok … Baiklah , Terima kasih ya …” Balas aku …

Hairan juga , Orang buta boleh beri aku petunjuk jalan.

Mungkin sebelum ni dia pernah celik ..

Aku pun meneruskan pemanduan aku mengikut telunjuk arah yang diberikan tadi …

Dalam masa yang sama aku masih membebel ..

“ Atas bukit rupanya !!! Ish .. ok ke ni ?” bisik hati

Aku terus memandu pada lereng bukit itu , Jalan yang bengkok kiri dan kanan … Di hujani dengan pepohon rimba yang makin usang ditelan zaman …

“ Bammm !!!”

Tak jauh dari lokasi aku..

Satu Pohon yang agak besar dahannya , Mula tumbang ke atas jalan ..

Aku pun , Memijak brek sekuat hati , Berkali kali .. Bagaikan tiada hari esok ..

Aku terbabas sedikit , Syukur , Masih lagi dalam kawalan …

“Ya allah , Nasib baik kau jatuh sebelum aku sampai … Sempat jugak aku nak brake , Tukar lorong lain …” Bebel aku seorang diri

Aku , Mula mengelak .. dahan itu , Aku pandu semula ke atas …

Penghujung bukit …

Akhirnya .. Aku tiba di Rumah Sakit Garas …

Seperti yang aku ceritakan tadi ..

Rumah Sakit Garas …
Dengan reka bentuk dan hasil seni bina , Memang jelas tampak sekali … Dari seni zaman kolonial british ..

Tak sebesar mana pun ..
Kalau dilihat pada bangunan ini ..

Mungkin … Rumah sakit ini boleh memuatkan lebih kurang 40-50 katil sahaja.

Lebih kecil dari hospital , Besar sedikit dari klinik kesihatan ..

Aku mula melangkah keluar dari kereta .. Aku terus berjalan mencari “ Admin Office “ untuk melaporkan diri ..

“ Salam , Saya Dr Yazeed dari daerah Mering , Nak laporkan diri . Saya dipinjamkan disini untuk 3 hari ..” Balas aku

“ Oh ! salam .. Hi doktor panggil saya Kak Jah .., Selamat datang ke rumah sakit garas .. doktor nak pergi buat ward round dulu ke atau , Nak pergi tengok kuarters dulu ?” Tanya Kak Jah ..

“ Oh. tak apa lah , Saya habiskan ward round dulu , lepas tu saya datang sini balik , Dalam jam 4 petang macam tu .. lepas tu kita pergi tengok bilik boleh ? “ Tanya aku

“ okay lah , Nanti doktor datang balik sini ya , 430 petang saya tunggu , Doktor pergi wad Kenanga … Jumpa Sister Rohani …. Nanti dia kasi tau lah ward mana doktor nak round ….” Balas Kak jah

Aku pun mengangguk .. Dan aku berjalan menerusi lorong ofis itu sehingga masuk semula ke laluan utama …

Rumah sakit ini , bentuk dia agak menarik . Bentuk T…

Kalau kau sampai di pintu utama , Kau akan melalui satu lorong yang besar .. Di kiri dan kanan nya ada registration counter dan farmasi .

Dihadapan sedikit. Ada Admin office …
Kau jalan kehadapan lagi , Belok ke kanan …kau akan melalui laluan sepanjang deretan wad .. Agak panjang ..Kemudian dihujung sekali .. Ward Cempaka ( Wad Bersalin) Dan disebelahnya Dewan Bersalin …

Suasana didalam bagunan ini , Amat mengujakan .. Perasaannya seakan akan mengimbau kisah nostalgia lama … Dengan rekaan bentuk seni bina zaman kolonial .. Memang sedikit sebanyak memberi kau mood zaman silam…

Aku terus berjalan dari ofis , Sehingga ke punghujung .. Lorongan itu terbahagi kepada dua … diantara kiri atau kanan ..

Namun …
Mata aku terpaku pada satu lorongan kecil disebelah kiri ..
Diakhiri dengan Pintu penghubung ..untuk masuk ke bangunan sebelah kiri …

Lorongan itu, Nampaknya kurang aktif , Tak ramai yang mundar mandir di lorongan sebelah kiri …

Aku terus kan berjalan , menerusi lorong kanan ..
Aku mencari wad Kenanga ..

Ward pertama di sebelah kiri ..

“ Salam , Ini sister rohani ke ?” tanya aku pada seorang Sister yang sedang berdiri dikaunter

Sister itu menoleh ..

“ Ya saya .. Ada apa apa yang saya boleh bantu ? “ balas sister rohani ..

