KISSER : LAMBAI

Lambai

Kisah ni aku dapat dari salah seorang sahabat aku yang ingin berkongsi pengalaman seram beliau semasa bertugas sebagai seorang doktor suatu ketika dahulu .

Jadi aku akan menulis semula untuk pihak sahabat aku ini . Aku ubah sedikit rupa bentuk struktur hospital agar tak terlalu obvious . Tujuan aku ceritakan cerita ni bukan untuk menakutkan mana mana pihak di Hospital . Tetapi aku akan sampaikan pengajarannya di penhujung jalan cerita .

Nama aku Imran ( Bukan nama sebenar ) , Lebih kurang 10 tahun yang lepas aku berkhidmat di salah sebuah hospital daerah di Perak . Setelah aku tamatkan Program Houseman selama 2 tahun di Kuala Lumpur , Kini tiba masanya aku ditukarkan ke hospital Daerah .

Tak pernah aku sangkal yang aku akan bertugas di salah sebuah Hospital daerah di Perak , Namun , Aku cuba harungi juga

Hari pertama aku tiba di Hospital , Aku agak kekok , Sangat berbeza rupa fizikal hospital ini berbanding dengan hospital di Kuala Lumpur .

Setelah selesai pendaftaran , Aku diberikan bilik penginapan di Kuarters hospital yang terletak lebih kurang 2-300 meter dari hospital .

Rumah kuarters ini designya berkembar . Ada beberapa unit rumah kembar di kiri dan kanan rumah aku . Setiap unit ada ampaian baju ditengahnya..

Yang Membahagikan di antara satu unit dengan unit yang lain …

Aku berjiran dengan dua orang Doktor wanita , Yang mana aku belum pernah jumpa mereka lagi waktu tu .

Dengar cerita , Mereka berdua ni dah senior di hospital ini . Bakal ditukarkan ke hospital lain dalam masa 1-2 bulan .

Hari pertama , Aku cuba menyesuaikan diri , Ya lah , Kuarters kerajaan lama kan, Agak uzur juga isinya .. Hari pertama aku banyak di habiskan di luar , Aku beli kelengkapan rumah dan sedikit makanan untuk disimpan di dalam rumah .

Unit aku ini ada dua bilik, Aku belum ada housemate lagi masa tu , aku berseorangan sahaja , Malang betul .

Lewat petang aku mula sampai di rumah , Aku kemaskan segalanya , Aku keluarkan Televisyen yang aku bawa dari KL ..

Hah ! Semuanya lengkap !

Tapi , Malangnya , Tak ada aircond ! Panas !!

Aku cuba biasakan diri juga ..

Malam tu , Aku cuba tidur awal , Esok pagi hari pertama , Aku tak nak lah , Hari pertama datang lewat .. Apa pula kata kawan kawan lain ..

Sudah aku bergolek kekiri dan kekanan , Sudah aku tiarap ..

Sudah pun aku terlentang

Mata masih lagi giat terbuka …

Apa yang susah sangat nak tidur ni

Badan mula berpeluh dan melekit

Aku mula mengibaskan file yang aku letak diatas meja tadi … Kipas siling masih berfungsi , sudah aku putarkan kawalan paling laju , Namun maklumlah kipas tua , Kibasannya tak rasa lansung ..

Ah! Tak boleh jadi ni ..

Aku pun keluar dari bilik , Aku duduk di ruang tamu ..

Lega ! Kipas diruang tamu , Masih berfungsi dengan baik …

Aku termenung bersendirian .

Jam hampir 12 Malam , mata aku masih terkebil2 tak mahu lelap .

Aku hanya mampu merenung sekeliling ruang tamu .. Mengelamun …

Dan pada saat itu … Aku agak terpaku pada biasa cahaya putih pada tingkap tepi ruang tamu , Tingkap itu menghala pada sisi rumah unit sebelah …

Aku buka kan sedikit tingkap kaca itu , Pandangan Kurang jelas ..

Ahh aku abaikan

“ Mungkin ada tuala atau pakaian yang tergantung pada ampaian tu …” Bisik hati

Masa tu aku tak terfikir apa pun sangat tentang objek yang aku nampak tadi ..

Aku biarkan …

Akhirnya aku terlelap dalam lena malam .

Keesokkan paginya , Aku bangun awal dah mula bekerja sebagai seorang doktor hospital daerah .

Ya rabbi ! Ramai nya pesakit ! Satu hari , Aku seorang sahaja kena tengok hampir 100 orang !

