KISSER 61 : RUMAH PUSAKA

Rumah Pusaka

Suasana pada hari tersebut kelihatan tenang dan mendamaikan..

Aku segera mencapai kunci motor di belakang pintu rumah Mak Andak ku lalu terus menuju ke motor peninggalan arwah datukku dulu..

“Kamu nak ke mana tu Mun?”, tegur Mak Andak yang ketika itu baru sahaja menunaikan solat sunat dhuha di ruang tamu atas.

“Nak ke rumah arwah opah kejap Mak Andak.. Nak tengok kebun di sana”, balasku sambil memulas kunci motor..

Bunyi enjin motor mula menderum dan aku tersenyum melihat motol jaguh tersebut masih segak beroperasi.

“Jangan lama sangat kat sana.. pastikan kamu balik sebelum maghrib ya!”, pesan Mak Andak .

“Baik Mak Andak.. apa-apa nanti Mun call!”, balasku lalu terus memecut motor tersebut ke arah rumah arwah opah yang terletak hampir 5 kilometer dari rumahnya.

Aku segera memakir motor tadi di tepi tangga rumah peninggalan arwah opah dan menghirup udara segar di halaman rumah tersebut.

Rumah itu kelihatan sedikit usang, kosong tidak berpenghuni.

Jika dulu rumah ini didiami opah dan cucu kesayangannya Sakinah.

Namun setelah kematian Opah, aku terputus hubungan dengannya, kemungkinan dia sudah berhijrah ke bandar untuk mencari kerja..

Ya.. Sakinah adalah sepupuku di mana usianya 2 tahun lebih tua dariku.

Aku mula berjalan mengelilingi rumah tersebut sambil membuat rakaman secara langsung di muka buku menggunakan telefon bimbitku..

“Hai Semua.. Hari ni Mun berada di rumah peninggalan Opah Mun.. Rumah pusaka yang sudah lama dibiarkan kosong.. rasanya dekat 5 tahun ditinggalkan.. cuba lihat sekeliling rumah ni.. ada banyak pokok buah-buahan yang sedang berbuah.. jom kita terjah melihat rezeki buah apa yang ada.. kalau ada rezeki yang lebih besar, boleh la jadikan sbg eksplorasi paranormal pula kan?,” ungkapku sambil ketawa..

Aku mematikan rakaman tadi dan mula berjalan menuju ke pintu belakang di bahagian dapur rumah kampung tersebut.

Rekabentuknya yang unik dan sturktur binaanya yang masih utuh membuatkan aku ingin masuk ke dalam untuk mengimbau kembali kenangan semasa aku kecil dahulu di sini.

Aku cuba menolak pintu di dapur namun iainya berkunci..

Aku cuba mengintai dari celahan papan kayu yang berlubang ke bahagian dalam dapur..

Kelihatan semuanya tersusun elok diterangi cahaya matahari yang  menyuluh dari bumbung zink jernih di tengah ruangan dapur..

Mataku tertumpu ke rimbunan pohon pulasan yang sedang lebat berbuah..

Aku segera melangkah ke sana dan mula memetik buah-buahan tersebut dan menikmatinya sambil berdiri..

Sedang aku asyik memetic buah di bawah pokok tersebut, bahuku ditepuk dari arah belakang.

Buah pulasan yang dikendong di hujung bajuku terlepas jatuh ke tanah akibat tindakan reflex tadi.

Aku menoleh ke belakang dan kelihatan seorang gadis berbaju kurung putih memandang ke arahku..

“Eh, Sakinah.. Bila masa kau datang sini? Tak dengar bunyi kereta pun?”, soalku sambil menghulurkn tangan untuk bersalaman.

Namun Sakinah tidak menyambut salamku sebaliknya dia terus berjalan meninggalkan aku dan menuju ke bahagian hadapan rumah.

Aku berasa pelik dengan kehadirannya secara tiba-tiba..

Aku terus mengutip buah pulasan tadi dan mengekorinya dari belakang..

Pintu hadapan sudah terbuka.. begitu juga dengan jendela..