“ Saya Doktor Yazeed dari Mering , Nak laporkan diri ..” Balas aku

“ohh !! Dr Yazeed , Selamat datang .. Mari saya tunjukkan .. Doktor incharge wad cempaka tau …” Balas Sister Rohani

Sister Rohani pun macam biasa , Dia menerangkan segalanya tentang rumah sakit ini , Apa pekerjaan yang aku harus buat disana …

“ Okaylah. thanks Sister Rohani …Saya masuk ward dulu buat round ya .. “ Balas aku…

Pada saat aku sedang mahu mula masuk , Ke dalam wad cempaka ..

Tiba tiba ..

“ ARGHHHHH…… arghhhhh !””
Satu jeritan yang bisa memecahkan suasana ..dihujung wad cempaka..

Aku terpaku disitu , Aku menoleh kearah Sister Rohani …

Dalam keadaan Sister Rohani yang sedang terpegun ..

Dengan riak wajah yang mengerutkan dahinya …

Aku terus berlari Masuk ..

“ Haih , Hari pertama dah jadi macam ni ..” Bisik hati

“ Doktor , Nanti .. Balas salah seorang misi didalam ward itu ..”

Larian aku tersentak seketika ..

“ kenapa ? Tu kan ada patient menjerit jerit ..” Balas aku

“ Patient tu dalam tandas , Kawan saya ada dekat sana sedang bantu dia … Patient tengah separa bogel tu … Nanti kami uruskan dulu ya .. kami bawa ke katil dulu ..” Balas misi tadi

Dasyat kan ?
Mereka ni berani belaka …
Mereka sudah biasa mengambil alih bermacam macam kes tak kira kecil mahupun besar ..

Misi misi di rumah sakit daerah , Sebenarnya mereka ini lebih lasak …

Tak lama selepas itu ..

Pesakit itu , Dibawa ke atas katil , Setelah siap pakaiannya disarungkan ..

Kalau tak silap aku , Pesakit tu sedang mengandung 30 minggu …
Tekanan darah sedikit tinggi ..

Akhirnya setelah merawat pesakit itu .. aku refer pesakit tadi ke hospital yang lebih besar untuk “ Rule Out “ Eclampsia in pregnancy .

Eclampsia ini akan menyebabkan pesakit mengalami tekanan darah yang tinggi , Dan paling bahaya , Untuk mengelakkan pesakit tadi sawan .. Jika pesakit tadi sawan , Maka jumlah oksigen yang akan dihantarkan kepada bayi dalam kandungan akan berkurangan .. Ia nya amat berbahaya .. Boleh membawa maut kepada Ibu atau anak .. Atau
kedua duanya , sekali .

Eclampsia adalah salah satu perkara yang amat menakutkan dalam Wad Bersalin .

Berpeluh juga .. Baru hari pertama ..

Aku memanggil beberapa misi incharge untuk memulakan rondaan semula ..

“ Stress ke doktor ? “ Tanya misi Nana

“ Boleh tahan juga , Hari pertama dah kena macam ni ..” Balas aku

“ Patient tu .. Memang selalu meracau macam tu , Ini bukan pertama kali .. Kalau tak percaya , Nanti tengoklah , Esok lusa patient tu akan dihantar balik ke sini .. Dekat hospital besar mesti semuanya normal ..” Balas misi Nana lagi

“ Ehh pelik … Masakan dia meracau racau macam tu , Kalau organik semua ok .. mungkin mental dia kot yang tak ok ..” Balas aku

“ Iye doktor , Dah refer to psychiatrist dah sebelum ni .. Psychiatrist pun kata ok je .. Mungkin stress kot … Entahlah…… sebab tu kita orang pun dah biasa dengan pesakit ni ….”Balas misi Nana lagi..

“ Hmmm , Menarik … Berapa kerap dia meracau macam tu ? “ tanya aku…

“ Tengok masa juga .. Kadang kadang siang .. macam masa sekarang ni .. Kadang kadang malam nanti … Sampai pesakit lain semua takut …” Balas misi …

“ siang pun kena , Malam pun kena … Hmmm .. pening jugak ni ..” Balas aku

“ Doktor … Minggu lepas … Pesakit ni admit sebab dehidrasi .. Dia masuk ward 10 malam … Tapi , lebih kurang 1 pagi … Tiba tiba dia berjalan mundar mandir dekat tengah tengah ni … Kami pun pergi ke arah dia , Untuk bawa dia ke katil semula … Pesakit ni mula marah … Dia berjalan kearah pesakit lain , Dia jerit sesuatu … Tapi apa yang dia jeritkan tu .. Kami lanaung tak faham …. Macam bahasa yang pelik , Kalau dengar tona suara dan Irama bahasa tu .. Lagi seram doktor….” Balas misi Nana