“ Haha , Baru kau tau kan .. Siksanya duduk hospital daerah ?” Tegur Halim

“ Fuhhh .. Memang biasa macam ni ke ?” Tanya Aku

“ Yes bro .. Satu hari 2-300 pesakit yang datang jabatan pesakit luar .. tu belum lagi tambah pesakit dekat kecemasan lagi tu .. Belum lagi dekat ward !” Balas Halim tertawa melihatkan aku yang kepenatan

Aku menepuk dahi ..

“ Boleh ke aku survive macam ni punya workload , Dah lah doktor ada 8 orang je ..” Balas Aku

“ Rilek bro , Nanti lama lama kau akan biasa ..” Balas Halim

Aku pulang ke rumah , Kepasrahan..

Aku tak pasti aku boleh bertahan lagi atau tidak. Biasanya minimum untuk berkhidmat di hospital daerah , Mesti lah cukup Setahun .

“ Hari ni baru satu hari , Aku ada belen lagi 300 hari lebih lagi disini …” Bisik hati aku kepasrahan

“ Tu lah , Kau nak sangat jadi Doktor , Ambik kau!” Bisik hati aku sendiri

Malam kedua , aku masih lagi tak dapat tidur di dalam bilik , Tak tahan dengan kepanasan , Aku sekali lagi keluar baring di ruang tamu…

Sekali lagi mata aku terpaku pada bayang bayang putih yang melambai di sebalik tingkap kaca itu …

Namun , Aku masih tak endah kan juga ..

Aku ingat lagi , Malam tu jam 2 pagi aku dikejutkan dengan satu gegaran pada pintu belakang yang telah menyebabkan tidur aku terganggu ..

Cepat2 aku bangun periksa ..

Tak ada apa pula

Mungkin kucing kot bergaduh di belakang tadi … Aku abaikan .. Aku sambung tidur semula …

Hari ke 3 , Aku lalui pekerjaan aku seperti biasa … Semakin hari semakin stress ..

2 malam aku tidur diatas sofa rotan di ruang tamu, Badan dah mula kebas kesakitan ..

Tak boleh jadi ni , Aku kena keluar cari Kipas . Petang tu selepas tamat kerja , Aku pun keluar ke bandar untuk membeli kipas , Tak sanggup rasanya aku nak tidur di ruang tamu lagi

Jam 10 Malam , Selesai makan , Aku masuk ke dalam bilik tidur , Kali ini , Lebih selesa , Tiupan angin kencang dari kipas diri yang baharu , Amat menyamankan . Malam ni aku boleh tidur selesa di atas katil …

dalam bilik , Katil aku menghadap cermin tingkap sisi , Yang turut menghala ke rumah bertentangan .

Mata aku terpaku pada objek putih yang melambai lambai , Kali ini lebih rancak ..

“ Mungkin tiupan angin malam ni kuat kot ..” bisik hati

Aku tak endahkan .. Aku cuba tidur sekali lagi …

“ Bammm !!! “ Pintu besi dibelakang digegarkan kan lagi …

Aku terjaga , Aku cuba amati sekali lagi ..

bunyian itu hilang …

aku cuba lelapkan mata semula ..

“ bammm !!!!”

gegaran pintu belakang semakin kuat

Bingkas aku bangun , Meraba raba dalam kegelapan mencari suis lampu di dinding ..

Aku nyalakan lampu , Aku terus berlari ke belakang …Aku intai menerusi tingkap belakang disebelah pintu besi itu .. Namun tiada apa apa …

Bunyian itu terus hilang , Tidak berbunyi lagi … Aku masuk ke dalam bilik semula ..

Aku lelapkan mata ..

Hari ke 4 , Pesakit semakin ramai , dengan keadaan aku yang kusam dan serabai , Dek kerana tidur aku sering terganggu setiap malam , aku ditegur oleh Juita .. Salah seorang doktor yang bertugas disitu ..

“ Im , Teruk sangat muka kau ni , Sembap .. Tak cukup tidur ke ..” Tanya juita ..

“ Aah , Aku stress la , Kucing suka main belakang rumah aku , Lepas tu bergaduh langgar pintu besi tu , bingit la ! Patient pun makin hari makin ramai …Tak logik lah letak 8 orang je MO dekat sini ! ..” Balas Aku

“ Alah , Rilek la .. Dulu aku pun masa mula mula sampai , Rasa sama macam kau , Stress, Tidur tak cukup .. Karenah pesakit lagi .. Trust me nanti lama lama kau biasalah ..” Balas Juita sambil tersenyum

Malam ke Lima ,

Setelah siap makan , Aku masuk ke dalam bilik semula … Mata aku terkebil2 tak mahu lelap , walaupun badan ni dah letih tak berdaya lagi …

Mata aku terpaku lagi pada bayangan putih , Diaebalik tingkap kaca yang bersusun tu ….

