Kronologi Scammer Menyamar Doktor

Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan buat aku sebagai Doktor Perubatan ,  Bukan sahaja akaun aku dipalsukan , Malah ianya digunakan untuk kegiatan nafsu gila seks .

Sebelum aku teruskan , Aku nak ingatkan , Jika nak komen diruangan bawah .. Pastikan tidak mengguris hati Mangsa .. Kerana aku sendiri dah dapatkan kepastian … Bagaimana mereka boleh terpedaya .

Apa yang menyedihkan aku , Apabila ada dua orang mangsa yang akhirnya terpedaya dengan tipu helah scammer ni .

Kronologi .

Semalam lebih kurang 12 malam aku terima Pm dari salah seorang follower …

dia forwardkan gambar yang telah pun di screen caption kepada aku , Sama ada ianya betul akaun aku atau tidak .

Masa tu aku terkejut beruk , aku hanya ada dua akaun. Satu personal satu lagi page yang hanya digunakan untuk koleksi cerita yang aku pernah tulis .

Jadi aku jelaskan pada dia , Yang itu adalah akaun palsu … Dia mula rasa lega .. Dan syukur masa tu dia tidak diperdaya ..

Aku terus tulis pasal scammer alert ni , Sebab aku takut masa yang sama dia sedang cuba mangsa yang lain ..

Gambar lebihan pada link ni

Tak lama lepas aku muat baik cerita pasal akaun aku dipalsukan , aku dapat satu lagi PM .. dari ( Nana ) Bukan nama sebenar 

Nana tanya aku benda yang sama , Sama ada akaun itu milik aku atau tidak ..

Aku balas lah , yang akaun tu palsu , Seperti post terkini yang aku baru sahaja muat naik .

Nana pun hantar gambar screenshot perbualan dia dan scammer tu …

Bila aku baca screenshot tu , Ya allah , scammer tu pujuk agar jadi pesakit volunteer untuk research mamogram kononnya . Rupanya niat scammer ni sebenarnya nak kan Gambar buah dada … 

Aku tak pasti apa motif sebenar , Tapi apa yang boleh aku konklusikan dari apa bukti yang ada , Scammer ni Pesakit Mental . Hanya orang yang tak normal sahaja akan lakukan perkara jijik macam ni .

Yang ke dua , Scammer ini adalah golongan “ Sex maniac “ Iaitu gila seks . Padahal boleh je dia tengok gambar dekat google , Berlambak gambar buah dada dekat sana … Tapi Baginya , Gambar yang dia mahukan dengan cara yang sebegini adalah lebih “ thrill “ , mencabar … Dengan cabaran itu lah yang dapat memuaskan nafsu dia dengan lebih lagi … Original pulak tu … Mental kau sakit teruk ni

Macam mana mangsa boleh terpedaya?

Nana jelaskan pada aku , Cara scammer tu menaip , dan fakta fakta yang scammer tu berikan , ( Mungkin guna fakta digoogle ) amat meyakinkan

Pada awalnya Nana dah mula rasa bagaikan ada sesuatu yang tak kena . Nana tidak bersetuju .

Kemudian , Scammer tu menujukkan gambar perbualannya dengan mangsa yang lain , Mangsa itu boleh dikatakan orang yang terkenal juga ..( Aku tak boleh share nama ) …. Setelah nana melihat gambar mangsa yang lain … Keyakinan nana mula datang kembali ..

Jadi aku tanya semula …

“ Dont tell me … Awak ada kasi jugak lepas tengok gambar testimonial orang lain ?!!” Tanya aku

malangnya ..

Nana dengan kesedihan dan sebak di dada

“ Ya allah , gambar tu saya dah beri pada scammer tu …” balas nana

Sebaik sahaja nana menjelaskan hal ini

Jantung aku berdegup kencang , Berderau darah aku menyucuk sampai ke otak . 

Ditambah lagi dengan seorang mangsa yang menjadi testimoni . Kini gambar dari dua mangsa dah terlepas . Ya allah !!!

Jam 2 pagi aku masih sedar dengan kemarahan yang membuak buak .

Niat nana masa tu memang ikhlas nak bantu untuk research , Tapi malangnya , Nana tak sangka yang dia sudah pun terpedaya dengan binatang bertopengkan syaitan ini .

Nana disuruh hantar gambar buah dadanya … Nana hantar gambar separuh tanpa wajah . Akan tetapi , Scammer ini lebih mahukan klimaks , Scammer ni mintak nana hanta gambar yang lebih penuh , Buah dada dan wajahnya sekali .

Nana pun terpedaya akhirnya , Kerana gambar Mangsa lain yang menjadi testimoni

Kata scammer tu lagi ..

“ Jangan risau , Saya dah bertahun2 rawat kanser payu dara , Saya dah biasa dengan gambar buah dada..” Kononnya scammer ni nak kasi tau dia tak ada niat lansung untuk buat perkara yang terkutuk ..