“ Fuh , Ini … Memang nampak mental stress ni … lepas tu apa jadi ..” Balas aku

“ Mental stress ke , Atau apa apa penyakit lain .. Saya tak pasti … Tapi apa yang pasti .. Bila dia lafazkan ayat tu pada pesakit lain … Pesakit lain pun meracau … Malam tu … Semua katil deret ni yang ada pesakit … Semua meracau …. Doktor rasa itu penyakit mental ke ?” Balas misi Nana… Sekan akan menguji ilmu perubatan moden aku …

Namun cerita Misi Nana telah membuatkan aku terpaku seketika …

“ Misi , Kuarters doktor dekat mana ? “tanya aku sengaja aku cuba mengubah cerita ..

“ Kalau kuarters nurse , .. Dekat hujung kanan ni .. Belakang dewan bersalin je …
tapi kalau Bilik Doktor …Jauh sikit ,Kalau doktor masuk dari Laluan utama dari depan tu , doktor terus , Lepas je admin punya ofis , Doktor masuk lorong kiri .. Nanti nampak ada satu pintu penghubung kecil … Doktor masuk laluan tu … Nanti doktor akan lintas satu department ..,
Doktor teruskan berjalan .. Sampai jumpa pintu hujung sekali .. Doktor kena keluar .. Dari rumah sakit ni ikut pintu belakang …
Lebih kurang 200 meter , Ada tangga naik susur bukit … Kiri kanan macam ada hutan sikit .. Atas tu lah rumah kuarters doktor … Pemandangan dia cantik , Boleh nampak rumah sakit dari atas ..” Balas misi

“ Mendengarkan penjelasan misi itu tadi , Aku dah mula rasa kurang enak … Dah kenapa kau buat kuarters doktor atas bukit !!!! “ Bisik hati …

“ Ada siapa siapa tinggal ke dekat atas sana ?” Tanya aku

“ Rasanya Doktor Rahmat ada tinggal situ bulan lepas , Tapi dia dah pindah keluar .. Menyewa diluar … Mungkin tak ada Doktor lain yang tinggal atas tu … Tapi perabot semua dah lengkap .. “ Balas misi

“ Aduhai .. Tinggal sorang je lah aku malam ni ..” Bebel aku

“ Alah doktor , 2 Malam je kan .. Takkan nak menyewa pulak .. Dekat sini mana ada hotel .. Hotel pun 30Km jugak dari sini , Nak turun lereng bukit ni lagi .. Susah nak pergi kerja nanti ..” Balas misi …sambil senyum ke arah aku …

Air peluh dari dahi mula menitik ….

Pasrah …

“ Misi .. Tadi awak cakap. Kalau .. Saya lalu lorong kiri tu .. Lintas satu department .. Itu department apa ?” Tanya aku terkebil kebil

“ Oh department tu .. Jabatan Forensik , .. Rumah mayat ..” Balas misi Nana …

Aku tidak punya pilihan lain ..

Aku bakal menetap dikuarters yang terletak diatas bukit itu ,

Seorang Diri ….

Selama dua malam …..

NOTA KAKI

1)Cerita ni agak panjang , Jadi mustahil untuk aku habiskan dalam satu malam .

2)Aku mahukan pembaca dapat bayangkan situasi aku , Keadaan Rumah Sakit Garas dengan lebih teliti . Agar jalan cerita dan pemahaman akan jadi lebih baik .

3)Aku anggarkan , Keseluruhan cerita akan habis sehingga Part 4 .

4 ) Pekan Garas adalah nama rekaan semata mata untuk tujuan privasi

5 ) Walaupun kisah benar ..Segala cerita aku telah ubah menjadi fiksyen , Hanya sekedar menjadi bahan bacaan , Bukan sebagai cerita untuk diperiksa kesahihannya

6) Segala nama dalam watak adalah bukan nama sebenar .

7) Rupa bentuk rumah sakit telah aku ubah 30% dari asal .

8 )wanita mengandung , Bakal melahirkan anak atau pesakit yang lemah semangat , Dilarang baca , Ditakuti membawa bawa perasaan ini kemana mana .

9) Aku tidak menanggung sebarang komplikasi dari penghayatan cerita ini

10) Allah adalah sebaik baik pelindung umat manusia

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.