Kali ini , Bayangan itu kekal , Tidak bergerak … Aku mula bangun dari katil , Aku cuba bukakan tingkap susun itu , Namun malangnya tingkap itu agak susah untuk dibuka , Mungkin kerana frame tingkap yang sudah berkarat …

Aku batalkan niat untuk mengintai

Terdetik juga di hati ..

Kenapa tak sidai waktu siang , Kenapa setiap malam sidai tuala ?

Sepanjag aku disini , Tak pernah pula aku terlintas untuk menjenguk ampaian di sebelah rumah tu , Bisanya baju yang aku basuh selalu aku sidai dihadapan .

“ Esok aku tengok lah , Apa sebenarnya yang tersidai dekat ampaian tu ..” Bisik hati

Malam tu aku tidur dengan aman , Tiada gangguan pintu belakang

Keesokkan hari nya , Hari ke 6 , Selesai kerja aku pulang , Aku melalui laluan kuarters , Kali ini aku jenguk pada ampaian itu .. Tak ada apa pun yang di sidai pada ampaian tu, Aku terus pulang kerumah ..

Malam tu seperti biasa , Selesai makan malam , Aku tutupkan lampu …

Bayangan putih yang biasa aku nampak , Kali ini tidak kelihatan .. Gelap semata …

Aku lelapkan mata

Tak lama selepas tu , Lewat malam ..

Bam !!!!! Pintu belakang rumah aku digegarkan dengan kuat !

Bukan sekali , Malah berkali kali tanpa henti

Aku terjaga , Cepat cepat aku nyalakan lampu ,

Sewaktu aku berlari ke arah pintu belakang , Gegaran pintu itu masih lagi rancak bergema …

Aku berlari sambil menjerit ..

“ Hoii !!!!!! Siapa tu woi !!!” Aku menjerit berkali kali … Bulu roma mula menegak seluruh badan , Dalam keadaan takut tapi terpaksa berpura pura berani .. Aku capaikan batang penyapu ditangan

Tiba sahaja aku di pintu belakang , Dengan genggaman batang penyapu ditangan Yang dah sedia untuk melibas , Cepat cepat Aku membuka pintu besi itu ….

Tiada apa pun di luar ..

Hanya gelap gelita , Bayangan lalang dengan Semak samun yang panjang ..

“ Woi ! Jangan kacau aku lah !!” Aku menjerit sekuat hati

Aku tutup kan semula pintu besi tadi ..

Aku terus masuk ke dalam bilik

Sejurus kaki aku melangkah kedalam bilik ,

Bammmm !!!!

Gegaran pintu dibelakang sekali lagi bergema kuat ..

Aku berlari ke belakang sambil menjerit

“ Arghhhh !!!!!!!! “ dengan penuh rasa kemarahan

Aku bukakan pintu itu sekali lagi ..

Tiada apa dibelakang ….

“ oiii !! Siall !!! Kau nak apa woi !!! jangan kacau aku lagi , Kalau tak aku telefon polis !!” Jerit aku kemarahan

Aku tutupkan semula ..

Sambil aku berjalan ke pintu bilik ..

Mulut aku mula mencarut tak henti …

Aku tutup lampu , Aku mula baring di atas katil

Jantung berdegup pantas ..

Fikiran aku mula bercelaru

Siapa yang suka sangat kacau aku malam malam macam ni …

Dan pada saat aku sedang mengelamun keresahan memikirkan tentang kejadian tadi …

Kali ini , Lebih dasyat ..

Jantung aku berdegup lebih pantas dari biasa , Bagaikan nak pecah rangka dada ..

Aku tersandar pada kepala katil ,

Apabila bayangan putih yang tidak kelihatan malam ini , Tiba tiba muncul pada biasan bayangan tingkap itu ..

“ Ahhh sudahhh !!!”

Keadaan aku masa tu kaku … Bagaikan aku tak mampu bergerak … Keras bagaikan baru

Jari jemari pun tak mampu aku gerakkan masa tu .. Masih jelas difikiran ..

Betapa takutnya aku masa tu …

Bayangkan aku yang terpaku diatas katil itu sedang menyaksikan , Pergerakan bayangan putih yang agak kecil dan jauh , Semakin memghampiri tingkap kaca aku dan Kini ! Semakin jelas ….

Susuk putih , Berkepala dari atas ke bawah , Berdiri betul2 di hadapan tingkap aku … Tingginya hampir sama paras dengan tingkap aku …

Aku cuba menjerit .. Aku cuba melawan tak bejaya …

Mata aku terbeliak melihatkan kelibat itu dalam keadaan aku keras terpaku

Tidak terlintas satu pun ayat suci alquran masa tu , Minda bercelaru ..