Aku segera menaiki tangga dan meletakkan buah tadi di tepi pintu masuk utama..

“Sakinah! Kau dah makan ke belum? Nak aku tapaukan makanan tak?”, pekikku di muka pintu.

“Aku nak ayam goreng je”, sahutnya dari bahagian ruang tengah yang memuatkan 4 buah bilik.

“Okay!”, balasku lalu terus memecut motor ke gerai makan berdekatan..

“Salam makcik.. Nak nasi ayam berempah 1, ayam extra… bungkus ya”, pesanku kepada pemilik warung tersebut.

“air?”, soal makcik itu tadi..

“Sirap ais 2, 1 tu makcik ikat tepi ya”, balasku sambil duduk di kerusi bertentangan.

“Kamu ni dari mana? Tak pernah nampak pun kamu sebelum ni”, soal seorang lelaki yang sedang mengelap meja makan di sebelahku, suaminya barangkali.

“Owh, saya dari rumah Opah Biai.. Saje jenguk rumah tu dan ambil hasil buah yang ada”, ujarku sambil melemparkan senyuman..

“Rumah yang tengah dusun tu ke?”, soalnya lagi.

Aku mengangguk ..

“Kamu bermalam di sana ken anti?”, pakcik tadi mula menarik kerusi dan duduk di sebelahku.

“Eh, taklah pakcik.. lepas asar saya balik”, balasku sambil tersengih.

“kalau boleh elakkanlah ke tempat-tempat yang dah lama ditinggalkan.. lagi-lagi kamu tu perempuan.. lepas makan nanti kamu terus balik ya.. ingat pesan pakcik”, katanya lagi sebelum aku membayar pesanan makanan tadi dan berlalu pergi.

“Sakinah, jom lah makan!”, panggilku ketika aku tiba di gigi pintu..

“Kau letak je ayam tu depan bilik sini.. nanti aku ambil.. kau makan la dulu”, balasnya sayup dari dalam bilik kedua di belah kiri.

Aku melangkah menuju ke ruang tengah dan meletakkan bungkusan ayam lebih tadi di depan pintu dan terus menuju ke dapur untuk makan.

Keadaan di dapur sungguh bersih seakan ada orang yang menjaganya.

Usai makan, aku terus duduk di kerusi rotan yang terletak bersebelahan dengan tingkap di ruang tamu atas sambil merakamkan keadaan di dalam dan luar rumah..

Aku mula berbaring dan akhirnya aku terlelap di kerusi rotan tersebut.

Gedebuk!

Bunyi seakan objek besar terjatuh di atas bumbung membuatkan aku terjaga..

“Alamak dah mula gelap!”, bentakku sendirian dan mula mencapai telefon bimbitku..

“Aduh… bateri habis la pula.. charger pula tak bawak”, kataku sambil menepuk dahi..

“Sakinah, kau ada charger type C tak?”, soalku kepada Sakinah yang kebetulan baru menaiki tangga dari arah dapur.

“tak ada.. aku tak ada telefon canggih macam kau”, balasnya lalu menghidupkan lampu di ruang tamu tempatku duduk.

“Aku kena balik cepat ni.. Mesti Mak Andak risau.. Kau nak ikut aku balik rumah Mak Andak tak?”, soalku kepada Sakinah yang sedang asyik menutup jendela.

“Sakinah hanya membisu tanpa memandang ke arahku..

“Sakinah, kau dengar taka pa yang aku cakap ni?”, soalku sekali lagi..

Sakinah menoleh ke arahku dengan wajah meraih simpati..

“Mun, kau temankanlah aku di sini.. dah lama aku bersendirian.. tiada siapa yang pedulikan aku..”, Sakinah mula bersuara..

“Tapi aku dah berjanji dengan Mak Andak untuk balik ke sana malam ni juga”, kataku sambil membelek telefon bimbitku yang hanya memaparkan paparan kosong akibat kehabisan bateri tadi..

“takkan dengan aku pun kau nak takut??”, soal Sakinah kepadaku.

“Eh, tak lah.. kenapa aku nak takut pula…” jawabku sambil cuba mencuri pandang ke pintu utama..

