KUN FA YA KUN PENYEBAB POLIO ?

Kalau anak kau naik motor , Tak payah pakai helmet pun takpe .

Kalau jatuh otak dah bersepai

Kun fa Ya Kun je ..

Susah sangat ke nak faham konsep
“ Kun Fa Ya Kun”

Memang lah akan berlaku jika ianya ditakdirkan berlaku

Ia nya bukan ditakdirkan berlaku tanpa kau perlu redha tanpa berbuat apa apa

Tapi setiap benda dalam dunia ni Ada Usaha
Sebab tu Allah kurnia kan Kepala Otak dan Kebolehan Minda Untuk Berfikir …

Bila kau ada kebolehan minda ni lah membezakan kau sebagai manusia dan binatang yang lain seperti anjing yang pandai menyalak , Tanpa tujuan .

Sebagai manusia yang boleh berfikir , Kita belajar dari kesilapan yang lampau .

Dulu kalau masa kecik kau kokak ikan tu , Baru kau tahu tulang boleh tersekat . Kemudian kau belajar , Kalau nak makan ikan , Kena ambil isi pastikan tulang diasingkan .

Kalau Kau Kun Fa Ya Kun , Maka kau akan mati tercekik tulang ikan sambil mulut berbuih mata terjojol .

Kun fa ya kun itu , Adalah takdir yang ditentukan setelah kau berusaha , Kau dah berhati 2 , Kau dah beri yang terbaik  .

Kalau kau bawak motor , Kau tahu yang kau kena pakai helmet . Kalau jatuh , Ada peluang untuk selamat . Kau tunggang pun ikut had laju selamat , Guna signal , Dan berhati hatu bila masuk simpang . Kau dah ikut semua tu , Tapi tetap accident . Itu baru namanya takdir .

Takdir dah tertulis kun fa ya kun yang kau akan ditimpa bala .. Kau redha lah

Sebab tu nabi pun suruh kau belajar sampai mati , Sebab dalam dunia ni ada 3 Sumber utama DALAM hidup

KEBENCIAN DI BAIKI DENGAN CINTA
KEJAHATAN DI BAIKI DENGAN KEBAIKAN
KEBODOHAN DI BAIKI DENGAN ILMU

Sebab tu aku kata , Kalau lahir ni Bodoh tak mengapa , Tak genius pun tak apa , Tapi kita boleh baiki dengan Ilmu pengetahuan . Hanya dengan Ilmu sahaja kita dapat elakkan Kejahilan .

Tak Habis habis dengan auta Agenda Yahudi , Agenda Kafir nak lemahkan umat islam .

Kalau kau nak tahu , Negara kafir yang maju ni semua kalau depa bergabung dengan alatan tentera canggih mereka .. Anytime je dia nak jahanamkan Negara negara islam .

Ini kan lagi malaysia , Hantar dua biji bom saja dah boleh sekangkang kera negara kita ni .

Tak ada kaitan dengan Dajjal / Kafir Ataupun Yahudi .

Masalahnya Umat Islam yang “ Ignorance “ Jahil yang merosakkan imej Islam Itu sendiri

Kau tak pernah dengar ke ..

“ Kita ni islam boleh belajar dan guna teknologi yang datang dari Yahudi atau kafir jika ia memberi manfaat ..”

Tujuan ayat ini bukan untuk kau Menjadi pengguna semata mata .

Kalau kau dapat belajar teknologi mereka , Mungkin kau tu sebagai umat islam boleh cipta sesuatu lebih hebat  dari mereka .

Itu yang dinamakan , Accept , Watch & Learn .

Jadi kalau semua benda kau nak Kun Fa Ya Kun …

Baik kau terjun je banggunan tingkat 40 ..
Aku nak tengok ..

Kau Punya Kun Fa Ya Kun

Herd immunity di malaysia dah bebas polio dalam masa yang lama
Disebabkan geng kun fa ya kun ni lah yang rosakkan herd immunity dan menyebabkan orang lain tersiksa dengan kejahilan kau .

Kau tu pun hidup atas usaha orang lain zaman dulu yang cuba kekalkan herd immunity .

sekarang bila kau sihat walafiat tanpa jangkitan virus yang membunuh .. Kau pulak bangga sembang kun fa ya kun ..

Aku ingatkan lagi sekali

Biar kita Bodoh ! Yang penting kita baiki kebodohan itu dengan Ilmu ..

Bukan Jadi Bodoh sampai mati .

Makin lama duduk malaysia ni boleh gila , Tak habis isu doktor elektronik , Datang pulak doktor kun fa ya kun ..

Allahuakbar ….

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.