Bammmm !!!!

gegaran pintu belakang mula bergegar berkali kali ..

“ Ya allah ! Apa semua ni ! Aku sedang bermimpi atau aku sedang terjaga ? “ Bisik hati

Aku cuba pejamkan mata , Aku cuba butakan mata …

Aku hanya dapat luangkan Allahuakbar sahaja masa tu .. Berkali kali didalam hati … Sambil aku melihat bayangan putih itu melambai lambai ke arah aku

Tiba tiba badan aku boleh digerakkan semula ,

Cepat-cepat aku capai bag disebelah meja , Aku terus lari keluar dari bilik …

Dalam keadaan pintu besi belakang yang bergegar di belakang …

Sempat lagi aku mengintai …

Sekilas pandang ke belakang

Pintu belakang itu berada dalam keadaan terbuka … Walhal sudah aku tutup tadi

Tapi tiada siapa pun dibelakang itu …

Menggelabah aku cuba keluarkan kunci kereta ..


dalam keadaan berbaju tshirt putih dan boxer , Aku terus masuk ke dalam kereta , Aku memecut laju untuk keluar dari kawasan kuarters itu

Sempat lagi aku menjenguk .. Pada ampaian itu


tiada apa pun sebenarnya yang tersidai pada ampaian itu …

Malam tu juga , Aku pandu pulang ke Kuala Lumpur , Aku hanya beritahu rakan sekerja dan pengarah , Aku terpaksa pulang kerena kecemasan keluarga ..

Selepas 3 hari , Aku pulang semula ,

Aku kemas kan barang aku dirumah itu .. Aku pindah dan menyewa diluar … Syukur , Ada bilik kosong , Dan rumah tu ada 2-3 orang penyewa lain

Tak sangka , Hampir seminggu aku di perlihatkan dengan bayangan putih itu .. Tapi aku endahkan .


setiap malam aku diganggu , Aku tak endahkan ..

Rupanya , Rumah disebelah aku , Tiada siapa pun yang tinggal disitu

Selama ni , Ampaian tu memang kosong tidak digunakan

Tapi kenapa terjadi pada aku ?

Aku ceritakan kisah ini pada seorang dressar senior di hospital tu …

“ Mungkin awak ni orang baru … awak masuk rumah tu , Ada buat bacaan doa ?” Tanya Dressar Omar …

“ Aku gelengkan kepala ..”

“ Hahh !! Inilah dia Budak zaman sekarang ni , Macam tu lah perangai korang ni aemua , Main redah je , Awak tu baru … Mungkin Benda halus tu dah lama menginap di situ .. Jadi sebaiknya bila kita masuk tempat baru ni , Kita mulakan dengan ayat suci al quran , Jadi Jin atau iblis ni tahu lah , Yang awak penghuni baru ….. “ Bebel Dressar Omar lagi

“ Tak kira lah dekat mana pun , Kalau tempat yang dah lama tak berpenghuni , Biasakan diri untuk baca ayat suci , Walaupun dekat hotel sekali pun , Kita tak tau kan makhluk halus apa yang tinggal disitu … Ambil lah sekurangnya secubit garam atau gula .. Bacakan ayat kursi , Campak sedikit pada pintu depan dan pintu belakang , Insyallah kita tidak diganggu , Sekurang kurangnya kita dah ikhtiar minta perlindungan pada Allah …..” Balas dressar omar lagi sambil tersenyum

Selepas waktu kerja , Aku pulang ke rumah sewa .. Aku amalkan petua Dressar Omar… Sejak dari hari tu .. Aku tak diganggu lagi …

Nasib baik juga rumah sewa baru tu ada berteman …

Walaupun petua tu dah menjadi amalam aku .

Namun Sehingga kini , Aku masih lagi fobia dan trauma untuk tinggal seorang diri ..

Jadi aku nasihatkan , Selalu amalkan ayat suci alquran , Lebih lebih lagi aya kursi jika kita menginap di satu tempat yang baru .

Tak kiralah Hotel ke , Homestay ke ..

Bawalah buku yasin sekali .. Letakkan di bawah bantal … Jika ada anak Kecil

Ini adalah petua sahaja ..

bermakna kita yakin dan berserah pada Allah disebalik kekuatan kalimahnya ..

Benda ni nampak remeh ,

Tapi sekali kalau kau dah kena ..

Mental trauma tu , Akan kau kenang sampai bila bila …

Wallahualam …

Mungkin korang boleh kongsikan petua lain yang korang pernah belajar

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.