“hari dah makin malam.. kau tu perempuan.. motor kau tu pun bukannya elok sangat.. apa-apa jadi di tengah jalan nanti macamana?”, Sakinah mula menyoal aku dalam nada menyindir lalu tertawa dalam nada mengejek.

Hatiku semakin berbelah bagi untuk bermalam di situ atau terus pulang ke rumah Mak Andak yang terletak hampir 5 kilometer dari rumah pusaka ini.

Terngiang-ngiang pesanan pakcik tadi agar aku tidak bermalam di sini..

Namun, secara tiba-tiba hujan turun dengan begitu lebat diikuti oleh bunyi panahan petir dan kilat yang sabung-menyabung menerangi langit malam yang kelam.

Hajatku untuk pulang semakin terbantut lalu aku bersetuju untuk bermalam di situ.

“Baiklah.. malam ni aku temankan kau tidur di sini”, kataku kepada Sakinah.

Perasaanku berasa kurang enak tatkala melihat sakinah tersenyum sinis kepadaku sambil matanya melirik ke arahku dengan pandangan yang menakutkan.

Biarpun dia adalah sepupuku sendiri, namun perasaan sangsi masih wujud di dalam diri setelah melihat kelakuannya tadi.

“Malam ni aku nak tidur di mana?”, soalku kepada Sakinah..

“kau tidurlah dalam bilik Opah.. aku akan tidur di bilik sebelah”, balasnya sambil menundingkan jari ke arah bilik di hadapanku.

“Ok.. kau ada baju lebih? Nak pinjam boleh?”, soalku kepadanya..

“Kau pergi mandi dulu.. nanti aku hulurkan di bilik air nanti”, balas Sakinah lalu menuju ke bilik bersebelahan.

Aku segera mencapai tuala kecil yang tersedia di dalam beg sandangku lalu berjalan menuruni anak tangga menuju ke dapur.

Suis lampu dapur dipetik, namun ianya rosak tidak menyala..

“Aduh.. rosak pulak lampu ni”, keluhku lalu cuba membuka suis bersebelahan.

Mujur lampu di dalam bilik air masih boleh dinyalakan.

Aku segera masuk ke dalam bilik air dan mula membersihkan diri..

Kedengaran bunyi pakaian disangkut di atas pintu bilik air..

Aku segera menoleh dan terlihat sepasang baju kurung lama tersangkut di situ.

“Baju kurung lama pun tak mengapalah asalkan aku tak perlu pakai baju aku yang dah berbau peluh ni”, rungut aku sendirian.

Usai mandi aku terus menyarung baju tersebut dan menuju ke bilik tidur opah.

Kelihatan perabot lama masih tersusun rapi biarpun terdapat sarang labah-labah yang mula menakluk di setiap penjuru bilik.

Cadar dan sarung bantal juga kelihatan bersih bertanahkan warna putih dihiasi corak kelopak mawar merah..

Dua biji bantal tidur dan sebiji bantal panjang ..

“bagus juga ada bantal panjang ni.. boleh la aku peluk dan tidur dengan nyenyak”, bisikku ceria di dalam hati.

Aku segera melabuhkan badanku di katil yang empuk tersebut..

Terasa badanku begitu selesa setelah mandi.

Aku mengiring ke sebelah kanan dan memeluk erat bantal panjang tersebut..

Akibat rasa yang begitu selesa, aku lantas terlelap ditemani bunyi unggas dan rintik hujan yang masih lebat membadai atap dan tanah..

“Dah tidur ke tu??”, kedengaran suara seakan Sakinah menegurku dari bilik sebelah..

Aku cuba mengabaikan soalan tersebut dan cuba untuk memejamkan mata semula..

“Buat-buat tidur ke?”, Sakinah mula menyoal aku sekali lagi..

“MMmm”, balasku sambil mengeratkan lagi pelukan bantal panjang yang sediada berada di lenganku.

“Dah tidur ke atau buat-buat tidur??”, suara Sakinah semakin menyeramkan aku..

“Lain macam betul minah ni punya soalan”, getus hatiku..