Jadi aku meminta nana melakukan laporan polis , Insyallah siasatan dari jabatan multimedia , mungkin dapat mengesan ip address si penyangak ni .

Aku juga akan kemukanan laporan polis pada hari ini .

Aku tak sangka artikel aku bertajuk

“ Takut punca kematian Breast Cancer “ 

Pada link diatas , Aku tak menyangka ianya akan silah guna .

Tujuan artikel itu ditulis supaya dapat memberi bukaan minda dan pemahaman kepada pesakit supaya mereka boleh mengenali gejala , Simptom dan cara mengelakkan kanser payu dara dengan lebih awal supaya ianya tidak merebak .


Kes kanser payu dara semakin meningkat , Jadi cara yang terbaik untuk mengurangkan kes adalah pencegahan lebih awal , Oleh sebab itu artikel itu ditulis supaya aku dapat menyarankan semua wanita disana supaya jangan Takut ! , Tapi perangi kanser itu sendiri .

Malangnya artikel itu telah disalah guna …

Ianya dijadikan sumber untuk proses scamming . Membelitkan fakta , Dan menyamar jadi Doktor Perubatan .

Aku nak nasihatkan sekali lagi ,

Etika sebagai doktor , Adalah melalui pemeriksaan “ Face to Face “ Bukan dalam talian , Bukan dalam sosial media .

Sebab itu wujudnya Bilik Konsultasi di setiap hospital dan klinik .

Bilik konsultasi digunakan untuk memberi penerangan yang terperinci terlebih dahulu , Apa tindakan doktor dan seterusnya .

Kemudian , Kalau korang perasan ada katil yang berlangsir . Itu adalah bilik atau ruang pemeriksaan . Bila pesakit dah bersetuju untuk di periksa , Baru lah doktor akan meneruskan proses pemeriksaan Bukan senang senang doktor akan buka baju pesakit dan periksa ! , Itu pun , Bukan doktor bersendirian ( Jika Lelaki ) , Malah dengan wajib perlu adanya Misi Wanita disebelah bersama sama didalam bilik pemeriksaan .

Bukan sahaja sebagai  pembantu , Malah saksi semasa pemeriksaan . 

Itu adalah proses pemeriksaan buah dada yang beretika . Bukannya dari gambar yang diminta secara online .

Tak kira lah doktor pakar ke , Doktor biasa ke , Imam ke , Mufti sekali pun ..

DILARANG SAMA SEKALI MENGHANTAR GAMBAR Sulit kepada sesiapa … !!!!

Dont trust anybody Until you meet them !

Tambahan pula zaman sekarang ni, Kalau kau tengok dekat instagram , Ramai yang dah mula berani menunjukkan paras sisi sulit mereka di media sosial . Kegiatan liberal begini boleh mengundang golongan seks maniac menjadi lebih agresif dan berani.

Dimanakah kita , tak perlulah nak dikongsikan selalu , jika kau berseorangan sebaiknya rahsiakan pada public , beritahu kepada famili terdekat sahaja. Jangan terlalu mudah untuk berkongsi setiap aktiviti harian kita.

Berpakaian lah dengan lebih kemas dan tertutup , walaupun tak bertudung , masih banyak lagi pakaian yang sopan dan tidak menggiurkan .

kita bukan sahaja hidup bersama manusia , malah ramai dikalangan kita manusia yang bertopengkan syaitan. Ingat tu , SAFETY FIRST

Hari ni , Memang amat menyedihkan .. Kalau scammer tu rasa gembira atas kesedihan aku … Go On ! You can have my sorrow … Tapi …Kesedihan aku lebih kepada mangsa, Kau ingat !, Kepuasan itu hanya sementara … Balasan Apa yang bakal menanti kau sebentar lagi … Kau takkan tahu … Kerana Allah sentiasa mendengar Doa Orang yang Teraniaya … Doa mereka Makbul .

Tanpa izin Allah. Aib mereka yang menjadi mangsa akan tetap dipelihara .

Aku berharap , Kisah ini dapat menjadi tauladan dan pengajaran buat semua .

Aku merayu agar korang share kisah benar ini … Agar Famili , Saudara dan rakan rakan kita tidak terpedaya .Marilah kita sama sama doakan untuk mangsa agar ALLAH memelihara aibnya , dan tanpa izin Allah , Penyangak scammer ni akan dapat balasan yang setimpal . Sesungguhnya doa orang yang teraniaya adalah makbul disisi Allah SWT.

Tag lah kawan kawan seramai mungkin , Agar mereka dapat membaca info penting dari aku ini .

Aku juga pernah tulis beberapa artikel .

Breast Filler punca Kanser

Bengkung perosak organ dalaman

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.