kuasa ibu

Kuasa Ibu

Pernah sekali dulu , Masa tu baru dapat keputusan biopsy gastroscope..( Teropong perut )

Malignant Cancer of Stomach .

Kemudian kami proceed dengan Ct Scan .

Cancer dah merebak .

Paling susah bila nak beritahu keadaan pesakit . Tapi harus diteruskan juga .

Aku gengam tangan pesakit wanit yang berumur hampir 70 an itu ….

Kurus kering badannya , Tak bermaya ..
Disebelah diteman oleh anak perempuannya ..

“ Maaf Puan , Saya nak beritahu keputusan pemeriksaan , Harap puan tabah … Malignant Cancer Of Stomach Stage 4 , “

Tangan aku digenggam kuat … Sambil aku memerhatikan Wanita tua itu …

Anaknya dah mula menangis teresak esak …

Memeluk bahu ibunya …

“ Tak apalah , Tak elok lah menangis macam ni … , Lagipun Ibu dah lama hidup ….” Balas Wanita itu sambil tersenyum ke arah aku sambil mengusap kepala anaknya yang menangis teresak esak …

Aku hanya mampu terkedu .

Itulah Seorang ibu ,
Macam mana dia ada masalah sekali pun …
Sebesar mana masalah tu sekali pun …

Dia akan tetap tenangkan anaknya…

Itulah kuasa seorang ibu …
Kalau ibu anda semu masih ada …

Bersyukurlah dengan kesihatan mereka ….

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.