Hahahaha… kedengaran sakinah tertawa seakan puas akan sesuatu..

Serentak dengan itu juga aku mula terhidu bau hanyir yang kurang menyenangkan.. baunya semakin busuk dan menusuk hidung..

Hahahaha

Suara gelakan tersebut kedengaran semakin hampir denganku..

Semakin lama semakin hampir, semakin lama bau tersebut semakin busuk dan meloyakan..

Aku cuba membuka mata dan…..

Kelihatan susuk pocong berada di dalam pelukanku!

Aku segera bangkit dan berlari ke arah pintu bilik namun iainya terkunci!

“Pergi! Kau jangan kacau aku! Pergi!!!!”, aku meronta-ronta untuk cuba membuka pintu dan meloloskan diri.. namun susuk pocong tadi yang seakan sama saiz dengan bantal panjang tadi mula berguling ke arahku.

Aku menjerit semakin kuat dan cuba menendang pintu tersebut sekuat hati..

Setelah beberapa kali percubaan akhirnya aku Berjaya keluar dari bilik tersebut dan berlari menuju ke ruang tamu..

Kakiku tersadung di bucu pintu lalu aku jatuh tertiarap menyebabkan bibirku berdarah..

Aku cuba untuk bangun namun bungkusan pocong tadi kembali bergolek menghampiri aku..

Tolong!!!!!!!!!!!!

Aku menjerit sekuat hati dan tiba-tiba badanku terasa seperti dirangkul dari belakang..

“Pak Andak!!”, jeritku lalu memeluk bapa saudaraku seerat yang mungkin..

“Syaitan!!!!!!!!!! Nyah kau dari sini! Cukup-cukuplah kau memperbodohkan kami dengan menyerupai anak sedara kami yang telah bunuh diri dulu!”, jerkah Pak Andak kepada jelmaan pocong tersebut.

“kamu turun cepat! Mak Andak dan sedara kamu yang lain sedang tunggu kamu di bawah”, perintah Pak Andak lalu melaungkan azan..

Tatkala itu kedengaran suara seperti lembu disembelih, mengerang dan menjerih penuh kesakitan.

Setelah tamat laungan azan tadi, keadaan kembali menjadi sunyi dan sepi.. hanya bunyian cengkerik dan unggas hutan menemani kami..

“Sudah, jom kita balik”, ujar Pak Andak lalu memapah aku ke dalam kereta dibantu oleh Mak Andak..

Saudara lelakiku Azam dan Amir menunggang dan membonceng motosikal arwah atok menuju ke rumah..

“Mak Andak, apa sebenarnya yang terjadi kepada Sakinah ya?”, soalku dalam keadaan lemah..

“Sebenarnya Sakinah bunuh diri di pokok pulasan di belakang rumah Opah… dia kemurungan selepas Opah kamu meninggal.. mayatnya kami temui selepas 3 hari dia meninggal dunia.. itupun kakinya sudah hancur digigit anjing liar”, kata Mak Andak sambil menyeka air mata..

“Puas kami pujuk agar dia duduk dengan kami.. Tapi dia tak mahu.. kamu pun tahu kan Sakinah tu jenis pendiam, tak tahu bergaul dengan orang lain”, tokok Pak Andak..

“Sakinah ni sebenarnya anak arwah Pak Long kan?”, soalku lagi..

“Sebenarnya dia tu bukan dari keluarga kita.. Opah kamu jumpa dia dibuang di kebun sawit semasa dia baru dilahirkan.. tapi kami anggap dia macam anak sedara kami sendiri”, Pak Andak bercerita..

“Hanya opah je yang dia percaya.. sebab tu tiada siapa pun yang rapat dengan dia”, tokok Mak Andak pula..

“Owh begitu”, balasku tanda faham..

“Alamak, Mun tertinggal telefon dan baju dalam bilik opah!”, rungutku tatkala baru menjejakkan kaki di perkarangan rumah Pak Andak dan Mak Andak..

Kami semua saling berpandangan sesama sendiri.. masing-masing kelihatan takut untuk kembali semula ke rumah tersebut setelah apa yang berlaku..

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.