KISSER 62 : PINDAH JB

Assalamualaikum Dr.

Saya Syuhada. Kisah ni jadi masa saya n anak2 pindah jb, Dec 2016. Husben sudah 6 bln di jb sbb dpt keje di spore. Masa husben dpt offer ti, sy masih keje di kl. 

Husben perlu start keje within 2 weeks after spt offer letter. Memang haru la sbb kitorg takde langsung relative or friend kat jb. Kitorg siang mlm mencari rumah/bilik sewa but semua harga yahudi. Husben accept offer keje spore because at that time, kitorg jatuh teruk. Loss of all saving and tak mampu bayar apa2 dah plus have 2 little boys. One day, kawan husben yg recommend keje spore (which x pernah jumpa, cuma knl dlm fb je) offer sambung sewa rumah flat di taman perling. 

Kitorg terima because no choice (very cheap ma). So, kitorg gamble pergi jb, guna maps macam haram. Sesat pas mana hala. Dari tol skudai, p pusing town, lalu danga bay lalu highway Legoland tu untuk sampai perling. Harey….hahaha. bila sampai perling, rupanya rumah tingkat 4 takdak lif. Small house, lebih kurang 500+ sq, 2 rooms (dinding playwood) and build in cabinet living room, kitchen and counter top. Rumah tu serious weh…..kotoq ya rabbi. Tingkap hitam dengan habuk. Bilik ayaq lagi sedih huhu. Hari tu jugak kami bersih sampai berkilat lantai. Time ni anak2 kat kampung. Husben ajak sorg lagi kawan dia sewa situ. Rumaha tu memang jadi macam hotel. 

Dorg keje shift. Bangun kul 3 pagi, 3.30 keluar. Pukul 3-4 petang habis. Kalau keje petang, start pukul 1-2. So, gerak dari rumah pukul 11pagi, habis 11 malam. Kalau tak sangkut jam, after lepak makan kul 2 pagi sampai rumah. Kalau jam, pukul 4 pagi sampai rumah. 

Tu baru intro and briefing, nanti Dr. ejas2 la ye. Saja ja nak pedajal hahaha.

Ok the story begin. Masa bawa anak p jb, sulung baru turn 3 yo, 2nd son 1yo and 2 months. Abang petah cakap, adik baby talk. Masa mula sampai, kitorg tak dpt apa2 channel both Malaysia n spore. Guna tv lama n tak nak ambil dh piring hitam tu. Cuma ada cd player untuk budak2 ni tengok cd. First week budak2 ni ok, cuma saya gelong sbb nk adjust time tidur. Kena bangun pagi2 siapkan bekal n breakfast husben. Shift husben tukar every week. Baru nak adjust time tidur, husben tukar shift huhu. Budak2 ni selalu tidur lambat time ni, kul 11@12. Saya dah start moody, sbb dorg tak boleh tidur malam, asyik merenggek. Adik selalu demam malam2. Abang menangis tengah malam. Stress weh. 

Siang pulak, adik kerap jatuh. Saya marahkan abang main kasar. Dia kata bukan, azfar (adik) jatuh. Ish tak kan la kot. Budak azfar ni dah lama berjalan (start 10 bulan). Benda ni berlanjutan sampai sebulan. Masuk bulan kedua, i totally insane. Tidur tak menentu, siang tak boleh tidur. Dorg tidur tak sama timing, puas paksa tidur. Marah and tengking dah jadi normal. 

One day, masa kat depan. Saya tengah check wasap. Budak2 main lari2 keluar masuk bilik. Tetibe saya nampak adik jatuh macam orang tolak. Sebelum tu banyak kali jatuh. Benjol tempat sama kat dahi. This freeze sekejap. After tuamkan benjol dia, saya masak. Masa masak tu, saya dengar budak2 ni main galak sangat. Asyik tengok kat kipas syiling. Dalam hati, no again. Saya pernah nampak anak sulung asyik tengok kipas masa rumah di kl. Saya syak jin ummu syibban. Google pasal jin ni sama macam budak ni kena. Damm.

From that day, things getting worse. After maghrib je habis la budak2 ni. Adik start demam, abang start merenggek sampai 1@2 pagi. Time husben takde je jadi. Time husben ade takde pulak. Tak kisah siang or malam, janji husben tak de kat rumah. 

One day, saya baru nak start masak dalam pukul 11 pagi. Tetibe anak sulung menjerit. Dua2 lari masuk dapur. Anak kate ade hantu kat dinding. Time ni terus hangin, dahla tengah pegang pisau. Saya tanya mana dia. Anak tunjuk ‘dia’ kat dinding. Terus ambek kain batik libas kat sambil maki ‘dia’. Aku ni dah la tak cukup, hang nak cari pasai dengan aku. Aku buat sampai hang mampuih sat g. Pastu tanya anak, mana dia, dia kata dalam bilik air. Saya buka luas pintu bilik air. Hang keluaq dari rumah aku la ni. Kalau dak aku panggey ustat, hang mampuih la kena. Keluaq la!.

Senyap sepi rumah. Saya cerita sikit2 je dengan husben pasal ni. Yela, dia pun penat. Balik rumah dengar citer gini pulak. Last year baru saya cerita details. Dia kata masa hari saya halau benda tu. Malam tu husben hisap rokok di tingkap. Tabiat dia tangan letak kat luar tingkap. Masa hisap rokok tu, dia kata slow2 jangan masuk rumah aku and kacau anak2 aku. Terus ade tangan with kuku panjang cengkam tangan dia. Dia terkejut and campak rokok keluar. Saya dengar terkejut pastu tergelak. Adoi nak halau sambil hisap rokok memang dia mai la hahaha

Sekian story saya. Kalau rasa Dr. boleh olah n buat cerita., ok la. Kalau tak boleh takpe :-). Sorry ayat lintang pukang.

Kredit Siti Nurul Syuhada

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.